
Director: Sam Mendes (Laki Kate Winslet)
Casts: Kate Winslett as Apple Wheeler and Leonardo Dicaprio as Fraank Wheeler
Synopsis:
It's 1955. Frank and April Wheeler, in the seventh year of their marriage, have fallen into a life that appears to most as being perfect. They live in the Connecticut suburbs with two young children. Frank commutes to New York City where he works in an office job while April stays at home as a housewife. But they're not happy. April has forgone her dream of becoming an actress, and Frank hates his job - one where he places little effort - although he has never figured out what his passion in life is. One day, April suggests that they move to Paris - a city where Frank visited during the war and loved, but where April has never been - as a means to rejuvenate their life. April's plan: she would be the breadwinner, getting a lucrative secretarial job for one of the major international organizations, while Frank would have free time to find himself and whatever his passion. Initially skeptical, Frank ultimately agrees to April's plan. When circumstances change around the Wheelers, April decides she will do whatever she has to to get herself out of her unhappy existence.
.
.
This is not actually the best acting from both Kate and Leonardo. Kate better dalam The Reader, Leonardo plak better dalam...erkkk...dalam apa ek...aku suka dia dalam Catch Me if You Can kot...or maybe dalam Titanic (comelnya dia dalam Titanic...awwwww).
Tapi ceritanya, jalan ceritanya aku suka.Sepanjang aku menonton, excited sungguh aku. Paling best sebab aku ada teman kali ni. Kalau aku ajak husband aku tengok cerita ni, mesti dengan skeptikal dia akan cakap ' Huh...cerita awak...mesti slow'..so, secara tak langsung aku memang tau aku akan tengok cerita ni tanpa dia. Jadi, aku pun plan lah nak tengok cerita ni seorang diri di hari sabtu. Tetiba my best friend Atul datang..apalagi...memang dialah antara orang yang paling sesuai menonton filem ni bersama-sama. She appreciate good movie and I love her for that.
Revolutionary Road ni sebenarnya adalah nama jalan yang menuju ke rumah mereka berdua. Rumah yang sama mereka duduki dari awal perkahwinan sampailah dah beranak dua. Di satu kawasan yang tenang dan agak jauh dari bandar. Pada awal cerita, Apple dilihat amat teruja dan jatuh cinta pandang pertama pada rumah tersebut. Namun, selepas tujuh tahun menjadi suri rumah tangga, dia merasakan rumah itu tak lebih dari penjara dan perangkap kehidupannya.
Cita-citanya terkubur sebaik sahaja dia berkahwin dan seterusnya mempunyai anak. Walaupun dilihat orang ramai sebagai pasangan yang paling sesuai, pasangan yang cantik dan bahagia tapi itu hanya dimata kasar. Hakikatnya kedua-dua pasangan itu sudah mula rasa bosan dengan kehidupan masing-masing yang terlalu teratur dan monotonous dan masing-masing mula mencari sesuatu yang lain dari luar lingkaran hidup masing-masing.
Frank Wheeler mula membuat hubungan sulit dengan setiausaha di syarikatnya dan Apple pula bersungguh-sungguh mahu ke Paris dan apabila permintaannya tidak dapat dipenuhi kerana Frank berubah fikiran (he's being promoted and Apple got pregnant), Apple pula yang berlaku curang dengan jirannya yang sudah lama mencintai dirinya.
What a movie....so much drama and you know what....apa yang mereka alami tu sebenarnya dialami oleh ramai dikalangan kita. Keadaannya lebih kurang sama, walaupun mungkin pendekatan yang kita ambil berbeza-beza. April mula sedar yang dia sudah tidak sayangkan suaminya dan bertindak menggugurkan kandungan sendirian yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Yang aku rasakan satu keputusan yang agak terdesak dan ekstrem.
Wow....percaya tak, kalau aku katakan...filem ni aku pernah tengok di depan mata aku. Dekat sungguh aku rasakan.
Revolutionary Road satu filem yang meningggalkan satu kesan nyata pada diri aku. Satu filem yang pada aku adalah lakonan semula oleh dua nama besar Hollywood.
.
Aku bagi 4 bintang.