Friday, February 29, 2008

MC dan Mia's ENT


Semalam dalam MC sakit kepala tu terpaksa gak lah bawak si Mia untuk buat check up ENT dia kat HUKM. Sebab Mia ni lahir premature dan special, sampaikan ear wax dia pun doktor yang korekkan. Disebabkan kami tersampai awal, so kami lepak dulu dalam kereta sekejap. Letihlah dok tunggu doktor awal-awal.

Mia ni memang kaki meropeh. Rumah yang dah seumur hidup dia duduk tu, kereta yang hari-hari dia naik ni pun tak habis lagi dibeleknya. Tu dia dah mula projek belek dia lah tu.

Sorry, takder gambar doc tgh korek telinga Mia, sebab time tu umi pun kena duduk pegang dia. Susah sikit korek telinga dia, dia mudah geli.

Top Mom Blogs



Kak Jie share ngan kami ibu-ibu bloggers this award. Thanks Kak Jie, untuk ingatan itu. I am very surprised and amazed by Kak Jie's commitment towards her family. She is such a great mom and a role model.

Bila dibaca entry Kak Jie 'Inilah Diriku' rasa macam kagum pun ada. Rasanya kalau aku lah yang berada kat tempat Kk Jie, mampu ker aku bertahan. Sebab hakikatnya, ada masanya aku juga cepat bosan, unpredictable dan mereng. Walaupun banyakkalanya aku cuba tetapkan hidup aku disatu tempat yang selamat. Semoga 17 tahun akan datang, aku akan bahagia macam Kak Jie dan menjalani hidup aku dengan penuh bermakna.

Wednesday, February 27, 2008

Bukit Tinjau Ampang

Rupa-rupanya cantik ya pemandangan KL dari Bukit Tinjau Ampang. First time tengok itupun my friend Farah bawak makan kat situ malam tadi. Dia taiko Ampang so kita suruh dia bawaklah tempat makan best.

Lepas keluar klinik semalam, terus pergi makan. Walaupun dari tengahari tak makan, tapi takderlah rasa lapar sangat semalam, maybe sebab batuk-batuk ni.


Kami makan dekat KL View Western Foof Restaurant. Punya banyak menu yang best tapi umimia pilih nasi goreng share ngan Mia. Si Mia makan main-main jer, dia dah puas hati dapat aiskrim free masa mula-mula sampai. Farah makan Tomyam. Bolehlah...tapi manis maybe Tomyam Thai kan.

Next time datang sini, kami nak try makan Sizzling Steak, macam best jer bunyi masa diaorang tuang sos sizzling atas bekas tu...ssssss......

Ubat Subur

Wah....bila baca balik title hari ni...cam lawak lak...ubat subur....kikiki...tapi ramai gak yg nak tau ubat apa aku dapat from doc kan..especially yuzz...

so...borak punya borak dengan Dr. Halimah (Dr. Sajidah takder yesterday), dia bagi aku ubat Oralmet, kena makan two times daily and another one is Ovinum yang itu 5 tablets jer. Kena makan start today malam. Pastu ada pulak dia bagi tips ok...dia cakap bersama dengan suami selang sehari selepas habis period. Hari-hari pun boleh, tapi sperm lebih kuat kalau ada satu hari rehat. Wah...tu dia.......tips from doc. Thanks doc...nasib u bagi tips tu, kalau tak I nak seksa my husband utk few times daily....huahuahua...(joking).

Tuesday, February 26, 2008

Cik Pek' Od muncul jua....

Akhirnya today, ko datang gak cik pek 'od. Dah nak masuk 3 bulan ko berhenti kali ni ko muncul jugak. Memang saja jer nak buat aku excited...tapi takper...dah ada ni aku excited jugak sebab malam ni bolehlah aku pergi jumpa balik Dr. Sajidah ambik ubat. lalalalalalala........

Falling Slowly

Atul (aka OneLove),

Your song Falling Slowly from 'Once' won the ACHIEVEMENT IN MUSIC WRITTEN FOR MOTION PICTURES (ORIGINAL SONG). Wow...tak sangka kan. Yup I know, Its a beautiful song with a beautiful lyrics but the most incredible thing and the one thing that really amazed me is that their love for the music. Cuba hang baca dia punya speech ni, antara speech yang paling ter'kesan' 'dalam' lah semalam;

Glen Hansard:

Thanks! This is amazing. What are we doing here? This is mad. We made this film two years ago. We shot on two Handycams. It took us three weeks to make. We made it for a hundred grand. We never thought we would come into a room like this and be in front of you people. It's been an amazing thing. Thanks for taking this film seriously, all of you. It means a lot to us. Thanks to the Academy, thanks to all the people who've helped us, they know who they are, we don't need to say them. This is amazing. Make art. Make art. Thanks.

Marketa Irglova:

Hi everyone. I just want to thank you so much. This is such a big deal, not only for us, but for all other independent musicians and artists that spend most of their time struggling, and this, the fact that we're standing here tonight, the fact that we're able to hold this, it's just to prove no matter how far out your dreams are, it's possible. And, you know, fair play to those who dare to dream and don't give up. And this song was written from a perspective of hope, and hope at the end of the day connects us all, no matter how different we are. And so thank you so much, who helped us along way. Thank you.

I like...........

BTW, mana DVD nya cakap nak bagi saya pinjam...uwaaaaaaa...nanti masa nak ambik jeruk mangga (jangan habiskan....nanti sy ngadu kat pak kamal) saya ambik sekali DVD tu ok....TOLONG INGATKAN SAYA OK.

Monday, February 25, 2008

Countdown to Election Day 2008- Part II

Banyak kenangan aku pasal election. Yang boleh aku buat tersenyum sendiri. Hai...kenangan......

Memori paling awal aku pasal election ialah kenangan kesibukan dan poster yang banyak dekat rumah Datuk aku and siap ada gambar dia lagi. Masa dulu aku tertanya-tanya jugak. Apasal lah diaorang ni semua teruja sangat pasal benda ni? Tapi seronok gak tengok kemeriahan perang poster warna-warni. Sambil aku kayuh basikal, jalan petang-petang. Aku dok perati keadaan keliling aku. Kalau pergi rumah arwah Datuk aku lagilah ramai orang. Bila dah besar sikit barulah aku faham, rupa-rupanya masa tu Datuk aku wakil rakyat jugak. Patutlah rumah dia dulu tak pernah sunyi dari kunjungan orang ramai. Memori pertama aku tentang election rupa-rupanya amat dekat dalam hati dan hidup aku.

Selepas tu memori itu jadi semakin dekat dan semakin hidup. Kenapa? Sebab ayah aku pun rupa-rupanya terlibat sama. Tapi bukan sebagai wakil rakyat ok...tapi sebagai pencetus perubahan (errmmm..is that the right word to describe?) Pendek kata, dia di pihak yang di satu lagi. Berlawanan dengan ayahnya sendiri. My father mmg punya pendirian yang lain sedikit. Sekali dia nampak ada yang korup dia takkan tutup mata dia buat tak nampak.

Semasa era perlawanan anak beranak tu lah aku dapat rasa bahang panasnya election. Debat demi debat...(ayah aku kalau berdebat suara cam nak nangis...hehehe). Tapi satu perkara lah, air dicincang tak akan putus. Hubungan bapak dengan anak tetap ada, tetap terjalin. Cuma mungkin Nenek aku aka mak sedara ku tu jer lah yang hangin sikit satu badan time tu.

Calon atau Parti???

Morning everybody,

Today I'm still not feeling well. Still ada batuk..dalam batuk kali ni, macam batuk orang tua pun iyer..sikit lagi kalau tak baik mau rasanya aku dapat pneumonia. Nak makan ubat, tak berani sangat. Yerlah, selagi period aku tak datang, selagi tu lah aku still kena jaga walau apa yang doc cakap kosong ker takder ker kan. Just..manalah tau.

Anyway, bila mula jer hari penamaan calon ahad lepas baru aku betul2 terasa yang hari mengundi dah nak tiba. Masuk kali ni dah 2 kali aku mengundi. Walaupun sekarang ni aku dah menetap di KL ni. Tapi aku rasa tanggungjawab aku lebih kepada pembangunan dan masyarakat Pekan..(wahh..rasa cam aku lak wakil rakyat). Kenapa aku pilih Pekan? Walaupun ada gak orang yang mencadangkan aku supaya tukar jer ker KL ni. Aku pilih Pekan kerana, masyarakatnya lebih berkumpul, lebih rapat dan lebih prihatin daripada KL. Walaupun hakikatnya aku terpaksa lari cuit tiang semata-mata untuk mengundi.

Percaya tak kalau aku cakap, hampir kesemua penduduk Pekan kenal wakil rakyat mereka dan pernah bersemuka atau sekurang-kurangnya bertembung dengan wakil rakyat mereka. Nak dapat orang KL ni bertembung dengan wakil rakyat pun payah. Siap undi buta-buta tanpa kenal siapa wakil rakyat mereka pun.

Kalau orang tanya aku, siapa yang aku pilih, calon atau parti? Aku jawab, aku pilih Calon. Sebab hanya calon yang betul2 bertanggungjawab, sahaja akan kekal menjaga kepentingan rakyat.

Apa-apa pun undi adalah rahsia.shhhuussshhh....

Friday, February 22, 2008

arrrghh...i'm not feeling well

Ziana, bukan Mia yang tak sihat semalam...umi dia ni yang tak sihat and kalau nak ikutkan hari ni lagi teruk rasa badan lemah-lemah. Tapi memikirkan Mia punya tadika, gagahkan diri jugak lah bangun, mandi, siapkan dia dan drive. Paksakan saja. Itu pun masuk sepatutnya 8.30 a.m., pukul 9.00 a.m. baru kami sampai. Masa nak drive ker tempat kerja ni, rasa macam tak bertenaga je. Kaki nak melangkah naik ke ofis pun rasa macam nak duduk sekejap berehat.

So, umimia lah sekarang ni yang tak sihat, badan lemah, batuk...cough...cough...

Oklah, nak gi buat milo sekejap. daaa.....(dalam suara lemah...)

Thursday, February 21, 2008

About dizzy and ponteng

This morning, betul2 rasa kepala dizzy sangat...nak datang kerja ker tak? nak datang kerja ker tak? dalam pening tapi berlegar soalan ni dalam kepala. Dua hari bangun awal gila, tersekat dalam jam kat tengah KL.....bleeghhh.....

So finally I decided to go to work. Lepas event memang banyak benda nak kena buat...evaluation and need to proceed with my next project. But, Mia today telah dipontengkan tadika oleh uminya. Harap-harap aku takkan terbiasa memontengkan Mia.

Sebenarnya umimia beruntung masa kecik dulu, my mother memang tegas sangat dalam pelajaran. No ponteng ponteng. Setakat demam sikit, selesema sikit...sekolah tetap kena pergi. Hampir tiap2 tahun umimia adik beradik dapat hadiah kedatangan penuh hujung tahun. Tapi mak zaman sekarang, kalau anak sakit sikit, dah cuti. Aku harap sangatlah aku takkan terikut-ikut sangat budaya macam tu.

Anyway, marilah kita sama-sama tekun bekerja untuk hari ini dan hari-hari seterusnya. Bila anda rasa kuat, rasa yakin, hari anda akan jadi lebih bererti.

p/s: Lupakan ur dizziness tu......kalau boleh....

Monday, February 18, 2008

See you on Thursday

Starting tomorrow for two days I'll not be able to post any entry as well as visiting your blog as I'm away on work matter. Looking forward to see you all on Thursday....Daaa....


p/s: Gonna miss you all...mmmuah...

Its Negative...again

Its negative again ok. Urine test negative, scan pun negative. Last friday nite, after work, dengan penuh keterujaan, umi ajak Mia temankan pergi klinik untuk buat scan. Doktor pada asalnya nak buat urine test, I cakap tak perlulah membazir sebab I dah buat dua kali negative and this time let us go straight to scan jer lah.

Belek punya belek, tengok punya tengok doctor cakap kosong, empty, yellek, takder, negative. Frust...of course frust. Walaupun memang tak rasa pun diri ni pregnant, tapi after a year with regular cycle tetiba dia buat terhenti dua bulan ni memang ada gak rasa teruja tu kan.

Doktor cakap, kita tunggu sekejap and right after my monthly cycle tu datang balik, dia suruh datang jumpa dia semula and then she will give me some pill untuk subur. OK...I will. Definitely I'll come back for that.

My husband pujuk-pujuk suruh I jangan frust sangat. Takderlah frust sangat-sangat, just kalau ada rezeki, I would like to have another baby before I reach 30. Tapi itu semua atas rezeki Allah lah kan. Kita mencuba sedaya-upaya jer lah.

caiyok...caiyok...its ok its alright come on rose fight! fight! fight!

p/s: Yang lepas ni aim betul2 ok...

Friday, February 15, 2008

Pics boring dalam jam...


Ni pics boring dalam jam highway pantai timur on the way to KL last Sunday. Dah basi tapi pedulikhape...korang layan kan ajer lah.

Matahari dah nak terbenam dah, tapi kami belum sampai lagi. Perjalanan 3 jam jadi 6 jam.


My auntie kak ana and her children with Mia yang dok kat belakang bonet.


My boring tertahan-tahan husband..hehehe (kira cam control tak boring lah tu)

Tofu or Tauhu or Toktau???

Hari tu masa balik ke Pekan...asyik makan tauhu ajer...ceritanya sebab pada mulanya nak buat tauhu sizzling...tapi tauhu yang dikenalpasti takder lak dijual kat Pekan (CNY banyak barang abis) so..umimia beli jer lah tauhu yang biasa tu. Tapi alih-alih masa BBQ kami pakat nak BBQ kan tauhu tu. One dish.

Esoknya, masa nak masak for lunch, mintak tolong my auntie belikan tauhu (sementelah dia kat luar). Alih-alih dia belikan tauhu telur dan bawak tauhu biasa dari rumah dia. So..hari tu masak

Tauhu Telur.

Senang ajer masaknya, goreng tauhu telur dah nampak luarnya masak, angkat, tos dan asingkan.
Pastu tumis bawang putih (titik/cincang) dalam 3 ulas
Masukkan sos tiram 1 sudu besar, kicap pekat 1 sudu besar, stok ayam setengah cawan, minyak bijan 1 sudu kecik
Masukkan gula sikit, daun bawang/daun ketumbar, garam. Angkat sos ni dan tuangkan atas tauhu telur tadi. Second dish.

Esoknya pulak tengok tauhu biasa yang my auntie bawak dari rumah dia semalam ada lagi. Time lunch masak pulak

Tauhu Stim Sos Teochew (taucu lah tu)

Stim dulu tauhu tu dalam 10 minit dengan spring onion (daun bawang). Angkat letakkan dalam bekas asing.
Tumis bawang putih 3 ulas dan halia 1 inch (titik/cincang)
Masukkan taucu dalam 2 sudu besar dan setengah cawan stok ayam.
Masukkan gula sikit, hirisan cili
Tuang sos ni atas tauhu stim tadi. Siap. Third dish.

Umi dan Mia memang suka..........makan tofu or tauhu tapi ayahmia tokmohtau....

My Brother's Engagement III

The 'sarung cincin'
My aunties...
Our wakil...Ibu
The 'pelamin'

Thursday, February 14, 2008

Oh my brother....


Tak sangka lak bila diingatkan yang adik aku ni nak kawin. Umur dah 27 tahun tapi aku rasa macam budak sangat lagi. Kadang-kadang rasa sayu pun ada, entahlah...kami ni bertiga jer adik beradik. Dia yang nombor dua, mak cakap kalau anak nombor dua ni degil lain macam sikit. Mungkin jugak. Sebab adik aku yang bongsu, memang takder masalah, pendek kata antara kami bertiga dialah yang paling degil, kuat melawan tapi paling sayang kat mak.

Hati ni kadang-kadang rasa macam berat aje. Macam-macam persoalan. Boleh ker dia jaga anak orang? Boleh ker dia survive hidup sendiri? Sebab adik aku yang sorang ni walau tak nampak manjanya, tapi hakikatnya memang manja. Kalau tak mak yang jaga serba-serbi, mesti aku akak dia yang ambik tau. Sampaikan my hubby pun ada masa jealous dengan adik aku yang sorang ni. Sebab dia cakap, dah besar tapi semua akak dia nak tolong.

Dari kecik lagi, akak tolong buat kerja sekolah, akak tolong sampul buku sampai tingkatan 5. Tinggal sekarang pun dengan aku. Tapi aku tau sebetul2nya aku kena melepaskan dan aku kena yakin. Biarlah dia bina hidup dia sendiri. Berdikari.

My Brother's Engagement II

Umi and Mia Mia sibuk bersalam jugak lepas Wan dia sarung cincin

The couple, Bakhtiar and Nadia
The Princesses

My Brother's Engagement I


Wakil masing-masing tengah bercakap
hantaran from lelaki to perempuan, 9 berbalas 11


Cerita CNY @ Pekan

Sebenarnya CNY kali ni agak bermakna bagi keluarga besar umimia di Pekan. Because my darling brother, Bakhtiar Ilham pada raya kedua CNY yang lepas, telah bertunang dengan gadis pilihannya yang juga berasal dari Pekan (tak jauh sangat, senang sikit nak konvoi).



Anyway, kali ni punya CNY/Majlis Tunang Tiar memang meriah. Rasa macam hari raya kita jer. Sebab semua orang balik. All my aunties balik Pekan. 1st day CNY meriahnya macam malam sebelum raya. Malam tu kami berkumpul ramai-ramai makan Yee Sang. Haaaa..akhirnya kan..dapat gak aku makan Yee Sang. Dapat beli from JJ, Maluri paginya sebelum bertolak balik.



Tapi yang uniknya cara kami makan Yee Sang lain sikitlah. Sepatutnya makan Yee Sang kena atas meja bagi tinggi dan kacau dengan chopstick tinggi-tinggi...tapi disebabkan kami ni Family Chinese+Melayu+India...so cara makan Yee Sang..memang sempoi giler...



Kami buat dari atas lantai jer, gaulkan dengan fork and spoon..hehehe...Masa tu pun, semua kerusi meja dah siap tolak tepi untuk majlis turun rumah esoknya. tengok jer pics kat bawah ni, chinese lain yang tengok pun marah agaknya tengok tradisi diaorang dicemari dengan kerakusan kami makan Yee Sang.

Macam-macam pe'el diaorang. Ada sorang tak suka makan sesame seed, so boleh letak sikit ajer. Yang my brother Haikal pulak, dok cari jelly fish jer, yang lain dia tak nak. Pastu, ada pulak my cousin yang kecik baju kuning tu mengamuk dengan mak dia sampai merah-merah muka. Havocnya tak usah cerita lah, kalau orang yang tak biasa dengan family kami memang ada yang terkezot gak mula2. Masing-masing semua bercakap jenis loud and clear. Tapi memang seronok dapat berkumpul ramai-ramai sekali-sekala macam ni.

.......bersambung

Wednesday, February 13, 2008

Cerita sambil-sambil

Ini cerita sambil-sambil before I receive the photo from my last 'balik Pekan' trip. Few interesting things had happen there. But, right now....saja jer nak letak gambar2 kat bawah ni, buat cuci mata jer. Pernah janji ngan Yuzz untuk letak gambar magnet yang tak banyak ni untuk tatapan blog. Takderlah banyak sangat macam Along Yuzz tapi ada lah sikit kan...before this ada gak banyak lagi tapi abis di ilangkan dek Cik Mia.

Gambar bawah ni pulak, gambar si Mia ngan adik tiri dia lain mak lain bapak. Baby to my hubby, arowana yellow tail dia. Asal beli kecik ajer, tapi sekarang dah besar dah. Kenal sangat dengan my hubby, sebab kalau my hubby balik jer dia dok pusing-pusing dengan aktifnya (tukang bagi makan, camner boleh tak ingat lak kan).
My hubby punya hal, punya sayang sangat dengan arowana dia tu, sampaikan ada masanya bila balik umah, terus bercakap dengan ikan dia tu..dia panggil ikan dia 'baby ayah' (menyampah kan..). Siap tanya lagi, 'baby dah makan ker belum' kadang-kadang kitaorang yang dok tercanguk depan dia pun dia tak tanyakan dulu...buat2 tak nampak jer. Ikan tu pun mengada sangat....satu hari dia takder..hehehe..aku nak siang ikan tu goreng buat lauk....hahahaha (gelak kejam).

Tuesday, February 12, 2008

Tag: 8 Random Facts

Kena tag dengan Cik Zie kita...

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.

Random facts yer…

1. Dulu aku kurus..hukhuk..popular…hukhuk…dan cantik…hukhuk..(angkut bakulnyer…....aku baca pun nyampah, lagilah korang yang baca)apa-apapun, sekarang ni tidak lagi. Semua tu tinggal kenangan, kenapa aku takder usaha nak kurus???aku tau mesti ramai yang tanya soalan camtu…sebabnya..aku malas…….hahaha…hidup takder benda nak dirisaukan, jadi diri ni takder semangat dalaman tau…(penting tu untuk ppn yang nak kurus).

2. Terlalu sayang sangat dengan keluarga, saudara-mara dan rakan taulan. I cannot live without them. Diaorang lah semangat aku dalam meneruskan hidup.

3. Tak suka tinggal sorang-sorang, hidup aku kena dikelilingi manusia..suka sangat berhubungan dengan orang ramai.Kalau satu hari aku kena tinggal sorang-sorang…itulah pengakhiran hidup aku rasanya….oh tidak…….

4. Susah sangat nak membenci sesuatu, sebab seboleh-bolehnya akan cuba gak cari perkara yang membuatkan sesuatu tu takkan dibenci…tapi tak bermaksud takder perkara yang aku tak benci yer…kalau malas nak fikir tu, semua benda aku benci..hahaha..(tu time malas ya amat lah tu)

5. Aku takut sangat bila my hubby buat mata bulat. Mata bulat dia menyeramkan..creepy…eeiiii…pernah dia buat mata bulat camtu, aku tertampar satu hari…kesian sangat……pastu mintak maaf, mintak ampunlah banyak-banyak. Ampun Yang……

6. Aku suka sangat masak..tapi kalau takder orang nak makan (maksudnya tinggal aku sorang-dua jer) jangan harap aku nak masak. Masak Maggi pun malas. Tapi kan..satu jer yang aku memang malas nak buat. Goreng keropok. Actuallynya, tu lah makanan favourite my hubby, tapi…bini dia mmg malas goreng keropok…kadang2 tu sebab dia nak makan sangat, pujuk2 bini dia tak nak masak..dia gi dapur masak sendiri…hukhuk..kesian…alih-alih tak sampai hati nak biar dia goreng sendiri..pergilah jugak aku goreng.

7. Ermm…aku sekarang ni dah lewat 5 minggu (ppn tau lah kan lewat apa kan)..dah dua kali buat test tapi negative. Nak sangat mengandung, tapi dalam masa yang sama takut sangat….sebab takut jadi cam Mia dulu (premature 26 weeks). So kita sama-samalah tunggu apa keputusannya akan datang. Kalau takder gak kali ni, aku nak cari ubat subur….ok tak korang????

8. Yang terakhirnya…..hidup aku ni banyak sangat cerita di belakangnya (macam boleh buat buku) Daripada kecik sampailah sekarang. Macam2 perkara dah aku lalui. Yang perit pahit, yang payah susah. Takder orang tau sepenuhnya cerita hidup aku selain aku sendiri. Tapi perkara-perkara itulah yang membuatkan aku kuat seperti hari ni. Perkara-perkara itulah yang mematangkan aku hari ini. Walaupun pedih.

So meh kita tag bebudak, makbudak dan pakbudak lain plak...

1. Onelove (asal ada tag jer confirm awk kena)

2. Farah (awak pun sama)

3. Gothbiol (awak pun sama,hehehe)

4. Nasazfrog

5. Puan Lucky

6. Peepa

7. Sirman (hahaha...kalau rajin bang buat lah bang)

8. Mama Ranggie

Lunch @ Modesto with Ms. Zie

Just met this girl for lunch. Kitaorang lunch kat Modesto's Sri Hartamas. Jumpa kat tengah-tengah ofis kitaorang.....punyalah dekat sampaikan masuk ofis semula pun serentak.

Seronok borak dengan si Ziana ni, sampaikan tak sedar jam pukul berapa. Dari duduk sampai bangun balik tak henti-henti berborak. Nice gal. Siap dia lak yang belanja makan. Kita ingatkan nak belanja dia makan, tapi sampai jer bil terus dia pegang...ishk ishk ishk..tima kacih lah cik zie ooiii...tima kacih daun keladi...hahaha..lenkali I lak belanja ekk...dok ofis dekat sangat ni, anytime pun boleh keluar lunch.

Makan kat Modesto sini tak mahal ok. Ambik jer set lunch confirm mampu ditelan. Selama ni duduk lalu lalang siap parking hari-hari depan Modesto tapi baru ni jer lah ada geng nak ajak makan situ. Thanks yer Ziana.

p/s: Tadi boss ada bagi angpow...takderlah banyak tapi..I segan u...dah kawin pun dpt angpow lagi...apa ni...apa ni...hehehe..anyway..thanks boss

I'm back

Hallooo.......

I'm back...hahahaha...but rite now..there're too many works to settle...my other event is just around the corner so...I have to prepare a lot....... of things.

Harap-harap petang ni, I'll have the time to bloghopping and post new entry. A lot of story to share with you guys.

Adios for now...

Tuesday, February 5, 2008

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year!!!


Wishing you Prosperity and Great Health throughout this Rat year


Kepada keturunanku yang hilang di China...ngeh ngeh ngeh...Happy Prosperous CNY to you too ok!!!


dungdung ca..dungdung ca...dungdung ca dungcadungca
p/s: yahoo....cuti....adios everybody

A Good Year



'Pardon my lips. They find joy in the most unusual places'


That is a dialog from Max Skinner played by Russel Crowe in a movie called A Good Year. What a romantic words to say.


I love this movie so much and I think few of you already knew that I love Russel Crowe.


'Sometimes it takes a change of scenery to have a change of heart'


The tagline from that movie and I totally agree with the saying.


The story is about a man named Max Skinner. After years of no contact with his Uncle Henry, London banker and bond trader Max Skinner learns that Henry has died intestate, so Max inherits a ch√Ęteau and vineyard in Provence. Max spent part of his childhood there, learning maxims and how to win and lose, and honing his killer instinct (at chess, which serves him well in finance). Max goes to France intent on selling the property. He spends a few days there, getting the property ready to show. Memories, a beautiful woman, and a young American who says she's Henry's illegitimate daughter interrupt his plans. Did Max the boy know things that Max the man has forgotten?


and one of so many words of wisdom from his Uncle Henry;


'You'll come to see that a man learns nothing from winning. The act of losing, however, can elicit great wisdom. Not least of which is, how much more enjoyable it is to win. It's inevitable to lose now and again. The trick is not to make a habit of it'


Tomorrow I'll start my CNY holiday and I'll be back on monday morning. Till then, there will be no updates on this blog as I would like to enjoy my 'balik kampung' and there will be some big event happening there so I'll be so damn busy.

Anyway, semalam my dear hubby balik jer rumah, umi ngan mia cepat2 buat tido. Tapi si Mia yang tak tahan-tahan nak bangun sebab nak tolong bukak present ayah dia. Dia cakap present tu from Umi and Mia, tapi nampaknya dia yang paling beria-ia nak bukak. Ayah balik terus dengan senyuman dan dengan suara manja dia, tanya umi beli apa untuk ayah (saja jer tu, sebenarnya dia dah baca blog ni semalam).

Tersengih-sengih bukak present, cute sangat tengok and just like I thought, he asked me what is the price...typical him.

Bukak present slow-slow sambil tengok kecantikan wrapper (wrapper nyer gambo sexy 50s lady)...terus dia transform the dreadwings to the robot figure and then transform it back to the jet fighter figure. Dah puas belek-belek, dia letak kat sebelah LCD baru dia (kalau letak kat sebelah LCD, maknanya toys tu dapat perhatian paling tinggi buat masa ni lah..kalau dah bukan nanti dia letak dalam see through cabinet jer lah).

Tau dia suka, I dah happy sangat. Tengok dia senyum-senyum tak habis sampai tidur. Saja jer tanya dia;

Umimia: Suka ker yang...are you happy?

Ayahmia: Thanks sayang, suka sangat..tapi berapa regenye..tolonglah bagitau, sebab kalau sy tak tau saya tak boleh tido

Umimia: Hahahaha...sayang...sayang....Murah jer lah..tak mahal jangan risau, tapi tadi kalau dia accept credit card, confirm saya belikan awak Optimus Prime ataupun Barricade Figure sekali dengan miniature hero, heroin and the litle robot. Tapi yang nih ok jugaklah yang kan???

Ayahmia: Ok jer. Tapi.......

Umimia: Ha..takder tapi..tapi.... Jangan cakap saya membazir...kang saya kecik ati kang, langsung lepas-lepas ni awk tak dapat apa-apa langsung...hargai saja yer yang...

Ayahmia: Ok....saya hargai sangat...thanks again.

Umimia: Tapi jangan lupa, bulan 9 ni saya nak present special jugak...hehehehe

Ayahmia: Ermmmm........(sleep)

Monday, February 4, 2008

Happy Birthday to my dear hubby...

This is an open letter to my dear hubby

Dear My hubby baby,sexy daddy,


Happy Birthday sayang...Selamat Harijadi yang ke-28. Umur baru jer 28, tapi uban dah banyak..kesian. Saya nak cabut awak tak bagi, konon-kononnya nak bagi putih macam Richard Gere...pooorahh..


Apa-apapun, semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Tapi janganlah kerja kuat sangat. Kalau rasa diri tak sihat, rasa diri nak demam tak payahlah pergi kerja....rehat kat rumah, bagi umi jaga ok. Tapi...confirm2 tau awak memang degil. Risau sangat nak suruh orang lain tolong atau sambung kerja. Semua kalau boleh nak buat sendiri. Saya suka awak rajin, saya suka awak komited dengan kerja tapi janganlah sampai kesihatan diri terabai. Kalau sakit betul2 kan lagi susah.


Awak selalu cakap anak tu obses dengan Umi dan Umi obses dengan Ayah....hahahaha..perasan tau. Kalau saya obses, mana mungkin awak ada masa untuk diri sendiri. Cuma saya terlalu sayang dengan awak. Itu ajer. Lagipun bukan senang nak dapat awak ada kat rumah betul-betul dan berehat.


Terima kasih sayang atas segala kasih sayang dan perhatian yang awak curahkan pada kami berdua. We really appreciate it. Janganlah risau kalau anak tak rapat dengan awak. Lagipun awak tu kuat sangat menyakat...macamana dia nak rapat. Tapi apa-apapun, anak memang sayang awak sangat. Jangan risau.

Sejak kita kawin, memang awak dah banyak berubah. Awak makin matang dan saya rasa lebih matang dari saya. Makin kedekut pun iyer....tapi...jangan marah saya cakap macam tu...saya tau kenapa awak kedekut. Saya tau 'future planning' awak dan saya sebenarnya tak kisah pun sebab saya bukannya high maintenance cuma kadang-kadang saja jer nak cari pasal. Seronok gaduh.


Yang,


Saya ada beli mainan untuk awak. Lepas dapat ni, gi main jauh-jauh....kikikiki...Please...tolonglah sayang, janganlah cakap saya beli barang ni membazir dan awak lebih suka saya simpan jer duit saya. Kalau awak cakap macam tu, saya ketuk kepala awak. Hargailah pemberian saya ni. Lagipun, hobi awak memang mahal pun (dalam kedekut-kedekut tu). Saya nak beli arowana, mahal sangat ribu riban..tak sanggup lagi rasanya nak beli hadiah semahal tu utk awk. So, ini jer lah saya boleh beli untuk tambah collection awk.
I love you sayang, Happy Birthday again.

p/s: Dreadwing, transformers toys ni for Ages 5++...ermmm..kadang-kadang awak punya perangai pun ada cam tua sikit jer dari anak. Oklah tu kan. I love you darling....mmuuahhh

My weekend...

My weekend this week. Begitulah boringnya...Tiga hari cuti yang sepatutnya banyak aktiviti yang boleh buat tapi disebabkan the hubby yang kerja non-stop utk 5 hari ni (terpaksa) and then dengan kawan-kawan yang masing-masing ada agenda sendiri dan dengan adik beradik yang dah balik kampung...so tinggal lah umi ngan mia ajer.

Apa kami buat????

Kami bangun lambat (actuallynya, umi yang bangun lambat golek-golek atas katil, si Mia awal2 dah bangun, bukak playhouse disney, buat susu, dia boleh terpaku depan TV berjam-jam).

Dah bangun, mandi...kami keluar, tapau nasi bungkus (tu pun umi jer yang makan, si Mia makan 2-3 sudu jer)

Balik rumah, makan...turn umi tengok channel umi..Hallmark, HBO and so on...Mia layan Lego.

Dah letih layan Lego, Mia tido...umi sambung tengok DVD sambil buat kerja rumah sikit-sikit.

Petang bangun, kami jalan-jalan naik motosikal (yang my brother tinggal) macam minah rempit...gelak-gelak buat lawak.

Malam, mandi tengok TV sambil buat homework Mia, tengok TV lagi, Mia tidur, umi tunggu ayahmia balik, layan ayahmia borak....tido..

uweekkk...tiga hari macam tu...rasa nak muntah kalau berlanjutan sampai hari keempat tau..nasib dah masuk keje...Alhamdulillah....

Rabu ni balik Pekan..yeah..rabu ni balik Pekan yeah....seronoknya........tak sabar..............