Tuesday, June 30, 2009

4 hari yang sibuk dan tak sibuk

Dah nak masuk 4 hari aku tinggal blog tak ber'update'...bila masa aku nak create new post nih...tetiba tangan aku terkaku kat keyboard. Tak tau nak mula dari mana.

Aku away pun sebab kerja. Blablabla...yadaa yadaa yadaa...the same thing all over again. Kalau ada krisis pun, isunya tetap sama dan situasinya tetap sama. Cara penyelesaiannya pun aku guna cara yang sama. Banyakkan senyum. Sampai naik keras muka aku sebab banyak senyum dan naik kejung belakang aku sebab kena berdiri dan duduk dengan tegak dan menuntut aku menumpukan sepenuh perhatian.

Itulah apa yang aku buat, setiap kali ada event. Berurusan dengan manusia aku kena sentiasa berkompromi dan bersikap terbuka. Kena melihat setiap masalah yang timbul dari sudut yang positif. Walaupun dulu ada masanya aku jadi agak panik dengan masalah yang datang tiba-tiba. Tapi sekarang, dalam apa jua keadaan aku cuba untuk tenang dan berfikir dengan cepat.

Tapi....................bila balik rumah....flatttttttt...letih.

Hari ni tadi, aku ambik cuti untuk jaga Mia...sebab family mertua aku ada hal. Boring duduk rumah, aku ajak Mia berjalan ke Leisure Mall...tengok wayang...Ice Age 3...seronok betul Mia. Ceritanya tak mengecewakan aku. Yang penting Mia seronok.

Esok, bermula semula hari-hari aku mengadap kerja di ofis....dah khamis pun esok..cepatnya..dua hari lagi sabtu dan ahad..dan masuk semula isnin. Cepat sungguh aku rasa masa berlalu.

Sabtu depan, adik aku balik dari Bandung...bercuti panjang. Antara sebab yang memungkinkan aku untuk balik ke Pekan lagi untuk minggu-minggu akan datang.

Esok aku harap boleh curi masa untuk singgah kat blog kawan-kawan. See you.

3 comment(s):

cik syahira said...

assalamualaikum.

apa khabar kak ros.
lama tak singgah sini.
semoga hari-hari akan datang lebih ceria yer.
senyum-senyum selalu.
O.O

adenium said...

yesss... rose dah balik..hwehehehe

Umi Rose said...

cik syahira,
susah ok nak ceria nih....wa pu ce tau nak bagi semangat kat diri dah

Sid,
tak sabar nak barang yer........