Tajuk Filem: SETEMArahan: Khabir Bhatia
Terbitan: Tayangan Unggul
Tarikh Tayangan: 30 Julai 2009
Barisan Pelakon: Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Sathiya, Bront Palarae, Vanidah Imran, Que Haidar, Isma Yusoff, Indi Nadarajah
Plot:
Berkisar tentang komplot beberapa gang (Gang Anak Yatim - Rashidi, Afdlin, Gang Tosai - Indi, Sathiya, Gang Piranha - Corrie, Bront, Gang Bakso - Harun Salim Bachik, Isma Yusoff, Yang Teraniaya - Que dan Vanidah) yang ingin mencuri setem lama yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi yang dikenali dengan nama Setem Barring yang dianggarkan bernilai USD4 Million.
.
Review AKU:
Plot dan jalan cerita yang memang menarik dan sedikit sebanyak aku terasa seperti sedang melihat filem hollywood...ala ala Ocean's Eleven gitu...tapi semestinya banyak disuntik dengan elemen Malaysia.
.
Pada asalnya aku mati-mati ingatkan ini filem arahan Afdlin Shauki. Yer lah kan. Selalunya kan filem yang Afdlin Shauki berlakon adalah filem arahan dia sendiri. Tapi...bila aku tengok poster dia betul-betul...lahhh..Khabir Bhatia rupanya...semakin tak sabar aku nak tengok filemnya.
.
Pergerakan cerita yang pantas membuatkan aku tak terasa bosannya dan tak sabar-sabar untuk melihat scene seterusnya. Lakonan yang paling meninggalkan kesan pada aku ialah watak Sathiya sebagai Vellu. Kelakar oooo....pendek kata semua pun kelakar lah dan aku rasa semua pelakon telah memberikan lakonan terbaik mereka untuk filem ini.
.
Filem yang berbaloi untuk ditonton, senang faham dan pasti terhibur. Aku bagi ****
.
.
.
Jadi...aku sarankan pergilah beramai-ramai menonton filem SETEM ini yang akan mula ditayangkan pada 30 Julai 2009. Thank you to Ajami for the invitation and Congratulation to Tayangan Unggul dan semua yang terlibat.

P/S: Suka lah GSC Tropicana Mall tu, ruang legar dia luas, makanan dia sedap dan service pun bagus. Tempat yang bagus untuk buat preview...dan satu lagi..suka giler dengan fridge magnet souvenir tu.
.jpg)

6 pengomen cun:
thanks for the review..
anyway, ly nak inform dah tukar blog baru..update ekk ;)
http://myrillys.com
oooo....berbaloi baloiii.... :)
wah.. gambar diri ku di situ.. hehe
yup!! mmg benar, citer ni gempaqs seyh.. enjoy gilass..
dan yg penting tak membosankan..
p/s: awal siot dah wat ulasan.. bravoo.. btw,fridge magent tu mmg menarik..
assalamualaikum.
apa khabar kak rose.
seronoknya dapat tgk free.
thanks for the info.
wink..wink.
akak bulih tak scan & tepek kat blog fridge magnet souvenir itu? ahahaha!
lily,
baik...akan di update nanti
K.Jie,
berbaloi lah kak jie..drpd tengok sifu dan tongga
Adam,
ada lagi gambar I ngan u..tapi kang kalau letak...ada plak yg speku..tak jadi letak..ahahaha
syahira,
gi tengok nanti aaaaaa....
Ajami,
adik nak tengok ker dik....mulehhhh...nanti akak tepek sini yer dik...muahuahua
Post a Comment