Google
 

Monday, July 13, 2009

Upcoming entry dan kisah orang yang 'tak hipokrit' katanya

Banyak cerita/event yang aku akan update dalam masa terdekat ni. Tapi satu-satu ok...macamlah tak biasa ngan blog aku ni kan. Kalau RM dan GBM yang lain dah update...mungkin aku antara orang yang terkemudian lah update part aku pulak. Dah tentu-tentu...segala gambar aku kena tunggu orang lain bermurah hati emailkan. Dari camera aku sendiri..yillek pocik.

Antara kisah untuk entry akan datang...

i) Kisah surprise birthday party...
ii) Event Nona/Bodyshop
iii) Dinner, blogger award Yoyooh

Tetapi, hari isnin yang aku mulakan dengan senyuman, mati sekejap dengan kisah yang aku terbaca pagi ni. Ada blogger yang agak nipis budi bahasanya dalam memperkatakan tentang orang lain...lagi pula jika orang itu tak senormal dirinya.

Walaupun bukan aku yang diperkatakan tu, tapi hati aku betul-betul terhiris. Itupun dengarnya, entry yang asal telah di olah semula supaya kebiadabannya nampak kurang. Sedih aku dengan sikap orang melayu yang pada mulanya nampak segak berbaju melayu tapi demi mengagungkan sikap tidak hipokritnya telah dengan sengaja berlaku biadab dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Semoga masih ada ruang untuk dia menyedari kesilapannya dan meminta maaf dengan hati yang lebih ikhlas (agak sinikal juga entry I'm Sorry nya).

7 pengomen cun:

Munirah Abd said...

saya sudah baca kak entry pemuda itu.. haihh mengapa lah begitu...

daela said...

kak rose..kalau berbaju melayu,tapi over cabul typo...x guna kan..

azreen said...

entahla kekdg tak tahu dengan sikap org2 kita....smga dia menyedari kesilapan yg telah dia lakukan....

sebaliktabir said...

aku tak tau siapa orang itu, dan aku tak baca apa tulisan pemuda itu Rose. Cuma aku rasa..
berbaju Melayu belum tentu dia Melayu dalam hatinya,dalam langkah dan tingkahnya..dia hanya sekadar debuan,bila saja dihembus boleh hilang begitu sahaja.

Sabar....

Umi Rose said...

Munirah,
Mungkin asalnya nak menulis apa yang dia fikirkan saja...tapi tak sedar benda tu memerangkap diri dia agaknya..entahlah mun...kak rose hanya boleh buat andaian jer...

Dila,
ermmm..cabul typo yer..betul jugak tu...mungkin katanya nanti..tu hanya kebebasan bersuara pulak.......

Kak Azreen,
semoga belum terlambat..kalau dia lebih bersikap merendah diri dan menghormati...rasanya tak begitu jadinya....

Mahfuz,
betul cakap kau...hanya melayu atas pakaian dan bukan hati...

Yatie SawaNiLa said...

oh budak tu ker??? no komen...\
kebebasan menaip kot... tak pun terlebih makan sotong sambal yang sedap tuh

Umi Rose said...

Yatie,
makan sotong sambal banyak sgt sampai mabuk kejap yer...tapi sedihlah kalau disebabkan kebebasan menaip dia pun boleh lupa budi bahasa...