Murah memang ah murah...15.90++ jer.Makanan pun not bad lah..kenyang dan santak gak perut cam aku makan tempat lain. Tapi nak layan que dia....ampun...mak tak mau pergi dah.
Masa kat sini, sempatlah aku tengok iklan ikea kat TV, featuring Nubhan. Lama aku tak dengar cerita budak Nubhan tu. Dulu masa Vernon jadi manager dia, hari-hari menengok perkembangan dia (walaupun aku takderlah minat pun). Dia menghias rumah kampung dia dalam iklan tu, macam comel lah pulak. Decoration yang comel yer..bukan dia. Buat aku cam rasa teringin nak beli semua. Nasib lah masa takder, kalau tak...budak2 tak dapatlah merasa duit raya aku...dengan dialog: 'sorry yer adik-adik semua...akak dah guna duit nak bg untuk adik-adik soping kat ikea..datang next year'.
Aku melepak dengan dua orang budak GBM ni. Eh budak lagi ker...bukan dah layak jadi mak budak dah memasing nih.
Gambar makanan kami berempat. Bravo for me, sebab hari tu aku tak sentuh pun walau sebutir nasi, atas dorongan daripada Sid. Kalau tak....aku...melantak nasi jer kerjanya...camner nak kurus. Orang lain bulan puasa kurus, aku bulan puasa mengembang. Dah tu...hari tak puasa, aku selalunya ada gak skip2 nasi. Bila tiba bulan puasa ni, perut dah kelaparan...nak melantak nasi jer lah kerjanya. Padan muka aku.....ko gemuk jangan salahkan orang yer cik rose....Sid pun ada bagi hadiah gak (tapi aku lupa nak snap gambar). Aku dapat dua balang kuih raya dari Sid. Hasil dari air tangan dia sendiri okeh. Tima kacih Sid...sedap....(ooppss dah makan pun, tak sempat tunggu raya). Sid juga bermurah hati untuk bagi mak budak ni Angpow Raya. Untuk mak budak tu kan Sid?! bukan untuk Mia kan....bolehlah buat bayar tol balik pekan esok nih. Thanks aaa Sid....lalalalalala...
Tapi, kami tak lupa untuk menapau Ikea punya meatballs. Aku memang nak makan sini sebab meatballs dia lah pun. Walaupun hakikatnya meatballs dia dah tak sesedap suatu masa dulu. Tapi...bolehlah daripada takder. Dulu gedabak besar meatballs dia, masa ikea baru bukak dulu. Sampai tak muat nak kunyah sebijik dalam mulut aku yang chumel ni. Sekarang ni sekali ngap jer hilang. Karipap dia pun dah mengecik sizenya, dulu satu ketul jer pun aku dah tak larat nak abiskan. Sekarang kena 3 ketul baru aku puas makan. Erk...ker maknanya aku telah menjadi giant berbanding dulu dan nampak sumer benda kecik jer dimata aku?! OH TIDAK!!!!

6 comment(s):
meatball ikea! hehe..tetiba mengidam plak
selamat ari raya kakak :)
Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin
Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada UmiRose & Keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
wakakakaka..samalah kak ros..org puasa kurus,,dila puasa..bulat!!
lama tak gi ikea, almaklumlah, sejak duduk hujung dunia
lily,
tak salah mengidam....pergi ler cari...hehe
Ita,
Selamat Hari Raya to u too...
Kak Jie,
sama lah kita...maafkan kalau ada terlanjur dan tersilap kata dalam berkawan....
Dila,
senasibbbbb
Kak Liza,
lalu ikut belakang tu lah..masuk subang jaya/damansara..dekat sikit
Post a Comment