ITS WAR OUT THERE...or maybe i shud say....post-war or no...becoz it still happen...
Seriously, I have no idea...tetiba jer balik dari perang dua tahun...bangunan-bangunan banyak dah roboh. Orang-orang banyak yang mati dan cedera.
Apa yang dah terjadi nih..what happen???!!!
Aku baru jer berkesempatan tengok dokumentari Puyi: The Last Emperor of China kat History Channel last weekend. Two very good episodes. I really recommend you out there to go and watch it (if Astro goin to do a re-run lah).
Aku memang suka sejarah, ramai orang tak suka matapelajaran sejarah masa sekolah dulu kan. But not me, I love history. Sebelum aku masuk sekolah menengah lagi aku dah baca buku sejarah mak aku masa sekolah dulu. Buku teks sejarah zaman dulu lagi best dari zaman sekarang. Dulu diaorang belajar sejarah negara lain selain Tanah Melayu. Diaorang belajar pasal perang dunia pertama, kedua, pasal sejarah negara china..berapa emperor negara china ada, pasal american civil war pun ada. What a story...why lah sekarang ni pelajar kita tak diberikan peluang untuk mengenal sejarah negara lain. Bukan aku nak cakap sejarah kita tak hebat, hebat...tapi kita boleh jugak banyak belajar tentang sejarah negara lain. Sebab sejarah mereka pun amat menarik dan ada juga yang pelik-pelik.
Ok, berbalik pada cerita Puyi. Dia hidup lama...3 kali dia naik takhta. Dia terlalu obsessed dengan nak jadi maharaja china sampaikan dia sanggup jual negara dia, rakyat dia. Tapi yang bagusnya, akhirnya dia sedar dia salah. Dia hidup macam orang/rakyat biasa.
Masa episod kedua, ceritanya pasal kehidupan Puyi selepas 50 tahun. Selepas dia ditangkap oleh kerajaan masa tu, kerajaan Mao Zedong. Dipenjarakan dan hidup menulis biografinya. Mao Zedong pendekatannya sangat lembut. Puyi salah, jadi dia dipenjarakan tapi dia sedikit pun tak memalukan Puyi dikhalayak. Dia penjarakan, yer..Puyi malu tapi dipenjarakan di secluded area. Mao Zedong tahu, bahawasanya Puyi masih juga bekas sejarah China. Bekas maharaja dia, keturunan dari maharaja yang amat dihormati oleh nenek moyang dia.
Sementara tu, ada pula satu revolusi kebudayaan di China yang diketuai oleh Tentera Merah. Mereka ni pulak, pendekatannya sangat ekstrem. Kalau mereka dapat jumpa oarng yang pernah jual negara diaorang, tali barut jepun tu semua...habis diaorang tangkap dan malukan mereka kat depan seluruh rakyat China.
Aku tak setuju cara macam tu. Pada aku, yer..Puyi salah...Puyi mementingkan diri sendiri dulu...Puyi sangat tak fikir panjang dan Puyi sangat obses, tapi adalah salah untuk memalukan orang lain. Setiap orang ada maruah, kita suka ker kalau maruah kita tercalar. Bayangkan kalau kita berada di tempat dia. Mao Zedong betul, sebab memberi peluang untuk Puyi berubah dan ajar dia untuk sayangkan negara dan rakyatnya semula.
Umpama kita nak betulkan perangai anak kita yang suka meraung depan orang. Takkan kita nak maki dia depan orang jugak kan. Kalau kita sayang anak, kita takkan maki dia sebab budak-budak ni sensitif. Jadi, balik rumah kita cuba cakap cara elok, kalau tak jalan jugak...kita pukul lah dia sikit. Kalau tak jalan jugak....wallahualam....kita doa lah dia berubah menjadi anak yang baik sedikit masa lagi. Kata sayang kan...kalau sayang..buat cara sayang...memalukan orang tu maknanya kita dah menyampah sangat, benci sangat sampai sanggup lukakan orang yang kita sayang.
ermmm...yang aku tau..aku tak setuju dengan Tentera Merah.
2 comment(s):
biarkan bersejarah
Nabil,
pernah dengar tak expression 'sejarah berulang kembali'...ha..kalau nak tau..sekarang benda tu terjadi...tu yg kena keluarkan citer puyi ni..supaya org boleh ambik iktibar...
Post a Comment