Thursday, October 29, 2009

Red.FM, 104.9 Today's Best Music

Ehehehehe...kalau korang leh nampak aku sekarang, mesti korang pelik...'nape lah mak budak ni asyik tersengih jer macam kerang busuk'...ehehehehe....aku tak boleh berhenti sengih ah....teruja nih teruja...suara aku masuk radio semalam...ngehngehngeh...(dush dush dush).


Tetiba terasa malu plak (tolong lempang aku laju-laju). First time suara aku masuk radio, eh tak jugak ek...masa aku form 4 dulu pun pernah masuk sekali. Alah...Radio Muzik dulu kan ada segmen teka kedudukan lagu paling popular. Semangat lah aku dengan kazen aku dok mendail. Pastu bila tetiba dapat...suara terketar-ketar...huhuhu..kelakar.


Sekarang ni sekali lagi aku dapat on-air...muahuahua...gila teruja. Red.FM, 104.9 Today's Best Music. Mesti korang kata...wahhhh...radio pun pilih yang ada hubung kait dengan merah...mentang-mentang GBM. Ha'ah memang...aku dengar Red.FM sekarang ni. Selepas aku dah terlalu bosan dengan ERA dan tak larat nak mendengar Lite.FM so aku tune in to few other radio station. Tetiba nak dijadikan cerita, aku stop tune bila aku dengar lagu best dari satu radio station ni. Tak berapa lama kemudian baru aku tau yang radio tu namanya Red.FM.


Jadi aku fikir, why not....kira cam ironi lah pulak kan. Tapi, ok what...lagu bleh layan, memang taste aku. Walaupun banyak lagu from 80s dan banyak jugak lagu from movies tapi dia masih jugak putarkan lagu Lady Gaga, Pussycat Dolls and Pixie Lott. Just rite...just good for my listening.


Dalam banyak-banyak segmen Red.FM ni, aku paling suka segmen Scene Stiller. Listener akan pilih lagu dari list kat dalam website Red.FM under segmen Scene Stiller, fill in the form and later they will call you up. Scene Stiller ni adalah lagu-lagu dari movie soundtrack.


Jadi, semalam aku pilih lah satu lagu kat list tu. Aku pilih lagu from the movie, GREASE lakonan John Travolta dengan Olivia Newton John. Dedicate to my husband sebab dia memang peminat movie Grease tu. Bayangkan lah, caller ringtone hubby aku adalah lagu Summer Night (Tell me more) sejak 4 tahun lepas. Setiap hari, telinga aku disantakkan dengan lagu yang sama paling sikit sekali sehari...kalau ada hal penting....mau gak 3-4 kali dengar dalam sehari.


Jadi, istimewa untuk hubby aku...lagu tu aku tujukan untuk dia...with message : It will be good you know, if you can change ur caller ringtone...


ermmm...next time aku nak request lagu from The Sound of Music lah...lalalalalalala...

3 comment(s):

adenium said...

wooo.. masuk radio plak... ehhehe.. i dulu penah gak..zaman2 kat uni dulu..hahaha

*ayu the sun* said...

i tunggu... but tak sempat kot.
x dengar suara u.
:(

huhuhu....

Umi Rose said...

Sid,
itulah pasal.....nama i nak call radio...takder lah...join scene stiller tu mmg sbb diaorang yg call kita...cuba nasib jer..tak sangka dia call plak...

ayu,
hahaha...rugi u tau..rugi...sedap ooo suara I...muahuahua...(pang sekalik)