Aku tengok The Brave One dengan Anywhere But Here kat ASTRO. 2012 of coz lah kat cinema. Macam nak giler aku online hari-hari semata-mata nak book seat. Aku dengan husband aku ni agak memilih dengan seat dalam cinema. Kalau tak dapat belakang, tengah...jangan haraplah kami nak tengok. Kalau dapat depan-depan tu..rela kami keluar tak tengok movie tu. So, usaha aku nak dapatkan seat terbaik bermula dari khamis lepas amatlah mencabar sekali. Nasiblah dapat jugak kat KLCC walaupun time nya agak lewat jugak. Husband aku kalau dia kata nak tengok movie tu, selagi tak dapat selagi tu lah bising...(tapi...bininya ni suka...tengok wayang free...yeah).
Aku pasti korang dah dengar banyak review yang mengatakan betapa hebatnya filem ni. Pendapat aku...memang hebat ceritanya. CGI, special effectnya memang real. Moral yang cuba disampaikan nampak jujur. Menilai sifat kemanusiaan kita jika berhadapan dengan perkara yang menekan begitu. Kekayaan dan kemewahan yang hilang dan tak lagi bererti apabila dunia musnah dalam sekelip mata. Yang penting adalah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Cliche bunyinya tapi itulah nilai yang sepatutnya ada dalam movie. Aku menyokong cerita-cerita yang menampilkan nilai murni dalam movie. Lantak lah kalau ada yang nak kata filem hipokrit atau apa, tapi sejujurnya aku rasa filem mampu membantu menerapkan nilai positif dalam hidup sepertimana ramai yang terpengaruh dnegan nilai negatif yang ditonjolkan. Jadi, adalah tanggungjawab pembuat filem yang baik untuk menerapkan seberapa banyak nilai positif yang ada.
Aku pasti korang dah dengar banyak review yang mengatakan betapa hebatnya filem ni. Pendapat aku...memang hebat ceritanya. CGI, special effectnya memang real. Moral yang cuba disampaikan nampak jujur. Menilai sifat kemanusiaan kita jika berhadapan dengan perkara yang menekan begitu. Kekayaan dan kemewahan yang hilang dan tak lagi bererti apabila dunia musnah dalam sekelip mata. Yang penting adalah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Cliche bunyinya tapi itulah nilai yang sepatutnya ada dalam movie. Aku menyokong cerita-cerita yang menampilkan nilai murni dalam movie. Lantak lah kalau ada yang nak kata filem hipokrit atau apa, tapi sejujurnya aku rasa filem mampu membantu menerapkan nilai positif dalam hidup sepertimana ramai yang terpengaruh dnegan nilai negatif yang ditonjolkan. Jadi, adalah tanggungjawab pembuat filem yang baik untuk menerapkan seberapa banyak nilai positif yang ada.Jika diberi peluang untuk menonton berulang-ulang 2012...yer aku sanggup. Aku masih lagi mahu melihat dan masih lagi mahu menyelami hati aku jika benar itu yang bakal terjadi dengan dunia ini satu hari nanti, apakah persediaan aku? Berani kah aku? atau aku hanya mampu memeluk keluargaku menanti maut. Masih lagi aku tak pasti apa pilihan aku.
The Brave One, kenapa lah aku tak tau pasal cerita ni awal-awal. Kenapalah aku tak pernah nampak review filem ni. Bravo to ASTRO kerana sejak akhir-akhir ni pilihan filem tayangannya memang hebat-hebat belaka. Sikit pun aku tak rugi subscribe Movie Channel dan sikit pun aku tak rasa rugi walaupun berkali-kali diulang balik tayangan dua cerita ni dan Rescue Dawn dan berulang kali aku menontonnya nanti.
The Brave One, kenapa lah aku tak tau pasal cerita ni awal-awal. Kenapalah aku tak pernah nampak review filem ni. Bravo to ASTRO kerana sejak akhir-akhir ni pilihan filem tayangannya memang hebat-hebat belaka. Sikit pun aku tak rugi subscribe Movie Channel dan sikit pun aku tak rasa rugi walaupun berkali-kali diulang balik tayangan dua cerita ni dan Rescue Dawn dan berulang kali aku menontonnya nanti.Filem lakonan Jodie Foster yang sangat hebat. Jodie berlakon sebagai Erica Bain seorang DJ radio yang telah dipukul dengan kejam oleh sekumpulan kutu samseng dimana dalam insiden itu tunangnya telah terbunuh. Setelah 3 minggu berada dalam koma, dia bangun dan mendapati dirinya berubah menjadi seorang yang pendiam, pendendam dan fobia terhadap keadaan sekelilingnya. Tetapi semuanya berubah apabila dia membeli sepucuk pistol untuk perlindungannya tetapi suatu hari telah menembak mati dua orang kutu yang cuba membuli orang lain di dalam stesen keretapi.
Hidupnya berubah menjadi lebih yakin selepas itu, tetapi berturut-turut dia terperangkap dalam situasi yang memerlukan dia menggunakan senjatanya kembali. Berkawan baik dengan seorang detektif polis, tetapi detektif itu mula merasakan Erica ialah suspek pembunuhan tersebut. Berjayakah Erica membalas dendam atas kematian tunangnya? dan berjayakah detektif tersebut menahan Erica? Korang tengoklah sendiri....huhuhu...
Filem mantap lakonan pelakon hebat Susan Sarandon dan Natalie Portman dalam filem arahan pengarah The Joy Luck Club, Wayne Wang. Filem yang mempunyai skrip yang sangat kuat ditambah dengan jalan cerita yang sangat menarik mengenai kehidupan dua beranak yang mempunyai pilihan yang berbeza. Si ibu bersikap sambil lewa dan mengambil mudah pada semua perkara dan sibuk menyiapkan anaknya untuk menjadi pelakon. Tetapi si anak pula sudah mula muak menjadi orang yang lebih dewasa kepada ibunya dan mempunyai perancangan yang besar untuk hidupnya sendiri. Tapi kasih sayang mereka banyak kali teruji dan setiap keputusan yang mereka lakukan akhirnya adalah demi untuk satu sama lain.Menonton movie ini seperti aku membaca sebuah buku yang sangat menarik. Tak tinggal wahima satu perkataan pun dan tak mampu untuk berhenti walau untuk ke tandas pun. Cerita yang sangat mengesankan dan aku sememangnya selalu terpaku dengan lakonan Susan Sarandon.

Spread.........ehem ehem....sebuah filem yang banyak sungguh adegan *toot* *toot* dan *toot*. Sila menonton filem ini tanpa kehadiran budak-budak. Sinopsisnya aku just cilok jer lah dari IMDb;
In Los Angeles, Nikki is homeless, car-less and closing in on 30, but he's amoral, good-looking, and adept in the sack, moving from one wealthy woman of 35 or 40 to another, a kept boy-toy. His newest gig, with Samantha, an attorney whose house overlooks L.A., is sweet, although it's unclear how long she'll put up with him. Then Nikki meets Heather, a waitress. Is the player being played, or might this be love? What will Nikki discover?
TATAPI...............ASHTON KUTCHER SANGAT HOTTTTTTTT dalam filem ni.............phewwww...bertuahnya Demi Moore
4 comment(s):
sudah nonton The Brave One tapi tak ingat ending nya cemana hehe... yup a good one from jodie foster
dah tgk gak brave one tu ..
2012 ..dah 2x tgk ..
movie rescue dawn tu mmg cool gila...especially part dia makan hati ular tu..huhu
apsal dee leh miss brave one tu..aiseh..dee pun subsribe movie channel.sbb jenis malas nk gi wayang tgk..hahaha..
Post a Comment