Hari ni rasa macam special sikit dalam hati ni. Mungkin sebab semalam aku dah luahkan perkara yang dah lama terbuku didada. Paling yang membuatkan aku teruja sebab petang semalam aku dapat melihat satu ciptaan Allah yang sangat indah dan suci.
Balik semalam, aku terus ke HUKM kerana ada saudara terdekat aku yang melahirkan anak. Tak sabar hati aku rasanya, marah sungguh aku dengan 3 kereta yang berhenti dilaluan tengah sebelum tol semalam. Dalam hujan renyai, ada pulak accident kat tengah-tengah jalan. Kes langgar bontot kereta lain. Yang akhirnya membuatkan kereta lain pun menunjukkan keprihatinan yang tak berbelah bagi dengan memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang terjadi. O well.....thats Malaysian...can't live without them...
Aku sampai ke HUKM, betul-betul setengah jam sebelum waktu melawat tamat. Berlari anak aku menuju ke wad bersalin. Sesampainya aku ke dalam wad, dalam keadaan termengah-mengah (well...badan tak berapa nak kecik..berlari anak pun dah macam berlari bapak pada aku) mata aku terkunci pada satu susuk kecil yang sedang nyenyak tidur.
Bersalam dengan semua yang ada, tapi mata aku masih lagi tertumpu pada susuk kecil tu. Ada iras muka Rian, detik hati kecil aku. Rasa kalau boleh time tu aku terkam...dah aku gomol-gomol agaknya. Tapi, tak elok pegang budak baru lahir kalau kita baru jer sampai, pesan orang tua. Sebagai langkah berjaga-jaga, tak salah untuk aku ikut pesan itu. Ada betulnya juga kan?
Sepuluh minit aku ambik masa bertanya khabar dengan ibu baru dan berbual kecil dengan orang yang datang melawat. Letih aku tengok muka ibu yang baru saja melahirkan bayi lelaki seberat 2.70 kg tu. Tapi terpancar rasa bahagia di wajah kedua pasangan ibubapa baru tu. Aku pun turut sama terasa bahagia.
Habis berbual kecil, aku rapatkan badan aku ke katil bayi dan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani aku angkat bayi kecil tu kedakapan aku. Nenek tua tu berkata yang dari sesampainya tadi bayi tu asyik tidur saja.
Aku cium ubun-ubun bayi tu, lembut. Tiba-tiba matanya terbuka. Aduhhhh kalaulah kamu semua dapat rasakan perasaan aku ketika tu.....indah sungguh rasanya. Betapa terharunya perasaan aku masa tu...dengan wajahnya yang seiras Rian dan pertama kali matanya dibuka di dalam dakapan aku. Aku sungguh sungguh rasa bahagia.
Kawan aku cakap 'Subhanallah, Allah is Great. Sekelip mata dia bagi u hikmahnya' and yes, I cud'nt agree more...Betapa aku dapat rasakan kasih sayang dari Allah mencurah-curah ke atas ku. Aku bahagia saat ini. Masih lagi aku dapat rasakan kehangatan tubuh bayi kecil itu dalam dakapanku.
Dan...pagi ini, tak tau mengapa, datang pula rasa rindu yang mendalam kepada suamiku. Pernah sekali aku rasakan perasaan sebegini, semasa kali pertama aku tahu yang aku cintakan dia. Semasa kali pertama aku rasakan yang aku tak boleh hidup tanpa dia. Sekarang, perasaan tu datang semula. Aku angkat telefon dan menyatakan rasa rindu ku padanya...hahahaha...romantik nak mampos plak rasa. Of course lah suami aku ketawa kelakar pada awalnya. Tiba-tiba datang roh romantik kat bininya, geli-geleman agaknya seluruh badan.
Tapi, sesungguhnya hari ini aku rasakan hati aku mula pulih dan bahagia.
.jpg)

5 pengomen cun:
alhamdulillah...moga akak sentiasa merasai ketenangan nih...
alhamdulillah...
semuanyer ok...
insyaAllah ianya berterusan.. Amin :p
pagi td dgr kat radio..sepasang kekasih gugurkan anak..selepas tu mereka berkahwin..dikurniakan anak..tp malang..anaknya cacat..dia teringat kembali dosa lampau..tp dia redha dan bertaubat..Alhamdulillah..
x tau napa dee citer..cuma anak itu satu anugerah..x phm napa org nk buang n gugurkan..
anyway..baguslah rose dh ok..take care..
Odah,Lyn,
semoga...
Dee,
thanks for the story dee...betul tu...betapa besarnya anugerah cahayamata....
*hugs*
happy 4 u..
Post a Comment