Friday, January 30, 2009
Cerita Motivasi Aku
Finally the 4 of us...
Semalam berjaya jugak kami berkumpul..berempat. Walaupun tak banyak yang dapat diborakkan sebab bercampur dengan layan TV, makan dan suara dua budak kecik yang nyaring but at least hati aku suka dapat pandang muka 3 pompuan tersayang aku... :-)
Balik dari kerja semalam, sempat jugak aku goreng dua bungkus bihun dengan buat sikit mi rebus untuk dinner. Rezeki bertambah-tambah pulak dengan sandwich dari cik atul..makanan paling laku tu...
Me, Mia, Ayahmia, Farah, Niza and Mumu...
Sambil borak layan makan, layan TV...seronok aku tengokSemasa inilah mulanya perangggggggg dan kebingitan pun berlaku di seluruh kawasan taman....huhuhuhu
Thursday, January 29, 2009
dapat header baru yeah..dapat header baru yeah
Thanks to Ayu yang telah men'design' header atas tuh..ada dua lagi..(esok aku tunjuk ok). Ayu lah pompuan yang paling jelita, cantik berseri di alam MAYA ini.....kikikikiki. Gila suka sangat masa first time dapat header nih.......blog ni tak pernah ada header cam org lain..dahlah tuan punyanya macam bute IT skit...mana tak jakunnnn....
So..untuk dua tiga hari akan datang nih...blog ni mungkin ada sini situ perubahan kecik2 lah yer...jgn terkejut plak kalau masuk blog ni tetiba berubah...korang tak salah masuk blog punya...cuma blog ni jer yg carik nafas baru...
ufffffffff...ahhhhhhhhhh...ufffffffff....ahhhhhhhhhh...(tarik nafas...lepas nafas...)
Ice-blended chocolate Saujana Impian
Malam tu pulak kami berjumpa dengan orang yang menyebabkan aku sampai ke Saujana Impian ni. Perancangan nak berjumpa dah lama..tapi baru ni lah kami berkesempatan nak bertemu 3 mata..ehehe...aku sepasang mata, dia dua pasang mata and of course cik Ayu sekali....diaorang bertiga ni mesti ada bersama. Wati, Ayu, Ila...duduk pun dah berjiran sangat...cannot separate...hahaha...
Ila sibuk suruh aku try ice-blended chocolate kat rumah dia..so ini yang aku semangat nak try nih.....
Wednesday, January 28, 2009
Pabila dua Umi bertemu..(acewah)
Pabila dua umi bertemu...apalagi, sakan lah berborak. Update masing-masing dengan cerita masing-masing. Sessi meluahkan perasaan dan segalanya lah. Seperti biasa, kalau kami berjumpa tak pernah kering topik. Ada jer nak diborakkan...gosip seantero dunia pun keluar. Mia dengan Faris (baby pengarang jantung puan rumah) pulak..mcm biasa..budak2..apalagi...sepah rumah.....yeayyyyyyy.....
Umimia dan Umifaris....
Futung sudahhhhhh
Monday, January 26, 2009
My CNY day
Hari ni, outing dengan my auntie's family...window shopping, cari toys, makan aiskrim, maybe tengok wayang malam ni dan..........................yang paling best...dapat belated bday present....peach body butter from Body Shop.............yippieeeeeeeeeeeeeeeeee....suka sangat. Thanks Kak Annie...I love you so much....mmuahsss...
Friday, January 23, 2009
Happy Dong Dong Ca....
Hari ni sebenaqnya aku off, patutnya half day jer tapi ting tong ting tong..terlajak sampai petang..so cakap kat boss..'count me 1-day leave'...done...suka hati boss aku sbb boleh katup ofis cepat tak payah tunggu aku..hehehe...
By the way, aku dah potong rambut Mia tadi. Nanti aku tepek gambo dia ek..alah..sikit jer pun..tak derlah nampak sangat....
ermmmm...apalah kami berdua nak buat 4 hari cuti nih.......
Bye everybody...have a great holiday!!!!! :-)
Thursday, January 22, 2009
The Unmanaged MANAGEMENT
Wednesday, January 21, 2009
Nak potong rambut Mia
Pagi tadi masa menyikat rambut si Mia, aku perasan rambut dia dah makin panjang. Aku ingat nak potong sikit lah rambut dia. Sikit ajer....alah...takat-takat kat ermm...aku nak sebut kat tali bra tapi mana plak Mia pakai bra lagi...oklah..kira takat-takat tali bra Mia another 5-6 years. Ha....5-6 years aku yakin dia dah pakai bra sebab omaknya sama jugak...darjah lima dah pakai bra masa bebudak pompuan lain masih lagi pakai singlet putih. Disebabkan Mia anak omaknya..aku yakin around that time dia akan pakai bra gak.
By the way, berbalik pada rambut dia..asalnya aku nak potong sikit jer..ingat aku maybe atas sikit dari pinggang..so maknanya around 1-2 inch jer lah..tapi tadi pagi...Mia beria mintak nak potong rambut macam Umi....ermmm..kalau macam Umi kenalah potong banyak lagi dari atas pinggang. So...marilah kita nantikan kemunculan terbaru dari Mia dengan imej yang baru after dong dong cha ini...hehe...
Dari depan nampak cam pendek lah sebab Umi ikat rambut dia tinggi pagi tadi.Gawat KAH?
Yesterday nite, aku dengan husband berbincang pasal perkara ni. Sementara kami nak kill the time menunggu Mia fall asleep (lambat pulak dia lelap semalam..ishk), kami dok berbincang pasal ekonomi Malaysia sekarang...serius huh!...hehe..
Husband aku cakap dia tak terasa gawat tu sebab apa yang masuk dan keluar dari poket dia tiap-tiap bulan masih juga sama dan kawan-kawan dia pun lebih kurang jugak. Aku??? bila dia cakap macam tu, aku pun bersetuju jugak sebab apa yang ada dalam poket aku sebenarnya keluar dari poket dia jugak selalunya.
Tapi bila aku dalam kereta pagi ni...dah bosan dengar nursery ryhmes Mia, fikiran aku melayang-layang ke cerita kami semalam. Kenapa hati aku masih dapat merasa gawatnya ekonomi ni? Mungkin sebab dari pembacaan aku di suratkhabar agaknya atau mungkin sebab ada kawan-kawan aku yang terkena bahang gawat kali ni.
Tempat aku bekerja ni pulak...sejak dari tahun lepas lagi dah terasa bahang ekonomi yang tak menentu ni tapi kami masih lagi berdiri kukuh...syukur. Tapi, kalau lah ditakdirkan kesan kegawatan ni menyentuh kami berdua...aku tak dapat bayangkan.
Aku ingat walaupun buat masa ni keadaan kami sekarang ni macam biasa, mungkin kami patut ada back up plan.....just in case. Tapi.......apa back up plan yang sepatutnya ada? Hadkan pembelian barangan/shopping? Bukan ker orang cakap, kuasa membeli pengguna mampu mengembangkan ekonomi? dah tu macammana? Ha...banyak betul tanda soal aku ni. Kalau sesiapa yang ada pendapat, ada panduan untuk kita menghadapi kegawatan ekonomi ni..aku nak mendengarnya.
Tuesday, January 20, 2009
Sending Mia to kindi
Hari-hari macam ni..Mia langsung tak bosan..agaknya sampai bila lah ek..bila balik rumah malam tu pulak...hari-hari jugak pasang citer Barbie : The Diamond Castle dia...nasib anak aku ada sorang ni lah..kalau tak....ishk..malas aku nak layan...
Row row row your boat gently down the stream..tapi lagu favourite Mia...tetap Polly Put the Kettle On...Polly put the kettle on,
Polly put the kettle on,
Polly put the kettle on,
We'll all have tea.
Sukey take it off again,
Sukey take it off again,
Sukey take it off again,
They've all gone away
.jpg)
Monday, January 19, 2009
apa ek tajuk entry ni?
Seminggu lagi untuk CNY holiday. Setakat ni plan aku hanyalah mengumpul DVD buat adap masa 4 hari holiday nanti...dan mungkin jugak khatam semula Jodaa Akhbar dan beberapa lagi yang lain.
Nak sopingggggg......ermmm... untuk seminggu dua ni aku kena tahan diri aku dari keluar merayau ke soping complex...nak simpan seri kata orang...kuikuikui...auw nyampah...
note: yeay....semalam Meet Uncle Hussein menang Juara Lagu....I like....
Friday, January 16, 2009
Cute blogger award from Elyn dan 10 fakta tentang AKU

1. Fakta pertama dari aku : Tengah mencuba sedaya upaya nak dapatkan adik untuk Mia sebelum umur cecah 30 this coming September.
2. Hobi : Mengadap muka Mia dan cium atau bau dia setiap selang 2 minit.
3. Fakta : February ni aku nak ke Bandung...Giler EXCITED ni wei..nak sopingggg....
4. Hobi : Blogging, blogging, read blogs, more blogging and read some more blogs...
5. Fakta : Akhirnya aku decide untuk memiliki laptop selepas konon2nya bertegas tak nak ada pc/laptop di rumah for quite some time (takut tak ada masa untuk Mia bila dah ngadap laptop)
6. Hobi : Tengok DVD, tengok movie, citer baru citer lama semuaaaaaa aku suka.......
7. Fakta : Lepas kawin...badan makin naik tapi face complexion makin better...(nak sedapkan hati..)
8. Fakta : Hobi aku tak banyak ah...ada 3 jer setakat ni.........
9. Fakta : Aku nak berat aku turun macam dulu tapi aku nak guna kuasa magic..boleh tak???sebab aku malas nak diet, malas nak exercise, malas nak minum diet drinks/makan diet pill, sayang duit nak membazir kat slimming centre.......dan sebagainya lagi...so..ada sesapa yang ada kuasa magic nak turunkan berat badan...aku sedia jadi bahan uji kaji..ohohohoho...
10. Fakta : Aku ingatkan aku ni akan garang dengan anak masa aku belum kawin dulu. tapi sekarang....terbalik daaaaaaaa...tegas yer..garang tak pun...tapi husband aku pulak yang garang lebih-lebih....(eleh..dia tu jeles jer sebab aku sayang anak lebih dari dia...kan kan kan..)
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
1. Semua blogger aku tengok cute jer.......so aku dengan ini menyerahkan award ni kat korang-korang sumer yang ada namanya kat list sebelah tu....sila perasan cute dan ambik award ni yer...tapi kalau tak ambik pun...tak apa...yerlah kan..buat apa aku nak marah kalau korang sendiri rasa diri tak cute kan.....ahaks....
5.. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.
Mimpi jadi kenyataan
.jpg)
Thursday, January 15, 2009
Review : Sifu & Tongga
Arahan: Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Terbitan (syarikat): Grand Brilliance and Line Clear Motion Pictures
.jpg)
Sinopsis SIFU & TONGGAFilem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu (Saiful Apek) dan Tongga (Nabil Raja Lawak) sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila (Fauziah Gous) seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila.
.
Barisan pelakon
dalam sesi pengenalan bersama penonton dan media.jpg)
My Review :
Ini lah pertama kali dalam hidup aku menonton wayang, aku keluar sebelum tamat filem tu. Sebelum ni citer paling teruk aku layan, Doraemon (sebab nak layan Mia) tapi masih jugak aku dan husband terpaku sampai habis walaupun tumpuan Mia dah lama bukan pada movie tapi pada kerusi. Semalam...tumpuan aku..pada jam dan pada pintu keluar.
Pertama kali Erra berlakon dengan watak villain...tapi kelakar ah..sebab muka dia masih lagi nampak cantik dan sweet...ooooo..olo..olo.... Katanya ini juga lakonan pertama Fauziah Gous sebagai pelakon utama (sampai kesudah aku tak dengar sepatah bahasa manusia pun keluar dari mulut dia..selain jeritan dan tangisan). Lakonan pertama Nabil Raja Lawak yang aku rasa kemampuannya tidak digunakan sepenuhnya. Lagi seronok aku tengok dia buat stand-up comedy daripada tengok dia berlakon filem tu. Untuk Saiful Apek pulak....ermmm...apa yang lain daripada dia ek..samaaaa jer kot.
Dialog filem ini adalah antara sebab aku kebosanan semalam. Kelakar pulak aku rasa bilamana aku nak memahamkan cerita komedi nih...tapi macam aku tengok cerita bahasa perancis pulak. Mula-mula tu rasa macam kelakar jugak bahasa diaorang ni. Tapi dah lebih 30 minit aku dengar..terus jadi annoying. Aku rasa cerita ni kalau dipendekkan dan masukkan dalam babak gitu-gitu apek memang mampu jadi sangat lawak. Tapi untuk tayangan sejam setengah....silap ah.
Peranan2 cameo...yang aku rasa tak perlu. ESPECIALLY watak Azwan Ali..aduhhhhhhhai tolonglah...takder orang lain ker korang nak ambik berlakon. Kan ker lebih sesuai kalau korang ambik Apek sendiri berlakon dua watak (ganti peranan azwan ali sebagai nyah), daripada azwan ali yang .............entahlah...rasa nak tercabut siku dan tumit aku tengok scene tu. Aku rasa lagi gempak ah scene tu kalau diaorang panggil jer Kak Senduk atau Kak Bed berlakon...meghiah jugak rasanya.
Filem ni mengecewakan aku walaupun expectation aku pun takderlah tinggi mana dengan filem ni. Cerita komedi yang aku hanya dengar 3-4 kali sahaja panggung pecah gelak (itupun disebabkan aksi lawak dari Nabil dan Apek). Filem ni langsung tak mengangkat filem kita ke tahap yang membanggakan..kalau ada review yang kata filem ni 'mampu'..memang sedihlah korang.
Tapi.......aku pasti filem ni masih mampu dijual. Dengan kehadiran Nabil pertama kali di layar perak, Saiful Apek yang terbukti kefofularannya dimana-mana ('masih' mungkin) dan lakonan pertama Erra Fazira sebagai watak jahat mungkin masih mampu menarik minat penonton-penonton di luar sana, terutamanya kanak-kanak.
Aku yakin filem ini boleh pulang modal kalau kena cara tapi isinya.........HANCUS.
Article Potluck with Redmummy disiarkan di KOSMO
Aku rasa ramai yang sedia maklum yang semalam, cerita Potluck with Redmummy.com tu dah keluar kat Kosmo. Kepada sesiapa yang tak ada beli atau tak sempat cari/baca...klik kat sini...Meraikan Blog Redmummy katanya....tajuk daripada Khadijah Mohd Noor yang aku rasa tepat sekali menggambarkan tujuan potluck itu diadakan. Disamping objektif keduanya untuk mengumpulkan dan beramah mesra dengan blogger dan silent reader yang hadir.
Tak yah lah kot aku hi-lite (bulatkan) muka aku kat mana...dah sah-sah gambar ni aku dah pernah tepek kat blog ari tu. Tu.......yang hujung sekali pose senget peluk my husband yg pakai baju hitam...(ishk..tetiba jer ada baju hitam kan..maafkan dia kak red..dia takder baju merah..nanti sy belikan kemudian..hehehe). Duduk kat bawah aku ngan husband tu..Mia dengan Pak Usu dia (adik bongsu husband aku).

Tetiba jer semalam dapat sms dari cousin aku nak ambik otograf aku katanya sbb dah glemer masuk paper katanya..padahal a week before dia lagi glemer sebab gambar dia ada dalam In-Trend, Januari.
Event potluck yang amat berjaya aku rasa. Penutup 2008 yang TERBAIK (kata ayu..)
My WednesDAY
.jpg)
Kesian Mia, sebab dia jugak terpaksa digerakkan awal pagi dan ikut ayahnya ke tempat kerja dulu sebelum kemudian dihantar ke kindi around 8 something. Tapi muka ada sinyum jugak.....
Jacket baru dari Nichii, skirt lama dari Arcadia, JJ..baju hok dalam tu aku beli rm15 jer kat flea market Mont' Kiara....jpg)
Terkejut beruk aku bila kawan magic aku yang dah berapa minggu buat aku susah hati ni call...aku ingat kan dia nak tunggu sampai anak dia kawin baru nak call aku...(serius, bila dengar suara dia....hati aku jadi cool balik...jgn buat sy mcm tu lagi atul oooiii...jantung sy ni dah masuk 30 tahun...takut tak tahan......muahuahuahua....)
Sampai petang tu, mekap aku pun dah cair..berminyak seliter...tetiba masa aku tengah menunggu nak ambik gambar artis..ada sorang pompuan datang tegur aku...To Yasmin...tak usah lah jadi silent reader lagi...leave ur comment anytime or just add me to ur YM, Facebook or just email me anytime ok..my contact details ada kat the bottom of the sidebar...nice to meet you Yasmin... :-)
Inside the movie theater...ada kekecohan berlaku...aku citer kat next entry ok..banyak yang aku nak citer nih...tapi aku kena bawak bersabar dulu..bagi aku create ayat2 elok sikit kat dalam kepala aku sebelum aku lontarkan dalam blog. Kang ada plak...ayat2 tak berapa nak manis keluar kang...
Tu tangan yang melambai-lambai tu...tangan orang karangkraf yang duduk berkerusikan karpet dan bersandarkan dinding kat sebelah kitaorang (hall penuh daaaaaaaaa)....
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)