Friday, February 27, 2009

Valkyrie

Movie: Valkyrie
Director: Bryan Singer
Plot: Based on actual events, a plot to assassinate Hitler is unfurled during the height of WWII



Dapat tiket free from Focus Media. Kalau dok tunggu lift kat lobby Plaza Mont' Kiara ni, kengkadang kita dapat tengok movie trailer lah, advertisement lah. Jadi, satu hari ni selepas movie trailer Valkyrie ada lah satu note kepada sesiapa yang nak tiket movie Valkyrie ni, emailkan details pada Focus Media. Aku apa lagi..dengan pantasnya zupp email..and...zupp dapattttt....
Pergi lah aku suami isteri tengok tayangan kul 11 malam semalam kat TGV Cheras Selatan without Mia. Mia kami tinggal kat umah nenek dia lah...movie tu rated PG 13 so mustahil lah Mia leh masuk kan. Lagipun, bagilah chance kat omak bapak dia nak dating thursday nite friday kan..ehehehe.

Perangai bapak dengan anak sama jer...tengoklah tu mengada tak nak pandang kamera kononnya..amat tidak mencontohi aku lah...
.
.
My Review:
.
OK, aku memang jenis yang suka cerita-cerita based on actual event, sejarah, sejarah peperangan dan autobiography. Jadi aku rasa plot yang begini jalannya, apalagi yang mau diperkatakan. Ceritanya jelas, lakonan Tom Cruise..begitulah....cuma mungkin aku rasa Tom Cruise telah melakukan kajian yang bagus untuk wataknya kali ni. Sebab bila aku baca sejarah asal Kolonel Van Stauffenberg tu, memang tak banyak larinya dengan apa yang Tom Cruise cuba tonjolkan.
.
Rasanya elok juga kalau aku bagitau awal-awal ek, movie ni tak ada action watsoever. Jadi jangan jadi macam husband aku, yang kecewa last sekali bila dia ingatkan dari awal yang movie ini akan tunjuk adegan kill kill die die...takder lah sayang..kematian yang akhir sekali pun berakhir dengan penuh bermaruah...katanya.
.
Ada persamaan wajah antara watak utama cerita ni iaitu Colonel Von Stauffenberg dengan Tom Cruise yang juga dikatakan antara sebab Tom Cruise berminat dengan watak ini.


Keseluruhannya, tidak mengecewakan bagi aku dan mungkin agak biasa-biasa bagi husband aku. Untuk bercerita lebih...mungkin tidak....kerana pada aku Hitler adalah satu subjek yang menarik. Jadi mungkin aku akan bias dan mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan aku.

Tagline movie ni : Many saw evil. They dared to stop it. Aku tambah pulak....but a hasty move can turn ugly

Thursday, February 26, 2009

Aku merapu

Hari ni serius aku takder idea nak menulis pasal apa. Jadi aku ingat nak merapu jer lah kan.

Blogging ni dah jadi komitmen dah plak kat aku, bukan lagi takat saja-saja suka-suka hati dah...ermmm adakah ini satu unsur yang sudah tidak sihat atau erti kata lain the negative side of blogging? disebabkan hari ni aku tak update blog, dgn husband aku sekali siap call banyak kali tanya...apa cer? dia pelik aku tak update blog. Ingatkan aku ada lagi 'peristiwa' yang mengacau minda.

Takder peristiwa apa-apa...just kali ni aku kekeringan idea dan bahan. Tengahari tadi aku ke tailor di kelana jaya. Bawak colleague aku buat baju. Sepatutnya aku pun bawak baju aku, buat terus untuk raya bulan september ni, tapi malangnya aku tertinggal paper bag kain aku kat atas rak kasut kat rumah pagi tadi. Elok jer aku kunci rumah, letak paper bag kat rak kasut, masuk kereta tapi hanya bawak bag Mia. Baju aku tertinggal masih di rak kasut tu.

Aduhhhhhh...malasnya aku nak meredah lagi jalan ke kelana jaya tu. Tapi...nak tak nak..kena lagi lah aku pergi..but maybe esok,lusa atau tulat atau bulan depan....arggghhhh entah2 tahun depan.

Wednesday, February 25, 2009

Dah tengok

Buat masa ni aku dah khatam beberapa movie di bawah. Full star adalah *****
Cerita yang biasa-biasa jer. Aku dah pernah tengok movie pasal Harry Houdini ni tapi tak ingat tajuk apa..aku rasa yang cerita pasal life Harry Houdini tu lagi best. Catherine Zeta Jones ni memang jenis berjalan lenggang mak minah ek.....mula2 tengok ok..banyak kali tengok..aku pening. Aku bagi ***
Dah lama tak tengok Keanu Reeves berlakon. Mentang-mentanglah dia alien kan..jadi lakonan dia agak keras dalam cerita ni. Tapi kesedaran aku untuk menjaga bumi lebih kuat selepas tengok movie ni. Tapi...kepelikan melanda lah kan...bab alien mendarat ker, kapal induk alien ker..mesti landing kat US nu....macam bagus sangat..menyampah aku. Aku bagi ***
Ending agak tergantung dan cerita yang agak lemah bagi Nicholas Cage. But still...not bad....Aku bagi ***
Ha...ni dia citer yang menang 8 Oscar Awards hari tu kan. Cerita dia memang best...jalan cerita kuat dan part yang aku paling suka kisah dia masa kecik. Lakonan pelakon dewasa dia aku rasa takderlah sekuat mana, lebih memberi kesan pada aku lakonan budak2 tu. Lagu Jai Ho tu..aku tak paham apsal boleh menang Oscars..omputih ni tak pernah dengar kot lagu hindustan. Sedap lagi lagu Aa Gale Lag Ja atau Me Syair To Nehi. Tapi kudos tu Bollywood sebab filem-filem mereka sudah mula di dengari. Aku bagi *****
Lakonan Brad Pitt dalam cerita ni banyak dibantu oleh mekap dan jalan cerita yang menarik. Aku suka..cerita tak boring. Aku bagi ****
Lama oooo movie ni. Aku ingatkan dah habis dah..tup tup panjang lagi citernya. Best..aku suka..Hugh Jackman amatlah menggiurkan...fuhhhh...basically aku rasa cerita dia macam english novel yang romantik (aku selalu beli novel camtu masa form 4-5..tu yg terlebih gedik tu). Aku bagi ****
Sedih ooo citer ni. Richard Gere walaupun dah tua tapi masih lagi hensem di mata aku. Mula-mula aku tahan jer nangis. Tapi bila part anak dia yang rebel terus jadi insaf dan selimutkan mak dia yang tengah bermuram durja..terus terhambur segala airmata aku. Aku bagi ****


Citer pasal sorang lelaki cari sumber-sumber minyak pastu jadi tycoon..siap bawak anak ke hulu ke hilir, bahananya anak dia pekak sebab telaga meletup time anak dia lepak tengok orang drill telaga. Daniel Day Lewis, aktornya dapat Best Actor OSCAR. Tapi bagi aku citer dia biasa jer, slow sikit lah dan kurang dialog jadi korang kena sabar dan kena pandai2 paham emosi dia dari riak muka. Aku bagi ***

Note: Harap maklum, semua yang aku tengok ni adalah DVD koleksi aku sendiri kecuali Slumdog Millionaire tu aku tengok kat umah Atul bukan aku pi tengok movie. Tapi...Valkyrie aku akan tengok di wayang sebab aku dapat satu tiket free dari Focus Media. Akan datang aku akan tengok Seven Pounds, The Reader, Valkyrie, The Elephant Man and few others.

Mata, Hidung, Mulut

Tag dari budak kecik GBM, Diana-K..ada hati dia nak tag aku letak anggota badan yer...kang pengsan masuk blog kak rose kang...ha.........


1. Anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka
2. Pastikan dicrop
3. Setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1@2 anggota sahaja
4. Huraikan sedikit tentang pic itu
5. Tag saper2 saje asal lebih 5 org

Aku ambik inisiatif sendiri untuk letak muka aku dan anak aku...kata anak umi........kan......bab anggota badan nanti kak rose email jer lah kat awak yer Yan....ermmmmmmm....



MATAmata seksiseksa umi mata cantik anak




HIDUNG

hidung bulat umihidung kembang anak




MULUT


mulut kecik umi


mulut comel anak



KEPUTUSAN: Anak paling comelllllll dan diwarisi dari uminya..ahahahaha...sila muntah ditepi yer....kengkawan...


Aku tag:


1. Kak Azreen


2. Kak Tijah Lawa


3. Fozalin


4. Zana Sadri


5. Ms. Reezberry


6. Ibu Kumbang

Tuesday, February 24, 2009

Pengembaraan Gang

Apa kami boleh buat???? 2 jam tuuuu..lama ok.....mati kutu rasa kami nak memikirkan mana lagi nak pergi. Akhirnya kami naik food court top floor dan dinner. Cadangnya kalau tengok tayangan 7.40 boleh lah balik rumah nanti dinner. Alih-alih..dinner kat KLCC lah jawabnya..sayang nasi aku satu periuk kat rumah (nasi goreng utk esok lah jawabnya). Settle dinner, kami gerak ke Kinokuniya. Knowing my husband memang dia paling tak minat masuk kedai buku sebab dulu masa couple setiap kali aku masuk kedai buku, payah betul nak ajak aku keluar. Tapi kali ni, disebabkan memang masa pun terrrrlampau banyak, dia dengan berat hati terpaksalah setuju jer.
.
Kami pergi section kanak-kanak, Mia ambik seberapa banyak buku yang dia nak dan suruh aku bacakan. Seronok sangat lah dia.....read story books....dah baca nak dekat sepuluh buku kali ni...after tis 10 nites takder baca-baca buku....mulut umi letih.

Umi dah tak larat...ayah sambung pulak...take turn..
Buku strawberry shortcakes tu sebenarnya ada muzik. Setiap kali dia tekan kat tepi lagu strawberry shortcakes pun keluar and Mia pun terkedek2 menari ikut lagu tu sambil dengar ayah dia baca.....cute cuter cutest....

Bila turn nak ambik gambar sama2 Mia buat mengada tak nak pandang camera...
tengok tu...muka budak mengada....
Ha...kena paksa baru nak pandang....gigit idung kang...
Akhirnya dah pukul 9.30 gerak lah kami keluar....yeay......akhirnya...

Nasib lah penantian kami tu satu penantian yang berbaloi. Filem Upin & Ipin ni lengkap dengan segala unsur2 filem yang bagus. Komedi, seram, adventure dan unsur nasihat memang banyak. Mia memang nampak sangat seronok dan siap pesan dengan ayah belikan DVD sebab dia nak tengok banyak kali.

Ada part yang memang dia ketawa sungguh-sungguh sampai semua orang toleh kat dia, sebab ketawa dia tak boleh berhenti..ahahaha..Mia kalau betul dia suka satu2 cerita tu, dia akan berdiri depan TV atau duduk badan ke depan (tak bersandar). Kali ni, memang dia begitu..she's enjoying it and WE...HAPPY.

Monday, February 23, 2009

Pengembaraan Mia, Umi dan Ayah

Kami dah tengok Upin & Ipin.....yeayyyyyyyyy...ceritanya memang best. Tak rugi kami sama-sama menengok walau asalnya hanya untuk sukakan Mia. Walaupun ada unhappy circumstances di sebalik usaha nak menengok movie tu.
Bertolak dari rumah jam 3 p.m. Plannya nak bawak Mia main air dulu kat KLCC Playground. On the way pun dah hujan..doa-doa lah sampai sana hujan dah berhenti...tup tup sampai hujan masih lagi rintik-rintik. Tunggu punya tunggu punya tunggu...tunggu punya tunggu punya tunggu.....hujan berhenti sekejap tapi tempat tu tak boleh bukak lagi. Jadi kami masuk dulu ke KLCC. Mia monyokkkkkkk....

Kami jalan-jalan dulu..lepak-lepak. Makan kuih kat La Cucur...blablabla...window shopping...blablabla......punyalah kami membuang masa yang tak terhingga.

Hujan dah berhenti, kami keluar semula menuju ke area tempat main air. Mia dah tergedik-gedik nak main air. Muka budak paling excited dan paling tak sabar dalam dunia....dapat dilihat pada muka Mia pada hari tu.
selipar esprit Mia dari Bandung
Dah sudah mandi dalam setengah jam, hujan pun dah mula rintik semula. Cepat-cepat panggil Mia keluar. Gerak lah pulak kami ke TGV nak ambik tiket..di sinilah bermula segalanya. Sebelum pergi, aku dah booking 2 hari lebih awal tiketnya. Sebab aku tau KLCC punya cinema kalau ahad memang fullllllllll memanjang (tapi ramai orang pun dah tau, kalau nak tengok kat KLCC mmg kena booking dulu itu sbb kebanyakan tiket di KLCC adalah under telephone booking ataupun internet booking). TATAPI bila saja aku sampai tepat 45minit sebelum tayangan diaorang pi release booking aku. Aku kira dah awal dah tu..tapi tidak bagi mereka lah...terus tayangan kul 7.40 full....kecewanya hati aku.
.
Geram apalagi semua lah bertandang....sikit lagi tukang jaga tiket tu aku patah dua..(acewah..kata kauuuu). Deal punya deal punya deal...aku boleh ambik movie lain. Mula2 nak tengok Pink Panther tapi menengokkan muka Mia yang monyok...sedihlah plak kami nih. Alih-alih ambik Upin & Ipin jugak tapi kul 9.40...2 jam oooo kami kena menunggu..apa nak buat???

bersambung

Cik Puan Atul punya open house

Saturday, lunch aku dengan dinner aku selamattttt...sebab kawan aku cik puan Atul buat open house dihari-hari tanpa perayaan. Makanan ada banyakkkkkkk boleh pilih. Semua aku try slow-slow...dari pukul 4.30 p.m. hinggalah hampir ke jam 9 lebih baru balik. Perut kenyang...burppp Alhamdulillah...Thanks Mak Long for the food....said Mia. Patutnya dia kena tambah lagi, its delicious...nyum nyum..
seronok sangat sebab dapat jumpa kawan kami masa matriks dulu Rozda (red shirt) and Mastika (blue tudung)
Mia and Dhani macam biasa...sekejap baik sekejap bercakaran...masa ni tengah baik....
puan rumah dengan menu-menunya...kebanyakannya dia masak sendiri wo....harus tabik spring..bukan senang nak buat semua sendiri ok...
Me and Niza and Farah
The 4 of us......
My dearest Aniza
My dearest Farah
My dearest Atul
The men with their story and their cigarettes..


Umi and Mia...dengan baju DANCE dari Bandung....her fav shirt lah skrang

Slumdog Millionaire menang besar OSCAR

Slumdog Millionaire won 8 categories including Best Picture, Directing, Music (Song), Music (Score), Film Editing, Sound Mixing, Cinematography and Writing (Adapted Screenplay) in the 81st Annual Academy Award (OSCAR).

Actor in Leading Role : Sean Penn (Milk)

Actress in Leading Role : Kate Winslett (The Reader)

Actor in Supporting Role : Heath Ledger (The Dark Knight)

Actress in Supporting Role : Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona)

For other categories just click here

Aku suka Slumdog Millionaire, cerita dia memang bagus dan meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonnya. Kepada sesiapa yang belum tengok..pi lah tengok.

Perjumpaan puan-puan

Last friday sepatutnya hari melepak bersama GBM..dah lama plan tapi disebabkan salah seorang GBM mendapat berita sedih tentang kematian moyangnya, kami pun sepakat untuk tangguhkan dulu perjumpaan kami...tak cukup korum..tak best....btw, Yan, please accept my condolences on the loss of your great grandmother.
.
Tapi demi untuk mengisi ruang yang aku dah kosongkan petang tu untuk aku dan kawan, aku call jugak sorang kawan aku yang dah lama juga tak lepak sama, Puan Nurul (Atul). Lepak kat Q-Bistro, kami fikir2 dekat pulak dgn rumah puan merah sorang tu. Secara ad-hoc kami call puan tesebut dan bertanya samaada dia mau duduk-duduk minum bersama kami. Laju jer dia cakap OK...itupun sebab memang dia akan ke area Q-Bistro nak hantar keretenya ke carwash.
Puan Nurul and Puan Merah
Me and Puan Merah
cantikkkkkk baju puan merah...I like........macam-macam benda yang kami borakkan...hal family, rumahtangga, anak-anak...(ahahaha...mak-mak berjumpa..gitulah gayanya)
us...golapnyo............
Sila lihat hanya pada button badge yang tertera itu..bukan pada bahagian yang lainnya....
Dah habis lepak dalam 2 jam...tibalah masa untuk kami bergerak pulang....jengjengjeng...puan merah nak bagi hadiah...what...I like...I like...(GBM jgn jeles aaaa.....terjumpa..terdapat dulu lah..ahahaha)
Puan Merah sedang mencari-cari
Penuh ooooo bonet kereta dia...kalau ada rezeki korang terjumpa dia kat mana-mana especially dekat dengan kereta dia...ada lah habuan untuk korang...
Puan Nurul yang dah dapat...dan Puan Merah yang tengah mengira apa yang tinggal...ahahaha

tadaaaaaaaaaaaa......dah dapat....tak leh bagitau apa..sbb GBM lain tak dapat lagi...sigh