Tuesday, March 31, 2009

Mixed feeling

I'm a bit excited, a bit worried and a bit unprepared. But I know the outcome will be so beautiful and I might cry. I am hoping that everything went well and its a happy ending to everyone.

August Rush

Dahhhhhh...aku ni memang mudah sangat lah terpengaruh dengan cerita yang 'AKU' rasa best. Hari tu Twilight...belum abis lagi Twilight Mania aku nih. Sekarang ni August Rush pulak. Aduhaiiii...dalam kepala aku sekarang ni, Cerita August Rush macam ulang tayang 24 jam kat kepala aku. Kalau boleh aku gigit pelakon2 dalam citer tu dah lama aku gigit. Haa....psycho tak psycho tu..cuba cer sikit.
.
Serius korang, tis is one of the most beautiful story I've ever seen. Its a must see movie for lovers of happy ending movie and music. Ada ker orang yang tak suka music? Ada ker? ada ker?..takder kot........
.
Dari mula aku tengok citer ni, aku macam terpukau masuk ke dalam ceritanya. Aku umpama watak August Rush semasa dia dengan penuh rasa puas dan bahagia mencipta muziknya sendiri dan rasa kehilangan dan kerinduan seperti watak Lyla Novacek yang merindui kekasihnya dan mencari anaknya.
.
Ceritanya bermula dengan watak seorang budak lelaki bernama Evan Taylor aka August Rush lakonan Freddie Highmore yang hidup di dalam rumah anak yatim tetapi mempunyai imaginasi di luar jangkaan sesiapa pun. Di dalam dirinya adalah muzik dan muzik adalah dunianya.
.
Pada suatu malam, dia keluar dari rumah tersebut dan mengikut alunan muzik yang didengarinya melalui alam sekeliling kerana dia yakin alunan yang diikutinya itu bakal menemukan dia dengan ibubapanya. Sehinggalah pertama kali dia dipertemukan dengan alat muzik yang sebenar, lahirlah seorang music genius yang dinantikan kemunculannya selama ini.
.
Watak Louis Connelly lakonan Jonathan Rhys Meyers juga memang memberikan impak kepada filem ini. Aku memang suka lakonan Meyers yang sekarang ni filem bersiri The Tudors, terbitan HBO yang mana beliau adalah pelakon utama sedang ditayangkan.
.
August Rush: Sometimes the world tries ot knock it out of you. But I believe in music the way that some people believe in fairy tales. I like to imagine that what I hear came from my mother and father. Maybe the notes I hear, are the same ones they heard, the night they met. Maybe that's how they found each other. Maybe that's how they'll find me. I believe that once upon a time, long ago, they heard the music and followed it.
Aku bagi filem ni ***** (bintang penuh di angkasa)

Monday, March 30, 2009

Met another bloggers

Jumaat lepas, sekali lagi aku berjumpa blogger pertama kali. Kali ni kami dok melepak di food court ikea..suka situ sbb makanan sedap..air pun boleh refill, dekat pun dekat dgn tempat kerja aku. Tak payah nak meredah jam ke KL nu. Siapa yang aku jumpa?

( ermmm..sedapnya Daim cake nih)

Aku berjumpa dengan pasangan ini..menggunakan nickname DatinDiaries dan suaminya Datuk S...
Kenapa kami berjumpa? ada ler....hal2 pompuan..mana leh bgtau...
and then, datang lagi sorang blogger yang juga pertama kali aku jumpa nickname Bonda Rock. Rock orangnya...jangan main-main..anak tiga..badan maintain kecik.
Hopefully, next time kami akan ada lebih banyak kesempatan nak berjumpa dan berborak bersama. Seronok diaorang ni..macam-macam cerita dan semuanya mesra alam. Thanks guys...and see you next time..

Mai Nur Idania, 27th of March and Haikal Ambri, 28th of March

Presenting our new family member. Mai Nur Idania, 4th daughter to my Auntie Annie. Born: 3.23kg, 5:52pm on 27th March 2009

To my baby cousin, Idania...semoga kamu akan jadi seorang yang bijak seperti kakak-kakak mu dan sentiasa membahagiakan kedua ibu bapamu. Amin.

Sehari sebelum adik bongsu aku Haikal punya Birthday. Happy 20th Birthday Haikal.........(wish yg entah keberapa kali). Dah beso dah adik akak..ishkishkishk...duu akak lah yang basuh berak dia sampai lah dia dah reti basuh sendiri...

Semoga adik akak panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki dan semoga pembelajaran kamu dipermudahkan Allah dan menjadi doktor yang disegani masyarakat. Amin.

Friday, March 27, 2009

'The Iron Wall' Screening Documentary and Forum



COMPLETE (COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS) gabungan NGOs yang menentang pendudukan Israel ke atas Palestin telah menganjurkan satu screening dokumentari ' The Iron Wall' yang memaparkan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin melawan kekejaman Zionis Israel. Dokumentari ini juga bakal memaparkan keperitan masyarakat palestin yang telah dinafikan haknya ke atas tanah tumpah darah mereka disebalik Tebing Barat yang dimonopoli oleh Israel.
.
Dokumentari yang mengesankan ini juga telah turut mendapat perhatian ramai manusia di seluruh dunia yang menyokong perjuangan Palestin.
.
This is one documentary not to be missed.The documentary will be followed by a panel discussion. Panelists include; Ambassador of the State of Palestine, senior official from the Ministry of Foreign Affairs and an Ambassador from a foreign mission.
.
Date: Sunday, April 5th 2009
Time: 9:30 am
Venue: Auditorium DBKL, 3rd Floor, Bangunan DBKL Jalan Raja Laut
Tickets : RM20 per person
.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti tayangan dokumentari tersebut dan seterusnya mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin kini, bolehlah menghubungi Ayu di alamat email siti.amiha.ayu@gmail.com
.
or you can also contact: Mimi - 012 372 or Azra at 016 209 4500

Untuk maklumat lanjut sila layari WEBSITE COMPLETE MALAYSIA : http://completemalaysia.com/

Thursday, March 26, 2009

BABI

COP....aku bukan mencarut okey...Jangan risau...aku bukan jenis orang yang suka mencarut...sejarahnya mak aku dah mengharamkan anak-anak dia mencarut sama seperti babi diharamkan ke atas umat Islam. Aku cuma nak buat benda yang biasa aku buat, film review dari pandangan mata aku.
.
Filem kali ni mempunyai kaitan yang teramat rapat dengan tajuk di atas. Tak bermaksud lah pulak, bila aku tengok cerita ni maknanya aku makan babi..OH TIDAK...walaupun hakikatnya ada orang islam yang makan babi..serius ada. Orang Islam yang hanya tinggal nama di atas kertas...ada....

OK, berbalik pada cerita yang aku baru tengok last week (DVD)...ceritanya begini;

Film Title : Penelope
Director: Mark Palansky
Cast: Christina Ricci, Reese Witherspoon, James McAvoy
Sinopsis: Kisah seorang perempuan yang terkena sumpahan keluarganya yang dah skip beberapa generasi tapi terkena kat dia plak..kesian...the curse can only be broken when she finds true love with "one who will love her faithfully.My comment: Its a modern romatic tale, yang agak menghiburkan dan memberikan kita kesedaran bahawa kita perlu menerima diri kita seadanya dan orang dalam dunia sekarang ni tak macam cerita Elephant Man dulu. Kalau Penelope ni termasuk dalam movie Elephant Man dulu, mesti dah sah sah dia jadi bahan untuk 'freak show' dan dilayan macam binatang. Nasib Christina Ricci oooiii..ko berlakon citer zaman sekarang. Sumpahan nya ialah hidung yang amat kebabian sekali. Walaupun aku rasa cerita Charlotte's Web lakonan Dakota Fanning dan Julia Roberts lebih banyak menunjukkan babi itu sendiri (salah satu cerita yang aku amat suka jalan ceritanya).
.
Aku nak cerita banyak-banyak pun malas, tapi cerita ni seronok ah nak tengok. Kira macam tahap-tahap cerita Shrek, Stardust..gitu lah...kira layanlah....
.
Kepada siapa yang suka Christina Ricci, ada satu lagi filem lakonan dia yang aku rasa memang mengesankan. Filem Black Snake Moan yang dilakonkan bersama Samuel L Jackson and Justin Timberlake. Berlakon sebagai pompuan yang dah ada pakwe (JT) tapi masih mencari lelaki lain sebab dia sex addict. Aku sarankan jangan lah tengok dengan budak-budak.
.
Untuk cerita Penelope aku bagi ***.. menghiburkan untuk tontonan lite-lite gitu.

Wednesday, March 25, 2009

another date with another friend

Aku ada try makan kat satu tempat baru ni kat Tesco Extra Cheras kat Taman Midah tu. Pak Hailam Kopitiam namanya...uishhhhh korang...leh tahan tempat ni tau. Ala-ala oldtown kopitiam tu but way cheaper....and the coffee....marveles...gi lah try..tak rugi oooo...
Aku try makan Masala Lamb Curry yang sebenarnya Nasi putih dengan mutton curry lah...tapi serius sedap ok..mcm mamak masak, rege pun boleh tahan..rm6.90 satu pinggan. Kawan aku yang lain order Chicken Chop Black Pepper ngan Curry Mee..dua2 pun sedapppp...dia punya toast bread pun mughah lagi dari oldtown..yeayyyyyy kami ada port baruuuuu...Hari tu ada kawan aku Atul, kali ni ngan Niza plak..kami terpaksa jumpa asing-asing...bukan sebab diaorang berdua ni bergaduh..no no...tapi sebab dua pompuan itu adalah manusia terbusy di alam maya..dua2 pun mempunyai kehidupan sosial dan professional yang sangat hectic sekali...fuhhh...dasat kawan-kawan aku nih..hihihi.

Sebelum berjumpa ngan diaorang, aku hantar dulu Mia ke kandang mainan budak. Dah main sejam kat situ baru aku ambik dia lepak ngan aku. Mia bukan main seronok lah..dapat main tempat cam tu time weekdays. Biasanya aku hanya akan pergi ke tempat main budak2 ni time weekend jer. Tapi kali ni, kira ada excuse lah.

Mia dah dapat kamera...mcm2 gambar yg diambiknya...itu pun dh byk aku delete...bulatnya muka akuuuuu..menyampah...

putih pulak nampak Mia ni....

My Princess Wishes come true

Akhirnya Mia's wishes come true...my princess wishes...seronok tengok dia happy dan................. semoga pasni Astro takder menggatal dah nak letak iklan on ice apa ke benda dah..kang dia buat merengek lagi kang...abis aku........ keluar dari stadium putra,bukit jalil...bebudak ni main plak benda alah yang kat luar stadium ni..kat dalam tu masing-masing dah beli mainan satu sorang, binoculars lah...patung cinderella lah..

Mak budak dua orang tu pun dah lama sampai, lepak ngan baby Aishah dia...time ni hari takderlah panas sangat masa kami sampai mula-mula.

Mia and Alya
Ayra, Mia and Alya....3 pretty princesses
and baby syasya....yang shy shy......

Finally, the 3 of us.......

To my Mia, may your wishes always comes true and hopefully its not always related with money...kuangkuangkuang......

Tuesday, March 24, 2009

Princess Wishes (Part III)

Ramai tak ramai manusia..tengok jer lah...yang takder orang duduk..kat kawasan media ngan Royal tu jer...yang lain...penuhhhh...
Siap ada masa rehat plak dah..dia bg rehat 15 minit gitu baru sambung 2nd half punya...
pastu keluar lah plak scene Sleeping Beauty, Princess Aurora @ Rose
Lagu sedappppp...my favourite disney princess song...Once Upon a Dream
dannnnn..seterusnya..scene dari Cinderella........


akhirnya..semua princess keluar beramai-ramai...cantik sangat.........
For the final act, closing..Tinkerbell duduk dalam pumpkin coach tu
and then benda tu bergerak naik.......
and then...boom.............fireworks...sangat menarik dan closing act yang sangat bagus...




Tapi kan....masa Sleeping Beauty punya part tu..prince dia tergelincir jatuh...kesiannnnnn...bebudak ni plak gi gelakkan dia...sedih betul tengok...tapi demi professionalisme...dia teruskan gak macam biasa...respect lah korang...

Disney On Ice : Princess Wishes (Part II)

Mahu bukti Mia excited gila terbabas...ha tu diaaaaaaaaaa Jap jap berdiri jap jap duduk jap jap terhangguk-hangguk...Umi ngan ayah bukan tengok ke show tu..tengok ke gelagat anak lah pulak....
Masuk scene kedua, my auntie's daughters pun sampai..mmg dah janji nak bawak diaorang masuk sekali. Lagilah Mia excited..gang dia dah sampai..Ayra and Alya
scene seterusnya....Beauty and The Beast...Belle...

Sudu garpu menari....sambil Belle buat aksi sikit...

Scene seterusnya....Little Mermaid...

Ariel and Flounder and Sebastian the crab
sesekali Goofy, Mickey and Minnie akan keluar untuk buat introduction...and the cute TinkerbellMasa ni ada 2-3 org budak perempuan dapat naik kapal keliling skating ring tu (yer ker tpt tu panggil skating ring ek?) ..macamana diaorang leh dapat entahlah...kena bayo lebih ker...
Mia buat muka memujuk...nak naik benda alah tu gak...jgn buat pasal anakku..kang terpaksa plak umi ko ni guna godaaan peringkat maut kat organiser sbb nak bg anak naik kapal tu....
masa ni lagu Under The Sea yg femes ituuuuuuu....