
BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI
FAUZIAH NAWI (Pengarah), IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik), RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu), MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), IRYANDA MULIA IRWADI (Komposer), JAMALUDDIN MD. NOR (Pengarah Teknikal), MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)
BARISAN PELAKON
VANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang), AZIZAH MAHZAN (Wan Endah), SABERA SHAIK (Wan Mahura)
Sinopsis:
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.
TIKETRM30, RM50, RM70, RM100
.
MY REVIEW
.
Sambil aku buat review ni, aku diiringi oleh lagu Bunga Tanjung dari filem Mahsuri (1959) Lakonan Maria Menado. Aku tak boleh nafikan bahawa perception awal aku pada teater ni amat dibayangi oleh filem Mahsuri arahan B. Narayan Rao yang diterbitkan dengan kerjasama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, our first PM yang juga ialah penulis skripnya.
.
Teater Mahsuri yang dipentaskan di Istana Budaya kali ni mempunyai gabungan musical, drama-tari, komedi (selingan) yang agak menarik pada aku. Mungkin pada beberapa babak, dilihat agak meleret dan tidak perlu tapi cukup memberikan aku kepuasan.
.
Lakonan Vanidah...aku tak ada komen..begitulah lakonannya, cuma yang eloknya sebab dia amat manis ditonton. Watak Mahura dalam teater ini digambarkan agak hitam dari filem yang aku pernah tonton. Lakonan yang agak baik daripada Sabera Shaikh walaupun aku rasa beliau perlu lebih latihan kerana pengucapan dialog agak kurang kemas. Ada beberapa babak nyanyian secara berkumpulan dan berduet yang aku rasa agak tenggelam dengan bunyi muzik yang agak kuat. Aku juga berpendapat nyanyian solo daripada Vanidah, Arja dan Azman juga perlu diperbaiki.
.
Aku, sebagai seorang ibu dah tentu amat tersentuh dengan babak-babak akhir terutama babak kelahiran di dalam penjara dan babak Mahsuri dibenarkan bertemu anaknya buat kali terakhir (babak yang sama buat aku menangis semasa menonton Filem Mahsuri lakonan Maria Menado).
.
Eh..pendek kata..not bad lah teater ni untuk korang sama-sama pergi menonton. Tapi...yang paling tsst hotttt...Wan Darus lah..duda Mahsuri....hensem giler wa cakap sama lu....I like....ahaks...Akhir kata, sokonglah produk teater tempatan. Pergi menonton yer.....murah jer pun tiketnya..bila lagi nak pergi Istana Budaya tengok teater kan...
.
Aku bagi ****