Friday, May 29, 2009

Latest FM Collection

After two hectic days, kembali jugak aku ke depan PC nih. Disebabkan hari ni, kerja adalah agak melambak...mehlah aku kasi tunjuk sikit latest FM collection aku. Kepada sesiapa yang xtau, FM tu ialah Fridge Magnet yer...manalah tau...ada org yang tak ambik pot pasal benda alah ni. Inilah FM yang aku dapat dari Yatie, Sawanila. Souvenir dari Hong Kong trip dia last March. Besar dan nampak eksklusif...I like...
Ini souvenir dari boss aku yang bercuti ke Vietnam
Ini daripada adik aku, Wati...dari Melaka
dari adik ipar aku yang bawak balik dari Korea

Dari Kamal, husband Farah best fren aku...souvenir dari Austria

Ada lagi a few yang baru tapi...takder pulak gambarnya kat dalam flash drive aku..itu..lenkali lah aku tunjuk.

Wednesday, May 27, 2009

MAS Great Escapade Prize Giving Ceremony & Dinner

Sabtu lepas..terpaksalah aku tinggalkan baby kecik aku kat umah mak mentua aku semata-mata untuk hadirkan diri ke event anjuran MAS ni. Itupun lepas dipujuk jugak dek cousin aku suruh pergi...makan free katanya...hihi...tapi niat aku sebenarnya semata-mata untuk menyokong kerjaya cousin aku yang baru nak bercambah tu.
.
Prize giving ceremony ni adalah untuk contestant MAS Great Escapade Contest yang aku buat beberapa minggu yang lepas (pasal MAS stimulus package tu). Tapi aku dah tau aku takkan menang nya. Ramai lagi entry2 yang jauhhhhhhhhh...yang wayyyyyyyy better than I am. Jadi, aku pergi khas untuk jadi pom pom girl jer lah malam tu.Aku pergi dengan siapa lagi kalau bukan best fren aku, cik onelove yang blog nya semakin hari semakin tinggi hitnya. Blognya banyak penulisan seni dan ilmiah...terbalik langsung dengan blog aku...tak macam best fren langsung kot...huhuhu...
The dinner last saturday was held at the Courtyard Garden, Jalan Dungun. Berpusing-pusing jugak aku mencari...rupa2nya restorannya adalah rumah banglo yang dah diubahsuai. Makanannya bestttttt...welllll....sepupu siapa yang pilih....hihi
Tak derlah ramai sangat contestant nya. Adalah dalam 6-7 table with 10 people, including few guests suh as Kenny Sia and few other famous blogger.Ini antara blogger yang ada kat sana, one of my GBM fren..mayangsari atau Sid yang datang sengan adik dia.Yatie, sawanila yang dalam masa yang sama ambik chance untuk passkan aku sesuatu....yang itu next time aku blog kan.
Datang bersama suaminya, Kyoll yang sentiasa berkepit dengan kamera gabaknya..sampaikan berpeluh-peluh kat tempat yang penuh kipas tu.

Thanks Lynn and MAS for inviting me to the dinner. Gambar pemenang dan semua prize giving ceremony..nan ado...sebabnya aku tak menang..org lain pun tak leh dok dlm blog aku..muahuahua...yang benarnya aku malas nak berebut dengan photographer2 handalan kat sana...dok diam2 kat meja aku...makan sampai senak perut.

Juga, banyak jugak aku dapat kawan baru kat sana....inilah peluang nak berjumpa orang ramai dan beramah mesra. Tapi gambar tetap nan ado...sebab diaorang blum upload lagi kat entry memasing. Gambar dengan cousin aku pun tak ada...sebab dia pun tak duduk diam..sibuk dengan kerja dia mengendalikan majlis malam tu.

Monday, May 25, 2009

GBM Visits'

Jumaat lepas aku rasa cukup terharu dengan GBM. Terharu dan berterima kasihlah sesangat. Antara orang yang pertama tahu pasal Rian adalah mereka-mereka itulah...Redmummy, Ayu The Sun, Mayangsari, Daela dan Diana-K disamping family aku dan kawan baik aku yang lain. Mereka juga antara orang terawal yang datang menjenguk Rian.

Dah lama dah diaorang canang ada hadiah untuk aku dan Rian dan akhirnya....jengjengjeng....

Muka happy gila bukak hadiah kan....tak maluuuuuu

Dapat nursery bag yang cunnnnnnn...yeayyyyydan hot sling yang aku memang tengah cari....dapat dua hadiah ek..kalau aku tau aku mintak sumer dapat...sah aku buat list panjang lagi...hahaha...tak silap aku kedua-duanya diaorang dapatkan dari blog lilcaliph...kak red punya advertiser...Thanks uolls.... Paling best...sebab diaorang bawak DUA ekor ayam lemon rosemary dari Kak Didi..yang dah lama aku nak try....buat tambah2 side dishes..aku buat mashed potato ngan potong celery, timun dan carrot makan ngan mayo...
Ayu dan Yan tengah berbincang pasal perkara paling serius di alam maya. Sid dan redmummy ambik turn makan, bojeng dah terlantar kekenyangan dan Dila tengah ngambik gambar

tengoklah betapa Kak Red rajinnya melayan Rian....rasa2nya tak lama lagi...ada chance Gegirl ngan Abang nak dapat adik...hehe

Mia and Gegirl dah jadi satu gang...berjumpa dua orang pandai jer diaorang bawak diri main dalam bilik...dan pandai jugak Mia kemas bilik lepas semua dah balik..(Mia sekarang makin bertanggungjawab...suka sangat tengok)

Abang pulak...walaupun dia peminat baby, tapi disebabkan kepenatan yang teramat...flat atas bantal....
Esoknya...aku pun try lah benda alah hot sling nih..yeayyyy berjaya...senang jer pakainya
gigih memujuk Rian duduk dalam tu lepas bangun tidur..huhuhu...
with the bag

and with sorang budak shibuk....

Kehadiran Rian Shamuel Haidhar

Gambar latest Baby Rian
Terima kasih for all the wishes kat entry bawah nih...and for all the support yang korang bagi. I really appreciate it.
.
Pada gang-gang yang masih blur-blur...mana ada aku ngandung lah...badan ni memang berisi 24-7 takder kaitan dengan aku pregnant...perut aku berisi tapi berisi dengan makanan ler....
.
Rian Shamuel Haidhar ni adalah anak angkat aku yang aku ambik sebaik sahaja dilahirkan. Rian bakal menjadi sah sebagai anak aku dan menggunakan nama aku dan suami di surat beranaknya hanya selepas dua tahun aku menjaganya. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
.
Aku tak merancang untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Rian sendiri. Kerana, itu adalah hak dia untuk mengenal susur galur kehidupan dia sendiri. Cuma mungkin, bagaimana aku nak menerangkan kepada dia tentang diri dia.....seperti menarik rambut di dalam tepung lah...rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Panjang masa untuk aku persiapkan diri aku dan Rian sendiri.
.
Ramai yang pelik, kenapa aku nak ambik anak angkat?!
.
Sebabnya, aku memang dah lama berniat begitu. Sejak dari aku anak dara lagi, itulah salah satu cita-cita aku dan sekarang ni dah tercapai...Alhamdulillah. Tapi yang paling aku bersyukur kerana niat aku ini rupa-rupanya dikongsi juga dengan suami aku yang mempunyai niat yang serupa. Bukan aku tak boleh mengandung lagi....rezeki jer yang belum. Cuma masa tu datang pada saat aku betul-betul merindui tangisan bayi dan kedatangan Rian adalah pada masa yang paling tepat sekali.
.
Terima kasih kepada semua yang mengetahui perkara ini sejak March dan menyimpan amanah aku dengan baik....especially to GBM yang tanpa penat memberi sokongan kepada aku dan turut sama berdebar menanti kehadiran Rian.
.
Seperti namanya Rian Shamuel Haidhar yang sebenarnya cuba mengambil pangkal nama RH aku. RIAN, nama yang diberikan oleh aku adalah berasal dari bahasa Irish yang bermaksud 'Little King' SHAMUEL adalah nama yang diberikan ibu kandung Rian sendiri yang juga adalah nama salah seorang nabi. HAIDHAR pula diberikan oleh ayah kandung Rian yang bermaksud 'Yang Berani'.
.
Aku dan keluarga aku bersyukur dengan kehadiran Rian Shamuel Haidhar dalam hidup kami.

Friday, May 22, 2009

Introducing Baby Rian

Hari kedua
Mia mintak dukung, aku letakkan baby tu atas bantal dan letak atas riba dia...
Mia excited sangat dapat jadi kakak
Ayahnya lagi excited


Hari ketiga

hari keempat

There's something new in my life

Selepas difikir-fikir dan difikir-fikir...adalah mustahil untuk aku menyembunyikan kehadiran sesuatu perkara baru dalam hidup aku. Apatah lagi kalau its a significant one. Satu perkara yang pelik untuk aku, jika tidak berkongsi perkara ini dalam blog aku ini. Ramai orang yang rapat dengan aku, memberi bermacam-macam pendapat. Aku diam berfikir. Lama. Aku cuba cari jalan nak dengar cakap orang, but at the end...bukankah aku yang mengatakan, aku mahu berkongsi hidup aku di blog...dan blog aku bakal menjadi satu khazanah untuk anak-anak aku.
.
Jika mereka (anak-anak aku) mahu mengenal diri UMI nya ini dan mahu mengenal siapa mereka di mata UMI nya ini. Di sinilah tempat yang akan UMI bawa kamu. Orang yang rapat dengan Umi juga teramat sedar dan maklum mengenai perkara ini.
.
BLOG, Keluarga aku dah bertambah. Ada insan baru dalam hidup kami. Namanya RIAN SHAMUEL HAIDHAR. Perkara ini sudah aku simpan lama dari kamu, sejak dari March lagi. Aku sudah tak mampu nak simpan lagi sebab aku terlalu gembira. Terbau-bau haruman bayi di sekelilingku saat ini. Kerinduan aku memanggil-manggil aku pulang.

Tuesday, May 19, 2009

Mia posing

Today aku cuti, layan gambar Mia posing jer lah yer...ngan Uminya sekali..hehehe












p/s:...psst psst...antara sebab posing ialah sebab baju tu....Redmummy yang belikan untuk Mia..souvenir from Jakarta..thanks Kak Red..Mia suka sangat..sebab pink dan belang-belang katanya...