Friday, July 31, 2009

Lepak time with my best friends

Dah lama aku tak jumpa ngan best friend aku berempat. Adalah jugak aku berjumpa diaorang dalam 2 bulan ni, tapi tak pernah lah cukup korum. Samaada Niza datang rumah aku melepak atau Atul anytime ada invitation untuk movie preview from Ajami. Tapi untuk kami berjumpa berempat, cukup korum..amatlah jarang2 sekali. Setahun mungkin 5-6 pun palaing banyak.
.
Jadi, sebaik Farah habis pantang dan mula kerja kami pun cuba cari masa untuk kembali berkumpul. Lagipun, kena berkumpul, kalau tak nanti anak Farah tak kenal auntie2 dia. Jadi, semalam...dengan kelajuan cahaya selepas balik kerja aku pecut ke Ampang. Memandangkan anak Farah baru 2 bulan jadi tak elok lah kalau dok melepak kat luar lewat sangat kan. Sampai sampai jer tempat lepak kami. Khadijah, anak Farah bulat mata menengok dunia keliling. Seronok dapat main ngan baby walaupun sekejap. Waktu tidur dia pun dah terlepas beberapa jam. terpaksalah pulak Mak Uda (Niza) menidurkan Khadijah atas 'tilam empuk' Mak Uda. Lena........Khadijah.
Ibu Khadijah yang makin kurus lepas habis berpantang ni. Kalau betul-betul ikut pantang...boleh kurus tau...ha...sebelum ni bukan main payah nak kurus, lepas habis pantang..walllah...kurusssss..kan Farah kan...

Farah datang sekali dengan kakaknya Along dan anak buahnya Girl. Aku and Atul dulu pernah duduk rumah Along ni lama masa belajar kat matriks. Bukan kolej tak bagi rumah..saja jer menggatal nak duduk luar. Independent lah katakan....Sambil Mia sibuk buat latihan matematik sendiri. Bila salah jawab terus pangkah besar-besar pun sendiri (Ayah....tengok anak awk..bagus tak...org lain sibuk berborak..dia buat latihan math ok...kena bg hadiah ni)
Aku...ehehehe...dah habis topik nak berborak..mainlah ngan camera hp orang ni. HP mahal atul yang kualiti gambarnya adalah below par...tapi...dah itu jer hp yang paling bagus ketika ni. Mengahrapkan hp SE aku yang baru dapat free dari Celcom nih..huish...lagi jenuh..terus aku tak reti nak upload ke PC.

My sweet princess Mia..I love you so much darlingggggg
Serupa tak muka mak ngan anak ni...

eh silap..kakak dengan adik......lalalalalala

Aku: Ini siapa Mia (sambil tunjuk dengan diri sendiri)

Mia: Kakak........

Aku: Bagusssssss...good girl........

Thursday, July 30, 2009

Kisah jiran aku dan anaknya

Malam semalam aku mengalami satu peristiwa yang amat menganggu jiwa. Boleh dikatakan aku mengalami trauma kecil berhadapan dengan perkara yang tak disangka-sangka seperti semalam. Ceritanya;

Aku agak stress semalam sebenarnya. Macamana aku tau aku stress adalah berpandukan jari tengah aku yang sakit. Jari tengah aku sakit sebab aku seharian asyik mematah2kan jari aku untuk menghilangkan rasa gusar dalam hati..dan itu tandanya aku stress.

Bila sesampainya di rumah bersama Mia, aku amatlah mendambakan rehat yang cukup sambil minda tenang dan relax. Tengah aku menyanyi kecil sambil membuka fridge dan sedang dalam memilih-milih juice apa yang aku nak minum...tiba-tiba....

Mia datang menghampiri aku dan berkata 'Umi, makcik sebelah tanya 'mak ada rumah tak?'...Aku pun cepat-cepat berjalan ke luar rumah.

'Ha, kak cari saya ker?' Aku bertanya.
'Ha'ah..rose kan panggil rose kan' (dia baru pindah jadi ingat2 lupa nama aku)
Sambung kakak jiran aku 'Akak ada benda nak cerita ngan awak ni, mari sini meh'
Dalam hati aku...alamak..apa plak akak ni nak cakap ngan aku..dia nak sound aku sebab cakap kuat sangat ker (especially bila time bergaduh manja dgn husband aku)..macam-macam dah hati aku berbisik dalam aku terkial-kial bukak pintu pagar rumah dia...

Yer..dia panggil aku masuk rumah dia dalam keadaan pintu pagar dia masih tertutup rapat...bunyi macam nak gaduh jer kan...cuak gak ok..dalam hati nih...

"meh sini duduk rose' sambil aku terpinga-pinga melihatkan muka jiran aku yang agak merah dan serius...cuak lagiiiiiii...

'Akak nak ceritalah ni rose, akak dah tak tau nak buat apa dah ngan anak akak ' (dlm hati aku..haaa...nak citer pasal anak dia rupanya...apa kaitan dgn aku ni..anak dia mengintai umah aku ker?')

'Dah macam-macam akak buat ni rose...akak dah cuba didik sebaik mungkin..marah pukul berlembut..semua dah tak jalan dah rose..susah na..didik anak' (jiran aku ni org Penang, so sepanjang perbualan ni, dia cakap Penang)

' gedegak (degil) sangat rose..akak dah tak tau nak buat macamana dah, jatuh motor dah 3 kali sampai jari nak putus dah pun...lesen takder tapi tetap gak nak bawak motor, kakak melarang..tapi ayah dia asyik lepas kan jer...ikut cakap anak' (suami dia takder, ke Bangkok katanya, anak dia ada jer dalam rumah..dalam bilik dan sekali-sekala lalu lalang depan kami dengan jelingan tajam pada maknya dan muka segan dengan aku)

'apa lagi akak tak buat rose, ajar mengaji dah..akak ni lulusan sekolah agama rose, tapi anak punyalah degil tak boleh nak diajar dah...bila kita ajar mengaji, dia main-main...uiii rose..melawan dia kat akak ni..mak dia..tengking kita rose..akak kena tengking jer'

dalam keadaan masih terpinga-pinga aku tanya ' Ini anak akak yang mana buat perangai ni, umur berapa?'

Dia jawab 'Anak yang no. 3, perempuan tu lah rose..tingkatan 4...setiap kali akak cuba nak larang nak didik, bapaknya tegur akak pulak...anaknya mintak keluar malam..bapaknya lepaskan..nak tidur rumah kawan..bapaknya lepaskan..kalau kawan tu molek takpa rose...ini macam apa dah dengan pakaian nya..kuku berbintik-bintik..tinggal pulak berdua jer dengan ayahnya..mak dah bercerai...kalau tetiba jadi apa-apa...sape yang susah..mak bapak jugak yang susah'

'Kalau akak marah dia sikit, dia ugut nak lari dari rumah, apa akak nak buat rose..nak tambat dia kat rumah ka..apa ka..akak dah tak tau dah rose...'

Aku cuba mencelah 'budak remaja macam tu lah kak..payah sikit nak dengar cakap mak bapak...saya, adik beradik saya, adik2 ipar sy pun mcm tu jugak dulu, sekarang ni Alhamdulillah..masing-masing dah sedar'

'Tak rose...ini dah teruk dah rose...akak ni seumur hidup tak pernah masuk balai polis tapi disebabkan anak yang sorang ni, akak jejak gak balai polis tu sebab dia dah langgar kereta satu org cina pastu org tu siap ambik kunci dia pastu bawak balai..malu tak malu akak ni sebagai mak dia'

Masa ni, anak dia melintas kami dan berjalan keluar rumah sehelai sepinggang..ke mana? aku pun tak tau.

'Saya paham kak...sabar kak'

'Rose...akak ni dah puas sabar dah rose..air mata dah kering..hari-hari dok makan air mata dah ni ha..sembahyang tak pernah khusyuk memikirkan anak-anak...derhaka dah dia ngan akak ni...akak tak tau dah nak buat macamana..tolonglah rose..tengok-tengokkan anak akak'

dan aku...sekali lagi terpinga-pinga..dan blurrrrr... jawab aku 'saya cuba lah kak'

Dia tanya lagi 'Rose dengar tak akak selalu mak-maki anak akak?

Aku jawab ' Tak kak...saya dengar akak punya suara jer tapi tak dengar sebiji-biji apa akak cakap'

Tetiba handphone aku berbunyi (aku pun tak pasti kenapa aku bawak hp aku)..husband aku telefon suruh siap sebab dia nak bawak makan kat luar. Terpaksa lah aku mintak izin dari jiran aku yang masih lagi tak habis meluahkan perasaan tu.

Serba salah jugak dibuatnya..kesian pun ada. Dia cuma nak meluahkan perasaan jer. Yang aku boleh buat, hanyalah menyuruh dia bersabar aje. Apa lagi yang mampu aku buat?

Sekarang ni, korang semua ada cadangan apa yang aku perlu buat? Apa tanggungjawab kita sebagai jiran sebenarnya ni? Hanya mampu mendengar? Ada cara ker yang aku boleh tolong jiran aku untuk selesaikan masalah dia?

Aku pun ada anak perempuan, takut aku dengar cerita jiran aku tu. Masa tengah hangat berborak tu, Mia datang duduk sekali...aku peluk dia kuat, dalam hati aku hanya mampu berdoa sambil peluk Mia kuat-kuat ' Ya Allah, Kau lindungilah anak aku Ya Allah'

Husband aku cakap, dia just nak mengadu jer..takder tempat nak mengadu lah tu...dan dia nak awak faham agaknya sebab dia selalu bising kat sebelah.

Aku hanya mampu mengangguk kosong. Masih blur dan tergamam...

Wednesday, July 29, 2009

I am now at JW..stressing myself while waiting for the participants to come back...see you tomorrow...

Tuesday, July 28, 2009

Mary Kay - II

Satu barang Mary Kay yang paling menarik perhatian aku ialah dia punya lip mask yang cara pemakaiannya lebih kurang macam pakai scrub jer lah. Serius oooo...bibir jadi merah semulajadi lepas pakai lip mask tu. Antara barang lain juga yang membuatkan aku teruja nak mencuba ialah serum siang dan malam untuk melawan penuaan. Eh..jangan memain...tanda penuaan bermula dari umur 26 ok, tahun ni aku dah 3 kupang, harus aku intai-intai produk melawan penuaan. Seronok lah aku dapat pergi kelas macam ni. Aku suka...suka...thanks sekali lagi kat Kak Red yang selalu saja mengajak aku sekali...dan juga pada Iekan atas jemputannya pada Redmummy dan readernya.
Dah habis merawat wajah, tiba masanya memasing main mekap-mekap...macam main pondok-pondok pun yer, bila aku jumpa mekap ni. Excited giler....Yang ini takder orang tunjuk, diaorang just lambakkan mekap yang ada dan kami sendiri-sendirilah pakai ikut suka hati. Just, diaorang nak kita try produk-produk diaorang jer.
Dah berapa kali bengkel dah...minat sungguh orang ambik gambar aku time aku pakai loose powder kan.....ermmmm

Gift dari Iekan dari rangkaian produk Mary Kay. Beberapa sample produk untuk kami mencuba.

Ayu with our gift and Kak Red's token...kira its a hostess gift lah untuk kak red from Mary Kay

Cubaan mengambil gambar di dalam lift...tak pro lagi lah nampak gayanya...

Tadaaaa..jadik pun..bravo to Ayu....


Sid, Me and Ayu...kami bertiga jer GBM yang dapat join kali ni. Yan dah jauh merantau dan Dila ada emergency kat rumah.


Kesimpulannya, pada sesiapa yang nak mencuba produk Mary Kay atau mau jadi seperti kami datang pada sesi rawatan wajah yang Mary Kay anjurkan setiap minggu, boleh contact Iekan dinombor; 013-226 2036

Sesi penjagaan wajah bersama Mary Kay - Part I

Woopps....dah ramai yang masuk blog ni lepas baca blog Redmummy yer. Sori aaaa...wa baru hapdet..mak hangkat tak inform timing..so anak hangkat clueless lah...huhu...
.
Jadi.....inilah mendenya...under flag of Redmummy.com sekali lagi aku mendapat peluang untuk menghadiri satu lagi kelas penjagaan kulit muka dan kali ini adalah dibawah Mary Kay Cosmetics. Mesti ramai yang pernah dengar kan produk Mary Kay. Salah satu MLM cosmetics yang rasanya dah berada lamaaaaaa di pasaran dan digunakan ramai orang.
.
Frankly speaking, aku dah pernah dengar pasal produk ni sejak aku kecik lagi. Pernah jugak lah mak aku sebut dulu-dulu kala. Kira sebaris dengan Avon, Nutrimetics semua tu lah. Pada aku, produk kosmetik MLM adalah paling laris jika dipasarkan pada suri rumah di bandar-bandar kecil. Sebab di bandar besar seperti KL ni, capaian untuk segala jenis brand kosmetik lebih mudah. Melangkah jer ke depan rumah dapat produk clinique, drive jer 15 minutes dah dapat produk SKII..paling-paling cikai pun bodyshop lah yang harganya dengan mary kay lebih kurang jer pada aku.
.
Tapi aku agak kagum jugaklah dengan Mary Kay sebab walaupun produk MLM tapi sales diaorang boleh tahan lajunya.

Me and SidDisplay products Mary Kay
Ayu and Sid
ha nampak..in 2005 Mary Kay was awarded the America's best selling brand in facial skin care and color cosmetics..banyak lagi pencapaian Mary Kay ni worldwide
Interior design untuk HQ Mary Kay di KL ni pun nampak modern and sophisticated
mineral loose powder
one of Mary Kay's sales director tengah beri penerangan tentang sejarah mary kay
sambil menerangkan mengenai produk-produk Mary Kay
Mission Mary Kay ialah: Enriching Women's Life
Bermulalah sesi pertama..membersihkan tangan dengan menggunakan satu produk yang diberi nama Satin Hand
Memanggggg berbeza...sebelah tangan jer kami buat untuk menampakkan perbezaaannya. Dan memang sangatlah berbeza sebenarnya tu. Sebelah cerah sebelah gelap...best ooo produk tu.
Tangand ah bersih, baru boleh cuci muka...
step by step...cleanser, scrub, mask, toner, serum, moisturiser...

and then....tadaaaaa....kulitku sudah mulus...muahuahua...perahsannnnnn...nyampah...

Monday, July 27, 2009

Victoria Secret Sale @ Redmummy...pi serbuuuuu

Psst psst...Redmummy ada jual barang-barang from Victoria Secret kat blog dia...pi terjah pi...bawah ni aku tunjuk few items jer lah yang dia jual..ada banyak lagi kat blog dia...pi lah beramai-ramai..serbu...cepat sebelum kehabisan stok.



Terms and Conditions (dicilok dari RM.com):


1. Free shipping within Malaysia only.
2. All items tidak pernah and never been tested or used, 100% authentic guaranteed, shipped from US via vshub.
3. They only take your Booking via Order Form, personal email or sms or ym will not be entertained (form nak fill up ada kat blog Redmummy)
4. All sales are final. No exchangeable, returnable or refundable.
5. Semua stock sudah ada di tangan client, Stock memang banyakkkkkkkkkkkkkk, tak yah lah ko risau kalau ko nak beli sampai berbotol2 utk each code yer..memang banyakkkkkkkkkkk dia order online terus dr vshub! So cepat grab while stock last!
6. Once payment sudah cleared, kindly give 48hours for the item to be delivered to you.

Teaser 1

Apa nih orang cakap..teaser.....cewah...nak ber teaser bagai kan...menyampah aku...cerita selanjutnya nanti aku citer kemudian....sabarrrrrrr....

Friday, July 24, 2009

Kecoh jer....saja2 mengada

(aku tinggal sorang kat ofis, sebab semua org tak balik lunch lagi)
(Jadi ofis adalah ana yang punyaaa..HAHAHAHAHA)
(sambil bersandar di kerusi, aku menaip entry ni...chillllll)

uuiiii seronoknya lah kalau minggu ni aku dapat berehat, tido bangun makan tengok tv dan tido bangun makan tengok tv. But...nehi nehi...aku masih ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian aku.

Aku kena teman mak mertua aku carik barang kawin kat area KL (kalau jadik).
Nak pergi tengok Nur Khadijah, baby Farah yang memang aku teringinnn sgt nak tengok...
and then ada satu appointment hari ahad dengan kawan-kawan..appointment untuk satu lagi sesi penjagaan wajah dan asas mekap.

Jadi, akhirnya minggu ni masih lagi aku tak dapat bersenang-lenang di atas sofa rumah sambil memeluk Mia dan bapaknya.

Itulah AKU...Kalau takder mende nak buat kecoh...ada benda nak buat pun kecoh....bila hang nak berhenti kecoh ni ha.....
.
.
.
.
Notes: Oh hati...janganlah terlalu pilu....kau tak bersalah...

Thursday, July 23, 2009

Peluang dan Pilihan

Apa yang setiap manusia nak dalam hidup masing-masing adalah selalunya berbeza. Tak kiralah samada kita suami isteri, kawan rapat atau mak ayah dan anaknya. Apa yang kita harapkan pada orang jugak selalunya takkan sama dengan pengharapan orang yang satu lagi.

Jadi apa yang kita perlu lakukan, hanyalah berkompromi. Bersikaplah terbuka kepada segala pilihan yang ada di depan mata dan janganlah sesekali kita memaksa orang lain untuk menjadi sempurna seperti yang kita harapkan.

Aku selalu ingatkan diri aku untuk tidak berlaku seperti itu. Aku selalu ingatkan diri aku bahawa jika kita mau orang itu menyukai apa yang kita sukai, berikannya kebebasan dan peluang untuk menilai diri kita dan membuat pilihan mereka.

Sekali lagi, entry aku kali ni adalah menilai pengharapan aku kepada anak aku. Aku selalu tertanya-tanya apa yang Mia akan jadi bila dia besar nanti. Sejauh manakah aku sempat melihat perjalanan hidup dia. Jadikah dia seperti apa yang aku harapkan, dan gagalkah aku jika dia tidak menjadi seperti apa yang aku harapkan.

Jawapannya, akhirnya aku sendiri tau dan aku sendiri sedar. Kita hanya mampu merancang perjalanannya dan membentuk dirinya menjadi apa yang kita inginkan. Tapi akhirnya keputusan akan datang adalah terletak ditangan dia sendiri dan sudah tentu ditangan Yang Maha Kuasa.

Sekali lagi aku ingatkan diri aku dan juga suamiku....kita bentuklah sikap anak kita untuk segala yang terbaik. Sentiasalah berfikiran positif atas apa jua yang berlaku dan berikanlah dia peluang untuk dia menjadi diri dia. Setiap manusia itu berbeza.

Wednesday, July 22, 2009

Mia in standard 1 - Tak Percaya

Dah dapat tau Mia bakal bersekolah dimana untuk tahun depan...WOW tak sangka anak aku dah nak masuk darjah satu. Baru jer tadi cakap dengan dia over the phone. Rasa macam kecik sangat anak aku. Cakap pun masih ada pelat sana sini. Sampai sekarang ada kala aku masih basuhkan dia bila pergi ke toilet. Masih lagi mandi dengan aku dan aku pakaikan baju.

Ishk...yer ker Mia aku dah besar ni. Adakala, rasa betul-betul tak percaya. Mia aku...yang keluar masa aku 6 bulan pregnant? Mia yang keluar cenonet besar tapak tangan dah nak sekolah? OMG, serious ker ni? Dah tiba masa dia bersekolah rendah? Mia baby Umi nak sekolah!!!

SK Convent, Jalan Peel sekolah yang dia dapat. Itu bukan sekolah yang aku mintak pada awalnya Yer..aku tau sekolah yang aku mintak tu, antara sekolah yang paling susah nak masuk. Tapi aku tetap cuba dengan cara biasa, walaupun aku boleh saja gunakan kabel kalau aku mau. Tapi, tu lah..akhirnya tak dapat, dan mereka hantar Mia ke SK Convent. OK lah tu..daripada sekolah ...... yang aku tau tahap disiplinnya teruk.

Seriously, aku tak tau apa-apa pasal sekolah-sekolah kat KL ni. Kalau tanya pasal sekolah dekat Pekan atau Kuantan, terus saja aku boleh bagi review aku. Macamana tahap disiplin pelajar di sekolah tu, apa tahap dedikasi guru-gurunya, tahap aktif ko-kurikulumnya dan tahap pencapaian UPSR sekolah. Tapi di KL ni..ermmm...'infoless' aku.

Di bandar-bandar kecik macam Pekan, kami menjadikan satu tanggungjawab kami untuk mengambil tau tentang perkembangan sekolah-sekolah di tempat kami. Walaupun selepas anak-anak mak aku dah tamat pesekolahan masing-masing, masih lagi kalau aku bertanya dengan mak aku 'berapa org 5A UPSR sekolah blablabla...di Pekan' dia masih boleh menjawab dengan tepat.

Tapi kalau kat sini, bila aku bertanya dengan student sekolah tu sendiri, berapa orang yang cemerlang dalam UPSR tahun lepas..itupun tak tentu dia dapat jawab. Itulah yang merisaukan aku. Tahap kesedaran tentang pelajaran orang disekeliling aku membuatkan aku takut sikap tu akan memberikan sedikit sebanyak kesan pada aku.

Baru bulan Julai sekarang ni. Ada lagi 5 bulan untuk aku persiapkan diri aku dan Mia untuk sesi persekolahan tahun depan. Tapi sekarang hati aku dah mula berdebar-debar macam aku yang nak masuk sekolah. Kena buat list barang yang aku kena beli untuk dia dan persiapan awal yang kami kena sediakan seperti pengangkutan dan keperluan seseorang untuk menemani dia bila time rehat.

Takutnya rasa hati aku nak lepaskan Mia ke sekolah. Maksud aku, kalau dia kena naik bas (Ya Allah kau lindungilah anak aku Ya Allah walau dimana pun dia berada) atau kalau nanti dia kena buli atau dengan siapakah dia bakal berkawan. Macam-macam yang aku dah mula fikirkan...hahahaha...kelakar pulak bila masa aku tengah menaip entry ni, tiba-tiba ada rush kat jantung dan perut aku tanda aku betul-betul berdebar. Berdebar nya hati........dupdapdupdap.
.
.
.
P/S: Happy Birthday to my best friend Atul yang dah masuk kelab 3 kupangnya hari ni. Love you.

Tuesday, July 21, 2009

Setelah lama dapurku tak berasap

Dah lama aku tak tepek gambar makanan (yang aku masak) dalam blog aku ni kan...rindu plak rasanya. Kalau dulu..kejap2 gambar makanan kejap2 gambar makanan. Mula-mula cam pelik gak lah rasa..eh aku ni dah hilang hobi memasak ke kan...tapi sebenarnya bukan. Aku sekarang ni agak mengelak untuk memasak, sebab kami suami isteri sekarang ni cuba mengelak untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
.
Dan.......kalau aku mula memasak, memasing will tend to tambah nasi tanpa dapat dikawal...jadi....terpaksalah aku korbankan hobi memasak aku. Tapi semalam, husband aku request untuk makan masakan aku, jadi terpaksalah aku langgar pantang larang tu sekejap. Disebabkan hanya untuk makan dua orang..aku masak se simple mungkin.
Ikan sweet sour...ikan apa ntah..mak aku bagi dari Pekan..tapi sedaplah...
Sambal tumis udang tempoyak
Asparagus and mushroom in oyster sauce (wahhh nama grand giler..padahal...muahuahua)

Aku nikahkan akan di kau...

Dah menikah dah adik ipar aku. Akhirnya selepas hampir 7 tahun barulah ada lagi majlis perkahwinan dalam family mertua aku ni. Majlis nikah adik perempuan suami aku ni dibuat ringkas jer dengan kehadiran hanya keluarga terdekat. Dijalankan di masjid kawasan Cheras saja. Dua minggu lagi terus majlis kendurinya pulak.

Nakalnya muka Mia
Aku nikahkan akan dikau....Harry dengan Sha dengan mas kahwinnya 80 hinggit tunaiiiiiiii...Sah..
Pengantin baru..berbaju putih bersih
bersama mak ayah pengantin perempuan dan mak pengantin lelaki...ooppss...terselit anak sedara pengantin pompuan plak kat celah celah...

With our small family...

Simple jer...dah itu kehendak kedua pengantin...keluarga ikutkan saja. Paling tak tahan...mekap untuk majlis nikah ni...AKU yang mekapkan..yer..tolong vangga...HAKAK ni mekapkan okeh...simple nak mampus...baru sekali belajar mekap...org dah saspek aku pandai mekap...dah camno...padahal belajar pun tak khatam...huhuhuhu...layankan sajaaaaaa....

Monday, July 20, 2009

!#$$%&&$#$^&**%$#$^&$$..........menyampah betul tenet ari nih...cam $%^*(*%$^*......

Friday, July 17, 2009

Kerisauan seorang Umi kepada anak gadisnya

Tersedak aku hari rabu lepas bila husband aku cerita kat aku apa yang Mia cerita kat dia dalam kereta hari tu.


Mia cakap, ada kawan dia bagi notes. Pastu dia tunjuk kat husband aku..notes tu adalah satu lambang love....

Bila tanya dia..siapa yang bagi..dia cakap budak lelaki..Kishornath namanya. Memang setiap kali aku hantar Mia ke dalam kelas berebut-rebut kawan dia ajak duduk sekali...termasuklah Kishornath tu...tapi aku fikir..alah..biasalah bebudak kecik.


Tapi bila dia mula dapat notes lambang love...ermmm...tak tau samaada nak buat tak tau jer ker..atau aku patut mula rasa bimbang. Husband aku usik dia..cakap Mia dah ada boyfriend....dimarahnya husband aku. Lepas tu siap buang ke luar tingkap kereta notes tu sebab marah ayahnya cakap macam tu.


Mula-mula...aku tak terfikir apa-apa..menganggap benda ni gurauan jer. Tapi semalam bila aku berborak dengan mak aku dalam telefon. Mak aku diam dan serius dia bercakap...jangan main-mainkan perkara ni. Katanya, jangan usik-usik Mia dengan perkataan dia ada boyfriend lah apalah..sebabnya daripada perkara yang main-main tu lah...budak tu akan mula berfikir dan seterusnya dan seterusnya.


Aku terdiam, bila mak aku cakap macam tu dan baru aku tersedar. Betul jugak cakap mak tu. Sebaiknya dari kecil ni lah aku kena tegaskan dan ajar dia apa perkara yang sepatutnya. Dah lah...maknya pun ada sejarah masa kecik dulu....takut aku kalau dia menurun sikap tak baik aku.


Bukanlah aku cakap aku pernah bercinta masa kecik dulu, takut oooooo...mak abah aku garang masa kecik. Tapi..perasaan ingin bercinta tu mula timbul boleh dikatakan awal lah jugak. Aku tak nak anak aku terlalu cepat mengenal cinta sesama lelaki dan perempuan dan aku takut anak aku hanyut.


Janganlah salahkan aku kalau aku dah mula fikirkan perkara-perkara sebegini. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak perempuan...aku tak mampu mengelak daripada memikirkan perkara-perkara terburuk itu. Aku takut sebenarnya.

Aduhhhhh....Mia...jagalah dirimu anak ku. Peliharalah dirimu sayang ku. Pertahankanlah maruahmu anak ku. Umi tahu...satu masa nanti..Umi hanyalah seorang ibu yang mempercayai saja apa cakapmu. Mustahil untuk Umi mengurungmu sepanjang masa demi takut kamu terpedaya dengan dunia.

Mia,

Umi harap kamu akan jadi seorang perempuan yang terjaga peribadinya. Sehabis daya, Umi akan mendidikmu dengan segala nilai yang termampu. Tapi, bila masanya tiba untuk Umi lepaskan tanggungjawab itu kepada kamu sendiri. Kamu tetapkanlah hati mu wahai anak ku.

Thursday, July 16, 2009

The Yoyooh Bloggers Award

Alahai...malas ah nak citer panjang2 kan...mesti ramai yg dah baca kat blog yang lain pasal malam yoyooh ni kan. Merata-rata lah pendek kata. Kalau korang nak tengok senarai penuh pemenang boleh jer pergi ke Yoyooh.com. By the way, Thank you to Kak Red yang mengajak sekali aku, Sid dan Dila untuk memeriahkan Dinner dan Blogger Award Yoyooh ni. Congrats to team Yoyooh yang aku rasa telah berjaya menjadikan majlis yang julung-julung kali seumpamanya menyampai award kepada blogger2 dengan jayanya. Seriously, event ni memang harus mendapat pujian.Yang paling membanggakan aku sebab salah seorang GBM juga turut berjaya memenangi satu kategori yang tersenarai. Our own Ayu The Sun berjaya memenangi kategori Blog Diari Wanita Terbaik. Bravo Ayu.....I'm so proud of you...and......of course the main winner of that night is our own Redmummy..clap clap...Kak Red memang kami dah agak mesti bawak pulang something from that night...its her birthday night maa.....and she look so cute in that dress.
Us with the most cutest girl that night, Gegirl...
Me and Daela..apa jeling tu Dila....
Diddy one of the performer...nyaris aku kena ganti Wangi duet dgn dia..fuhhhh...
Pyanhabib yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Seluar Dalam'...dalam maksudnya...
Me and Diddy...
ishk..Diddy ni buat akak terasa anak dara jer tau..
tersipu2 akak taw...auww..nyampah...
Me and GBM girls..without our beloved Yan..
yang dah jauh merantau...wahhh jauh ker Johor tuh
(utk makluman...I nampak kurus dlm gambar ni sbb posisi badan yer..
bukan sbb sendiri punya badan dah kurus...)GBM with Wenkt and Megat...dua org yg juga bekerja keras untuk Yoyooh

The Red Team