Friday, August 28, 2009

Gift from RIMMEL

Ehehehe...aku suka..aku suka....dapat mekap...yeayyyyy...paling best sebab dapat mekap free..knowing me, amatlah susahnya nak membeli barang mekap sendiri. Sebelum beli, aku akan berfikir 20 kali dulu sebab aku lagi rela membeli barang rumah dari barang aku. Tapi disebabkan aku pun terlibat sama sebagai 'guest artis' katanya dalam projek alpha dimana Redmummy terlibat, jadi aku diberi secara percuma beberapa mekap RIMMEL. RIMMEL London adalah salah satu sponsor untuk Projek Alpha yang akan ditayangkan September nanti.During the shoot, kami semua dimekapkan dengan alat solek daripada RIMMEL. So, kalau nampak cam cantik jer memasing hari tu...sebahagian daripadanya adalah hasil dicalit dengan alat solek RIMMEL. Memang sejujurnya aku suka dengan mekapnya, terutama powdernya dan juga concealer. Akan datang, aku nak cuba carilah produk ni di luar dan miliki semua tu sendiri.Ini adalah antara barang yang sempat Kak Red grab kan untuk kami bertiga Aku, Sid dan Dila. Aku dapat dua lipgloss, eyeshadow, nail colour dan beberapa sachet produk lain dari Rimmel, penjagaan kaki, rambut dan muka.
Thanks Kak Red sebab dapatkan untuk kami semua mekap tu. I like it sooooo much.

Thursday, August 27, 2009

Aku tak percaya cinta

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A


Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
Aku tak percaya....



Hari ni aku seharian dok humming dan bernyanyi kecil lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta...sebabnya pagi-pagi tadi aku dok tengok video klip lagu dia kat blog Budiey.

Cute pulak aku tengok...comel jer dia...walaupun memula lagu ni keluar aku macam...what the....yerlah kan..dok ulang-ulang benda yang sama..tak percaya tak percaya...tapi disebabkan lagunya catchy...terikut2 gak aku menyanyi...hey hey hey hey...C I N T A...nasib jer aku sedar aku bukan lagi chumel macam dia...kalau tak...ngan aku terlompat-lompat sekali nyanyi lagu tu.

Video klip lagu tu mula dengan dia terbaca buku 5 tips mencari cinta untuk gadis gitu...(aku tak reti tepek video kat sini..korang nak tengok..gi cari kat youtube or blog budiey). Dimana, semua tips tu adalah haprak dan tak bleh pakai...meh sini lah aku bagi tips aku..cewah...eh..jgn main-main...aku dewi cinta dulu....wahhhhhhh.....perasannnnn...

OK, Tips SATU : Kalau ada lelaki dekat ngan kita dan mem 'peramah' kan diri dengan kita walaupun baru 2-3 hari kenal. Jangan perasan awal sangat. Tolonglah...lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata atau dalam erti kata lain 'charming' dengan semua pompuan pun dia berlagak macam tu. Bila dia start panggil kita sayang, yang, baby...contohnya 'Yang tolong ambik pen tu...eh sorry terpanggil Yang pulak' ataupun dia buat2 tak perasan panggil kita Yang...buat dek jer...walaupun dalam hati sangatlah suka sebab diri kita sangatlah suka pada lelaki tu. Just berlagak biasa dan reply jer 'Pen ni yer koyang...hambik'. Pendek kata, JANGAN MUDAH PERASAN. Ada orang yang suka bermain perasaan. Lelaki atau Perempuan...ramai yang begitu.


Tips DUA : Mak aku selalu pesan, kalau sayang atau cinta dengan orang lelaki jangan bagi 100%. Cukup bagi dia 20% masa bercinta dan 50% kalau dah kahwin. Ini penting. Untuk mengelakkan diri kita daripada terluka teruk dan jatuh tak boleh bangun jika kita kehilangan dia suatu hari nanti. Tak ada istilah cinta gila. Itu cinta bodoh namanya. Walau dalam apa keadaan sekalipun, diri kita lebih berharga dan bila kita menghargai diri kita dulu barulah orang lain akan menghargai kita. Bukan selfish tapi TETAPKAN LANDASAN dalam bercinta supaya jalan kita tak tergelincir.


Tips TIGA : Beri RUANG kepada diri kita dan diri si Dia. Jangan memaksa dia suka apa yang kita suka dan kita jangan memaksa diri untuk suka apa yang dia suka. Jadilah diri sendiri. Jika dia tak boleh terima diri kita bermakna dia bukan untuk kita. Tapi kalau perangai sendiri pun dah cukup teruk..sedarlah ooiii..berubah. Kalau jenis yang tak suka tukar baju dengan badan berbau pastu nak jugak orang terima...paham jer lah sendiri. Berubah lah kalau benda tu menuju ke arah kebaikan. Tak rugi pun. Tapi jangan lupa untuk beri ruang dan fahami bahawa setiap manusia tu tak sama dan jika ada kesilapan kecil yang dia lakukan, maafkanlah dulu dan minta dia untuk berubah. Jangan memaksa.


Oklah...aku bagi 3 jer lah yer...kalau nak cerita pasal tips ni, sampai esok pun tak abes. Lagipun, benda-benda ni kita semua dah tahu pun. Cuma mungkin malas nak praktikkan atau kita membutakan hati kita jer. Itulah perlunya info yang macam ni, untuk mengingatkan kita atau kalau dapat menyedarkan...Alhamdulillah.

Wednesday, August 26, 2009

Aku terpaksa dibahagi dua

Aku ada satu masaelah sekarang ni. Dimana aku terpaksa membahagi dua diriku pada orang yang aku sayang. Masalahnya dua-dua orang itu amat aku sayangi dan aku tak sanggup melukakan hati mereka walau sedikitpun. Masalah ini amat membelenggu diriku...OH. Mengapakah ini perlu terjadi kepada diriku dikala ini. Dikala aku sedang mengecap kebahagiaan dan kemanisan hidup...OH...
.
.
.
.
.
Ha......ini lah masalah aku sekarang...despite the fact yang Mia dah ada bilik sendiri dan katil sendiri dan sepatutnya tidur di bilik sendiri. Hakikatnya dia hanya berjaya tidur sendiri for just a few days. Eventhough she will still sleep on her bed but bila tiba tengah-tengah malam..ermm..selalunya pukul 2.30-4.30 a.m. gitu..dia akan berjalan ke bilik umi dan ayah dia dan mintak tidur sekali.

Masa mula-mula dulu, selalu jugak aku terkejut tengah-tengah malam bila aku rasa 'presence orang' kat sebelah katil aku, berdiri diam...macam hantu daaaa. Dia datang bilik aku senyap-senyap jer, kecuali ada time ayahnya buat dajal kunci pintu bilik dan time tu terjerit-jerit lah Mia kat luar bilik kami.

Selalunya aku akan just beralih ke tengah sikit dan bagi Mia tidur sebelah aku....dan selalunya aku akan menjadi mangsa keadaan sebab terpaksa tidur dalam keadaan tak selesa. Anak dengan bapaknya jenis tidur nakal. Conquer setiap ruang yang ada dan uminya ni terpaksalah berkorban dengan mengecilkan dirinya yang tak berapa nak kecik tu.

Disebabkan aku dah tak larat nak tidur macam tu, akhirnya aku cari jalan penyelesaian iaitu bergilir-gilir aku akan tidur di kedua-dua bilik. Masalahnya dua-dua tak nak berkompromi. Dua-dua berebut nak tidur dengan aku jugak. Bapaknya tak nak berkompromi, anaknya lagilah pulak.

Jadi mula puasa ni, rutin aku, tidurkan Mia dulu dan kemudian masuk tidur dalam bilik sendiri. Bila rasa husband dah tidur, gerak pulak ke bilik Mia. Time sahur bangun kejutkan husband aku dan selepas sahur masuk tidur dalam bilik aku semula. Dalam pukul 6 gitu Mia akan datang jugak bilik aku bila sedar aku tak ada kat sebelah dia.

Walaupun tidur aku tak sempurna, sekurang-kurangnya aku tak perlu berkompromi dengan ruang tidur aku. But...how I wish Mia boleh tidur sendiri. Semalam masa kami bising-bising pasal dia tak boleh tidur sendiri...uolls tau apa dia jawab.

'Mia belum besar, tinggi macam Umi, Mia tak nak tidur sendiri...'

So..u geddit rite??!!...dia nak tidur dengan aku sampai tua.................hahaha..walaupun aku tau..bila dia dah besar sikit, mungkin dah masuk sekolah rendah nanti dia mesti inginkan privacy sendiri. Cuma sekarang dia belum faham apa itu privacy. Jadi buat masa ni, aku terpaksa dibahagi DUA.

Tuesday, August 25, 2009

Review: Death Sentence

Abaikan poster filem yang berbahasa korea tu. Aku pilih poster yang ini, sebab image yang ada atasnya lebih dekat menggambarkan cerita ini pada kamu semua. Aku kurang minat dengan poster yang ada satu subjek saja di atasnya. Selalu saja nampak tak menarik (itu pada pendapat mata aku lah).

Satu lagi filem yang aku terpanggil untuk membuat reviewnya.

Aku selalunya akan buat review untuk dvd yang aku terasa dekat dan paling mampu meninggalkan kesan pada aku walaupun selepas 2-3 hari menontonnya. Kali ni, ini ceritanya...Death Sentence.

Filem ni dah lama ditayangkan (dikeluarkan 2007) dan aku rasa tak ditayangkan pun di Malaysia (sila bgtau aku kalau aku silap)...perghhhh rupanya citer ni ada tayang kat astro pun...aku jer yang ketinggalan..tettttt info tak tepatttt. Lakonan Kevin Bacon, Kelly Preston, John Goodman and few others. Filem ini adalah arahan James Wan pengarah filem Saw dan Dead Silence.

Synopsis:

Berkisar tentang Nick Hume, seorang lelaki yang mempunyai segalanya. Kerjaya yang hebat dan keluarga yang sempurna dan bahagia. Satu hari, semasa dia sedang memandu pulang ke rumah selepas menonton perlawanan hoki dimana anak sulungnya beraksi, mereka singgah sekejap di sebuah petrol stesen. Semasa anaknya Brendan, masuk ke dalam kedai tanpa disangka datang sekumpulan geng yang cuba merompak kedai itu dan melakukan initiation killing (pembunuhan bagi membuktikan seorang itu layak menjadi ahli geng) dan anaknya menjadi mangsa.

Di mahkamah, peguamnya memberitahu lelaki itu hanya akan dikenakan tiga tahun penjara dan ini membuatkan Nick menarik balik tuduhan dan mahkamah membebaskan penjahat tersebut. Tetapi, Nike mempunyai perancangan lain iaitu membalas dendam.

Setelah dia berjaya membunuh penjahat tersebut, rupa-rupanya kisah itu tidak berakhir disitu kerana penjahat yang mati itu sebenarnya adalah adik kepada ketua geng tersebut dan geng tersebut bertindak menuntut bela. Bermula disinilah adegan kejar mengejar dan mendebarkan berlaku.

Apabila geng tersebut tidak berjaya mendapatkan Nick, mereka beralih pula kepada keluarga Nick. Walaupun Nick sekeluarga telah mendapatkan perlindungan dari pihak polis tapi geng tersebut tetap berjaya masuk ke dalam rumah dan menembak dengan kejam isteri, anak lelaki bongsunya dan akhirnya Nick sendiri.

Nick selamat dan apabila dia sedar dari koma, dia mendapati isterinya telah mati sementara anaknya berada dalam keadaan kritikal. Dia sekali lagi, nekad menuntut bela (bila lah nak abis tuntut bela ni kan). Seterusnya, adalah aksi-aksi yang mendebarkan dan erkkk....kejam...kill kill die die...i shoot you, you shoot me, we shoot each other...

OK...pada pendapat aku filem ni memang best dari segi aksi dia dan flow cerita tu. Bila tiba babak yang sedih....serius sedih wa cakap sama lu...nanges babe...meleleh-leleh segala airmata air hidung aku..walaupun husband aku telah memabantutkan emosi aku dengan menggelakkan aku sebab aku menangis (tapi aku tau dia pun sedih..kan yang kan).

Tapi bila tiba bab action..fuhhh..memang real lah. Babak kejar-mengejar kat parking memang best..aku bagi 5 bintang. Tapi, satu yang aku amat rasa terkesan adalah tindakan lelaki tu dalam usahanya melindungi keluarganya. Katanya melindungilah kan walaupun kesannya ialah mebunuh hampir kesemua keluarganya.

Jika kita selam hati kita memasing, mesti kita dapat connect dengan semangat dan emosi yang lelaki tu gambarkan. Aku tau aku akan berfikir perkara yang sama seperti Nick cuma mungkin keberanian aku untuk melakukan sehingga ke tahap apa yang dia buat lah yang mungkin membezakan kami.

Tapi, perasaan dendam berbalas tu memang aku dapat rasa kepuasannya dan hati yang hancur bila tindakan dia rupanya memusnahkan keluarganya memang terasa ke setiap sudut hati aku. Tapi, aku tak suka cerita macam ni sebab dia mengeluarkan sifat gelap dalam hati aku...and it soooooo not good.

Monday, August 24, 2009

Puasa : Pekan, Mia, Aku

Datang lagi bulan puasa...rasa macam makin cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik..pasni raya pulak. Ramadan kali ni, keinginan aku untuk keluar ke pasar ramadan di KL ni hampir-hampir tak ada. Satu, takut dengan demam buy 1 free 1 tu dan Dua, sebab keinginan aku, lebih kepada pasar ramadan di Pekan.

Minggu depan aku akan balik ke Pekan, berbuka dengan mak ayah dan adik beradik aku dan berbuka berpandukan bunyi meriam. Pasar Ramadan di Pekan tak pernah mengecewakan aku. Jarang sangat terbeli kuih atau makanan yang tak sedap dan harga kuih muihnya masih ditahap murah tak seperti di KL ni. Nak lawan karipap Ikea, diletaknya harga karipap singgit satu...perghhh...alih-alih bila rasa...sama jer dengan karipap rege 50sen.

Setakat ni, semangat aku untuk memasak memang tengah berkobar-kobar....tapi setakat ni lah...lagi 2-3minggu...hentah lah tuuuuu...

Mia, berjaya puasa setengah hari semalam. Itupun selepas 2-3 jam, merengek-rengek pujuk aku untuk bagi dia makan roti. Ada masa, tak sampai hati jugak aku tengok. Iyolah kan...anok manjo umi...intan payung sorang-sorang....tapi...aku kena kental lah suruh jugak dia puasa...lepas ni Mia kena cuba lagi.

Caiyok caiyok Mia..caiyok caiyok Umi...

Friday, August 21, 2009

Projek Alpha featuring Redmummy

Ramai yang selalu cakap dengan aku, bertuah korang jadi GBM..macam-macam peluang dapat. Inilah yang dinamakan tempias berkawan dengan Redmummy namanya. Dia masuk event, kita masuk event..dia masuk majalah, kita masuk majalah..dia masuk TV, kita pun boleh masuk TV. Kalau aku boleh rasa letih menunggu masa kami shoot untuk projek alpha ni, just bayangkan lah keletihan kak red dan family seharian shoot benda yang sama. Sepatutnya, projek ni kelima-lima GBM kena ada. Tapi last minute Ayu dan Yan ada masalah cuti. Padahal, masa memula berita ni sampai..aku lah yang paling segan dan tarik diri awal-awal. Tapi lepas aku tengok, tinggal aku sorang jer yang segan menggeletar..tapi orang lain relax jer...aku bersetuju jugak. Memang rasa tak lengkap dan tak seronok sebab tak cukup korum, tapi nak buat macamana...kita merancang..Tuhan menentukan. Jadi akhirnya tinggal lah kami bertiga...aku, Dila dan Sid.
Biasanya aku kalau kemana-mana, amatlah susahnya nak bawak kamera bersama. Semua gambar adalah hasil cilokan dari blogger yang lain (dengan izin). Tapi kali ni, disebabkan adik aku Haikal ada datang ke rumah, jadi ada lah orang nak snap snap untuk aku. Kalau harapkan aku, ermmm...hentah bila nak snap...ada masa kalau keluar makan dengan bos, diaorang pulak ingatkan aku untuk snap gambar makanan dan letak kat blog...ha...jgn main-main...supportive giler bos aku tu..jgn salahkan aku kalau time kerja aku masih boleh bloghop.
QB masa ni memang happening. Paling tak sangka, aku terjumpa ex-boss aku kat sini. Sebakul dia puji aku kononnya aku dah semakin cantik...welll....dah belajar mekap maaaaa.....
Dila dengan Sid yang berkongsi sepinggan nasi beriani. Nak makan lebih, memasing segannnn...muahuahua....aku langsung tak makan...minum kopi jer 2-3 cawan. Nervous tak nampak namanya tu yer....
Dah beberapa lama menunggu, barulah krew dan featured artis muncul. Hilang boring aku melayan Gegirl. Krew yang lain pun bukan main seronok melayan dak kecik ni.
Tadaaaa....featured artist...jgn main-main okeh....pas masuk TV ni artist kena demand lebih harga. Award pun dah dapat...harus demand okeh...Kak Red ooo...rasa tak larat nak buat advertorial..mehlah pass kat kami-kami nih...ihihihihi....
Eceh...tibalah masanya guest artist plak kena touch-up..nyampah I...kejap2 nak touch-up muka I tau...3 kali take..touch-up muka sampai 5-6 kali...(ngada ek..pang sekalik).

Dah jadi rupa apa dah QB masa ni. Satu bahagian tu dah kena tutup untuk shoot ni ajer. Sape-sape nak gi toilet kena mintak izin pulak...ahaha..melebih lah tu kan...kenangan betul kat QB ni.
Aku selepas di touch-up...aik..takder beza pung....dari tadi camtu lah jugak...
Perbincangan sebelum ACTION..beria lah berbincang nak cakap mcmana...alih-alih....rupanya simple jer dialognya...
Anne jaga set...nak kena check limpahan cahaya camera ker apa benda ntah...
Kami di meja bulat..beberapa minit sebelum Tuan Director kata ACTION
Berbincang lagi dengan pengacara rancangan ni nanti, Jojo
Me and Jojo Struys...cute jer dia ni walau umur dah 30 plus...very friendly


Dah habis 3-4 kali take Kak Red with GBM...Kak Red perlu bagi 10 tips blogging untuk penonton pulak. Bila Projek Alpha ni nak keluar TV? Semua tu akan diberitahu kemudian. Tunggu berita di blog Redmummy.com okeh.

Kak Red, thanks for the opportunity..me and the rest will always support you from behind. Keep on blogging dan semoga Redmummy.com terus maju.

MAS : Asean Pass Contest in FB



Fancy a relaxing getaway to Cebu, Phuket, or Hanoi? Join Malaysia Airlines’ contest and INVITE YOUR FRIENDS to become fans of the Malaysia Airlines Travel Facebook page.


How to win...? Participants earn points for each friend who becomes a fan of MAStravel. The participant with the highest number of points at the end of the contest wins one of the grand prizes*:


1st prize: 1x Business Class ASEAN Pass + 1x Economy Class ASEAN Pass

2nd prize: 2x Economy Class ASEAN Passes

3rd prize: 1x Economy Class ASEAN Pass


The contest is open to all MAStravel Fans and runs from 19 - 30 August 2009.


So, what are you waiting for? Get your friends onboard MAStravel and win your ASEAN Passes.


*Each ASEAN Pass consists two return tickets valid for travel to ASEAN destinations.



* aaaaaaaaa...ada paham........ini ada lagi contest from Malaysian Airlines but the only way you can join this contest is when you join their FB fanpage. Click on the Asean Pass Contest and just follow the instruction. Invite as many friends possible to join the contest and the more referrals comes from you the more chances for you to win the contest. Okeh....grab your chance to win free tickets from MAS NOW.

Thursday, August 20, 2009

Akademi Redglow di Shah Alam

Redglow sudah mempunyai akademi baru di Shah Alam, beralamat di;

Redglow Academy ,

No 17-B, 2nd Floor,

Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9 / 9,

Seksyen 9 , 40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Contact Number: +012 358 8999

Congratulation Redglow dan semoga Redglow akan terus maju dan maju ke hadapan.

Dan pada tarikh 16 Ogos 2009 juga, dengan rasminya Redmummy dilantik melantik duta dan jurucakap rasmi bagi Redglow. Tahniah Kak Red dan Redglow...konfem konfem...usahasama ni bakal membuahkan hasil yang lebihhhhhh memberangsangkan bagi keduanya...BRAVO BRAVO...pandai Redglow ikat RM ya....memang langkah yang bijak...
Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut tentang apa yang Akademi Redglow tawarkan dan modul pelajaran mereka...boleh layari http://akademi-redglow.blogspot.com/

Kepada sesiapa yang berminat nak ikuti kursus/bengkel mekap oleh Redglow ni pulak..boleh layari http://redglow-class.blogspot.com/ dan percayalah korang takkan rugi dan amatlah berbaloi-baloi bengkel tu nanti. Hasil paling dekat, adalah GBM sendiri yang masing-masing makin pandai mekap dan seronok dengan perubahan diri masing-masing.

Me with Kak Red yang walaupun pakai baju terlebih size tapi tetap nampak cun dan vogue...ha...bukan senang org boleh carry baju macam dia....personaliti yang cukup kuat dan menyerlah.. sian kak red sebab masa pergi event ni tak dpt lagi sponsor dari designer (tp skang dah dpt kan kak)kenalah kak red beli baju sendiri, tu yang besau sket dressnya....tp kak red tak kisah besau pun pandai carry..cantik jer jadinya kat badan dia...ehem ehem..duapuhsen

Me with my lovely GBM...Yan, Ayu and Sid..Dila..erkk...mana pi?
with Sue, kawan Dila yang dah jadik cam kawan kami dah ha...
aaaaa...baru lengkapppppp....
with Ceera and her pretty picture make-up by Redglow
GBM and Ceera


Me with Lyn Yusoff yang sangat cute and friendly.

PERHATIAN: Ayu The Sun dah tukar url aaaaa...no more link yang payah nak ngeja tu..theusnearthmoon..ha tengok kan ke salah tu....sunearthmoon...kepada yang lebih SENANG dan PASTI senang type....http://ayuthesun.blogspot.com/...ha..baru betul.......

All photos credit t0 redmummy.com, daela81.blogspot, ayuthesun.blogspot, adenium.blogspot, tulipmalam.blogspot and c33ram00n.blogspot

Tuesday, August 18, 2009

Wajah paling indah, paling sempurna buatku

Walau beribu perasaan yang datang sekalipun, melihat wajah ini..adalah pengubat duka ku.











Friday, August 14, 2009

Tag by Syahira

I've been tagged by Cik syahira, Complete these sentences below :

What do you choose for your _____

1) eyeshadow..?- Love turqouise, red and black..from Bobby Brown, PAC and Wales

2) shoes..?- I don't like wearing shoes...my feet need air the same way as I do... so, basically I just wear sandals from Primavera, Carlo Rino and cikai brand...

3) breakfast..?- I chose American breakfast...basically loveeee scramble eggs and baked beans...

4) car..?- Honda CRV

5) lipstick..?- maybeline only..other brands don't dare to wear coz my lips very sensitive

6) eye-bag buster..?- errr....don't find the need to use yet...

7) lip-liner..?- overrated..no need to use...

8) eye-liner..?- dark brown and all black from in2it, bobby brown and white khol from MAC

9) handbag..?- cikai brand only... i'm still trying to figure out how to use more than 1 handbag

10) foundation..?- Revlon

11) laptop / pc..?- Dell Inspiron

12 ) facial cleanser..?- Biore, KO Dermacare and Eversoft

13) nail color..?- OPI, Revlon, Maybelline..and any brand will do

14) mascara..?- maybeline and look forward to buy Loreal...

15) lip gloss..?- Lipbalm by Aigner and Lipgloss by Clinique, Revlon and Bobby Brown

16) sunnies..?- KO

17) perfume..?- Escada and Anna Sui

18) vitamins..?- All my supplement and vit bought from HUKM Pharmacy only maaa...cheaper but the same effect..

19) fast food..?- don't fancy much....

20) Romantic place for a candlelight dinner?- under the stars on a beach while listening to Moonlight Serenade by Frank Sinatra

Cursed vs Doubt

Kesian aku..setiap kali aku nak tengok movie yang theme or plotnya heavy sikit mesti aku kena tengok sorang-sorang. Tapi kalau husband aku nak tengok movie dia yang jenis kill kill die die...or cerita hantu yang jenis makan orang sampai tercabut kepala tu...dipaksanya aku dok sekali teman dia. So...korang boleh nampak kan betapa seorang isteri sanggup berkorban apa saja untuk suami wahima mengorbankan genre movie yang dia suka dan menonton sesuatu yang dia paling tak suka..just for the sake of her husband..you see rite....

Well..perkara ini terjadi malam tadi...first kami bukak citer CURSED lakonan Christina Ricci, Jesse Eisenberg and Joshua Jackson among many more pasal sumpahan werewolf yang terkena pada dua adik beradik yang tengah melalui kesedihan atas kematian kedua ibubapa mereka. Cerita yang mengerikan dan menakutkan, sampaikan aku terpaksa lari ke dapur dan intai dari tepi TV saja sebab aku terlalu takut....yer aku tau aku over react. Thats why aku tak suka tengok cerita seram. Menjerit...tak usah cakaplah.....naik bingit telinga aku sendiri.

Lepas tu aku plan nak ajak husband aku tengok cerita aku pulak. Doubt, lakonan hebat Meryl Streep, Philip Seymour Hoffman and Amy Adams among many other great actors. A story about conflict on religion, morality and authority in a catholic elementary school. This movie is an adaptation from a pulitzer prize drama play. Antara filem yang berjaya membuatkan aku terpaku sehingga ke titisan terakhir. I really enjoyed watching every moves of the acting and I really admired Merryl Streep and Philip Seymour Hoffman acting in one final scene where they confronted each other.

The truth was actually never revealed in the movie and I heard that none of the actors knew whether or not Father Flynn was guilty and I heard that the writers and director John Ptarick Shanley only told it to Philip Seymour who played Father Flynn..what a mystery kan...but I think we can guess correctly. Only women hv the ability to use her sixth sense in capturing misbehaved in people. I don't think we gonna find a naive lady like Sister James anymore.

Eventhough I don't really fancy movie such as Cursed but to tell you the truth..I like it..walaupun ada time..ada scene macam kelakar and ridiculous..but for entertainment sake, its worth it. Cursed shall received 4 star from me.

On the other hand, Doubt shall received a 5 star from me sebab ceritanya yang kemas dan lakonan yang bermutu dari setiap pelakonnya.

Thursday, August 13, 2009

Hal laki bini diluar bidang kuasa jiran tetangga

OK, lagi cerita pasal jiran aku. Yer ler...jiran aku yang pasal kisah ni tu. Pagi tadi masa aku bergegas-gegas nak keluar dari rumah, dia ajak aku berborak pulak. Alkisahnya, aku setiap pagi memang kelam kabut. Bangun dah lewat, dengan nak menghantar Mia ke kindi dia before 8.30 pastu dengan aku nak pergi kerja lagi..well...time aku masuk ofis tu tak kisah sangat lah sebab flexible jer sokmo.Tapi, yang paling penting..aku kena hantar Mia ke kindi dia, walaupun selalu jer terlewat 5, 10 atau 15 minit...ok..itu citer lain.
.
Ini penting kakak jiran..kakak tak perasan ker saya selalu kelam kelibut tetiap pagi (my darling hubby, walaupun kelam kelibut sy masih tetap panaskan kereta paling kurang 5 minit..harap maklum).

Dahlah cakap dalam nada yang pohpalehhhh (bahasa org pahang)...slow gila babas...dia ingat aku reti baca gerak mulut orang ker. 5 kali aku suruh dia ulang. Sampai muka dia pun dah naik fed-up. Tapi..well...nasib ah kan..ko nak citer..cakap kuat2..tak nak citer... aku takder hal (or maybe seharian akan terfikir lah apabenda yang dia nak cakapkan).

Selepas kali ke-5 dia ulang cerita dia. Baru aku paham...dia citer pasal laki dia. Aduhhhhhh..pasal laki pulak..hari tu pasal anak..ni pasal laki. Dia cakap sekarang, laki dia suka marah marah dengan dia. Dah tu..dia nak aku buat apa...nasihatkan laki dia ker...

Dia tanya aku nak buat macamana...kang kalau aku bagi nasihat cara aku kang..dia terkejut..pengsan kang. Kalau aku..ada dua cara..satu - Bincang lah hang laki bini...communicate communicate communicate..yang ke 2 - Tarik dia atas katil.....used ur body to communicate...kalau tak tau guna kelebihan badan sendiri..itu tak dapek aku nak tolong...

Jangan memperkecilkan kuasa seorang perempuan menggunakan daya tarikan dia. Kuasa tu antara kuasa yang paling ditakuti orang lelaki. Kalau tak takkanlah Hitler boleh jatuh disebabkan perempuan dan takkan berlaku kisah Helen of Troy, the woman that launched a thousand ships.

So...kakak jiran..saya mintak maaf bebanyak kalau sy tak mampu nak tolong kakak kali ni. Hal laki bini orang lain adalah diluar bidang kuasa saya sebagai jiran tetangga. Ker aku ni ada muka marriage counselor ek...hentahlah plak. Tapi.......kalau dah sampai aku dengar dan nampak dengan mata kepala aku jiran aku didera dek suami...yang itu menjadi tanggungjawab aku lah untuk selamatkan dia. Selagi masih minor begini...sy undur diri lah kak yer......

p/s: Aku cuma cakap...sabar lah kak..sedangkan lidah lagi tergigit (nyaris aku tak nyanyi lagu P.Ramlee kat dia)

I'm helpless

Why Why aku tak bersemangat nak update blog.....WHY??????

Serius cakap....aku memang dah agak hilang mood nak berblog ni. Umpama macam dah takder 'drive' nak menulis.

Bukannya takder apa yang berlaku dalam hidup aku...nehi nehi..hidup aku tak boring. Banyak jer benda yang aku buat, berjalan kesini sana. Tapi kenapa aku tak berminat nak cerita dalam blog dah sekarang ni.

Adakah sebab hp Nokia aku, adik aku pinjam dan aku tak suka hp SE aku ni sampai aku tak ambik langsung gambar?

Atau adakah betul...semangat aku dah dibawa lari dek satu insiden dalam hidup aku beberapa bulan yang lepas.

Entahlah...sigh...

Asyik mengeluh jer aku dalam diam kebelakangan ni. Rasa, ada masa aku tak nak bercakap dengan orang. Rasa, ada masa aku nak diammmmmm jer even dengan husband aku pun.

Tapi, mustahil lah kan. Rasa ridiculous plak kalau aku tenggelam dalam emosi, sebab biasanya aku boleh control apa yang aku rasa dengan apa yang aku tunjukkan.

Seriously, semangat aku untuk bekerja pun menurun kebelakangan ni. Amat menurun dan aku rasa teruk...oh God...apa lah yang terjadi ni.

Adakah ni yang dinamakan fasa menurun dalam hidup? Aku sedang mengalami ker ni?

Aku benci berada dalam situasi yang macam ni. Aku tak suka bila aku hilang kawalan atas benda yang aku biasa lakukan.

Aku tau, satu hari....rasa macam ni akan pergi dan aku akan kembali macam biasa. Tapi buat masa sekarang...I feel helpless......DAMN

Tuesday, August 11, 2009

BBQ with The Girls and Boys

Berjalan jugak aku ke rumah Kak Liza ni. Hari tu masa Kak Liza buat birthday anak dia, aku ada hal tak boleh datang. Rupa-rupanya rumahnya takderlah jauh sangat dari rumah aku (kalau ikut jalan belakang ler). Besauuuuu umah Kak Liza...selama ni lalu kawasan ni kalau nak ke Nilai, KLIA...ingatkan kawasan ni sunyi...rupa2nya dah penuh orang dah ha... Kali ni, event nya adalah BBQ menyambut Cik Farihah kita yang baru balik dari UK. Siapa lagi yang ada.......Ayusolo, AK, Ayu The Sun, Sid mayangsari dan dah tentunya Redmummy and family. Seperti yang korang dah baca dalam blog yang lain, Diana-K and Daela tak boleh join atas sebab-sebab yang tak bleh nak dielakkan.
Dalam masa yang sama, menyambut jugak birthday untuk baby beso Julai yang bertiga tu AK, RM dan Farihah...dan kek adalah disponsor oleh Ayusolo dan Eli yang tak dapat join sbb dalam pantang..dan dengarnya kalau ikutkan Vagg pun ada join ek. Tak dapat jumpa Vagg...takperlah lenkali lah yer...lagipun Vagg masih dalam early stage of her pregnancy.

Me of course datang dengan my daughter Mia yang amatlah seronoknya bila dengar Gegirl ada datang join sekali. Orang biasa takder gang main, bila jumpa gang....nak runtuh rumah orang tu berlari, melompat. Nasib umah Kak Liza bebas dari barang mudah pecah..kalau tak....fuhhh...
Kak Liza dan suami...hostess yang paling sporting dan TERBAIK. Thanks a lot u guys....amacam cleaner hari ahad??? rumah mesti dah berkilat dan bersinar sekarang ni kan...
Me and 2 gbm's girls...Ayu and Sid

Auntie Ayu and my daughter, RM's daughter and Kak Liza's daughter..where are the boys????missing in action...



Seronok kalau kita boleh buat makan-makan macam ni selalu kan. Pasni kita pergi picnic plak ke kan..wahhhh...berangan ni.....

To all yang terlibat dalam gathering kali ni..thanks a lot yer korang..seronok dapat berkumpul reramai.