Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

BAWAK KERETA KALAU BALIK KAMPUNG OR PERGI BERAYA KE MANA-MANA...HATI-HATI OK.

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

(pesanan dan ingatan yang sama pada aku jugak yang akan drive balik ke Pekan sengsorang ni)


LALALALALALA....SERONOKNYA NAK BALIK BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN


SEE YOU WHEN I SEE YOU....


LOVE;

ME, MIA AQILAH AND AYAH MIA

Thursday, September 17, 2009

Bufet @ Ikea @ RM15.90++

Akhirnya berjaya jugaklah aku merasa buffet kat ikea ni. Tapi kan....aku asalnya ingatkan bufetnya adalah menu2 biasa kat ikea. Rupanya dia masak lain...cehhhh...tapi oklah tu...akhirnya aku tau jugak. Manusia punyalah berdoyon-doyon...perghhhh...ini lah pestime and last time aku meneray bufet ikea ni.


Murah memang ah murah...15.90++ jer.Makanan pun not bad lah..kenyang dan santak gak perut cam aku makan tempat lain. Tapi nak layan que dia....ampun...mak tak mau pergi dah.

Masa kat sini, sempatlah aku tengok iklan ikea kat TV, featuring Nubhan. Lama aku tak dengar cerita budak Nubhan tu. Dulu masa Vernon jadi manager dia, hari-hari menengok perkembangan dia (walaupun aku takderlah minat pun). Dia menghias rumah kampung dia dalam iklan tu, macam comel lah pulak. Decoration yang comel yer..bukan dia. Buat aku cam rasa teringin nak beli semua. Nasib lah masa takder, kalau tak...budak2 tak dapatlah merasa duit raya aku...dengan dialog: 'sorry yer adik-adik semua...akak dah guna duit nak bg untuk adik-adik soping kat ikea..datang next year'.

Aku melepak dengan dua orang budak GBM ni. Eh budak lagi ker...bukan dah layak jadi mak budak dah memasing nih.

Sid and Ayu...walaupun ayu, pejabat the sun nya adalah nun jauh di Ampang, tapi disebabkan perjalanan baliknya adalah melalui kawasan kami..dapatlah dia join sama. As for me and Sid, opis kami memang celah bedah jer dengan Ikano ni.Gambar makanan kami berempat. Bravo for me, sebab hari tu aku tak sentuh pun walau sebutir nasi, atas dorongan daripada Sid. Kalau tak....aku...melantak nasi jer kerjanya...camner nak kurus. Orang lain bulan puasa kurus, aku bulan puasa mengembang. Dah tu...hari tak puasa, aku selalunya ada gak skip2 nasi. Bila tiba bulan puasa ni, perut dah kelaparan...nak melantak nasi jer lah kerjanya. Padan muka aku.....ko gemuk jangan salahkan orang yer cik rose....

Tapi...Sid lagi dahsyat, tengok tu makanan dia sorang...ishkishkishk...apa nih sid...astagaaaaaaa....Yang seronoknya ngan budak-budak GBM ni. Semuanya jenis perangai pemurah sangat. Asal berjumpa jer..ada jer yang dapat present lah souvenir lah. Yang gambar atas tu, Ayu bagi kad raya dengan penyepit baju chumel sebab aku antara peserta yang menjawab dengan salah kuiz kat blog dia hari tu. Kalau jawab betul...ko bayang kan dapat apa...jawab salah pun dapat hadiah ngan ayu nih. Seronok...Thanks Ayu.


Sid pun ada bagi hadiah gak (tapi aku lupa nak snap gambar). Aku dapat dua balang kuih raya dari Sid. Hasil dari air tangan dia sendiri okeh. Tima kacih Sid...sedap....(ooppss dah makan pun, tak sempat tunggu raya). Sid juga bermurah hati untuk bagi mak budak ni Angpow Raya. Untuk mak budak tu kan Sid?! bukan untuk Mia kan....bolehlah buat bayar tol balik pekan esok nih. Thanks aaa Sid....lalalalalala...



Tapi, kami tak lupa untuk menapau Ikea punya meatballs. Aku memang nak makan sini sebab meatballs dia lah pun. Walaupun hakikatnya meatballs dia dah tak sesedap suatu masa dulu. Tapi...bolehlah daripada takder. Dulu gedabak besar meatballs dia, masa ikea baru bukak dulu. Sampai tak muat nak kunyah sebijik dalam mulut aku yang chumel ni. Sekarang ni sekali ngap jer hilang. Karipap dia pun dah mengecik sizenya, dulu satu ketul jer pun aku dah tak larat nak abiskan. Sekarang kena 3 ketul baru aku puas makan. Erk...ker maknanya aku telah menjadi giant berbanding dulu dan nampak sumer benda kecik jer dimata aku?! OH TIDAK!!!!

Wednesday, September 16, 2009

Roadshow Adidas Action-3 with 7 Malaysian Top Blogger

Dari 2 - 6 September lepas, Adidas ada buat roadshow kat Midvalley for their new products, Adidas Action-3.

Memang happening dan gempak habis wa cakap sama lu. Kecoh giler suasana masa tu. Dengan flash kamera sini-sana...macam ada artis terkenal datang...orang pun dok lah intai-intai..apa yang kecoh sangat tu..tengok-tengok....eh tak kenal pun...hahaha...bagi yang tak biasa dengan blog memanglah tak kenal. Tapi bagi yang dah familiar, pasti tak ragu-ragu datang menegur Redmummy, Kenny Sia, Fourfeetnine dan blogger terkenal yang lain. Aku dapat peluang join sekali atas jemputan Kak Red. Yer...memang aku suka join event macam ni. Pelancaran produk especially nya...sebabnya aku bakal menjadi salah seorang antara beberapa orang lain yang berpeluang melihat sesuatu produk baru dari dekat...dan juga selalunya eventnya best.

Masa ni, aku juga menjadi antara orang yang terawal melihat trailer untuk Projek Alpha. Kewllll...memang kelakar lah.

Palinggggg kecoh masa 7 top bloggers bersama pengacaranya Jojo Struys berentap main fusbal....hahaha..game yang aku failed masa main kat Kakiis Nite Out dulu. Team Kak Red and Budiey dapat ke final melawan Team Kenny Sia and Jojo. Disebabkan team RB tak dapat rehat tangan dan minda yang cukup (kena straight masuk final selepas tewaskan team sebelumnya) akhirnya mereka kalah. Tapi ok lah tu...kalah dengan terhormat..sebab bagi lawan yang hebat. Gila bising masa ni, memasing menjerit. Seronok.Dah habis semua game tu, kak red diber voucher rm100 oleh Adidas dan voucher tu perlu dihabiskan di roadshow itu jugak. Penuh tangan memasing mengaup mana yang sempat. Kebanyakannya ambil shower gel dari Adidas Action-3. Aku dapat jugak, 2 botol shower gel for me and my husband, Body Spray for me satu dan dua deodorant, pemberian dari Kak Red. Suka sangat...We love the shower gel. Thanks again Kak Red.


Selepas tu bergerak pulak kami ke Alexis, The Gardens. Dari cerita yang aku dengar, memang gah. Makanan sedap..blablabla. Tapi entah kenapa, pada hari yang kami datang ni...mutu sangat kurang. Especially menanti makanan sampai. Sampaikan, aku dan Kak Red boleh window shopping kat Robinson baru makanan sampai. About an hour punya penantian okeh. Padahal memasing dah lapar gila ni...and the food..not that fantastic.


Being typical Malay, mesti nak makan nasi lepas seharian berlapar. Kebanyakan yang melayu order nasi dan nampak gayanya hanya nasi lemak Wan, Beautiful Nara saja yang sedap. Yang dikatakan Nasi Special Alexis, boleh jer aku samakan macam nasi campur biasa. Tiramisu, yes...memang sedap. Maybe next time aku kena makan western dia kot kalau datang lagi. Or maybe kena try dia punya Wagyu Beef yang berharga RM100++ untuk sepinggan tu.


Walaubagaimanapun, aku tetap seronok dengan event kali ni. Untuk korang semua, cepat cari produk Adidas Action-3...memang tak rugi cuba...wangi dan selesa dipakai. I like........

Monday, September 14, 2009

Soping kasut layan perabot

Semalam seharian kami sekeluarga berjalan. Mula-mula ke Alamanda mencari kasut Mia pastu ke kedai perabot berjalan-jalan cuci mata.
Sempatlah bawak Mia main kat playground kecik kat sebelah parkson tu. Seronok bukan main lah Mia. Sejak banyak kes h1n1 ni, mana kami bawak Mia main keluar kat taman. Takut kang berjangkit kat mana-mana bila bercampur tu. Tapi kali ni macam dah reda sikit virusnya bagilah dia main sekejap. Dengar kata, tak lama lagi merebak semula virus tu kan. Semoga tak betul lah prediction tu harapnya.
Walaupun kes banyak dah kurang dan kadar kematian menurun tapi rasanya kita tak boleh lah terlalu leka kan. Masih juga kami sekeluarga pakai mask ke mana-mana. Walaupun rimas, tapi sarung tetap sarung. Yang peliknya....dalam ramai-ramai manusia kat Alamanda hari semalam, hanya kami bertiga jer yang pakai mask. Yang lain semuanya pandang kami dengan muka pelik. Apa masalah diaorang lah..pelik aku. Salah ker kami sekeluarga nak lebih berhati-hati kan.
Sampai ke kedai perabot, mencuci mata. Mia dah mula buat perangai nakal dia. Sorang-sorang pun jadi jer berkejaran. Kalau ada gang..entah mcmana lah rupanya kedai orang tu.

Tengok tu...macam rumah sendiri dia buat. Kalau terlanggar barang tu...sape yang bayar...BAPAK hang jugak...
Ini muka budak yang menakal walaupun tahun depan dah nak darjah satu dah...macam budak kecik sangat aku tengok Mia ni.
Mak nya masa kecik punyalah baikkkkk....tak terkata. Diammmmm jer kalau keluar kemana-mana...ni mesti ikut perangai BAPAK nya....huahuahua...

Ini sofa yang diidamkan BAPAK nya. Bila aku tak setuju ambik sebab terlalu mahal, BAPAK Mia merajuk okeh. Tak nak tegur aku sepanjang jalan. BAPAK O BAPAK...Kalau BAPAK nak ambik..ambiklah BAPAK. Tapi OMAK tak larat nak tolong bayar...AMPUN BAPAK.

Friday, September 11, 2009

PAPADOM : Ini reviewnya

Silapnya aku kerana aku menonton filem ini beberapa jam selepas aku menonton Departures (Okuribito). Silapnya aku kerana aku mengarah filem ini dalam fikiran aku dan membayangkan yang aku bakal menangis bercucuran airmata seperti semasa aku menonton Departures. Silapnya aku kerana pengharapan yang terlalu tinggi menggunung kerana kejayaannya meraih bukan satu tapi 5 anugerah utama di FFM yang lepas membuatkan kabur pandangan aku ketika menonton filem INI.

Aku semacam agak terpinga-pinga untuk ketawa atau tidak, menangis atau tidak. Tapi kebanyakan masa aku senyum dan senyum dan terus senyum. Bermakna filem ini menghiburkan bukan?!. Sejujurnya PAPADOM arahan Afdlin Shauki terbitan Tayangan Unggul ini memang amat menghiburkan. Sarat dengan mesej kasih sayang.

Abaikan perasaan aku seketika yang tak puas kala menonton filem ini. Semuanya gara-gara Okuribito. Salahkan filem Jepun yang hebat itu. Jika diabaikan faktor gangguan tadi, apa yang aku dapat rumuskan adalah. Papadom sangat comel. Afdlin yang comel dan sangat kebapaan, Liyana yang comel didalam panggung dan diluar panggung, Khiriah yang sangat comel dan membuatkan aku tersengih luas, Que yang comel dan hahahaha...sangat comel terutamanya part last yang buat muka stim tu, Farid Kamil yang sangat comel dan sangat cerah dalam movie ni dan pelakon lain juga yang sangat menyumbang ke atas kecomelan filem ini.

Sesungguhnya penonton tidak akan keluar dengan perasaan tak puas hati kecuali sebelum itu dia menonton Departures. Nasihat aku elakkan menonton cerita yang mempunyai tema berat dan hebat sebelum menonton PAPADOM. Kosongkan fikiran anda dan enjoy!!!

PAPADOM akan menemui anda di pawagam berhampiran bermula 8 Oktober ini. Check it out!!!


Sinopsis:


Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Preview Filem PAPADOM bukan reviewnya

Aku mulakan entry ini dengan gambar Liyana Jasmay yang sangat comey. Nyaris jugak aku tak kenal dia, dengan make-up nya yg sangat flawless tu. Baju juga simple and elegant. Very retro.Semalam, aku hadir pada tayangan perdana filem Papadom arahan Afdlin Shauki dan terbitan Tayangan Unggul di KL Convention Centre.Tempat yang sangat kellas.....utk tayangan perdana...special place for special movie that won best film in our FFM this year.Ruang yang sangat selesa dan sangat luas sekali. First time acik datang sini...tu yang agak jakun disitu. Tak tau plak aku yang kita boleh berbuka puasa kat sini...ooooo...ada ghopenya yer...
Aku adalah antara yang terawal sampai ke preview ni. Walaupun katanya acara bermula jam 4.30, waktu aku sampai jam 4.05 tu...boleh dikira dengan jari berapa orang yang sampai. Nyaris saja tayangan bermula lambat disebabkan menunggu jemputan yang masih sesat dan baru mula nak balik dari kerja memasing. Aku....disebabkan PAPADOM..apa saja sanggup ku lakukan. Expectation aku terhadap filem ni SANGAT TINGGI. Menggapai awan biru.
Terima kasih dari dua lelaki ini atas jemputan yang sangat-sangat aku hargai....uuuu sexy headSetiap preview yang ada, haruslah perempuan ini turut serta...my best friend..one love
juga bersama Abang Sinaga-naga...aku bayangkan sinaga-naga ni sangat rock dan sangat brutal gitu..rerupanya...skema gak orgnya...
Me di kerusi bloger...salah eja tu kan...Canggih oooo kerusi kat plenary hall ni...ada cam tempat cucuk mic lah apa lah...OH jakunnya diriku
Norkhiriah yang aku sangat suka lakonannya dalam Papadom. Sangat cute dan sangat kelakar dan sangat comel dan sangat suka....
Gadis G 1...G for...
Gadis G 2...G for....
Makanan...sangat lazattttt....roast lamb yang sangat panassss...bersama ikan bakar dan kuah air asamnya yang sangat delicious
Papadom yang anda biasa jumpa dikedai-kedai mamak seluruh negara
ini pula papadom yang anda hanya boleh jumpa di preview filem ini dan hanya ada di dalam filem ini sahaja...papadom special Saadom...yang dalam sudu tu pulak adalah cheese yang sangatlah MELETOP rasanya....perghhhh...mana aku nak cari cheese tu lepas ni..uwaaaaaaa...nak lagiiiii........

Goodies untuk preview kali ni jugak, berbeza daripada goodies2 yang aku biasa dapat sebelum ni...ermmm....papadom ek..bagus2...boleh aku goreng buat berbuka dengan kawan-kawan aku malam ni.

Reviewnya...kemudian lah aku buat...atau haruskah aku BUAT BODO jer seperti yang diminta Afdlin. Mungkin expectation aku terlalu tinggi..menggapai awan biru...

Wednesday, September 9, 2009

UP and G.I. Joe in 1-day

Uwaaaaaaaaaaaa....ha tengok...belum apa2 lagi..belum cerita lagi, aku dah tangkap leleh. Cerita ni...ishk..cerita ni memang sesuatu lah. Sekarang ni UP telah menjadi salah 3 cerita kartun kegemaran aku selepas Monster Inc and Ratatouile selain dari kartun klasik Sleeping Beauty, Cinderella and Snow White..aku tak suka tengok Little Mermaid sebab citer yang asal, sedih.

Aku jamin korang takkan menyesal tengok cerita UP ni. Amat menyentuh perasaan dan inilah cerita kartun yang telah berjaya menyentuh hati aku sampai meleleh-leleh airmata dan air hidung aku dalam wayang ahad lepas. Sebelum laki aku dok gelakkan aku sebab nangis tengok cerita kartun. Nasib baik Mia backing Umi dia, siap hug aku kuat-kuat sebab aku sedih.

Filem yang diarahkan oleh Pete Docter dan Bob Peterson ni memang cantik perjalanannya. Selalunya muvi2 ni kita nangis masa nak akhir kan. Cerita ni buat orang menangis masa the first 20 minutes. Pasal seorang lelaki ni dari dia budak sampai dia tua menjaga amanat isteri dia yang terlalu amat dicintainya untuk pergi mengembara. Dah tua terbongkok2, masa rumah nak kena roboh baru lah dia melaksanakan impian isteri dia yang dah meninggal tu. Pakai belon pulak tu........uwaaaaaaaaaaa..amatlah TIDAK LOGIK SEKALI. Tapi..aku tetap suka. UP shall received 5 star from me.


Synopsis: A young Carl Fredrickson meets a young adventure spirited girl named Ellie. They both dream of going to a Lost Land in South America. 70 years later, Ellie has died. Carl remembers the promise he made to her. Then, when he inadvertently hits a construction worker, he is forced to go to a retirement home. But before they can take him, he and his house fly away. However he has a stowaway aboard. An 8 year old boy named Russell, whose trying to get an assisting the elderly badge. Together, they embark in an adventure, where they encounter talking dogs, an evil villain and a rare bird named Kevin.


Seterusnya cerita G I Joe. Ha..dua-dua cerita ni kami anak beranak tengok pada hari yang sama. Layan dua movie dalam satu hari. Cool huh...dah lama tak buat kijer gini.

Well... G I Joe..pun aku sukaaaaaaa...ini kartun masa aku kecik-kecik. Aku tak suka tengok dulu tapi aku tau adik aku tengok. Tapi sekarang ni aku tengok movie dia...seriously lah..memang best. Malaslah aku nak cerita panjang lebar. Siapa yang suka tengok citer genre macam ni akan suka lah citer ni. Bagi aku...asal citer tu menghiburkan...dah cukup. Aku akan keluar panggung dalam keadaan yang happy dan puas. Enuf said.

Tapi aku macam masih tak percaya tengok Sienna Miller berlakon cerita macam ni. Aku suka dia dalam Factory Girl...

Tuesday, September 8, 2009

Pertunjukan Fesyen Baju Raya ke-3, 4 & 5

Ehehehehe...ini adalah hasil kerja seorang umi yang sangat boring dirumah bersama dengan anak perempuannya yang satu gang dan satu kepala dengan omaknya...

Untuk makluman, Mia sedang menggayakan 3 pasang baju baru untuk dipakai pada hari raya ke-3, ke-4 dan ke-5...Baju pertama ini telah dibeli di Mines Shopping Centre yang boothnya adalah di depan escalator tingkat 2 yang ada TGV tu ha...regenya murah saja...hanyalah RM38 (selepas diskaun 50%).

Gaya seseorang sedang berfikir kasut yang mana sesuai dipakai dengan baju ini

Sangat selesa dipakai sehingga pemakainya riang gembira menyanyi-nyanyi
Baju kedua ini adalah hasil rembatan didua tempat. KLIA and Mines. Top adalah brand Burberry yang berharga...tuttttt...walaupun agak mahal dari kebiasaan tetapi uminya sangat tidak dapat menahan keinginan daripada membelinya. Baju omaknya pun tak mahai camtu.Dan seluar pendek shocking pink itu juga amat menarik perhatian (sebenarnya baju itu dibeli semata-mata untuk dipadankan dengan hot pants yang pink itu)

T-shirt paling cool burung hantu jenama ZARA itu adalah disponsor oleh seseorang..terima kasih kepada anda (youknowwhoyouare) dipakai bersama skirt COLOURS yang cuma diperolehi dengan harga rm10 sahaja. Sangat comel dan menarik...kalau muat..omaknya pun nak pinjam.
Model hari ini ialah Ms. Mia Aqilah daripada XFatherXMother Models

Thank you for viewing