Monday, November 30, 2009
ber hu ha hu ha..tanpa bukti...
Aku bawak parent aku tengok wayang...(AGAIN 2012).
Aku makan seafood kat Swan...
Aku potong rambut Mia dan aku...sikit jer...dun worry...
Aku berjalan hu ha hu ha...dengan laki aku...
Aku ber hu ha hu ha kat umah dengan parent aku
ber hu ha hu ha pulak kat umah sedara-mara aku...
TAPI.....
satu gambar pun yillekkkkkkkk...pocik.
Wednesday, November 25, 2009
Jumpaq blogger Penang
Jumpanya sabtu lepas, tapi rabu baru nak cerita. Ni semua pasai kabel hp tak leh nak pakai. Nasib hari ni okeh. Sabtu lepas aku dan Mia berjumpa dengan Pearl EJ, blogger dari Penang. Sebenaqnya ni kali kedua dah kami berjumpa. Kali pertama dulu masa aku bercuti ke Penang dengan kawan-kawan aku....tahun lepas kot. Kali ni kami berjumpa kat Pavillion KL. Makan ringan dulu kat Pancake House (depan Food Republic).
Mia dengan pose istimewanya....tapi jauh plak gambar...rugi ah
Jangan serik lah EJ melayan si Mia...macam-macam Mia ni...nak tunjuk lukisan dia lah, nak suruh sign kat lukisan dia lah...semuanya EJ melayan...
Gelihati EJ menengokkan Mia pose kalau bergambar...macam-macam aksi..ada satu part dia dok baring kat tangga pavillion...(anak sapa lah tu)...tapi gambar blur lah plak....
Paling segan rasanya bila EJ belanja Mia coklat mahai....orang ajak tengok jer...tetiba biasalah budak2...terus cakap nak..nak...Auntie EJ pun murah hati sangat...beli kan jer...perghhhhh...nak nanges tengok regenya...100 gm RM64 hinggit....nasib sorang budak...kalau sepuluh...pensan*Mia dengan Godiva. Dalam tu ada lah dalam 9 biji jer....lenkali Auntie EJ datang lagi..Mia lak kena belanja Auntie EJ....
p/s: BTW, aku dah mula cuti hari ni...balik Pekan petang ni...Selamat Hari Raya Aidiladha semua...kala memandu pulan ke kampung halaman....hati-hati...ingatlah orang tersayang!!!
Monday, November 23, 2009
Gia
Superb Acting from Angelina Jolie. Memang cerita yang sangat mengagumkan. Aku sangat suka. Ini sebenarnya adalah cerita yang dibuat untuk HBO tapi bila menontonnya aku tak merasakan langsung yang aku sedang tengok filem untuk HBO. Memang Gia punya prestige yang tersendiri. Cerita ni banyak memaparkan adegan sex and nude dan rasanya inilah image terdekat bagi sesiapa yang teringin nak menengok AJ secara keseluruhannya. I'm not kidding.
Friday, November 20, 2009
Mia and her confident level
Thursday, November 19, 2009
First time bawak kereta pi servis
1. Ambik nombor
2. Cakap kat orang kaunter tu, saya nak servis kereta normal punya. Pastu nak buat tyre rotation, balancing semua tu.
3. Saya juga nak repair remote kereta ni yang dah putus dari conet kuncinya.
Takut ooo kalau salah...laki aku garang kalau bab kereta dia nih. Boleh telefon aku tanya 'how's my baby?'aku tau...'my baby' dia tu..bukan aku...aku cakap 'dah humban dlm longkang'.
Ini Honda City baru...nice.......
Dah nak siap tu, aku pun bergegas lah pi check kereta. Ada satu lagi benda belum settle, laki aku suh tanya orang tu pasal nak cat/touch up calar kat kereta dan grill untuk lambang H yang warna chrome. Sebijik-sebijik aku baca sms dari husband aku kuat-kuat kat budak situ. Nampak sangat amatur nya. Tapi yang malangnya...tetap dia tak berapa nak faham aku cakap pasal apa...uhukuhuk...lenkali awak pi tanya sendiri lah Yang oooiii....macamana nak paham kalau bercakap macam ayam dengan itik. Aku pun tak paham apa yang aku cakap. Last-last bila laki aku tengok gambar-gambar ni balik...ada lah apa yang dia nak dalam gambar ni...baru lah hakak paham.
Dan.............rupa-rupanya...harga nak repair cenonet remote tu hanyalah RM5. Berbulan-bulan aku tunggu tak repair, semata sebab tak tahu nak repair kat mana dan takut mahal. Ghupanya lima hinggit jer.........ceh.
Wednesday, November 18, 2009
2012, The Brave One, Anywhere But Here, Spread
Aku pasti korang dah dengar banyak review yang mengatakan betapa hebatnya filem ni. Pendapat aku...memang hebat ceritanya. CGI, special effectnya memang real. Moral yang cuba disampaikan nampak jujur. Menilai sifat kemanusiaan kita jika berhadapan dengan perkara yang menekan begitu. Kekayaan dan kemewahan yang hilang dan tak lagi bererti apabila dunia musnah dalam sekelip mata. Yang penting adalah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Cliche bunyinya tapi itulah nilai yang sepatutnya ada dalam movie. Aku menyokong cerita-cerita yang menampilkan nilai murni dalam movie. Lantak lah kalau ada yang nak kata filem hipokrit atau apa, tapi sejujurnya aku rasa filem mampu membantu menerapkan nilai positif dalam hidup sepertimana ramai yang terpengaruh dnegan nilai negatif yang ditonjolkan. Jadi, adalah tanggungjawab pembuat filem yang baik untuk menerapkan seberapa banyak nilai positif yang ada.
The Brave One, kenapa lah aku tak tau pasal cerita ni awal-awal. Kenapalah aku tak pernah nampak review filem ni. Bravo to ASTRO kerana sejak akhir-akhir ni pilihan filem tayangannya memang hebat-hebat belaka. Sikit pun aku tak rugi subscribe Movie Channel dan sikit pun aku tak rasa rugi walaupun berkali-kali diulang balik tayangan dua cerita ni dan Rescue Dawn dan berulang kali aku menontonnya nanti.
Filem mantap lakonan pelakon hebat Susan Sarandon dan Natalie Portman dalam filem arahan pengarah The Joy Luck Club, Wayne Wang. Filem yang mempunyai skrip yang sangat kuat ditambah dengan jalan cerita yang sangat menarik mengenai kehidupan dua beranak yang mempunyai pilihan yang berbeza. Si ibu bersikap sambil lewa dan mengambil mudah pada semua perkara dan sibuk menyiapkan anaknya untuk menjadi pelakon. Tetapi si anak pula sudah mula muak menjadi orang yang lebih dewasa kepada ibunya dan mempunyai perancangan yang besar untuk hidupnya sendiri. Tapi kasih sayang mereka banyak kali teruji dan setiap keputusan yang mereka lakukan akhirnya adalah demi untuk satu sama lain.Menonton movie ini seperti aku membaca sebuah buku yang sangat menarik. Tak tinggal wahima satu perkataan pun dan tak mampu untuk berhenti walau untuk ke tandas pun. Cerita yang sangat mengesankan dan aku sememangnya selalu terpaku dengan lakonan Susan Sarandon.

Spread.........ehem ehem....sebuah filem yang banyak sungguh adegan *toot* *toot* dan *toot*. Sila menonton filem ini tanpa kehadiran budak-budak. Sinopsisnya aku just cilok jer lah dari IMDb;
In Los Angeles, Nikki is homeless, car-less and closing in on 30, but he's amoral, good-looking, and adept in the sack, moving from one wealthy woman of 35 or 40 to another, a kept boy-toy. His newest gig, with Samantha, an attorney whose house overlooks L.A., is sweet, although it's unclear how long she'll put up with him. Then Nikki meets Heather, a waitress. Is the player being played, or might this be love? What will Nikki discover?
TATAPI...............ASHTON KUTCHER SANGAT HOTTTTTTTT dalam filem ni.............phewwww...bertuahnya Demi Moore
Tuesday, November 17, 2009
Mia and her kindi concert
Nak dijadikan cerita, masa awal mintak duit untuk buat concert..dalam surat cakap untuk booking dewan, baju dan cd. Tetiba lepas dah dapat duit segala, nearer to the event date...diaorang buat kat padang kecik tepi sekolah jer (halaman corner lot). Pasang kanopi letak kerusi. Kecewa jugaklah aku menengoknya. Yerlah....sekolah bayar, concert pun berbayar tapi concert punya tempat menyedihkan.
Nasiblah aku mengenangkan nak dekat habis sekolah dan Mia pun dapat belajar banyak dari cikgu dia sebelum ni. Bila aku tanya kenapa tak booking proper dewan, katanya dewan berdekatan dah penuh sebab banyak tadika buat concert lebih kurang masanya. Perancangan tak berapa nak betul, tak dapatlah dewan. Kalau aku tau macam ni, aku rela volunteer cari dewan tapi semuanya dah terlambat. Malas nak kecoh-kecoh, aku just maniskan muka untuk Mia. Tiba hari concert sabtu lepas, request by teacher mintak buatkan heavy make-up untuk anak. Aku ni kalau nak diikutkan tak suka budak bermekap sangat ni. Aku rasa hilang natural 'innocentness' budak-budak. Tapi demi untuk concert aku mekapkan jugak lah. Tapi sesampai-sampai aku ke kindi dia...mak aihhhhhh bebudak lain macam clown muka memasing. Cikgu dia terus cakap..tak cukup mekaplah. Terus dia tarik Mia touch-up kan...ngeri jap muka aku tengok cikgu dia tepek blusher. Terus aku larik keluar dressing room. Nasib lah hasil akhirnya aku tengok...OK. Tak berlebih sangat, lega aku tengok. Kalau tak...pensan kang umi tengok anak umi.
Friday, November 13, 2009
Keroncong Sayang di Sayang - Kartina Dahari
:-)
Wednesday, November 11, 2009
Gran Torino (Clint Eastwood)

'Gran Torino adalah cerita terbaik daripada Clint Eastwood' itu adalah pendapat aku. Walaupun Million Dollar Baby banyak menang awards (even Oscar) tapi aku rasa Gran Torino betul betul berjaya menarik perhatian aku (aku lebih suka Cinderella Man jika subjeknya ialah tinju).
Land of the Lost - CRAP CRAP
Tuesday, November 10, 2009
Warkah Hati Untuk Pencipta
Sesekali..hembusan pawana rasa
mengoyak-ngoyak sanubari jiwa
mencengkam erat benak lestari
memicu pertanyaan seribu prasangka
rintihan tulus pada yang esa
Apakah jalan terbaik buatku?
Yang didalamnya penuh onak duri rasa
Tapi tersirna dengan simbahan firdausi
Atau yang dihiasi kuntuman bunga mewangi
Tetapi hanya dilapisi sandiwara dunia
Mungkin juga yg ini ya rabb?
Jalannya dihembus gemersik suara azan
disinari cahaya islam setiap ketika
di dalammnya mengalir santun jiwa
dan cintanya yg teramat pada sang pencipta
meskipun dihujungnya dinanti setia dua pahlawan tanpa senjata
amanah menyingkap satu persatu jutaan masa silam
merobek dan mentafsir di antara kegelapan dan kebenaran
di saat mendayunya suara waris merintih
dalam bisikan talkin para jemaah
Rugikah aku memilih jalan ini??
Jawablah ya rabb..
Rugikah aku??
Aku damba jawabanmu
Aku damba petunjukmu
Aku damba cinta hakiki
Cinta yang takkan luntur ditelan kerakusan masa
takkan layu dek siraman lagho' dunia
yang takkan sepi dengan
tasbih,tahmid dan puji-pujian
yang menggunung kepadamu
Berilah aku kegagahan ya rabb
teguhkan tiang niat ini
agar sentiasa berakarkan bumi
dan berbumbungkan langit kenyataan
dalam meneruskan perjalanan intifada hati ini
yang masih belum menemui penghenti
Ya rabb
Saat nafasku berhembus,engkau hiasilah ia
dengan alunan bayu suci al-Quran
Saat kakiku melangkah,engkau terangilah lorong2 hatiku
dengan cahaya iman
Engkau tanamkanlah benih sabar dan syukur
dan siramilah benih itu dengan siraman istiqamah
agar aku terus gagah
dalam pencarian ini................
Monday, November 9, 2009
Woman sets car on fire while trying to warm engine
Woman sets car on fire while trying to warm engine
A woman in Tianjin municipality made a fire under her car, thinking it would warm up the vehicle's engine recently. The car went up in flames. The woman, who thought of the strange idea after her car failed to start, placed wood and newspapers under the vehicle and lit a fire. Firefighters rushed to the scene and put out the blaze, which completely destroyed the car. - China Daily/ Asia News Network
source
Christian Bale in Rescue Dawn
Pisau Cukur yang sangat best...
Thursday, November 5, 2009
Angin Malam by Broery Marantika
Berhembus angin malam
Mencengkam menghempas
Membelai wajah aku
Itulah kenangan yang terakhir darimu
Kudekati dirimu kau diam
Tersungging senyuman di bibirmu
Itulah senyuman yang terakhir darimu
Alam yang jadi saksi
Kau serahkan jiwa raga
Angin tetap berhembus
Tak henti
Walaupun sampai akhir hayatku
Tapi tak lagi kau berada di sisiku
Oh... angin malam bawalah daku
Kepadanya... oh... oh...
Hati yang mula pulih
Wednesday, November 4, 2009
Betapa aku cuba menyembunyikannya
-null-
Monday, November 2, 2009
Revolutionary Road (Leonardo DiCaprio and Kate Winslet)
Director: Sam Mendes (Laki Kate Winslet)Casts: Kate Winslett as Apple Wheeler and Leonardo Dicaprio as Fraank Wheeler
Synopsis:
.jpg)