Wednesday, December 30, 2009

The Blind Side, The Boy in Striped Pajamas, Cheri, Coco Chanel, Julie & Julia, Seraphine, Last Tango in Paris

Ok, bulan ni cuti kita banyak kan....3 minggu cuti mula Jumaat. Bagi sesetengah orang yang ada aktiviti, memanglah bagus. Tapi bagi orang yang dok umah jer sebab kalau keluar asyik berdua dengan anak jer atas sebab lakinya kena kerja straight weekend yang disebabkan menggantikan orang lain yang ambik cuti! apa lagi yang kita boleh buat? Selain dari DVD marathon kat rumah. Bergilir-gilir dengan Mia...mula-mula Mia tengok kartun dia dalam sejam pastu aku tengok DVD aku 2 jam pastu Mia tengok kartun dia sejam aku gilir lagi dengan DVD aku 2 jam...sampailah Ayahnya balik dari kerja.

Jadi, banyak jugaklah senarai DVD yang aku dah tengok sejak akhir-akhir ni...dan kemungkinan bakal di 'top-up' lagi hujung minggu ni. Ini review bagi DVD yang aku dah tengok sejak 2 minggu yang lepas. Title : The Blind Side

Directed by John Lee Hancock, Starring - Sandra Bullock, Tim McGraw, Kathy Bates and Quinton Aaron


Synopsis: "The Blind Side" depicts the story of Michael Oher, a homeless African-American youngster from a broken home, taken in by the Touhys, a well-to-do white family who help him fulfill his potential. At the same time, Oher's presence in the Touhys' lives leads them to some insightful self-discoveries of their own. Living in his new environment, the teen faces a completely different set of challenges to overcome. As a football player and student, Oher works hard and, with the help of his coaches and adopted family, becomes an All-American offensive left tackle.


My comment: Movie ni diadaptasi dari kisah hidup Michael Oher, pemain pertahanan american football for Baltimore Ravens yang menceritakan bagaimana bakatnya disedari dan dikembangkan oleh satu family berkulit putih. Kehidupannya yang terumbang-ambing diselamatkan oleh Keluarga Touhy dan aku kagum dengan usaha keluarga tersebut terutama Mrs Touhy lakonan Sandra Bullock yang tak putus asa dalam menonjolkan kelebihan Michael.

Apa lagi yang aku perlu katakan, cerita autobiography adalah makanan aku. Aku menontonnya bukan atas sebab lain selain dari melihat kisah hidup yang bermacam-macam ragam. Kalau diberi pilihan kisah fiction dengan true story....sepuluh kali true story yang aku akan pilih. Aku bagi *** setengah.
Title : The Boy in the Striped Pajamas

Directed by Mark Hermen, Starring - Asa Butterfield, Jack Scanlon, Rupert Friend...


Synopsis: Young Bruno lives a wealthy lifestyle in prewar Germany along with his mother, elder sister, and SS Commandant father. The family relocates to the countryside where his father is assigned to take command a prison camp. A few days later, Bruno befriends another youth, strangely dressed in striped pajamas, named Shmuel who lives behind an electrified fence. Bruno will soon find out that he is not permitted to befriend his new friend as he is a Jew, and that the neighboring yard is actually a prison camp for Jews awaiting extermination.


My comment: phewwwwww....cerita yang sangat deep...tak banyak dialog tapi sangat banyak makna...tak banyak mimik muka tapi sangat mudah difahami...cerita yang sangat sedih walaupun hakikatnya cerita ni aku kira antara usaha orang Yahudi untuk mengingatkan kita yang bangsa diaorang dizalimi dengan kejam dulu dan kita kena sayang diaorang....piiiiii lah mampus...ok..berbalik pada movie tu...dah lah..malas aku nak cerita...korang tengoklah sendiri...tapi Inglorious Bastards lakonan Brad Pitt tu tak payah tengok pun takper..boring nak mampos...Quentin Tarantino ker tak ker...I don't care..cerita tak sedap tetap tak sedap walaupun pengarah hebat...bagi aku lah..hehe...utk TBITSP aku bagi *****

Title: Cheri

Directed by Stephen Frears, Starring - Michelle Pfeiffer, Rupert Friend, Kathy Bates


Synopsis: During France's belle époque before World War I, elegant cars, mansions, and servants defined the lives of les grandes horizontals, the courtesans of kings and millionaires. One of the most successful, Lea de Lonval, is approaching a certain age when an older associate, Charlotte Peloux, asks Lea to take on her 19 year old son, whom Lea has called Chéri since he was a child. They become lovers and, to their surprise, the relationship lasts six years. When it ends abruptly with a marriage his mother arranges to the daughter of another courtesan, Lea finds herself miserable. Has she fallen in love? If so, do she -- and Chéri - have any choices?


My comment: I like Michelle Pfeiffer, she is so sexy walaupun dah semakin tua. Tapi aku rasa dia dan Rupert Friend tak berapa sesuai berlakon sebagai pasangan...aku lebih suka membayangkan Jude Law. Jude Law mesti nampak lagi nakal dan flirty sebagai Cheri. Enuf said, cerita yang menghiburkan walaupun ending dia agak mengelirukan. walaupun ada penerangan diakhirnya aku masih lagi tertanya-tanya apa pula yang jadi pada Lea (Michelle Pfeiffer). Michelle Pfeiffer lebih menyerlah sebagai Lea berbanding watak utamanya Cheri. Aku bagi ***setengah.

Title: Coco Chanel

Directed by Christian Duguay, Starring - Barbora Bobulova, Shirley McLain


Synopsis: "Coco Chanel" is the rags-to-riches tale charting the rise of one of the most influential fashion icons of the 20th century. From her humble childhood in a French orphanage, through her early days as a young dressmaker's assistant, to her passionate and tragic love with a dashing Englishman, and ultimately to her success as a pioneering icon, "Coco Chanel" is the story of a glamorous woman who was hard to love and harder to ignore.


My comment: Another autobiography of one extraordinary woman. A fashion icon until now and how she strived to the peak. Walaupun aku rasa, rezeki dia sebab masa muda dia dapat berkenalan dengan orang yang berharta. Kalau tak...mungkin susah jugak nak mengembangkan bakat dia tu. Rezeki terpijak kata org...bertuah lah kau Coco...Anyway, aku suka cara babak peralihan dari zaman late 60s (Old Coco) kepada zaman Young Coco. Sangat cantik babak beralih kepada separa hitam putih dan seterusnya gambaran suasana Paris pada zaman sebelum perang dunia pertama. Aku bagi ***setengah untuk Coco Chanel.

Title: Julie & Julia

Directed by : Nora Ephron, Starring - Meryl Streep, Amy Adams, Stanley Tucci, Chris Messina


Synopsis: In 1949, Julia Child's is in Paris, the wife of a diplomat, wondering how to spend her days. She tries hat making, bridge, and then cooking lessons at Cordon Bleu. It's there she discovers her passion. In 2002, Julie Powell, underemployed and a failed novelist, about to turn 30, decides to cook her way through "Mastering the Art of French Cooking" in a year and to blog about it. These stories intertwine of two women learning to cook and finding success. Sympathetic, loving husbands support them both, and friendships, too, add zest.


My comment: WALLAH!!!!...cerita yang sangat menyegarkan dan aku sangat teruja kerana movie ni amat dekat dengan aku. Kisah underachiever Julie Powell yang hampir kecewa dengan hidupnya walaupun ditemani seorang suami yang penyayang. Mencari tujuan hidup dengan memasak melalui buku yang ditulis Julia Child dan seterusnya membuat blognya sendiri. Tapi aku bayangkan kalau Julia tu boleh datang duduk makan sekali dengan Julie kan ker bagus...tapi...takderlah adegan tu sebabnya, ini kan autobiography. Two true stories combined in one film. A genius move...I love it sooooo much...2nd film yang aku tengok gabungan Meryl Streep and Amy Adams after Doubt. Nice to see how they shifted their personality in this movie. This is the first major motion picture based on a blog. Hey you bloggers out there, go and find this movie. Aku bagi full *****

Title: Seraphine

Directed by: Martin Provost, Starring - Yolande Moreau, Ulrich Tukur

Synopsis: Based on the life of a French painter Seraphine de Senlis. In 1914, Wilhelm Uhde, a famous German art collector, rents an apartment in the town of Senlis, forty kilometers away from Paris, in order to write and to take a rest from the hectic life he has been living in the capital. The cleaning lady is a rather rough-and-ready forty-year-old woman who is the laughing stock of others. One day, Wilhelm who has been invited by his landlady, notices a small painting lying about in her living room. He is stunned to learn that the artist is no other than Séraphine.


My comment: (ini french movie yer, so dlm bahasa perancis ler...tapi ada subtitle). The actress...I tell you....memang dahsyat lah. Memang superb acting, tak cantik tapi lakonan...perghhhhh....memang aku salute toing toing. Menang Best Actress kat France okeh...jangan main-main. Filem ni pun menang Best Film selain Best Cinematography and other 16 awards in various countries. Cerita dia memang agak slow dan org cakap 'deep' lah..dah tu...citer pun pasal seni, filemnya pun penuh berseni lah. Aku suka lah Martin Provost ni...ermm...pengarah bagus ek dia ni...Aku bagi full *****

Last Tango in Paris...........tak payah tengok pun takper......value dari segi nilai moral, hancus...Tapi dari segi nilai perfileman mungkin banyak lah kot value nya...Aku ingatkan kalau Marlon Brando best lah kot movienya...yerlah..aku bayangkan The Godfather kan lagipun dia kan antara The Greatest Movie Actor of all time. Tetiba..ek eleh.......fantasy Bernardo Bertolucci (pengarahnya) yang difilem kan...si Maria Schneider pun satu...yang hang pi berlakon citer macam tu awatnya....dah tu bertahun kemudian baru nak cakap yang dia rasa umpama dirogol... years and years too late lah Maria oooiiii....But still, Its one movie that one should know if you really like movies....and at least I've seen it. Tapi untuk movie ni aku bagi ** sebab dia tak menghiburkan aku dan zero value from MY point of view not you but me...

Udang O Udang

AAAAAAAAUUUUUUUU....UDANGGGGG...UDANG HIDUPPPPPPP....

ha...kalau nak tau macam tu lah aku menjerit masa nak masak udang kat bawah ni. Tak sanggup aku nak menyiang udang tu bila sepitnya masih lagi tergapai-gapai melambai...makkkk tak sanggup noks...

Hari tu masa aku balik ke Pekan, aku bising-bising nak makan udang. Tapi bukan sebarang udang, aku nak makan udang dara. Udang dara adalah udang galah versi betina yang ada telur kat badannya. Udang dara tak ada sepit biru macam udang galah dan selalunya badannya lebih kecil sedikit dari udang galah. Jadi, time aku balik hari tu bapak aku pun calling calling lah kengkawan dia dan ada sorang ni baru jer balik dari mengail udang. Kami apa lagi...zassss ke Kampung Marhum.


Masa membeli ni, aku tak turun kereta...sebab masa tu hujan renyai-renyai. Tapi mak abah dan husband aku turun menengok. Punyalah lambat, pelik jugak aku...rupa-rupanya sebab dia nak kena menangkap semula udang tu yang dilepaskan hidup dalam bekas besar. Dalam hati aku berdoa supaya dalam perjalanan nanti, udang-udang tu dah pengsan dan tak bergerak. Tapi, malangnya panjang umur udang tu. Dalam kereta, sekali-sekala terdengar bunyi benda bergarak dalam plastik.

Bila sampai ke rumah, aku dipertanggungjawabkan untuk memasak udang-udang tu dan juga....menyiang. Sejujurnya aku memang tak mampu menyiang benda hidup ni. Tak sanggup I jadi pembunuh udang.

Datanglah husband aku sebagai hero dan juga 'villain' sebab dengan relaxnya dia menyiang udang tu dalam keadaan sepit-sepitnya meronta. Jauh aku lari sebab tak sanggup nak tengok. Sejak saat itu, husband aku telah dikenali sebagai pembunuh udang oleh bangsa Crustacea.
Aku ingatkan kalau dah tinggal badan jer...kepala separuh hilang, sepit dah takder...mati dah lah udang-udang ni..rupa2nya masih lagi dia bergerak sikit. Cepat2 aku matikan dia dengan merendam ke dalam air yang mendidih. Dalam seminit aku angkat balik dan sedia memasak.

Masaklah udang-udang ni di dalam kuali kemudian tu. Menjadi satu menu yang sangat mudah dan simple...butter prawn (walaupun tak cukup bahan sebab tak disedari yang udang tu sangat banyak dan penuh kuali).

Tukang masak yang masih lagi terasa kegerunannya terhadap udang hidup tapi demi rasa udang yang manis dan sedap...ku relakan diriku memasaknya...ngehngehngeh...apadaaaaa....

Ha...dah siap...tak muat dalam pinggan okeh...malam tu kami makan lauk udang butter, ikan kerisi goreng, sambal belacan, ulam kacang botol dan sambal tumis.
berselera semua makan


udang tu cicah pulak dengan soso cili Life...perghhhh...meletopppp...wa cakap sama lu.......
jangan jeles ha....muahuahua......

Nice...I like...

Ini balance-balance gambar dari percutian kitaorang kat Bukit Gambang hari tu. So....layannnnn
Anak dara aku ni, pandai betul posing....walaupun gambar gegar tapi aku tetap nak letak sebab posing mahal dia tu...

Ini ni...aku kira gambar ada nilai seni lah...pandai gak adik ipar aku ambik gambar seni yer...ada bakat ni...


Last sekali, gambar my parent yang sangat aku sayang dan cinta...pasangan yang sangat saling mencintai....dan mereka adalah bendera Pahang....geddit??!!...hitam putih??!!!

Tuesday, December 29, 2009

Bukit Gambang Resort City - Part V (Outdoor Activity)

Ini antara aktiviti yang ada disediakan hanya seberang tempat penginapan kami ajer. Active Academy ni beroperasi 10 a.m....10 a.m. tu lah kami terpacak kat sini sebaik sudah breakfast. Diaorang pun masa ni baru nak setting barang-barang.

Mia dah aim nak naik kuda, a day before naik carriage tak cukup. Dia nak naik kuda tu betul-betul. Masa dia kecik, ingat lagi...betapalah penakutnya dengan kuda. Lalu kat sebelah kandang kuda pun takut. Sekarang...pantang nampak..semua dia nak naik.

Dia ada kuda besar, pony (kuda padi) tapi masa ni kuda besar jer yang ada so oklah tu. Ayahmia pun teringin nak naik sebenarnya tapi segan...takut kuda tak bergerak lepas dia naik....tau takper...

Tengok tu...tersengih-sengih anak aku...happy sangat...
Lepas tu kami cuba pulak main dengan paintball target shooting ni. Nak main perang paintball tak cukup korum, so dapat pegang senapangnya pun jadi lah. Best ooooo main paintball ni...rasa cam tembak betul2 jer.

Abah aku plak cuba

pastu aku...yeay...seronok....aku dapat tembak gajah besar

pastu turn Ayahmia pulak...

wah wah....bukan main menembak macam sniper....

Kat sini ada macam-macam aktiviti lagi. Ada ATV ride, ada jungle trekking ada few other games lagi dan tempat ni juga adalah tempat yang sesuai untuk team building exercise.

Dah habis main, kami singgah lagi pool sebab baby besar (Ayahmia) sibuk nak mandi lagi. Aku rasa selain dari Mia, dialah yang kedua excited macam budak-budak. Tapi ok lah tu, kesian dia nak release tension...kalau kat KL tak sudah-sudah dengan kerja.

Sebenarnya yang ada part pool kecik tu adalah untuk jacuzzi tapi time ni dia tak bukak lah. Kalau bukak....perghhh...best tu.....



Masa ni aku tak turun dah...dah malas nak basahkan badan, so aku duduk tengok jer dengan mak abah. Budak-budak jer yang turun mandi kolam sampai 2 kali ni...kan...aku tak main lah...wellll....Dah habis mandi ni, kami pun balik. Tepat-tepat pukul 12 time check out. Pendek kata, percutian singkat kami ni sangat seronok dengan segala aktiviti and for sure....we'll be coming here again...



Info: Outdoor Activities


Horse riding : RM20

Pony riding : RM10

Paintball target shooting : RM20 for 20 palettes

Paintball game : RM70

Jungle trekking : RM5

ATV ride : RM30

ATV ride - off road : RM100


Curious Kids Need to be Tough Inside

YES! Nuffnang and Friso once again brought this exciting event for us. November last year I have been given a chance to join in this exciting and fun event at Kizsport & Gym, One Utama and today I am hoping to be given the same opportunity for more fun and activities for Mia to enjoy.


Truly indeed, Mia memang seorang kanak-kanak yang sangat curious, sifat ingin tahu yang dimilikinya tak lain tak bukan datangnya dari aku sendiri. Jadi, nak marah pun tak guna sebab aku tahu apa yang dia fikirkan dan aku tahu itu adalah cara terbaik untuk dia bersedia menghadapi dunia di depan dia.

Tapi sebagai ibubapa, sedikit sebanyak perasaan risau dengan persekitaran terutamanya kebersihan agak dipandang berat. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai penyakit yang mudah tersebar kebelakangan ini, antaranya Influenza A dan H1N1. Paling merisaukan, adalah kerana antibodi kanak-kanak yang agak lemah menjadikan mereka sebagai mangsa yang paling mudah dijangkiti.As a parent, it is crucial for us to understand how we can help our children boost their immune system and fight the pathogens such as bacteria, viruses, fungi and parasites that our children are exposed to everyday. But, do you know that cleaner environment does not help your child immune systems? In fact, it may weaken your child immune system because the cleaner an environment is, the fewer antibodies a child's immune system will create making them more inclined to getting sick. (source)

Therefore, do not afraid to let your child play outside. The most important thing is to observed them and prepare them with the right diet and immunisation.


Malah sekarang kerja kita menjadi lebih mudah dengan adanya Friso Gold yang kini dilengkapi dengan Frisoshield with P2 Dual System. Frisoshield adalah gabungan beberapa nutrien penting dengan prebiotik dan bakteria sihat yang mampu merangsang kepada usus yang sihat. Ia juga dilengkapi dengan DHA, AA dan SA dan beberapa nutrien penting yang lain yang mampu membantu kepada pertumbuhan penting anak anda.

Sejak menyertai Family Day Friso pada tahun lepas, Mia adalah pengguna tetap Friso Gold 4 untuk kanak-kanak berumur 3 - 9 tahun dan terbukti dia menjadi lebih aktif dan ceria. Kami akan terus menggunakan Friso Gold selama mana yang diperlukan untuk memastikan puteri kami kekal terjaga keperluan nutriennya.



special credit to Nuffnang-Friso, Redmummy and Sirman

Bukit Gambang Resort City - Part IV (Indoor Activities)

Yeayyy...karaoke............fun fun karaoke....me and my husband love karaokeing together...especially my husband lah..dia kalau dapat mic time kenduri kawin pun...terus dapat penyakit sawan...sawan mic.....sangat menakutkan okeh...lepas dia..dia..lepas dia...dia...Tengoklah cara pegang mic...nanges awie tengok tu....Sebelum orang lain boleh menyanyi beria....Mia kena mencemar duli dulu. Kalau tak...adalah nanti orang yang mengamuk merajuk sebab tak dapat nyanyi. Macam biasa....lagu My Heart ler....
Pastu, turn aku dengan abah aku pulak...puas jugak nak pujuk ni. Abah aku malu-malu kucing tapi aku tau...dia memang suka nyanyi...lepas tu siap...lepas dia...dia lagi...ekekekeke...okay lah tu, sebenarnya aku bagi chance dia happy happy pulak. Tadi siang dia dok tercanguk jer ngan mak aku tengok orang happy happy.
itu husband aku dengan aku tengah bincang....nak kasi lagu apa untuk mak dengan abah aku duet.....ehehehe....baekkkkkk punya scam.....
dan akhirnya tadaaaaaaa.....mak aku karaoke okehhhh....kehkehkeh....puas okeh...kami punya pujuk punya pujuk punya pujuk...menjadi jugak....yuhuuuuu...
tengok tu.......duet okeh...Doa buat Kekasih....Andainya...aku bertanya padamu tentang bahgia....
Dah abes karaoke....rupanya ada satu lagi event yang dirancang untuk penginap...ada apa ni...seni pertahankan diri yang dalam cerita Double Dragon ngan Only the Strong tu..yang Mark Dacascos berlakon tu???alah...Capoeira ker apa namanya....yer kot....
Dashyat ooooooo tengok diaorang punya style...giler laju....giler skill....

Pastu kami ke Game Arcade pulak...ha yang masa ni lah ada blogger yang ternampak kami tapi segan nak tegur...dah balik sini baru bagitau...sayang sayang....
Segala semua game yang ada Mia dok main....merempit kejap anak pompuan aku.
Itu bear Ayah Mia menang masa main tikam pilih itik. Very lucky lah malam tu, sekali pilih terus dapat hadiah besar sekali.

Gambar family....tapi...eh.......belum habis lagi...ada lagi aku nak story....tunggu yer....lalalalalalala

bersambung.......