Thursday, January 28, 2010

About me forgot to bring Mia's uniform, Farah miscarriage and me, bleeding problem

Hari ni, hari yang agak kurang baik untuk aku. Beberapa perkara yang membuatkan aku agak terganggu.


Yang pertamanya, aku lupa bawak baju sekolah Mia ke rumah MIL aku pagi tadi. Sebelum keluar rumah, oh bukan...a night before selalunya aku dah siapkan barang-barang sekolah Mia untuk dibawak esoknya. Kemas beg dia ikut time table. Asah pensel dan colour pencil dia. Check duit belanja, kasut dan stokin kena bersih, bekal air dan makanan untuk esoknya dan of course baju sekolah untuk esoknya.


Dan pagi tadi, sekali lagi aku check semua benda tu sebelum bergerak keluar rumah. Tapi dalam berfikir-fikir takut ada yang tertinggal tu, aku letak baju sukan Mia dalam bag sebab esok dia ada PJ dan hati agak risau sebab takut dia tertinggal baju sekolah dia kat sekolah masa tukar baju nanti.


Dalam kereta, berbuih-buih lah aku pesan pada Mia supaya hati-hati tukar baju, jangan letak merata dan ingat untuk simpan balik baju sekolah dalam beg. Tengah aku sebut satu-satu, apa yang dia kena simpan...kemeja putih, pinafore dan tie...tetiba...arghhhhhh...'UMI TERLUPA BAWAK BAJU ANAK'....menjerit sekejap dalam kereta. Masa tu aku dah pun sampai ke rumah MIL aku yang perjalanannya lebih kurang 45 minit dari rumah aku (campur jalan jam).


Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?..dah kelam kabut masa tu...Cuba call Ayahmia dan arrange untuk dia pergi ambil, dia tak pick up hp. Cuba call MIL aku bertanya jika ada baju sekolah lebih kat atas rumah (walaupun aku tau tak ada...saja lah..mana tau tetiba ada miracle). Akhirnya MIL aku sarankan supaya Mia tak payah lah ke sekolah hari tu. Hati aku terpaksa bersetuju memandangkan aku pun dah lambat ke tempat kerja.


Tapi Mia, menjerit tak mahu. Dia nak ke sekolah katanya sambil memuncungkan mulut. Aduhhh...tetiba BAIK pulak anak aku hari ni...selalunya asyik tanya bila nak cuti. Saja lah kan..nak dijadikan cerita.


Akhirnya, aku pergi juga ke ofis dan cuba telefon sekolah dan bertanya jika boleh Mia pakai baju sukan jer hari tu. Rabu (semalam) adalah hari Ko-Ku dan semua pelajar hanya perlu berpakaian sukan untuk ke sekolah tapi bukan hari ini, Khamis. Aku tau, Mia pun tak akan mau berpakaian sukan bilamana semua kawannya berpakaian lengkap seragam sekolah. Tapi, Umi sangat terdesak tadi..sangat.


Jawapan dari sekolah agak positif sebenarnya memandangkan alasan aku tempat kerja dan rumah jauh. Fleksibel jugak sekolah Mia walaupun dikenali dengan disiplin yang tinggi. Dah tu, takkan dia tak bagi Mia ke sekolah agaknya. Mungkin juga sebab Mia baru Darjah Satu dan lagipun dua waktu terakhir Mia hari ini ialah PJ jadi bertukar jugak kepada baju sukan, mungkin.


Tapi, kewarasan aku tak memungkinkan aku untuk membiarkan anak aku malu. Mia bukan macam Uminya yang tak kisah apa pandangan orang pada dirinya dan sentiasa yakin dan berfikiran positif. Mia, adalah seorang anak gadis yang sangat sensitif dan mudah rasa rendah diri. Jadi, tanggungjawab aku sebagai ibunya untuk melindungi dia dari rasa begitu, melindungi dia dari dirinya sendiri.


Jam 11, aku rush balik ke Cheras. Mont' Kiara-Bt.9, Cheras-Flat Sri Sabah- Mont' Kiara. Lembik rasa diri aku bawak kereta. Sesampai ke rumah MIL aku, Mia tersengih dengan pakaian dalamnya dan rambut dah siap bersisir rapi. Hanya menunggu seragamnya pada aku. Sempat jugak aku ironkan sikit lengan baju dan leher kemeja putihnya walaupun MIL aku cakap tak perlu. Tak sampai hati aku nak biarkan Mia pakai lengan kemeja berkedut. Ayahnya pakai baju berkedut, Uminya tak heran....anaknya...tak boleh..ok..cannot..cannot...(bias sungguh aku).


Dah siap pakaikan Mia seragamnya, cepat-cepat aku kembali ke ofis. Nasiblah boss aku orangnya sangat baik dan fleksibel. Kalau dapat yang strict...mampus.


Sesampainya di ofis, aku terima sms dari salah seorang kawan baikku. Katanya kawan kami farah, kena warded kat Hospotal Ampang, miscarriage. Oh noe....hati aku dah mula berdebar-debar. Yang lebih membuatkan hati aku berdebar sebab simptom yang dialaminya sama seperti aku. Non-stop bleeding.


Bila aku telefon Farah, dia kedengaran ok, tak sakit katanya tapi dia tau ada yang pelik sebab dia dah buat home pregnancy test dan positif tapi tak lama kemudian bleeding pulak. Bila dia pergi check ke hospital after 4 days, doctor cakap dia miscarriage.


Oh noe...aku ni dah sebulan bleeding. Dah pergi klinik pun, tapi tanpa sempat doktor diagnose, aku diagnose dulu dan katakan padanya aku ada hormon imbalance (which is true) but now, it seem that I don't know which one is true. Is it really hormon imbalanced or did I had a miscarriage. Certainly I will go to clinik and check again right after I finish my work today.


Yang membuatkan aku risau sebab, doc ada bagi aku ubat untuk stop bleeding yang aku makan hari-hari sejak seminggu lepas. Tapi ubat belum pun habis, bleeding aku dah start balik hari ni. This really creep me out. Sangat berdebar hati aku sekarang. Worst, sebab bila aku google masalah aku..antara yang keluar adalah perkataan Cancer....OH MY GOD, pls pls...just say its hormon imbalanced pls...

6 comment(s):

adenium said...

hope nothing really serious rose...

anisalya said...

xde ape2 kot..tp ur simptom same ngn 2 org yg sy knl. srg tu kire kwn jgk la..yg srg lg jmp kt klinik...die kate lm jgk die bleeding.bile checked rupenye miscarriage.sy dulu pn ade jgk bleeding2 ni...doc ckp kalo bleeding lagi meaning miscarriage la tu...pe pn..tawakal la cik kak...huhu...

UmiMia said...

Sid,
hope so

Biha,
sedang dlm keadaan yg sgt tenang ni..cuba fikir positif selagi belum jumpa doc...

azreen said...

Rose...akak doakan Rose takde apa2 k....jgn cepat risau....take care...

atty's said...

rose..kty pun mcm rose..ari2 urus kan anak2..kdg ade tertinggal.kelam kabut ..balik umah ..amik antar balik kt umah mak .huhuuh

lepas tu kan ..kty hormon imbalanced gak ..tp takut nak cek ..dtg peyet tak menentu .kdg dtg ..kdg tak dtg berbulan2..

UmiMia said...

kak azreen,
thanks kak..esok sy nak gi check dah...we'll see what the doctor will say...

kak atty,
lah..dah mcm sy lah jugak tu...kadang2 datang kadang2 tak dtg berbulan2...biasanya mmg hormon imbalanced tu yg sy lama tak check...tp ni first time kena datang sampai berbulan ni