Wednesday, January 20, 2010

Tenji, Japanese Buffet your Gourmet Sensation

Entah kenapa, aku dan Mia sekarang mood nak makan Japanese Food jer. Dalam sebulan ni, dah 2 kali ke Sushi King dan klimaks nya apabila kami makan Japanese Buffet kat Tenji. Kalau tanya Mia sekarang, apa dia nak makan. Dia akan jawab Sushi...tengah menggila dengan sushi anak aku.Plan nak ke Tenji ni dah lama sebenarnya. Dah lama aku cerita dengan husband aku dan nak bawak dia makan kat sini. Jadi, sejak aku terbaca promotion yang tengah hebat berlangsung sekarang;Aku jadi tergedik-gedik nak pergi. Jarang ada promotion yang bagus macam ni. Dulu sekali masa baru bukak ada gak diaorang buat promotion rm39.90 ++ per person sekarang ni paling hebat pun rm49.90 ++ lah..kira kalau nett RM57.00. Berbaloi dengan segala makanan yang ada...percayalah.Disebabkan kami ambik time Supper (time Lunch for weekend dah fully booked sampai 31st Jan dan time Dinner adalah full price..oh noe...) Jadinya kenalah kami bersabar dan menahan kelaparan sehingga jam 9.30 p.m Masa tu perut dah berkeroncong, berdangdut segala tapi sabar...sabar...jalan-jalan dulu kat Cold Storage Solaris dan lepak depan fountain.
Ambik gambar sini sana pastu barulah kami masuk ke dalam. Reservation yang aku buat dua hari sebelum dihantar confirmation menerusi sms ke handphone aku. Seat terbaik....punyer...betul2 depan buffet spread...tak payah jalan jauh terus dapat ambik makanan.Being typical Malay yang tak boleh lari dari nasi, itulah benda pertama yang kami sebat. Kelaparan memaksa kami untuk memilih makanan yang paling mengenyangkan antara semua. Nasi goreng Thai marveles ditemani dengan braised mushroom, sweet and sour crab dan juga lamb cooked with vinegar...wallah....
Ini pulak, pilihan Sushi untuk Mia. Sayang sebab tak ada fried scallop sushi, favourite si Mia. Tapi dia dah cukup puas dah dengan sushi yang ada tu. Malam tu saja berulang sampai 3 kali dia makan aiskrim Baskin Robbins dan Haagen Dasz. Makanlah sepuas-puasnya, kalau tak rugi jer nanti RM20 yang Umi bayar untuk Mia. Sebab, kalau nak ikutkan bukannya Mia makan banyak sangat.
Of course, antara yang pertama jugak aku tuju adalah fresh oyster ni. Dah nak dekat setengah tahun aku mengidam ni. Akhirnya....nyumnyum oyster. Cara makannya, ambik seketul oyster, put a dash of tobasco sauce, squeeze a slice of lemon and slurppp...telan...perghhhhhhh nikmat giler wa cakap sama lu.
Husband aku pun sama aku paksa suruh makan oyster tu. Walaupun dia bukanlah peminat oyster tapi aku cakap rugi kalau datang tempat yang ada prepare fresh oyster tapi orang tak makan. Sebab fresh oyster ni kalau beli kat Cold Storage tu RM8 seketul. Kira mahal tu okeh....Dan kat luar bermacam-macam stall lagi ada. Kambing golek pun ada. Pendek kata, memang puas makan kat Tenji ni. A must try pada korang yang first time nak makan di Tenji adalah dia punya Thai coconut yang kecik tu. Itu coconut sekali letak jer, 5 saat hilang dari pandangan mata ok. Aku sorang jer, 3 ketul belasah air kelapa tu. Alah...telan 5 teguk dah habis dah airnya, tapi memang manis dan sedap.
For more info, please visit Tenji's blog at http://blog.tenji.com.my/ and do check out the operation hour and normal price as below;

For your information, Tenji is situated at Solaris, Mont' Kiara atau lebih dikenali sebagai SOHO,KL or you can call 1700-80-1818 for reservation or visit their official website at www.tenji.com.my

10 comment(s):

anisalya said...

makan je keje awak ek??
mcm mane nk turun berat kalo cmni?
huhu...

adenium said...

menarikssssss... should try....

e.l.i.s.s.m.i.e said...

first time makan jepun dulu tekak me tak leh nak terima la.melayunya anak tekak me ni.

Kolestrol boleh dibeli?

Lyn Yusoff said...

sedapnya..
yummmyyy.. yummmy...
for me buffet tak recommended sgt..
sbb perut lyn kecik.. mkn skit dah kenyang.. hehee

UmiMia said...

Biha,
that's why lahhhh...payah kalau terlalu menyukai makanan ni kan..hahaha

Sid,
dari hari tu dah I cakap..u mmg kena try..dekat ngan ofis kita jer ni

ellismie,
sekali-sekala kena try jer makanan lain ni...japanese tak semestinya raw food...dia punya teriyaki dgn tempura...sedappp...

Lyn,
okeh noted..lenkali ada makan bufet free...tak leh ajak Lyn..rugi..hahaha...tapi..itu yang bagus tu Lyn..perut maintain kecik takderlah berlipat2 macam org tu..lalalala

Liza said...

i love sushi too, family pun suker gak, but tak adventure lagik makan the raw stuff like sashimi

Kancilbiru said...

sangat teringin nak makan sushi..tapi en suami ku enggan..kang ada yang aku beli sushi tesco sumbat dalam mulut dia kang....hahahaa

Anonymous said...

Salam. saya nak tanya HALAL ke tempat tu. sebab Tabasco sos dah memang tak halal. pembuatan dia di mana dia peram cili dgn vinegar bersama alcohol. bukan apa... saya tengok tingin...tapi takut la kalau ianya tak halal.

UmiMia said...

Kak Liza,
saya yg raw boleh telan cuma oyster jer..sashimi tak mampu lagi...

Kancilbiru,
ada org yg jenis tak adventurous dgn makanan ni...biarkan lah dia...lenkali kalau rasa nak makan sushi ajak lah kengkawan yg kaki sushi...

Anon,
salam kembali. Tabasco ada alcohol yer..i see...now i know...Alhamdulillah tak mabuk...sy tak recommend Puan/Tuan untuk ke Tenji lah kalau mcm tu...

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih