Bercampur-campur rasa hari ni. Mula dari malam-semalam. Rasa kecewa bila Mia bercerita hal sekolah dia, rasa sedih tapi rasa sangat sayang bila mendengar cerita kawan aku, rasa happy bila ada berita baik dari husband aku dan happy dia malam tu tempias jugak kat aku.
Pagi ni, rasa seronok sebab dapat tengok muka husband aku sebaik bangun pagi, sebab selalunya celik mata jer dia dah hilang pergi kerja. Siap ayah dengan anak hantar aku ke pintu luar pulak tu. Comel sungguh aku rasa husband aku dan Mia hari ni.
Pagi ni pulak, mendengar cerita sedih tentang kemalangan yang menimpa salah seorang kenalan aku, amat mendukacitakan hati ni. Kepala dapur gas bocor, meletup dan kawan aku melecur muka,tangan dan kaki. Sedih sungguh aku mendengar berita nya sampai terkaku sekejap rasa. Semoga dia sekeluarga menghadapi dugaan dari Tuhan ni dengan tabah.
Sungguh banyak benda yang belum settle sekarang ni.
Nak cari tempat tuisyen Mia
Nak mendaftar satu program yang mungkin akan mengambil banyak masa aku
Kena buat business proposal
Kena buat persediaan untuk AGM Alumni April ni
Dannnnnnnnnnn..........aku nak makan steak...rasa nak makan steak....Yangggggggg.......
6 comment(s):
ohh senang jer permintaan hati tu. steak satu! hehee..selamat menikmati hidangan
dlm pd ade byk rs tu..rs nk mkn la plg atas sekali kan???hehehe...
Teruskan berusaha sayang yee.....caiyok..caiyokkk....pasal nak makan steak jgn risau nanti kita beli terus dgn kedainya sekali....hehehehe
takpe, pelan2,Insyallah, smua beres
salam. pengalaman saya kalau Mia anak yg rajin dan bijak - pencapaian ujian markah 90 ke atas. tak perlu hantar tuisyen terlalu awal. nanti akan membebankan dia. boleh mula hantar bila dia di tahun 3 atau 4. bukan apa, takut nanti dia terlalu di bebani ngan sekolah dan tuisyen, dia akan hilang minat terhadap belajar. mungkin dia akan rasa belajar adalah sesuatu yg membebankan. biar dia sesuaikan diri dulu ngan dunia sekolah dan disiplin kan diri dia utk berusaha sendiri.
lily,
dah dapat dah ahad lepas....puas rasa....
Biha,
nak kata paling atas, tak gak...tapi rasanya mungkin menjadi perkara yg boleh melegakan rasa yang bercampur ni...
En. Muhammad,
iyer iyer jer laki aku nih....sy mintak beli purse baru pun tak lepas lagi nih..apa cer?!
Kak Liza,
satu pun sy belum settle kan tu...ermmmm
mama nuralea,
terima kasih utk nasihat tu...kami cuma nak hantar dia ke satu kelas sahaja...itupun utk percubaan, tengok mcmana penerimaan dia...
Post a Comment