Friday, April 30, 2010

Adat berkawan dari perspektif AKU

Kita ni dalam berkawan ada pasang surutnya.

Adat dalam berkawan samalah macam orang berkahwin. Masa semua manis, semua kita beri semua kita cerita. Tapi bila dah masam dan dah bercerai. Paling elok kalau kita simpan jugak segala cerita manis dan tidak tu sendiri ajer. Sebabnya, tak elok bukak pekung orang yang pernah kita sayangi mahupun cintai.


Dalam sepanjang-panjang hubungan baik kita dengan kawan kita sebelum ni mesti ada banyak manis kan. Kenanglah ia.


Jika pahit yang datang tu terlalu pahit untuk ditelan sorang dan dah sifat seorang perempuan suka meluahkan. Luahkan lah pada yang kita juga boleh percaya. Jangan pada yang salah. Sebabnya kita tak tau jugak masa hadapan. Samada orang yang kita percaya itu BETUL, adalah kawan yang sanggup sama-sama menyimpan segala rahsia.


Aku tak ramai kawan. Kawan yang ada dan aku betul-betul percaya lagi lah tak ramai. Tak pernah aku mengharapkan sahabat aku umpama malaikat. Walau mungkin ada yang aku tak suka pada dia tapi aku selalu merasakan terlalu banyakkkkkkk yang aku suka pada sahabat-sahabat aku. Terlalu banyak sehingga aku tidak mampu untuk putus sesuatu persahabatan hanya kerana........


entah....

5 comment(s):

Y u Z z 9071 said...

bersahabat biar jujur ikhlas di HATI

anisalya said...

that's why I love you...
hehehe...

Liza said...

i know rose, baru je terkena 2 days ago,mmg sgt sedih...

adenium said...

sooooo true...

lily lotus said...

sabar yer. mmg susah nak cari kawan yg benar2 ikhlas...