Its been quite a while since my last post. Never before, blog ni ditinggalkan begitu lama. Kalau tinggalkan pun ermmm...maybe masa cuti Raya yang panjang. Kali ni, hati aku betul-betul rasa arghhhh malas.
Bukan tak ada idea nak update blog. Selalu saja aku mengarang entry aku dalam kepala setiap kali drive ke ofis, atau drive balik dari ofis. Tapi, tak ada satu pun daripada karangan aku tu yang terlembar kat blog aku ni. Macam kedekut sangat pulak dengan idea yang aku ada. Setiap kali aku berkira-kira nak menaip entry baru, setiap kali tu jugak aku delete semuanya.
Walau banyak yang aku sepatutnya boleh lakarkan atas blog aku ni, banyak juga sebenarnya yang tak boleh diluahkan. Ramai pemerhati blog aku ni. Bukan setakat kawan-kawan. Saudara-mara ramai yang dah tau kewujudan blog aku ni, apatahlagi adik-adik aku dan semestinya the love of my life, my own husband.
Susah bukan, bila nak meluahkan tapi kena berhati-hati. Tapi, itulah hakikatnya. Aku tak boleh lari. Banyak hati yang perlu dijaga dan aku bukanlah seorang manusia yang terlalu tega untuk mengecilkan hati manusia lain.
Jadinya, bilamana hati aku selalu sangat teragak-agak...sunyilah kamu wahai blog ku sayang.
3 comment(s):
biasa la kan bila ramai yg dah baca :)
Rose....walaupun akak jarang tinggal komen skrg nih....tp akak masih setia membaca blog nih....akak mmg suke baca luahan & kisah2 Rose....terutama kisah anak dara yg cute tuh...;-p
Liza,
ermmm...ramai sebenarnya tak lah ramai sgt..hehehe...tapi tu lah....ermmmm...
Kak Azreen,
kisah anak dara tu jarang ada....sejak takder kamera ni mcm tak best nak bercerita kisah si kecik tu....
Post a Comment