Friday, April 23, 2010

Kisah RM7000.00++ kos pembaikan dari accident yang ala-ala

Baru jer balik dari ambik kereta kat pusat servis tadi. Settlekan hal-hal berbangkit pasal accident kereta aku hari tu. Aku dah cerita ker pasal aku kena accident hari tu...alah minor accident jer. Ada satu bas RapidKL yang sangat cuai pergi hentam kereta Mercedes depan dia dan Merc tu hentam pulak kereta aku. Bus calar sikit, kereta aku pun scratch kat cover tyre dengan bumper jer sikit. Tapi Merc tu...tak dapat diselamatkan. Kereta Mercedes tu habis remuk, kemek, hancur depan belakang. Nasib jer apek bawak kereta tu selamat walaupun muka cuak tak hingat punya.


Nasib lah masing-masing kenderaan semua slow. Kalau laju....aku rasa Innalillah dah. Masa tu time orang nak pergi kerja pagi kat Jalan Sg. Besi tu. Kereta banyak, jadi jalan pun memasing bumper to bumper ler. Tapi tak sangka plak, kereta aku tercium sekali.


Kalau nak ikutkan aku boleh jer abaikan hal ni. Tapi aku bayangkan kalau dapat claim and cover spray cat kat cover spare tyre aku yang memang dah kena makan dek hari ni, apa salahnya kan. Jadinya, menunggu lah aku seharian kat Trafik Jalan Bandar, buat report, tunggu salinan report.


Dah sudah tu semua, dung dang dung dang sana-sini. Kami diminta untuk ke Pusat Servis Utama Honda di peringgit, Old Klang Road. Letak kereta 3 jam untuk adjuster insuran tengok kadar kerosakan dan seterusnya quote dekat Honda berapa yang kena.


Untuk makluman korang, JIKA ANDA MENGALAMI ACCIDENT DENGAN KENDERAAN AWAM, USAHA UNTUK MENDAPATKAN CLAIM ADALAH SANGAT SUKAR YER. Kami diberi dua pilihan untuk selesaikan masalah ni.


Pertama, segala kerja pembaikan perlu diuruskan sendiri dan segala pembayaran perlu dilakukan oleh pihak mangsa kepada mekanik. Kemudian, setelah segala pembaikan selesai, dapatkan segala resit dan dokumen yang berkaitan dan hantarlah claim anda kepada pemangsa anda dan dalam kes ini yang bersalah ialah RapidKL. Usaha anda akan memakan masa berbulan-bulan range masa 3 bulan - 6 bulan dan chase lah pula amaun yang anda telah keluarkan diawal tadi. TETAPI, ingin saya ingatkan disini, ANDA MUNGKIN TIDAK AKAN MEMPEROLEH 100% AMAUN PEMBAIKAN YANG TELAH ANDA KELUARKAN DARI POKET ANDA TADI. Seboleh-bolehnya pihak pengangkutan awam itu akan mencari jalan sehingga ke lubang cacing cara untuk 'mark down' lagi amaun keseluruhan tadi.


Anda faham disini? Setelah kami ini dilanggar sesuka hati, sekali lagi menjadi mangsa kerakusan mereka menggunakan kelebihan mereka sebagai kenderaan pengangkutan awam.


Cara kedua yang tinggal ialah, claim saja atas insuran kereta anda dibawah column 'own damaged' dimana NCB anda akan hilang dan tiada claim dapat dibuat.


Sepatutnya ada cara ketiga, iaitu baiki kerosakan gunakan claim insuran kereta kita dan claim pulak nanti atas insuran pemangsa. Tapi disebabkan kes ni melibatkan pengangkutan awam jadi usaha anda itu TIDAK VALID.


Nak tau berapa adjuster insuran tu kira? Hari tu, lepas jer kereta tu accident, aku terus bawak pergi servis dan suruh orang tu check kan apa kerosakan yang berlaku. Honda Global Amity cakap roughly quote aku dalam RM800.


Bila tiba kat Honda Peringgit, adjuster insuran tu kata amaun keseluruhan kerosakan ialah RM7000++ OK, DI ULANG SEKALI LAGI RM7000++. Katanya diaorang kena tukar satu biji bonet kereta tu plus bumper plus sensor kereta yang rosak sikit katanya. Masalahnya, tak ada pulak aku perasan reverse sensor aku rosak. Lepas tu yang dia kata kemek kat bonet belakang tu...hallo...kecik coet tu yang kamu bisingkan. Giler kecik, sampaikan mata aku yang perfect 100% tak rabun ni pun tak dapat detect. Nak kena pakai kanta pembesar baru nampak. Lagipun, aku tak rasa 'kemek tu' Merc tu yang buatkan. Sebabnya calar yang AKU buat sendiri lagi baaaaaaaaanyak dari yang MERC tu buatkan.Jadinya, dalam hal ni aku sangat kecewa. Kecewa dengan birokrasi dari part nak claim dengan RapidKL. Kecewa dengan Honda ataupun adjuster insuran tu yang sangat mencekik darah (aku rasa adjuster insuran tu dengan Honda tu ada link lah, komplot).


Jadinya, dalam hal ni....kami mengambil keputusan untuk cuma membaiki kerosakan yang mana kami dari awal memang nak baiki yang itu jer...iaitu Cover Spare Tyre dengan bumper jer sikit. Dua benda tu saja, dua saja dan bukan tiga atau empat atau lima atau RM7000.00++ amaun keseluruhannya.


Haru tau Haru!

7 comment(s):

Liza said...

mmg leceh deal dgn many people kalau accident, liza pun penah and rasa sgt tensen...

Munirah Abd said...

gilaaaaaaaa nak repair sampazi rm7000 lak.. mencekik gilaaa.. ishh accident ngan public transport ni mmg leceh.. xpe kak ada hikmah di sebalik semua itu

ceritacherita said...

adoi mcm2 nya & bencinya dgn public transport dah langgar boleh susah pulak mau claim. padahal mmg byk sgt kes public transport cuaikan.

atty's said...

rupanya camtu ye kalo accident ngn public transport..diaorg salah ..leh lepas camtu je..

alhamdulillah .rose tade apa2..

UmiMia said...

Kak Liza,
yes....betul...mmg leceh...benci sangat deal pasal accident ni...

Mun,
itulah pasal...tak sangka mcm tu plak jadinya...ingatkan lagi senang sbb duit diaorang kan byk..insuran mesti juta2 cover...itu pun nak mark down...

kak baby,
ha kan...byk kan kes public transport cuai...bila difikir-fikir balik...patutlah relax jer drives bus tu ngaku dia salah..sbb agaknya dia tau...dia tak rugi sesen pun...kitaorg jugak yg rugi nanti...eeee....geram...

kak atty,
sy takder apa....syukur Alhamdulillah...kecik sangat kereta sy kena tu....tapi tu lah...menyampah dgn diaorang ni

lily lotus said...

aiyooo..banyak rumit ekk..semoga cepat2 setel

Kimora said...

geram plak saya bah....memang x patut betul lah..

syukur alhamdulillah x ada apa2, mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku.