Pengarah: Azizi 'Chunk' Adnan
Terbitan: Tayangan Unggul
Pelakon: Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri, Lisa Surihani, Awie, Afdlin Shauki, Khir Rahman dan ramai lagi
Synopsis:

Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung. Aboo (kawan baik Atoi) cuba yang terbaik membantu Atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu. Setelah banyak percubaan mendapatkan special power tak berjaya, tiba-tiba pada satu hari Atoi dapatlah power dia melalui panahan petir. Lepas tu KAPOWW (akronim untuk Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira-wira) masa tu memang tengah mencari superhero baru, lalu terjumpalah dengan Atoi ni. Bawaklah dia ke HQ dan dilatih menjadi superhero yang berjaya. Lepas tu....banyak lagi twist dia...baik korang pi tengok sendiri.
My Review:
Tak dinafikan, semasa aku duduk dalam panggung sebelum cerita ni bermula. Expectation aku langsung tak tinggi. Apalagi setelah cerita Antoo Fighter hasil pengarahan yang sama 'flop'. Lagi pulak bila filem ni ialah filem grafik komik.
Tetapi, jangan pandang rendah pada 'ini cerita'. Serius lawak lah...sampai sekarang kalau aku stress dalam jam aku cuma ingat balik lawak-lawak dalam filem tu. Scene yang paling menggelikan hati aku masa Aboo (Bell) hantar Atoi (Zizan) kat klinik kampung dia lepas Atoi kena renjatan elektrik sampai muka hitam legam. Bell tanya doktor samada kawan dia tu ada super power atau tak. Doktor kurus keding macam pesakit Tanjong Rambutan balas balik kata takder (and blablabla...ada lagi dialog lawak dia). Pastu doktor tu acah-acah Aboo nak cucuk..nak cucuk...serius muka doktor tu cute giler walaupun mcm orang gila. Pastu si Aboo buat aksi monyet yang tepuk2 tangan atas kepala tu dengan muka bengang dengan lawak doktor. Hahahaha...serius lawak weh...tak tahan aku gelak sekarang.
Walaupun ini filem grafik komik yang penontonnya terhad. Terhad kenapa? Sebab tak ramai orang yang suka menonton cerita-cerita genre ni kat Malaysia. Tapi, aku rasa kalau kamu mau menonton filem yang ringan, filem yang mampu hilangkan stress. Tontonlah KAPOWW. Secara mata kasar mungkin nampak tak berkualiti atau tak sehebat filem barat (jangan bandingkanlah kalau boleh) tapi cerita ni aku rasa setanding dengan Adnan Sempit, The Movie. Tak salah kalau aku katakan, aku paling suka lakonan Bell.
Sisi lawak Bell yang mula menarik minat aku ialah semasa dia berlakon satu teledrama kat Astro untuk cerita Cik Eton Pinkie (skrip hasil kawan aku Along). Pertama kali aku nampak Bell sangat lawak dan aku yakin dalam Kapoww dia akan sama lawak. Nyata telahan aku silap. Sebabnya, dia lebih lawak dari Zizan Raja Lawak. Zizan lawak jugak tapi Bell...hillarious. Go go Bell.
Lakonan Zizan, not bad. Dia memang ada nilai komersial dan sangat berbakat. Aku yakin dia boleh pergi jauh. Lisa Surihani...well....loghat Perak dia tak menjadi pun, dengar cam omputih cakap Kedah pulak. Tapi bolehlah...ada terselit muka comel satu kat dalam movie ni...sedaplah mata menengoknya.
Korang dah tengok filem omputih 'Kick Ass'? Filem budak remaja nak jadi superhero walaupun dia tak ada superpower. Lebih kurang aku tengok style dia ngan citer Kapoww ni. Memula tengok aku macam ' What is this....so lame;. Citer omputih pun ada lame ok, jangan bangga-banggakan sangat produk omputih. Tapi aku tetap tak berganjak menonton, sebab dia ada unsur hiburan.
Cuma masalahnya cerita 'Kick Ass' tu sangat mengeksploitasi budak bawah umur. Budak perempuan bawah umur buat scene ganas pastu cakap maki-maki. Cukup aku tak suka. Itu sebab bila cerita dah habis, aku cakap aku tak suka walaupun aku ada gelak-gelak tengok. (Ini cerita lari tajuk sikit lah yer).
Macam filem Hongkong, Murderer lakonan Aaron Kwok dengan cerita omputih The Orphan, gitu jugak. Eksploit bebudak. I hate that. Walau setakat dalam filem sekalipun, walau korang kata bebudak tu tak terjejas. Tapi diaorang masih budak-budak. Nak buat duit pun, jangan eksploit bebudak. Please lah...setiap kanak-kanak tu suci dan kalau dia membesar menjadi yang sebaliknya itu adalah salah orang dewasa disekelilingnya.
Heh...banyak pulak aku lari tajuk.
Well..............Go watch Kapoww. Kalau korang tengok tak gelak. Meh, bagitau aku...aku pulangkan duit seploh ringgit korang.
2 comment(s):
saya pun suka bell! kelakar ya amat dia tu.
oh perempuan,
yer betulllllll...Bell best
Post a Comment