Synopsis:
Soren, a young barn owl, is kidnapped by owls of St. Aggie's, ostensibly an orphanage, where owlets are brainwashed into becoming soldiers. He and his new friends escape to the island of Ga'Hoole, to assist its noble, wise owls who fight the army being created by the wicked rulers of St. Aggie's.
My comment:
I love it...but I think Mia love it more. Pada aku, kalau cerita yang Mia mampu tengok dan duduk sampai akhir memang cerita yang bagus lah. Bersempena dengan birthday aku jumaat lepas, aku bawak Mia tengok wayang. Berdua jer, sebab husband aku kerja ler..cam biasa.
Cerita ni basically cerita Good vs Evil. Kumpulan burung hantu yang jahat berusaha nak menjatuhkan sekumpulan burung hantu yang baik. Yang paling aku kagum dalam movie ni ialah penceritaannya yang dalam masa yang sama educate jugak penonton tentang spesies burung hantu. Contohnya Tyto, Otus. Pendek kata macam tengok Animal Planet plak dah. Banyak gak soalan Mia yang aku kena jawab berselang-seli masa tengok movie ni.
Aku mintak maaf awal2 lah yer pada sesapa yang tak suka bila dengar budak2 tak berhenti bercakap dalam wayang. Ada masa aku pun tak larat nak jawab pertanyaan anak sendiri tapi demi janji aku pada diri aku sebelum aku ada anak lagi, yang aku akan cuba jawab semua soalan yang anak aku tanya. Jadinya, aku tak sampai hati nak membiarkan segala soalan Mia tak berjawab. Tapi masa tengok movie ni bukan aku dan Mia saja yang macam tu. Ramai rupanya parents lain dok berbisik-bisik dengan anak2 mereka. Aku cukup suka dengan filem yang educate anak-anak kita dan tanpa ragu-ragu aku recommend kamu semua yang ada anak untuk pergi tonton filem ni di pawagam.
5 star from me.
Starring: Zac Efron, Charlie Tahan, Amanda Crew, Kim Basinger...
Synopsis:
Charlie St. Cloud is a young man overcome by grief at the death of his younger brother. So much so that he takes a job as caretaker of the cemetery in which his brother is buried. Charlie has a special lasting bond with his brother though, as he can see him. Charlie meets up with his brother (Sam) each night to play catch and talk. Then, a girl comes into Charlie's life and he must choose between keeping a promise he made to Sam, or going after the girl he loves
My comment:
Kejap...tunggu....pada sesiapa yang ada prejudice atau stereotype thinking towards Zac Efron..baik buang dulu jauh-jauh segala yang itu. Cerita ni takder sikit pun babak Zac Efron menari atau menyanyi. Tapi, part dia cuba buat muka seksi dan popular dia tu tak leh buang ler. Muka cari makan tu beb...
Aku baru tengok cerita ni semalam. Dapat free from Skuad Perodua Era. Penat husband aku buat macam2 aksi nak dapatkan tiket preview screening tu ok. Bravo my darling...I love you very strong lah my dear.
Aku nangis. Serius aku nangis...sedih ooo..aku tak leh tengok kematian dalam hubungan yang rapat ni. Tak kiralah, masa Capt. John Miller mati demi nak menyelamatkan Private Ryan ataupun masa anjing John Grogan, Marley mati. Meleleh sampai boleh teresak-esak lah aku (lepas tu keluar wayang, kepala aku sakit sbb byk nangis).
Ada review yang aku baca, kata lakonan Zac Efron kaku. Helo..kaku ker? ko yang tengok terkaku tak tau lah plak. OK jer aku tengok dia bawak watak Charlie St. Cloud yang hidup dalam rasa bersalah yang amat dan kesedihan melampau atas kematian adik kesayangan dia dalam accident yang nyaris-nyaris mengambil nyawa dia jugak.
Cuma satu jer lah pelik...hensem bebeno lah caretaker atau penjaga kubur tu. Macam aku tengok Rozita Che Wan berlakon jadi orang gaji dalam Tunjang Saadah lah. Kalau lah aku takder calon lain, sanggup rasanya aku dok teman dia cuci tanah kubur, halau angsa, tanam pokok bunga atas kubur.
Aku suka jugak budak cute yang berlakon watak Sam St. Cloud tu. Bakal pelapis tu...dan selepas tengok movie tu teringin plak aku nak belajar bawak kapal layar...(heh rose, yer ker ko nak bawak kapal layar..naik banana boat pun puas ko nak panjat balik atas banana tu, inikan plak kapal layar).
Aku nak kasi 4 star...(kurang satu star sebab ada masanya waktu pause yang di create dalam jalan cerita rasa macam terlalu dipanjangkan dan rasa tak perlu).
Director: Slyvester StallonePelakon: Semua pelakon star for action movies such as Jet Li, Jason Statham, Bruce Willis, Steve Austin, Mickey Rourke pendek kata kebanyakan pelakon mesti korang kenal lah.
Plot: A team of mercenaries head to South America on a mission to overthrow a dictator.
My comment:
Best ler..apa lagik. Action action and more action. Takder banyak masa nak boring lah. Jalan cerita kalau nak ikutkan cliche sangatlah. Sly punya cerita, of course ler ala-ala Rambo ala-ala The Rocky.
Aku bagi 3 star (sebab cliche).
P/S: Next aku nak tengok Remember Me lakonan Robert Pattinson, The Runaways lakonan Kristen Stewart dengan Dakota Fanning pastu aku nak tengok Hachiko lakonan sekor anjing dengan Richard Gere (nanges lagi ler aku pasni).
Oh lupa, pastu nak tengok Resident Evil ...yeah yeah....


2 comment(s):
serius ke best cerita Charlie st. Cloud tu kak? nak pergi tgk la cmnie. tp kn prepare tisu awal2. hehe.
Afeeqa,
yer..sedia jer lah...akak rasa sedih lah...taktau lah awk camner...akak ni pantang citer sedih..meleleh jer...kat luar nampak kuat kt dlm...sensitip...ngehngeh
Post a Comment