Sudahkah dibuat survey dan kajian yang menyeluruh sebelum menetapkan keputusan penting seperti ini? Mendidik warga bertanggungjawab, jati diri dan bersatu padu melalui sejarah aku rasakan sesuatu yang agak sukar. Ia nampak terlalu dipolitikkan oleh sesetengah pihak.
Aku faham niat kerajaan yang mahu melihat rakyat Malaysia bersatu padu. Lebih-lebih lagi sejak ruang menzahirkan pendapat lebih terbuka seperti sekarang. Yang mana, menurut kajian banyak pihak, orang ramai lebih terpengaruh dengan komentar dari seorang blogger berbanding dengan ahli politik dan televisyen apatah lagi buku teks di sekolah.
Tapi, keputusan menjadikan SEJARAH sebagai matapelajaran teras pada 2014 dan seterusnya menjadikan SEJARAH sebagai tambahan subjek wajib lulus untuk SPM? Aku rasakan tidak wajar.
Jika dibuat survey keatas pelajar-pelajar dan 'bekas pelajar ' tentang matapelajaran yang paling anda suka. Rasa aku lah, sejarah mesti letaknya dibahagian bawah sekali. Hey...bukan aku tak suka sejarah. Aku sangattttt suka sejarah. Sehingga sekarang, aku melanggan Learning Channel ASTRO hanya kerana aku sangat suka dengan History Channel yang ada.
Tapi, let us face the truth. SEJARAH bukanlah matapelajaran yang paling kita sukai di sekolah, betul?! Fakta dan tarikh yang kita kena hafal berkajang-kajang. Esei yang kita kena karang berkajang-kajang...phewww...ngeri jugak aku bila teringatkan balik. Ditambah pulak dengan cikgu Sejarah yang samaada terlalu sambil lewa atau terlalu garang membuatkan ramai yang hilang minat.
Wahai 'siapa saja yang meluluskan hal-hal silibus disekolah'. Apakata, jika kamu kaji dulu kesan dan akibat yang bakal berlaku. Selidik dulu tahap kecekapan guru-guru sejarah.
Please don't mess around with our children education. Aku faham politik, faham sangat. Banyak perkara yang aku rela kamu politikkan. Tapi, cukup sampai disini. Jangan matapelajaran SEJARAH pun kamu nak politikkan (walaupun aku sedar buku teks itu pun sebenarnya sangat politik sifatnya).
Jika hendak membina jatidiri, mendidik warga bertanggungjawab dan bersatu padu. Aku rasa banyak lagi cara lain...dan salah satunya...berhenti terlalu memperkatakan tentang melayunya kamu. Masalahnya, melayu sangatkah kamu, kamu dan kamu itu.
4 comment(s):
lama tak jenguk akak :)
anyway saya setujuuuuu!!!!!!
:p
first la!!! :p
yup, dah lah still can't decide nak ckp melayu ke omputeh, nie nak tambah sejarah lak
Ita,
first???awk ingat blog akak ni blog gemer ker komen byk..selamanya lah awk jadi first kalau awk jer yg rajin komen..haha
K.Liza,
betullllllllllllllllllllll
Post a Comment