Bertimpa-timpa ujian yang Allah turunkan kat mak abah aku. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah sangat sebenarnya. Banyak kali aku cuba nak lepaskan rasa hati yang terbuku ni dekat laman sosial yang ada tapi aku padam semula. Risau jika dikata aku cuba menagih simpati. Bukan itu niat aku..aku cuma nak lepaskan apa yang terbuku saja.
Malam 9 October yang lepas, rumah mak abah aku di Pekan dihempap pokok dan menyebabkan bahagian dapur kami habis musnah akibat ribut petir. Agaknya boleh dikatakan itu ribut paling kuat pernah menimpa Pekan (pelik kan kenapa akhir-akhir ni ribut taufan yang datang membawa banyak kemusnahan).



Tapi, Alhamdulillah syukur sebab mak dengan abah aku selamat. Semasa kejadian, abah aku tengah solat dalam bilik dan mak aku tengah makan malam di dapur. Nasiblah dahan besar yang jatuh tak kena tepat di tengah dapur (cuma kena pada porch dapur, toilet dan wet kitchen). Kalau kena tepat, dah tentulah terkena pada mak aku. Nasib cuma ranting-ranting kecil yang terkena pada dia.
Aku kesal sebab aku tak mampu utk berada di sana berkongsi rasa duka. Cuma mampu menyokong dan berkongsi dari jauh. Time ni lah, Mia final exam dan time ni lah jugak rumah aku pun terlopong sebab under renovation.



Tapi, Alhamdulillah syukur sebab mak dengan abah aku selamat. Semasa kejadian, abah aku tengah solat dalam bilik dan mak aku tengah makan malam di dapur. Nasiblah dahan besar yang jatuh tak kena tepat di tengah dapur (cuma kena pada porch dapur, toilet dan wet kitchen). Kalau kena tepat, dah tentulah terkena pada mak aku. Nasib cuma ranting-ranting kecil yang terkena pada dia.
Aku kesal sebab aku tak mampu utk berada di sana berkongsi rasa duka. Cuma mampu menyokong dan berkongsi dari jauh. Time ni lah, Mia final exam dan time ni lah jugak rumah aku pun terlopong sebab under renovation. Terkilan rasa sebab tak dapat banyak membantu.

Bertambah-tambah rasa sedih bila kelmarin aku dapat berita yang motobot abah aku rosak ditengah laut. Terpaksa ditunda kembali ke pengkalan. Cuma nasiblah masa tu memang dia dalam perjalanan balik, jadinya tak terjejas lah rezeki pemancing yang ikut pakej memancing dengan abah aku.

Bertambah-tambah rasa sedih bila kelmarin aku dapat berita yang motobot abah aku rosak ditengah laut. Terpaksa ditunda kembali ke pengkalan. Cuma nasiblah masa tu memang dia dalam perjalanan balik, jadinya tak terjejas lah rezeki pemancing yang ikut pakej memancing dengan abah aku.Abah cerita, lama jugak dia melambai-lambai pada bot lain yang lalu lalang tapi seorang pun tak berhenti membantu. Kering sungguh hati orang sekarang ni yer. Abah aku,pantang nampak orang susah kat tengah laut mesti dia berhenti menolong walaupun menjejaskan pencarian rezeki dia pada hari tu.
Nasiblah, ada akhirnya yang sudi membantu menunda bot abah aku ke pengkalan. Dengar cerita bot pulak kena overhaul...aduh...belum habis kisah rumah ditambah pulak dengan kisah bot.
Ya Allah, besar sungguh ujian yang kau turunkan pada kedua ibubapaku saat ini. Jika boleh, aku rela bertukar tempat dengan kedua ibubapaku. Sepatutnya ini ialah waktu untuk mereka menikmati hidup lebih mudah pabila kami anak mereka dah dewasa.
Sedih hati aku sebenarnya...cuba tahan airmata setiap kali bercakap dengan mak. Tapi semalam dah tak tertanggung rasanya. Jatuh juga airmata aku pabila mendengar suara sayu mak.
Mak, maafkanlah diriku ini kerana tak berada bersamamu disaat kau amat memerlukan sokongan. Maafkanlah juga kerana tidak banyak yang mampu kuberikan padamu untuk meringankan bebanmu. Walau aku cuba menjadi anak yang baik untuk kedua ibubapaku, tapi saat ini aku rasakan aku tersangat jauh dari sasaranku itu.
.
.
p/s: Sekarang, aku cuma mampu berdoa supaya keadaan akan lebih mudah untuk mereka berdua dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini cuma ujian kecil dari Allah untuk kami hambanya.
12 comment(s):
sabar la kak rose :(
Sabar...semoga semuanya dipermudahkan
tak per kak, mai la kita amik +ve d atas ujian yg Dia kasi ni...
moga ibubapa akak tabah dgn dugaan ni, begitu jugak akak yg jauh dr ibubapa...
sabar tauu...
rose, tumpang sedey..mujurlah mereka dua takde apa2.semoga smuanya dapat settle cpt2..doa dr jauh jer mampu diberikan..
inysAllah..adahikmah di sebalik semua kejadian...dugaan yang kita nampak besar mungkin ada kebaikannya. saya doa dipermudahkan segalanya buat ur parents ya. insyaAllah
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Rose , macamtulah kan.. adakalanya kita terikat dgn kerja & hal2 lain yg membataskan segalanya.. InsyaAllah, mereka amat memahami.
alhamdulillah parents u selamat rose...
sorry to hear this rose, harap2 smuanyer dah ok, doa liza utk rose sekeluarga *hugs*
Berbanyak bersabar dia atas dugaanNya yer...Baca entry Rose nie, terasa rindu pulak dengan ibu yang menunaikan haji..semalam dapat tahu ayah pi klinik sebabnya doctor kata tak cukup rehat..risau Gina sampaikan tak boleh tidor
Liza,shaliza,
bersabar dan selalu dah berdoa ni...thanks for ur concern
odah,
mak akak pun hari ni dah ok..nampak lebih positif dr smalam dan kelmarin
Mama Yatie,drama mama,
terima kasih korang...doa yang sama dititipkan setiap hari
Mulan,
itulah..nak dijadikan cerita kan..time bencana mcm ni, kami kat KL ni pun macam2 hal...
Sid,
alhamdulillah....mmg syukur sgt tu sid..
K.Liza,
thank you....syukur ada kawan2 yg sudi berkongsi rasa
Gina,
itulah kan...bila kita jauh dari parent mmg risau..especially kalau diaorang dah tua...u lagi lah...jauh beribu batu...sama2lah kita mendoakan parent kita semoga sihat walafiat dan terus boleh kita tumpang bermanja kan..
tabah ye kak rose..
hugss ;)
salam rose..masa kty baca entry ni pun kty sedih..
kalau boleh kita nak senantiasa bersama diaorangkan di saat2 diaorang memerlukan kita..tapi insyallah mak dan ayah rose faham.
dan maybe ada hikmah atas semua yang berlaku ..allah menguji insan2 yang dia sayangi.
takecare ye rose
Post a Comment