Monday, November 29, 2010

Mia tanya ' Apa itu anak haram?'

Cuma satu jer soalan Mia yang aku belum bersedia untuk jawab sekarang. Iaitu soalan 'Apa itu anak haram?'


Dua kali dia tanya soalan yang sama semasa aku, dia dan ayahnya sedang menonton drama melayu di TV. Sebutan anak haram banyak kali terdapat dalam dialog seorang pelakonnya.


Aku dan ayah Mia saling pandang memandang. Kali kedua dia bertanya, akhirnya ayah Mia bersuara 'Itu perkataan tak elok tu, jangan sebut'


Aku menambah 'Nanti Sayang besar sikit Umi jawab, tapi apa yang Aqilah kena tau...perkataan tu perkataan yang sangattttt tak elok, jangan sekali-kali Aqilah sebut ok?'


Mia cuma mengangguk laju.


P/S: Aku kena bersedia dengan jawapan yang paling sesuai nampaknya jika ditakdirkan dia masih mahu lagi bertanya perihal 'anak haram'

2 comment(s):

ryann said...

anak anak sekarang memang bijak.

UmiMia said...

ryann,
betul tu....mak bapak ni kena sentiasa tambahkan ilmu, tak boleh leka