Monday, November 29, 2010

Soalan Mia berkenaan Haid

Masih lagi berkisar perihal Mia. Masih juga dalam lingkungan soalan yang bijak. Cuma kali ni, soalan dia tu mungkin terlebih awal dari zaman aku dulu. Soalan pasal HAID. Aku tau pasal haid mungkin masa aku darjah 4 atau 5. Itupun sebab ada kawan aku yang haid lebih awal mula bercerita. Bila tiba aku mengalaminya masa aku darjah 6..menggigil jugak kepala lutut.


Hari tu, masa sambutan hari kanak-kanak kat sekolah Mia, semua budak diberikan senashkah Majalah Bintang Kecil (majalah untuk kanak-kanak zaman sekarang seronok juga bila dibaca yer). Ada satu rencana berkenaan pengenalan haid yang Mia baca. So, rasanya korang boleh agaklah kan apa yang Mia tanya.


Sebelum aku jawab soalan dia, ragu-ragu jugak aku samaada Mia dah bersedia dengan perihal haid ni atau belum. Tapi demi mengekalkan kepercayaan aku yang setiap soalan kanak-kanak perlu dijawab jika kita nak anak kita bijak dan yakin, aku teruskan dengan jawapan aku.


Haid kata aku adalah darah yang keluar daripada badan seorang perempuan. Darah tu asalnya adalah daripada telur orang perempuan yang tak digunakan dalam badan. Telur tu lah yang kalau digunakan, bakal jadi baby. Risau jugak aku masa tu kalau dia keluar pulak soalan macamana baby tercipta. Masa aku 'paused' sebelum sambung, aku tengok Mia cuma terdiam nak digest jawapan aku tanpa keluar soalan 'selanjutnya' jadinya aku sambung lagi.


Aqilah pernah tanya kan kenapa Umi pakai pampers kecik yang Umi selalu letak atas meja solek tu kan? Jadinya pampers yang Umi panggil pad tu lah yang kita gunakan utk tahan darah tu daripada kotorkan pakaian kita. Selalunya seorang perempuan yang dah kena haid, 7 hari dalam sebulan darah tu akan keluar. Masa haid ni ada, selalunya perempuan akan rasa letih-letih dan tak selesa tapi mula-mula jer rasa macam tu. Lama-lama kita dah biasa, ok lah.


Ok, nanti Sayang dah besar lagi Umi cerita lagi pasal haid ni ok.


Phewwww...lega aku sebab dapat jawab soalan Mia yang satu ni. Aku tau dia pening jugak nak digest jawapan yang aku berikan. Banyak yang dia tak faham tu, itu sebab semasa aku sedang jawab tu dia tak ada soalan langsung. Tapi aku tau...tak lama lagi bila dia dah bersedia dengan soalan baru, perihal haid ni akan timbul lagi.
.
.
P/s: I shall wait then.

2 comment(s):

Wanita Mutalib said...

owh sgt bijak la dia..

mummy dia pun pande handle :)

UmiMia said...

Ita,
sebelum soklan tu keluar...akak dah sedia dgn jawapan awal2...sbb tau..satu hari nanti mesti dia tanya gak..