Wednesday, March 31, 2010

uishhhh....baru tinggal beberapa hari dah ada labah2 dah nak hinggap ha...nak buat sarang.

Huh....tak payahlah....tengah aku ambik clomid 5 hari ni...jgn haraplah aku ada mood nak update blog...takder maknanya....lagi rasa nak terajang orang ada....

Jadi.....daaaaaa...see you when I see you....

Friday, March 26, 2010

Bila kecewa,sayang,gembira,sedih menjadi satu = Blur

Bercampur-campur rasa hari ni. Mula dari malam-semalam. Rasa kecewa bila Mia bercerita hal sekolah dia, rasa sedih tapi rasa sangat sayang bila mendengar cerita kawan aku, rasa happy bila ada berita baik dari husband aku dan happy dia malam tu tempias jugak kat aku.

Pagi ni, rasa seronok sebab dapat tengok muka husband aku sebaik bangun pagi, sebab selalunya celik mata jer dia dah hilang pergi kerja. Siap ayah dengan anak hantar aku ke pintu luar pulak tu. Comel sungguh aku rasa husband aku dan Mia hari ni.

Pagi ni pulak, mendengar cerita sedih tentang kemalangan yang menimpa salah seorang kenalan aku, amat mendukacitakan hati ni. Kepala dapur gas bocor, meletup dan kawan aku melecur muka,tangan dan kaki. Sedih sungguh aku mendengar berita nya sampai terkaku sekejap rasa. Semoga dia sekeluarga menghadapi dugaan dari Tuhan ni dengan tabah.


Sungguh banyak benda yang belum settle sekarang ni.


Nak cari tempat tuisyen Mia

Nak mendaftar satu program yang mungkin akan mengambil banyak masa aku

Kena buat business proposal

Kena buat persediaan untuk AGM Alumni April ni



Dannnnnnnnnnn..........aku nak makan steak...rasa nak makan steak....Yangggggggg.......

Thursday, March 25, 2010

Mencari tenang

Bukan aku tak pernah lalui saat-saat hati ni complicated. Tersangatlah pernahnya. Aku pernah rasa dan aku pernah lalui bilamana hati aku selalu tak tenang dan merasakan yang tak ada seorang pun sayang aku dengan penuh ikhlas dan jujur. Aku selalu rasa yang tak ada siapa yang menghargai aku dan merasakan aku penting dalam kehidupan mereka. Selalu mengasihani diri sendiri dan sedih tak kira masa. Selalu bersikap emosional dan sensitif tapi luarannya aku tetap nampak ceria dan nampak seperti aku tak kisah. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.


Dulu, ramai yang mengambil kesempatan atas sikap aku yang selalu tak kisah. Biasalah tu. Tapi aku tak marah, peliknya aku tak marah. Sebab pada aku, bila mereka memerlukan aku bermakna aku ini ada 'makna' nya. Walaupun sedikit. Pathetic kan aku dulu.


Tapi itu dulu...semua tu dah lama berlalu. Itu adalah satu stage dalam kehidupan manusia. Itu adalah perasaan seorang remaja. Selalu rasa ingin memberontak (walau dalam diam) dan selalu merasakan yang kita sudah mampu berfikir dengan betul dan apa yang kita fikir sentiasa betul. Jika, sikap itulah yang aku bawa sehingga ke hari ini. Aku rasa, sehingga bila-bila pun aku akan terus hidup dalam denial yang begitu.


Syukur Alhamdulillah, melalui episod-episod itu dalam hidup aku dan melalui harapan aku yang mahu hidup tenang dan masa hadapan yang cerah, aku tersedar dari mimpi. Cepat-cepat aku bangun dan mencari jalan keluar dengan mengahwini suamiku sekarang. Membina hidup kami dari serba kekurangan hingga kini dan sentiasa berusaha untuk membetulkan mana yang pincang dan kurang.


Jadi, aku tak pelik jika ada remaja sekarang yang keliru seperti aku dulu. Kerana, itu adalah episod hidup kamu pula. Tapi sentiasalah berpegang kepada harapan dan impian kamu untuk masa akan datang. Kerana kamulah sendiri yang bakal mencorakkan masa depan kamu.


Jika masih ada yang keliru sehingga kini, tak perlu risau. Perjalanan kamu masih panjang (InsyaAllah). Tetapi sentiasalah berpegang kepada harapan dan impian kamu untuk masa hadapan.


InsyaAllah, ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang kita cari pasti akan diperolehi suatu masa nanti.

Wednesday, March 24, 2010

GAGAGAGAGAGA.....

Tarikh tutupnya isnin, aku baru terhegeh-hegeh dan terkial-kial nak post entry Gatsby kat bawah ni. Padan muka aku, orang tu dah hantar email seminggu dah, baru sekarang aku nak buat. Dah tu nak buat camno, semangat nak update entry Mabul membuak-buak. Jadinya entry lain terpaksa di postponed kan. Tapi masalahnya postponed entry duit...melepas ler aku....oit...50hinggit pun duit okeh.

GAGAGAGAGA.....PADAN MUKA AKU!

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair


Yeah, here we goes.....


The Date: 17th April 2010

The Time: 10am till 5pm

The Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


There will be one happening event going to be held. The Gatsby Deodorant Street Fair. There are going to be lucky draws and various of cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!


There will also been an exciting fun-fair games on that day including Sumo Wrestling (in air bag suits!)- wow its going to be so fun, Gladiator Battles - ho yeah! and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!


Don't forget to drop by at the Gatsby Official Site and enjoy yourself with a fun-filled basketball game and more.


From that cool moving rubber that was so hype and talkabout (with the so handsome Kimura Takuya as the spokeperson before) now Gatsby are going to introduce their latest products the deodorant series that I believe will bring the same hype around town.


Choose from 7 variants either from the spray type or the roll-on type. GATSBY DOUBLE PROTECTION Deodorant provides you double protection all day long.


But most important thing, I can't wait to meet the 400 bloggers that will be attending the event as well. Wihiiiiiiiiiiiii....see you all there.

Info! Info! on Mabul Island

Airasia flight ticket KL-Tawau-KL for 3 person:
RM234 (including baggage RM30.00, airport tax RM45.00 and Skybus RM39.00)
(aku beli time promotion airasia RM0 Fare tu, June last year)
Borneo Divers Mabul Resort
Malaysian Rate - Nett 2010


Diver: Twin: RM580.00, Single: RM870.00, Triple (3rd pax): RMM522.00
Non-Diver: Twin: RM465.00, Single: 698.00, Triple (3rd pax): RM233.00


* rates above based on Per Person / Per Night in RM


Cost inclusive: 3 boat dives a day between Mabul, Kapalai, Sipadan, Si Amil or Mantabuan Island with professional dive master, boat, tanks, weight and weightbelt, unlimited jetty house reef dive/snorkelling, ground transfer within Tawau-Sampoerna-Mabul Island and return by van/coach and boat, Twin with extra mattress semi-detached chalet at Mabul Island, lunch dinner breakfast and light lunch/snacks/beverages (excluding alcohol and soft drinks) serve all day.


Note: Excluded Sipadan Entry Permit RM40.00 per person per day.
Contact information: Ursula J. Michael, Sales Manager, 088-222226 or email at ursula@borneodivers.info


p/s: Cubalah korang bargain dengan diaorang maksudnya cuba tawar-menawar dulu. Belum cuba belum tahu. Sebab aku bargain dan dapat murahhhh...for the whole family 3 of us kitaorg manage to get RM930 for 2 days 1 nite. So, murah lagi drpd yang dalam list.

Belmont Marco Polo Hotel, Tawau Sabah
Rate: RM195 nett per room per night
Contact information: Firda at maxcarry@tm.net.my, T: 088-777988

Untuk budget traveller atau backpackers, sentiasa ada penginapan yang murah di Mabul. Kelengkapan yang simple, kebanyakannya rumah panjang ataupun rumah atas air atau tepi pantai yang ada bilik single yang dilengkapi kipas, katil dan bilik mandi ataupun ada juga berbentuk dorm. Range harga kebanyakannya RM80 - RM350 seorang. Makanan disediakan sepanjang hari dengan return boat Sempoerna-Tawau-Sampoerna.
P/s: Kat Mabul tak ada kedai makan, restoran watsoever ok, jadinya semua resort akan menyediakan makanan kita sepanjang kita berada disana.

Antara Budget Accommodation di Mabul Island:

Scuba Jeff : 2 Day 1 Night Package :2-4 paxs – Rm 350 Per

Uncle Chang : Range around RM100 - RM440

Billabong: Range from RM70 - RM 170 or more

Sphere Divers : Range from RM170 or more

Scuba Junkie (Sampoerna): RM120 or more

Arunghayat/Big John: RM80 - RM190



Please take note that most probably one or two budget accommodation listed above got connection with each other. But basically, that was the info that I managed to get from googling and googloo. Klik jer kat nama tempat-tempat tu untuk info selanjutnya ok.


Sipadan Water Village Resort (SWV), Untuk 3D2N package yang aku dapat from Orex Travel & Tours Sdn Bhd, Junior Cottage: Twin: RM1310, Non-Diver RM1080. pastu dia ada standard cottage, deluxe cottage and grand deluxe cottage ranging from RM1130 (for non-diver) to RM2580 (for single) per person ok. Itus emua excluding airfare tapi termasuk segala makan 3 kali sehari, round trip boat, airport tarnsfer but still entry permit to Sipadan subject to approval by authority RM40 per person per day.

Tapi dalam banyak-banyak resort. SWV adalah resort yang paling mewah. Please take note that the price yang aku bagitau kat atas tu adalah dari travel agent. Kalau direct dari SWV, quote yang kami dapat agak lebih mahal. Walaupun itu adalah idaman husband aku tapi ribu riban untuk satu malam macam.......perit sikit nak keluarkan ongkosnya.


Itu adalah Seaventures Dive Resort, old oil rigs (pelantar minyak) yang ditukar menjadikan resort untuk penyelam scuba. Check the website for more details.
Gambar INI macam lukisan kan, indahnya kan ciptaan Tuhan.

(sebenarnya aku mcm rasa SMART ngan SWV ni lebih kurang sama atau mungkin tpt yg sama, entahlah...kalau nak tau korang check lah sendiri nanti).

Kat sini guna USD, kebanyakan resort guna USD sebab mat saleh ramai pergi Mabul ni. Tapi korang boleh mintak in RM dan boleh dapatkan way cheaper that the one quote. Sebab korang local, apatahlagi kalau korang tak dive. Bargain yer kengkawan...Bargain.

2D1N

Price Per Diver (Twin Share), US 649.00
Price Per Non-Diver (Twin Share), US 431.00
Extra day / night
US$ 170.00
US$ 150.00

Kalau korang tak mau duduk kat resort Mabul yang mahal dan pastu resort murah plak terlalu simple bagi korang, korang sentiasa boleh duduk di Sampoerna. Ada few penginapan/hotel yang bagus dan selesa. Antaranya ialah Dragon Inn dan Seafest Hotel yang bebetul mengadap jeti untuk ke Mabul. Kemungkinan kalau lainkali kami datang, kami akan tinggal di Seafest Hotel and just sewa bot by day ke Mabul or Sipadan.

Jadi, itu jer lah kot information yang aku dapat share dengan korang pasal trip Sabah aku kali ni. Kalau ada yang aku tertinggal, mintak maaf lah bebanyak. Kemudian aku cerita (kalau teringat). Sila klik-klik pada mana-mana yang ada link tu yer untuk maklumat selanjutnya. Tapi kalau ada yang nak tanya jugak dengan aku, bolehhhh...takder hal. Sharing is caring kan.

Korang tau kan mana nak dapatkan contact info aku? Kat sebelah sidebar blog ni jer. Jadi, feel free to email me if you have any further enquiries ok. I'll be happy to help :)

Tuesday, March 23, 2010

About 'the accident' and Honda Service Centre

Aku mengalami kemalangan semalam. Atas sebab itu, entry aku agak tergendala hari semalam dan hari ni. Nasib lah entry semalam dah di 'auto published' siap-siap minggu lepas. Itupun aku masih berhutang entry 'gatsby nuffnang' yang dah seminggu lebih aku abaikan dan masih takder semangat nak membueknya. Kalu tak buek, melepas lah 50 hinggit aku. Entah-entah dah reach dateline dah agaknya....


Anyway, ceritanya begini....


Semalam selepas aku hantar Mia mengaji kat area rumah nenek dia, aku pun gerak lah pergi ke ofis. Sesampainya aku ke Jln. Sg. Besi, keadaan masa tu agak 'slow moving' sebab kenderaan yang banyak di atas jalan. Tiba-tiba....'BERDENTUM'...macam bunyi ribut daaaaaaaa....


Aku toleh belakang, ada kereta mercedes sudah langgar sama aku. Dalam hati aku agak, teruk lah body belakang kereta aku ni. Turun-turun dari kereta, sebaik aku nampak kereta merc tu, memang aku cakap...takder harapan lah. Remuk teruk ok, body depan merc tu.


Aku pun, check kereta aku....AIK..........kereta aku cuma calar jer kat depan cover spare tyre tu. Macam tak percaya pulak aku....I cannot believe it......rasa cam nak ketawa berdekah-dekah kat situ time tu...tapi tak jadi ler..sebab kesian ooo...merc tu kena teruk.


Rupa-rupanya, bas Rapid KL langgar dia dr belakang, jadi itu sebab dia terlanggar pulak aku. Nasib lah time tu, aku jarakkan dengan kenderaan depan aku. Kalau tak.....huh..berderet jugak lah kereta kat situ yg kena gamaknya.


Turun jer driver bus tu, terus dia mengaku salah, mintak maaf. Ayat-ayat 'Saya salah' 'Saya cuai,lalai' dan 'Saya ingatkan you punya kereta sudah gerak' diulang-ulang macam kaset rosak. Nampak jugak macam abang tu weng sebenarnya. Tapi, kerja pun jadi senang kan..org dah mengaku...terus ke balai...cerita........


Sampai balai, buat report, pergi jumpa pegawai penyiasat lepas tu tiba masa nak ambil salinan report...perghhhhhh...lama giler...2 jam lebih menunggu....dengan lapar nya, dengan kepala risau aku lambat ke tempat kerja nya. Nasib lah boss aku considerate orangnya. Dia bagi aku ambik EL.


Pup pap pup pap...pukul 3 baru settle semua, last sekali...kena ambik gambar bontot kereta. Polis tu tengok pun, macam..ek eleh...sikit jer..tapi claim tettap claim. Itulah untung agaknya aku pakai 4Wheels...bila accident sarung spare tyre sentiasa ada tolong menghalang hentaman. Syukurrrrrr...


Dah sudah semua, settle. Aku ke pusat servis honda. Memang sepatutnya dah time servis pun tapi aku asyik tangguh. Hari semalam, terus aku bawak pergi..check segala yang patut dan mintak mekanik tu tolong senaraikan apa yang rosak akibat kemalangan tu.


Aku selalu ke Wegro, Cheras...service sangat slow dan apa yang aku suruh dia buat kadang-kadangnya tak dibuat dengan betul, mahal pulak tu. Husband aku pernah ke Kah Motor, Chan Sow Lin, mintak dia check apa tak kena dgn aircond aku, dia suruh tukar compressor rege RM4k.


Kali ni aku ke Global Amity, Serdang. Servis sangat pantas, efisien dan tip top. Harga sangat memuaskan. Aircond aku perkara yang sama aku suruh dia check, dia cuma suruh kami tukar coil compressor jer yang cuma berharga RM700+. Berapa banyak bezanya dengan cerita Kah Motor habaq mai?!


Dah tu, dia siap bgtau yang masalah tak kritikal dan jika aku tak mau buat pun tak mendatangkan masalah besar. Yerlah, dalam sebulan agaknya adalah 2 kali aircond aku macam tetiba terasa panas dari biasa. Itu jer...Kah Motor siap suruh tukar compressor...bengong.


Masalah berkaitan accident, dia siap bagi aku gambarajah kasar dengan segala tempat yang rosak (calar di cover spare tyre dan bumper) siap dengan anggaran harga. Semuanya tak sampai pun RM800 (utk aku claim dengan siapa yang bakal bersalah dalam kes aku).


Jadinya, disamping kemalangan kecil yang menimpa aku, ada hikmahnya jugak. Aku sudah jumpa satu Honda Service Centre yang sangat bagus. Jadinya, aku cadangkan pada pengguna Honda diluar sana....cubalah ke Global Amity di Serdang atau join saja fanpage mereka di Facebook.
.
.
p/s: Lama ooo aku buat research tentang Pusat Service Honda yang terbaik. Selain dari yang di Glenmarie dan Subang ada satu pusat di SS, PJ dan Global Amity, Serdang naik dalam senarai yang paling disukai ramai.

Monday, March 22, 2010

Tawau - Day 3 & Day 4

Tengahari tu, sampailah kami ke Tawau. Elok-elok jer time check-in. Sampai bilik, mandi dulu rehat-rehat.

Biliknya boleh tahan...selesa lah untuk kami anak-beranak. Mia akhirnya dapat tengok TV. Walaupun takder channel cartoon dia tapi ada Discovery Channel pun dah boleh buat Mia ralit.


Dah hilangkan penat, kami keluar ke Bandar Tawau. Paling hebat, sebabnya kami berjalan kaki dari hotel...semangat ni nak explore. Paling semangat, my husband lah. Tapi bila dah jalan-jalan sekejap...terus rasa cam boring plak. Bandar nya, lebih kurang Pekan, Pahang jer. Cuma mungkin besar sikit. Pemandangan yang dah biasa aku tengok...jadi tak berupaya mendatangkan mood 'excite' aku secara menyeluruh.


Gambar-gambar Bandar Tawau, sikit pun kami tak ambik..atas sebab...jalan dah penat dan hari adalah sangat panas...tak kuasa nak berenti snap snap.


Jalan dalam 2 jam gitu, kami pun balik semula ke hotel. Mandi sekali lagi..panas oooo...kali ni siap berbath tub dengan Mia. Nasib tak pecah bath tub tu kami tibai. Jakun lah katakan. Malam tu, kawan husband aku Ruslan ambik kami kat hotel dan bawak kami makan seafood. Katanya seafood kat Tawau ni murah-murah. Bila pergi.....


kami ambik Ikan Susu yang dah dibuang tulang halusnya..mintak chef recommend, dia buat masak kicap dan minyak bijan...boleh lah, aku tak minat sangat...rasa dia berlemak gak lah...
Ikan Pari panggang dengan kuah...sedapppp...
Ikan Jenahak 3 rasa...dah tak reti request menu apa dah..asyik2 itu jer lah..sweet sour, 3 rasa..apalagi yg boleh kami buat dengan ikan ni ek?..stim..husband aku kureng sikit masak steam fish ni...Pastu, aku mesti order ni...KETAM...chef masak Thai Style...sedap oooo...ada jugak Tiger Prawns goreng tepung, tapi disebabkan dia buat style tempura...ada sedikit off disitu...tapi Mia suka...dia makan tepung nya saja..udang dia bagi Uminya...Tapi....paling superb dahsyat, happening..adalah ini Kelapa Shake...giler best wa cakap lu...esoknya kami pergi lagi tempat ni, nak minum air ni..tapi malangnya restoran tak bukak lagi...eh apa nama restoran ni ek?..aku pun lupa nak tengok...


Banyak restoran makanan laut kat Tawau ni, especially tepi benteng/jeti dia. Tapi tengok tempat lah..tempat yang kami pergi ni, tak adalah murah jugak regenya...RM200++ kami bayar untuk 4 + 1 budak makan. Sama jer time aku makan kat Umbai hari tu.Esok pagi, aku ajak kawan husband aku dan isteri dia ke pasar basah Tawau. Aku suka ke pasar basah kalau berjalan tempat orang ni. Macam-macam ada. Lagi menarik dari Bandar Tawau sendiri. Kami ke Pasar Ikan Tawau, tempat nelayan-nelayan naikkan ikan dan terus peraih jual fresh fresh.


Bila aku tengok...mak aiiiiii...memang murah dan segar-segar. Ikan selar rm3 sekilo, ikan kembung/kerisi rm5-6 sekilo, sotong panjang rm5 sekilo, udang jer yang sama harga dengan KL. Lepas tu diaorang ada jual isi oyster yang besar-besar, lepas tu Kima (first time aku jumpa, macam kerang lah jugak, tapi besar) dan fresh seaweed. Diaorang seaweed ni rupanya makan saja jer. Ataupun boleh jugak, perah limau dan makan saja. Bila aku picit-picit hujung dia, macam telur ikan pun yer gak tekstur nya. Macam sedap jer.


Kawan husband aku cakap, diaorang hanya jual ikan yang fresh saja di pasar tu. Bila malam tak habis, harga akan turun hingga RM1 satu kilo...perghhhhh....kalau kat KL ni, 3 hari punya ikan pun dia jual lagi...harga sama jer. Cuma satu jer yang aku tak puas hati - makananan kat restoran smalam mahal. Mentang-mentang kami dari semenanjung, dan dan korang cekik darah yer.


Udang kering kat Tawau harganya rm20 untuk sekilo, ikan masin, sotong kering dalam rm10 - 23 atas paket-paket lah...banyak jugak. Ada satu jenis sotong kecik yang dikeringkan. Bila aku tanya macamana diaorang makan, penjual tu cakap, goreng garing-garing lepas tu makan dengan cili kicap. Macam sedap jer, tapi aku tak beli sebab tak pernah makan. Bila dah sampai KL mulalah menyesal tak beli. Nak mintak, kawan husband aku belikanlah sebelum dia balik esok.

Jam 3, kami pun check-out dari Belmont Marco Polo. Tunggu kawan husband aku datang ambil, dan hantar kami ke airport. Mia main snap snap guna hp ayahnya...

Lepas tu kami pulak snap snap gambar Mia. Aku beli legging/pantyhose untuk Mia tu kat Sabindo Plaza kat sana regenya rm10 jer satu. Menyesal plak aku tak beli lebih..baju putih tu pun Umi belikan kat situ.


Tiba-tiba Mia menyorok balik pokok....apalagi kalau bukan merajuk dengan ayahnya. Dia nak main games kat hp ayahnya tapi ayahnya tak bagi. Ingatkan nak belikan dia PSP.

Kesian pulak tengok, asyik berebut hp ayahnya. Hp Umi mmg tak simpan games watsoever...Umi bukan kaki games.
Akhirnya tibalah masa untuk kami terbang balik ke Kuala Lumpur. Habislah sudah percutian singkat kami di Sabah. Akan datang, kami akan ke Sarawak pulak. Menjejak tempat kelahiran husband aku dan tempat asal MIL ku. Sempat duduk setahun jer kat Sarawak mengikut ayahnya yang bertugas sebagai tentera.



Akhirnya ada gambar Mia naik aeroplane...yeye....budak sorang ni memang lah happy sangat. Budak paling excited dalam dunia...Mia ku sayang.


Seterusnya, aku akan update gambar random Pulau Mabul untuk entry seterusnya dan segala informasi tentang percutian kami kali ni.

Friday, March 19, 2010

Mabul Island - Day 3

Malam tu, nak menambah aktiviti percutian kami. Aku dan husband aku ambik pakej urutan spa. Dia ada dua pilihan, tempat biasa diaorang mengurut adalah bawah gazebo depan pantai..open space. Mat saleh bolehlah buat perangai gitu...aku??uish..malu lah I. Aku mintak diaorang urutkan aku dalam bilik. Spa datang pada kita. Aku urut satu badan, dan buat foot scrub. Husband aku pun urut satu badan jugak. Fuh....memang best betul tangan Kak Lisa tu. Dia Filipino yang dah menetap di Sabah..lama. Rupa-rupanya dia pun pernah ambik clomid macam aku dulu. Bertukar-tukar informasi lah kami.


Malam tu, masing-masing tidur dengan nyenyak dan happy.


Esok pagi, pukul 6 kami dah bangun bersiap untuk breakfast. Dekat Sabah ni, pukul 6 pagi langit dah cerah macam pukul 8 pagi di Semenanjung. Malamnya, pukul 6.30 dah gelap macam pukul 7.30 di Semenanjung.

Sesudah breakfast, kami bertiga gerak sekali lagi ke jeti. Ingatkan kalau boleh nak snorkeling sekali lagi lah. Tapi bila sampai ke jeti, kami tengok arus agak kuat dari biasa. Tak jadilah kami snorkeling kali kedua...sayang..sayang. Dari malam-semalam dah, aku dan husband discuss untuk tambahkan malam dekat Mabul dan cancel booking di Tawau. Tapi bila dikira-kira, beratus jugak yang kami akan rugi kalau tambah malam. Jadi, kami berjanji akan datang sini lagi dan kali tu nanti, akan lebih dari satu malam. Jadi dapatlah snorkeling sampai lebam dan boleh snorkeling di Sipadan sekali.

Tibalah masanya jugak untuk kami pulangkan Mia punya jet ski. Sedih jer muka dia. Merayu-rayu mintak belikan kat KL nanti. Masalahnya kalau beli pun, kat mana dia nak main benda alah tu? Kat atas tanah depan rumah?
Tengok tu, muka budak tak puas hati. Nak bagi dia happy, kami biarkan dia mandi swimming pool puas-puas.

Kami suka Mabul!

Tak dapat snorkeling, aku duduk lah baring konon sun tan...tapi tak bleh tahan punya...matahari terang memancar...aku surrender...pukul 9 pagi matahari macam pukul 11 pagi...Jadinya, kami berpindah tempat ke depan pantai....wallah....ada shade teduh...best best

Memang rasa macam relax giler masa ni.....aku siap tertidur-tidur kat sini. Mia pulak aku biarkan dia main pasir. Kutip seashell, korek pasir. Kejap-kejap kang dia tanya 'Umi, boleh tak kotorkan kuku?' tak lama pastu, tanya lagi ' Umi, boleh tak bukak selipar?' pastu tanya lagi 'Umi,boleh tak duduk atas pasir?' Kalau kat KL jangan harap nak buat semua tu kan...so kat Mabul...'anything you like, dear' adalah jawapan aku.Orang local kat sini, rajin betul mengutip segala sampah kat pantai. Setiap pagi, diaorang akan berjalan tepi pantai kutip segala sampah. Sampah-sampah yang ada kebanyakannya adalah seaweed kering, ranting kayu ataupun plastik-plastik yang dibawa arus.


Dah sampai masa kami nak check-out around 10.00 bersiap-siap lah kami mengemas bag. Walaupun duduk cuma 2 hari 1 malam, tapi aku rasa dah puas. Lagi lah kalau dapat 2 malam agaknya. Kat sini nak duduk lama-lama pun, nanti rasa cam bosan jugak. Lainlah kalau kita memang betul cintakan kedamaian dan ketenangan dan betul-betul kaki scuba. Kalau macam kami ni, ada masa tu mati kutu gak sebab bila masuk bilik, TV tak ada. So, tu yang kami tak duduk dalam bilik sangat...berjalan kat luar..berjalan keliling pulau.


Pulau Mabul ni tak besar, jalan kaki jer kita dah boleh habis round satu pulau. Boleh tengok perkampungan orang Bajau Laut, tengok anak-anak diaorang bogel-bogel jer berjalan. Pastu berlari terjun air kat depan rumah diaorang. Gambar perkampungan diaorang semua dalam kamera yang rosak tu :(Dah check out segala, kami disediakan lagi dengan light lunch katanya. Fish and Chips dengan coffee and juice. Kenapa awal sangat check-out? Sebab kami nak kena naik boat yang dijadualkan jam 11 nanti. Bye-bye Borneo Mabul Divers Resort. Staff yang sangat-sangat friendly dan you bet we will come back again.Giler tak datang balik...ko tengok jer lah macamana pemandangan nya memanggil-manggil...menjerit rasa hati nak datang lagi...(even when I'm writing this entry).

Kembali kami ke jeti yang sama. Duduk-duduk minum, berborak dengan pelancong-pelancong yang lain. Ramai masa ni, semuanya tengah tunggu boat untuk ke Sipadan rupanya...uwaaaa....nak pergi jugak!

Kenangan terindah, percutian kami tahun ni. Pulau Mabul yang sangat indah dan permai....

Dengan air yang jernih sampaiiiiiiii ke pantai...mana nak dapat ni dek non oooiii...kat Malaysia jer ni okeh. Tak yah pergi jauh, tak yah pergi sampai ke Fuji ker, Maldives ker, Hawaii ker...kat Malaysia jer...cantik ya amat Subhanallah tempatnya.


Ini boat yang akan bawak diaorang semua ke Pulau Sipadan. 30minit jer dari Pulau Mabul. Pulau Mataking pun dekat-dekat situ jer. Sepanjang perjalanan kitaorg naik boat pergi-balik, uncle yang temankan kitaorg (staff BMD) akan bercerita/explain pasal pulau-pulau yang ada sepanjang Sempoerna-Mabul-Sampoerna. Ada pulau tu ada satu rumah jer, kecik jer pulau nya. Ada satu pulau tu, penempatan 30 buah rumah, tak ada air bersih jadi mereka buat tadahan air hujan untuk air bersih. Kalau musim kemarau apa cer?


Ada satu pulau tu pulak, khas untuk ternakan seaweed. Hehehe...aku punya lah curious camner rasanya seaweed yang belum dikeringkan, bila time aku terjumpa fresh seaweed tepi pantai..laju jer aku gigit. Rasa dia....macam makan jelly..no taste...tekstur dia macam fungus/kulat telinga kera tu yang selalu ada dalam chinese food tu.


Menjerit husband aku tengok, katanya kalau beracun...abes. Aku cakap, kalau ikan, udang dan segala hidupan laut hidupnya makan seaweed...takkan lah manusia ni makan seaweed boleh mati pulak...tak logik tu...betul tak anak-anak????!!!!!....
Apa ada dalam bag plastik yang husband aku pegang tu yer???? ishk...terlupa sungguh aku...ermmmm
Mat saleh kat belakang aku tu, punyalah fasih cakap indon...fuh...vocab terbaik punya. Aku rasa dia dutch kot...org belanda indonesia. Tak sempat aku nak bertemu ramah dengan dia.

Ha, korang nampak apa yang kaler oren kat tengah-tengah tu? nampak tak? nampak tak?



Ha......itulah Patrick kawan Spongebob. Dia asal Pulau Mabul sebenarnya. Mia salah seorang peminat Patrick ni. Nampak jer dari atas jeti tu, menjerit-jerit dia panggil Patrick...muahuahua...buat lawak di bawah panas terik betul lah. Aku beritahu ke belum yang penyu pun kami nampak? Sebenarnya tak payah snorkeling pun, dari atas jeti ni boleh nampak segala ikan warna-warni, penyu, kuda laut.


Jadi, berakhirlah percutian kami di Pulau Mabul. Bergeraklah pula kami ke Tawau tengahari tu.



sambungan....

Thursday, March 18, 2010

Trip to Mabul : Hari kedua

Ok, entry kedua ni baru ler ada gambar sikit. Walaupun gambarnya dicampur adukkan, maknanya kebanyakan gambar ni kami tangkap semula pada hari terakhir kami kat Mabul. Semua gambar ni adalah dari handphone Nokia N97 Mini En. Husband aku. Jadi, maafkan lah kalau gambar nya tak berapa nak lawa. Tapi aku rasa dah cun dah ni, daripada takder langsung......uwaaaaa...cakap pasal gambar jer mesti hati rasa terkilan :(


Pagi hari kedua, kawan husband aku hantar kami ke depan Hotel Belmont Marco Polo di Tawau. Sempat jugak kami bersarapan sebelum tu. Nasi lemak Tawau kalernya kuning dan tak berlemak pun rasanya pada tekak aku. Sambal dia, adalah lauk ikan masak merah. Pelik jugak aku rasa. Umpama macam makan nasi putih jer pagi tu.


Pukul 7 a.m. van persiaran kami pun sampai. Sebelum gerak ke Sampoerna, van tu kena pick up dulu beberapa pelancong kat Airport Tawau. Satu couple mat saleh dari German dan satu couple chinese dari KL. Sepanjang perjalanan 1 jam kami Sampoerna, dua orang lelaki tu asyik berborak. Aku nak tidur pun tak jadi, sebabnya topik diaorang menarik gak. Jadi secara tak sengaja, aku ter 'eavesdropping' ler...cerita pasal diaorang asal mana, kerja apa, pasal Malaysia dan negara-negara lain. Best!

Sesampainya ke Sampoerna, kami terus naik speed boat ke Pulau Mabul. Laju giler boat tu, 400 horsepower. Dalam 45 minit kami pun sampai ke Pulau Mabul. Setiap resort, ada jetty persendirian rupanya. Sampai jer kat jeti, masing-masing sangat terjakun dengan kejernihan air kat situ. Dari jeti sampai ke pantai air jelas nampak ke dasar. Segala batu karang dan ikan colourful nampak jelas.
tengok... Resort ni hanya 100m jer jauh dari pantai. Dekat sangat.di depan hotel lobby dan dining hallgift shopsuasana di sekeliling resortgambar dari beranda chalet kami
Inilah satu-satunya gambar bilik yanga da dalam kamera hp Nokia tu. Aku ambik banyak lagi dengan kamera yang dah rosak tu. Biliknya sangat luas, bilik air pun luas dan sangat selesa. Ada tilam extra dia letakkan dalam bilik kami ni. Jadinya disitulah Mia tidur...bagus........Ini adalah briefing room, tv room, reading room dan internet room. Mereka sediakan beberapa pc yang ada internet untuk kemudahan para penginap.Dah masuk bilik, rehat sekejap, tukar baju dan Mia terus tak sabar-sabar nak keluar mandi. Di pantainya, tidaklah digalakkan untuk bermandi-manda sebabnya banyak batu karang. Boleh jer kalau nak mandi tapi macam tak selesa lah pulak kan. Kang ada tak perasan, terkena pulak. Jadinya, bergerak lah kami ke kolam renang yang resort sediakan.

Mia dapat main kid jet ski dengan free. Kalau tak, dalam rm15 jer sewanya. Kenapa free? Sebabnya kid swimming pool tak berapa bersih masa tu. Banyak macam ranting seaweed masuk dalam tu, so aku komplen secara berhemah lah. Tetiba dia bagi Mia main benda ni free...bagus.

Seronok bukan main Mia main. Benda ni bukannya laju pun. Nama jer jet ski. Jet ski dekat sini pun murah jer sewanya. RM50 untuk sejam main. Snorkeling gear hanya rm15 jer. Tapi malangnya Jet Ski masa tu dah fully booking sebab diaorang bawak main ke Sipadan.


Dah letih main-main, kami kembali ke bilik dan bersiap untuk makan tengahari.


Snorkeling memang best...dari atas jeti dah boleh nampak penyu berenang, apalagi kalau snorkeling. Malangnya gambar-gambar aku dan husband snorkeling satu pun kami tak sempat tengok. Ralat sungguh rasa...Mia pun kami pakaikan life jacket dan lepaskan dia dekat air dalam. Mula-mula menjerit jugak dia takut, tapi lepas tu seronok sebab dia boleh terapung walaupun tak tau berenang.


Dah puas snorkel sampai tangan kecut dan kaki cramp, kami semua naik darat semula dan mandi-manda bersiap untuk dinner pulak. Sebelum sampai bilik, sempat jugak kami terjun swimming pool sekali lagi.
Makanan kat sini, not bad. Walaupun banyak masakan western tapi nasi mesti ada. Kat sini memang ramai Mat Saleh. Ada dua jer family melayu, satu couple chinese selebihnya semua Mat Saleh. Itu sebablah makanan pun banyak western style.
Sebelah dengan kami punya resort adalah Sipadan Water Village. Yang memang sangat mahal harganya. Memanglah kami rasa Borneo Mabul Divers ni mahal jugak tapi tak adalah semahal SWV. Tapi bila kami sampai ke sini, kami tak rasa rugi langsung sebab apa yang kami dapat adalah berbaloi setiap sen yang kami keluarkan.


Entry terakhir aku tentang percutian ni akan disertakan dengan maklumat pakej dan lain-lain.


bersambung