Friday, April 30, 2010
Adat berkawan dari perspektif AKU
Friday, April 23, 2010
Kisah RM7000.00++ kos pembaikan dari accident yang ala-ala
Hal lain plus (+) masalah hati
Wednesday, April 14, 2010
SANGAT RASA BOSAN DAN MOOD UNTUK UPDATE BLOG ATAU MAIN FARMVILLE AGAK MENURUN KEBELAKANGAN INI
CERITA ADA BANYAK TAPI RASA BOSAN INI MENYERANG DENGAN MAHA HEBAT BUAT MASA INI
MAAF KALAU ADA YANG RAJIN JENGAH BLOG NI, TAPI ENTRY TAK BERUBAH-UBAH
p/s: Dah potong rambut Mia, nanti kalau mood rajin dah datang kita upload kat sini okay!
Thursday, April 8, 2010
Fobia rasa...
Wednesday, April 7, 2010
Besar ati.......
and then...........semalam dah dapat makan mangga yang husband aku potong sendiri. Puas hati aku...macam mem besar semalam....muahuahua....
eh...nak kena mengadu kat sini baru akan dapat apa yang aku nak ek...adakah cara ini lebih berkesan?
Tuesday, April 6, 2010
Kecik ati
Pastu, kita kan.....kalau rasa nak minum air panas...mesti kita offer sekali kan kat laki kita 'Yang, nak kopi tak?'...Tapi kalau laki kita, buat air....sikit pun tak tanya kita nak atau tak. Diam-diam buat sendiri, minum sendiri. Bila kita tegur dia....terus dia kata kongsi jer dengan saya.
Kenapa ek, walau berkali-kali dah tegur perangai mcm tu tapi masih jugak tak ada usaha nak membaik pulih perangai yang tak berapa molek tu? Kalau dengan orang lain, boleh pulak dia ajak tegur makan,minum sekali....tapi kenapa ek dengan bini sendiri ada double standard?
Kecik ati!
Friday, April 2, 2010
Kau Pergi.....
Kembalinya ke rahmatullah, Cikgu mengajiku yang juga jiran kami di Pekan, yang aku panggil Tok Ngah. Aku sangat sayangkan Tok Ngah. Dengan ilmu yang diberikannya lah aku sehingga sekarang sangat fasih mengaji. Aku start mengaji dengan dia masa aku 6 tahun lagi. Dua tahun pertama, aku sangat cengeng. Sebab setiap kali tak dapat baca dengan betul, dia akan cubit peha aku...slow jer tangan dia sorong kat peha aku. Tapi sakit ooooo....
Asal balik mengaji jer, aku menangis, asal balik jer aku menangis. Tapi lama-kelamaan aku menjadi semakin baik dan mudah tangkap apa yang dia ajar. Pernah aku masuk pertandingan hafazan muqaddam. Dengan dia lah jugak yang aku berlatih hari-hari untuk membetulkan tajwid. Selepas tu, bila dia tahu aku masuk kelas Fardhu Ain dan Tajwid masa di sekolah menengah, dimintanya pula aku untuk berkongsi ilmu dengan dia.
Walaupun guru mengaji yang paling garang di kawasan kami, tapi siapa yang mengaji dengan dia memang elok sebutannya. Walaupun dia garang, tapi aku tetap sangat sayangkan dia. Tok Ngah akan sentiasa dirinduiku. Semoga Roh nya dicucuri rahmat.

Kematian kedua pula, ialah kematian public figure ni. Siapa tak kenal, Din Beramboi. Setiap pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja, aku selalunya ditemani dengan radio Era. Setiap pagi, pasti aku dengar celoteh Aznil dan Din Beramboi. Walaupun adakala lawaknya memang tak lawak dan merapu tapi aku tetap terhibur dengan keletah gila-gila dia.
Cuma, aku akan start bertukar siaran bila keluar segmen Merisik Khabar jer. Sebab ada masanya terlalu pelik-pelik dan berlebihan masalah yang wujud. Tapi, bila tiba bab Sawancara, Drama Sebabak. Aku mesti bukak radio kuat-kuat.
Jadinya, macammana lah aku tak sedih dengan pemergiannya? Sebab orang yang ceria dan komedi adalah antara orang yang paling kita ingati dan hargai kerana kemampuannya membuat kita ketawa dan ceria.
Dua orang yang sangat dekat tapi jauh dalam hidup aku. Aku pasti sangat-sangat merindui kamu berdua. Semoga arwah Tok Ngah dan Din Beramboi di tempatkan dikalangan orang yang beriman.
p/s: Lagu Pergi dari Aizat sedang bermain dikotak fikiranku saat ini...
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia