Thursday, May 27, 2010

Semakin membahayakan

Sejak aku tengok Oprah dua hari lepas, gerun rasa. Topiknya pasal bahaya internet pada kanak-kanak dan remaja. Bahaya sebab ramai rupanya pedophile yang suka mencari mangsa dia melalui internet. Takut.

Pakar mengatakan yang budak-budak yang mudah terperangkap dengan pedophile di internet ni selalunya ialah straight A's student. Terlalu mudah percaya dengan orang. I am really scared.

Malaysia tak ada kan pedophile database? Benda ni mungkin kita rasa tak kritikal kat Malaysia tapi sememangnya benda ni wujud dan sudah ada pun sebenarnya di Malaysia ni.

Bermacam-macam lah dunia sekarang ni......Ya Allah lindungi lah semua kanak-kanak dalam dunia ni. Amin.

Friday, May 21, 2010

Apa yang tersurat dan tersirat

Aku dah start rasa frust. Walaupun aku selalu cuba bersikap positif selalu tapi aku cuma manusia biasa. Ada masanya aku rasa bosan kerana asyik gagal.

Aku sedar setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Rahsia Tuhan. Segala apa yang berlaku adalah demi kebaikan aku. Aku tahu. Tapi aku tetap perempuan yang emosinya sering berubah-ubah. Walau sekuat mana pun aku cuba berdiri. Ada masanya aku tetap tewas.

Setiap orang ada cabaran dan ada dugaan yang Allah berikan. Mungkin dari satu segi kamu bahagia dengan limpahan harta tapi dugaannya dari segi jodoh. Mungkin kita bahagia dari rezeki kurniaan zuriat tapi kurang pula dari segi harta. Mungkin kita dikurniakan semuanya harta dan zuriat yang baik tapi mungkin hati pula selalu gundah.

Pendek kata, tiada manusia yang sempurna. Yang bahagia berkekalan. Yang sihat tubuh badan dan kekal selamanya. Setiap apa yang kita ada, Tuhan sudah limitkan pinjamannya itu. Kesihatan, kekayaan, kebahagiaan wahima kesengsaraan pun.

Aku tahu...jika tak...takkan aku mampu panjang lebar merungkai rasa terbuku dalam dada aku ni.

Aku sebagai insan yang lemah cuma mampu mencuba dan mencuba untuk terus berusaha dan berdiri positif. Jika sudah tertulis kisah aku begitu adanya diatas sana, aku redha.

Kak Nam itu digunakan secara meluas dikalangan artis, jadi artis tu tiru kamukah?

Aku sebenarnya pagi ni dalam keadaan yang dah mula rasa kecewa. Agak murung gak waktu aku drive pagi tadi. Nanti lah kemudian aku ceritakan.

Tapi sebaik sampai depan PC, check dan reply segala email kerja. Aku cepat-cepat bukak email jemaah aku dan seterusnya blog sorang-sorang GBM. Mak datuk....entry berpasukan oi...terkejut aku. Berderet dekat bloglist tajuk yang sama jer, 'Reunion GBM'. Sebenarnya selalu jer aku bertentang mata dengan sebahagian dari mereka. Tapi untuk berjumpa lengkap bersama memang susah sementelah si Yan berada jauh kat Selatan nun. Sekarang dia dah kembali berdekatan so selepas ni dapatlah kami berjumpa selalu.


Malam tadi memang happening dengan bermacam-macam kisah.

Pagi, sedikit murung.

Tapi sebaik aku baca entry berpasukan diaorang terhibur jugak hati aku.
This two beautiful ladies Ayu and Sid. Dua orang yang sangat baik dan sangat penyabar orangnya. Kenapa aku kata penyabar?, sebab terlalu banyak dugaan dalam hidup diaorang tapi satu-satu berjaya diaorang hadapi berbekal kekuatan yang dikurniakan Tuhan.
Yan yang selalu ceria dan tetap comel walau macammanapun memek muka yang dia buat. Memang artis lah dia ni. Dila yang bakal menjadi isteri orang dalam masa tak sampai 50 hari. We are so happy for her...dan Kak Red yang menjadi penyambung persahabatan kami semua. Kami tak membacking bukan sebab kami tak sayang, tapi kami tak mau melayan kecetekan minda sesetengah orang tu. Ada yang rasa dia kenal Kak Red lebih dari diri Kak Red sendiri. Tapi tak sedar yang dia juga manusia biasa yang banyak kelemahan. Memalukan manusia lain dan berasa bangga dengan apa yang ditulis. Aku tak faham apa yang orang sanjung sangat segala caci maki tu. Memaki atau mencarut tu bagus ker kawan-kawan? Baik ker perkataan yang keluar dari mulut orang tu wahima dari tulisan dia pun?

Walau apapun yang sesetengah dari kamu nak katakan tentang kami ber enam ini. Ingatlah bahawasanya setiap orang tu tak sama dan apa yang kamu rasa tak sama dan tak serasi...kalau rasa tak suka dan tak boleh nak terima. Pergi saja, jangan ambik tau dan jangan pula disebabkan tak suka kamu dengan kejinya menghasut orang lain untuk turut tidak suka dan dengan sengaja mengada-adakan cerita yang tak ada.

Thursday, May 20, 2010

Free seat yang tak berapa free sangat lah

Korang tau kan AirAsia tengah buat promotion free seat untuk perjalanan Jan 2011 - May 2011? Hari ni last okay..dia 3 hari jer promo nya.


Memula tu ingatkan nak pergi bercuti ke Bali. tetiba teringat kat family kat Pekan, mak abah aku tak pernah berjalan jauh. Jadinya cancel plan Bali, tukar plan Bandung. Yup..sekali lagi...Bandung sentiasa pilihan utama sebab adik bongsu aku kat sana. Jadinya bawak lah mak abah berjalan ke sana sekali. 1K gak untuk 7 orang pergi.


Pastu, teringat pulak kat mak mentua aku yang selalu sebut-sebut nak berjalan satu family ke Sarawak. Memula kalau difikirkan memang dah takder budget dah nak berjalan dua kali dalam setahun. Tapinya, memandangkan aku dah beli untuk satu family ke Bandung jadinya satu family lagi kena adil jugak. Ke Sarawak we go 2months after my trip to Bandung nanti.


Nampak gayanya kenalah aku start menyimpan dari sekarang, khas untuk tahun depan punya travel.


Teringin gak hati nak berjalan ke negeri omputih. Tapinya, bila difikir-fikirkan balik, Malaysia pun belum abes jalan. South East Asia pun sama. Teringin gak nak berjalan ke Gold Coast ker, Paris ker kan....tapi aku tak mampu lagi buat masa ni. Jalan dekat-dekat lah yer anak-anak sekalian.


Itupun nak naik pengsan ribu-ribuan rege tiket. Macam biasalah. Nama jer free seat, tapi return flight jer dapat free seat. Nak pergi berbayo gak...walaupun takderlah mahal mcm biasa. Tapi bila dah pergi 7-9 orang....tak ke ribu tu heh.
.
Airport Tax lah, Convenience Fee lah, Baggage lah, Skybus lah (yer untuk kedua-dua family pergi-balik ke LCTT naik Skybus merah Airasia, senang...sape nak menganto tu nanti ke Bandung 7 orang ke Sarawak 9 orang)


Masak lah kami nak membayo kad kredit pasni. Makan catu lah kami.......


p/s: Nak menyedapkan hati sendiri : Takperlah Rose, untuk family ko gak...bila lagi nak berbakti dengan family kan. Heh tapi...adik beradik bayar balik aaaa...jgn lupa....

Wednesday, May 19, 2010

Photo: Rambut baru Mia and from the operation the other day

Lama blog aku tak der letak gambar kan....well...mak malas okeh...sejak kamera rosak, kena ambik guna hp pastu bluetooth kat hp husband sebab cable tak tau mana pergi pastu dia kena transfer ke pc seterusnya ke pen drive yang memakan masa lebih kurang setahun sebab dia asyik lupa atau busy. Tapi pagi tadi, tetiba...eh eh...dapat 4-5 email gambar2 dari camera hp dia. Ini masa tengah hantar rambut Mia untuk dikorbankan. Tengok mak tiri kat belakang cekak pinggang sambil sengih-sengih rambut anak kena korban. Muka Mia...redha jer...

Tadaaaaaa...ini hasilnya....rambut Mia dah takat bahu dah, senang nenek dia nak uruskan before pergi sekolah sekarang. Tak ikat pun takper...tapi...cepat jer rambut Mia ni panjang.

Model rambut saya...style Mia sekarang sejak sekolah..kalau ambik gambar mesti style lurus tegak cam nyanyi lagu Negaraku. Anakku dah tak stylo dah ker..sejak didisiplinkan dek sekolah dia...oh noe...camner nak asuh jadi model nih...ngehngehngeh....

Aku suka gambar ni..penuh kasih sayang aku rasa pandang Mia yang manja menggedik selalu tu....

Ini plak masa aku kat spital tempoh hari untuk minor surgery tu. Sebelum....giler serabai...muka jer senyum....korang tak dapat bayangkan bagaimana sakitnya bahu aku masa tu.

Selepas....dalam sejam jer masuk operation theatre. Operationnya katanya berlangsung tak sampai 15minit. Dah nama pun minor kan......Itu muka masih mamai mamai ubat bius baru nak hilang.

Itu dia aku punya tempat bisul besar tu bertenggek....lepas operation ni masih ada kesan darah pada belakang badan aku dan rambut aku.Kesan darah kering, susah jugak nak hilangkan. Tapi yang paling best, sakit aku terus hilang....best betul masa ni.

Ini bersepah, kerja laki aku ler. Disebabkan terpaksa ambik EL sebab bininya masuk spital, terpaksalah bawak segala kerja ofis ke spital.


Thanks to my husband yang sentiasa ada disisi masa aku sakit ni. Sekarang ni nak shampoo rambut sendiri pun dah tak boleh. Apalagi nak sabunkan bahagian tengkuk. Terpaksalah laki aku yang cucikan. Unless kalau dia sanggup kasi aku duit cuci di saloon selalu...hehehe. Bila masa lagi nak bermanja dengan laki sendiri kan. Inilah masanya...

Thursday, May 13, 2010

Berdating tinggal anak

Korang dah tengok Ip Man 2? Best kan....Bagi yang belum tengok, pergilah tengok...memang best. Kalau aku berbangsa cina memang akan sangat bangga dengan filem tu. Menaikkan semangat kita.


Dah lama kami merancang nak tengok Ip Man, tapi masa cerita ni baru ditayangkan, bapaklah susahnya nak dapatkan tiket. Dah lepas 2 minggu baru lah senang dapat tiket. Tapi, satu jer problemnya, Ip Man 2 adalah 18SG. Maknanya tak boleh bawak Mia.


Ayahmia sungguh-sungguh nak tengok Ip Man 2. Jadi, aku pun arrange lah jugak supaya kami dapat tengok bersama. Terpaksalah tinggalkan Mia kat rumah nenek dia malam tu.


Seperti yang kami dah agak, Mia dah tentu akan banyak kali call kami. Tanya dekat mana, buat apa. Aku jawab, Umi ada keje dengan Ayah. Well.....kalau aku cakap tengok wayang lagilah dia menjerit dalam telefon.


Sebenarnya, hari sebelum tu aku dah cuba dapatkan persetujuan Mia. Aku tanya ' Sayang, boleh tak esok Umi nak dating berdua jer dengan Ayah, sayang tidur rumah nenek'. Terang-terang jawapan dia no no no. Tapi aku pujuk-pujuk jugak.


Esoknya, ayah dia telefon ke rumah nenek dan bagitau Mia akan tidur sana malam ni sebab kitaorang ada kerja. Tiba-tiba nenek dia cakap 'Kerja ker nak berdua-duaan, anak engkau cakap korang nak dating tengok wayang'...aiseh........pecah rahsia.


Dalam banyak-banyak call dari Mia malam tu, Mia tanya kenapa dia kena tidur rumah nenek. Aku jawab, sebab Umi ada kerja.


Tiba-tiba Mia jawab 'Mia tak suka lah ibu-ibu yang selalu ada kerja ni. Bila ibu-ibu ni ada kerja mereka selalu tinggalkan anak kat rumah nenek dia'


errrrrrrrr.....aduh...terkena sebijik....hehehe...


Esoknya aku bagitau lah kat Mia yang aku sebenarnya pergi tengok wayang dengan ayah dia. Dia bising lah sekejap tapinya dia pun tau cerita tu tak boleh bawak dia, sebab hari tu aku pernah tanya dekat kaunter wayang dengan dia.


Semalam, Mia bagi permintaan dan soalan cepumas lagi.


'Umi, kenapa dalam perut Umi tak ada baby lagi?, bila kita nak ada baby, Mia nak adik'


Jawapan aku: ' Boleh, tak ada masalah......Umi tengah cuba lah ni. Kalau Mia nak adik cepat, Mia kena selalu tidur rumah nenek dan bagi Umi dengan Ayah dating selalu'


Terus dia 'OK'...


Yes yes yes..........


Tapi, rasanya entahlah kami berdua ni. Anak tak ada sekejap pun nak rindu-rindu segala. Asyik cerita pasal dia jer. Alih-alih sebelum tengok wayang kami belikan Mia hadiah pulak. Apalagi si kecik tu, siap bagitau lagi...kalau setiap kali dia tidur rumah nenek Ayah, Umi bagi hadiah...dia selalu tidur rumah nenek pun tak apa...pandai ko kan Mia.

Wednesday, May 12, 2010

Aku ada jer

Siapa cakap aku takder??...aku ada jer...cuma rasa nak berblog saja yang agak kehilangan sejak akhir-akhir ni.


Last week aku MC 5 hari bekerja (kira one whole week) lah tu. Sebabnya: aku kena minor surgery kat belakang bahu. Kena warded satu hari dan mamai disebabkan bius dan pain killer yang kuat untuk 2-3 hari seterusnya.

Aku juga sangat bosan dengan Facebook. Oh Farmville, lagi lah aku bosan. Bosan dan bosan.


Event: aku pergi event Marie France yang Redmummy dok kumpulkan for Mother's Day hari tu, tapi no photo from me and not much story I can tell. Korang boleh baca storynya dari blog RM sendiri atau Mya.


Heh....ada orang buat spekulasi yang aku dah tak rapat dengan kawan-kawan rapat aku yang bertiga tu...Atul, Farah, Niza....hehehehe...kelakar. Giler ko aku tak rapat, sampai mati pun aku akan ada dengan diaorang. Walau aku buat perangai atau diaorang buat perangai pun aku dan diaorang akan tetap sayang antara satu sama lain. Kan aku cakap sebelum ni, Berkawan ni lebih kurang sama macam 'kawin' jer. Cuma no sex involved.


Aku cerita benda kat bawah tu, bukan peristiwanya berlaku pada aku. Pada orang lain, dan aku sebagai pemerhati sangat kecewa dengan perbuatan kawan-kawan yang memburukkan kawan-kawan. Itu ajer....kawan-kawan aku semua baik ajer dengan aku. Aku sayanggggg diaorang. Salah satu pelengkap hidup aku.


Dan....lagi satu....kepada orang-orang diluar sana yang tak tau ujung pangkal. Baik DIAM. Daripada menambah perisa kepada apa yang sedia buruk. Aku sangat tak suka entry yang mencerca orang. Walaupun betapa hebat dan cool dan 'tak hipokrit' nya orang tu. Kalau dia dah terang-terangan mencerca orang apa yang baiknya pada dia entah.


Masalahnya disini, siapa yang mulakan. Baik korang pastikan benda ni betul-betul. Siapa yang kacau siapa dulu.


Setiap orang tu tak sempurna. Mana ada orang yang betul-betul sempurna dalam dunia. Kita pun sama. Jangan mudah sangat nak jatuhkan hukum atas orang. Rendah sangat cara tu. Lagi satu, please lah.....jangan sentuh family orang boleh? Seriously, aku sebagai seorang ibu, isteri dan anak sangat tak suka dan PANTANG kalau orang sentuh perihal anak aku, suami aku dan mak bapak aku. Kalau nak berperang sungguh-sungguh, serang lah individu tu saja, jangan nak libatkan orang lain disekeliling dia. Rendah sangat cara tu terlalu rendah.