Wednesday, June 30, 2010

No secretary job for me please

Saja jer nak update sikit walaupun belum masanya aku update cerita aku. Sebab rasa cam pelik lak...bila aku komen kat blog org keluar entry latest aku..'Tak minat politik persatuan' yang mana dah berminggu-minggu lepas. Aku pun naik menyampah tengok.

By the way, siapa yang nak menang (AJK Alumni) tu dah pun menang. Walaupun dia tak dapat jawatan yang diinginkan tapi tettap..dalam AJK kan. Good for you..Well Done.

As for me, walaupun dipujuk2 jugak untuk jadi setiausaha atau penolong setiausaha. I had enuf. Akhirnya aku duduk jugak dalam AJK kecik (yang boleh jer 'tak dtg' kalau ada mesyuarat..wiiii).

Aku ni tak berapa sesuai buat kerja secretary persatuan ni. Satu..aku malas..Dua...aku tak ada masa...Tiga...aku malas (eh dah cakap tadi yer).

Kerja secretary kena meticulous, teliti, sabar dan tekun.

Aku: well........I know myself...I have all that traits but then again, not even half of it. So, better aku tarik diri jer awal-awal.

Aku doakan yang terbaik untuk Alumni sekolah aku tu. Walaupun 3 tahun jer aku kat situ, tapi tetap meninggalkan banyak kenangan manis kat aku. Giler ko...mau tak nya...puppy love aku ada satu kat situ tu (eh..cam byk experienced puppy love jer).

Monday, June 14, 2010

Tak minat politik persatuan

eheh...Mia dah balik yeay yeay....sekarang ni rasa nak berkepit 24-7 dengan anak.

Macam tak puas-puas jer merenung anak sendiri...sayang sungguh rasa hati. Apa ker over sangat aku ni sayang anak ek?!

Sekarang ni, betapalah hati ni sangat malas nak melayan alumni sekolah aku tu. AGM nya sabtu ni dan aku lah sengsorang penggerak nya. Mau tak rasa bengang...bukan setakat bengang...motivasi pun dah paras-paras buku lali dah ni. Menyampah pulak aku rasa. Eh, sape nak jawatan aku ni ambik ler...aku kasik free kat korang. Tak usahlah dok telefon aku hari-hari siang malam tanya macam-macam, explain macam-macam. Tak cukup dua tangan, dengan kaki-kaki nanti aku angkat masa mengundi ko nanti yer. Don't worry..Be happy.

Thursday, June 10, 2010

Kalau hati tak ceria

Aku ni kalau happy selalunya akan ada banyak benda nak cakap tak kiralah secara life, dalam blog, FB atau twitter.

Tapi kalau rasa hidup macam routine jer tanpa ada perkara-perkara yang boleh menceriakan hati aku secara individu, aku malas nak cakap banyak, tak berminat nak update FB atau blog atau twitter.

Sejak dua menjak ni lah perangai aku cenggini.

Macamana yer, aku yang semasa kanak-kanaknya sangat riuh dan talkative jadi sebegini?

p/s: husband aku baru sms tadi, bertanyakan jika aku mahu ambil anak angkat lagi. Jawapan aku 'buat masa sekarang, sorry, not interested'

Tuesday, June 8, 2010

I miss you Baby...

My Baby dok kampung seminggu...merana rasa Umi...

Tapi sebab kesian dengan Mia yang bakal takder aktiviti menarik sepanjang cuti kalau stay dengan Umi, terpaksa Umi merelakan dia tinggal dengan Wan dengan Tok Abah seminggu ni.

Sebelum balik hari tu Mia siap cium lengan aku 15x. Sebab takut rindu katanya. Tapi Umi pulak yang tak larat menanggung rindu kat sini. Nak terbang balik Pekan rasanya.

Masa, cepat lah kamu berlalu...cepat-cepat....

I MISS YOU BABY...MISS YOU SO MUCH...

Friday, June 4, 2010

Mia yang loyar buruk

Sekarang ni Mia makin loyar buruk. Macam omaknya masa kecik. Peel dia sekarang, suka sangat panggil orang guna nama penuh. Setakat ni yang selalu kena, aku lah. Sape lagi.


Dialog ni baru jer berlaku beberapa minit tadi;


Aku: Helo, tadi siapa yang call sy?

Mia: Saya yang call, Mia Aqilah Bt Muhamad Afdillah

Aku: Siapa Mia Aqilah Bt Muhamad Afdillah ni yer......

Mia: Anak makcik...


Makcik dia panggil mak dia, kurang asem punya anak. Pastu, setiap kali akhir call, aku cakap bye-bye. Dia akan balas balik 'bye-bye Rose Hazeline Bt Rosle'


Aduhai.....Mia..Mia...macam-macam keletah anak dara aku sorang tu.

KAPOWW The Movie

Tajuk: KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

Pengarah: Azizi 'Chunk' Adnan

Terbitan: Tayangan Unggul

Pelakon: Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri, Lisa Surihani, Awie, Afdlin Shauki, Khir Rahman dan ramai lagi

Synopsis:


Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung. Aboo (kawan baik Atoi) cuba yang terbaik membantu Atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu. Setelah banyak percubaan mendapatkan special power tak berjaya, tiba-tiba pada satu hari Atoi dapatlah power dia melalui panahan petir. Lepas tu KAPOWW (akronim untuk Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira-wira) masa tu memang tengah mencari superhero baru, lalu terjumpalah dengan Atoi ni. Bawaklah dia ke HQ dan dilatih menjadi superhero yang berjaya. Lepas tu....banyak lagi twist dia...baik korang pi tengok sendiri.


My Review:

Tak dinafikan, semasa aku duduk dalam panggung sebelum cerita ni bermula. Expectation aku langsung tak tinggi. Apalagi setelah cerita Antoo Fighter hasil pengarahan yang sama 'flop'. Lagi pulak bila filem ni ialah filem grafik komik.

Tetapi, jangan pandang rendah pada 'ini cerita'. Serius lawak lah...sampai sekarang kalau aku stress dalam jam aku cuma ingat balik lawak-lawak dalam filem tu. Scene yang paling menggelikan hati aku masa Aboo (Bell) hantar Atoi (Zizan) kat klinik kampung dia lepas Atoi kena renjatan elektrik sampai muka hitam legam. Bell tanya doktor samada kawan dia tu ada super power atau tak. Doktor kurus keding macam pesakit Tanjong Rambutan balas balik kata takder (and blablabla...ada lagi dialog lawak dia). Pastu doktor tu acah-acah Aboo nak cucuk..nak cucuk...serius muka doktor tu cute giler walaupun mcm orang gila. Pastu si Aboo buat aksi monyet yang tepuk2 tangan atas kepala tu dengan muka bengang dengan lawak doktor. Hahahaha...serius lawak weh...tak tahan aku gelak sekarang.

Walaupun ini filem grafik komik yang penontonnya terhad. Terhad kenapa? Sebab tak ramai orang yang suka menonton cerita-cerita genre ni kat Malaysia. Tapi, aku rasa kalau kamu mau menonton filem yang ringan, filem yang mampu hilangkan stress. Tontonlah KAPOWW. Secara mata kasar mungkin nampak tak berkualiti atau tak sehebat filem barat (jangan bandingkanlah kalau boleh) tapi cerita ni aku rasa setanding dengan Adnan Sempit, The Movie. Tak salah kalau aku katakan, aku paling suka lakonan Bell.

Sisi lawak Bell yang mula menarik minat aku ialah semasa dia berlakon satu teledrama kat Astro untuk cerita Cik Eton Pinkie (skrip hasil kawan aku Along). Pertama kali aku nampak Bell sangat lawak dan aku yakin dalam Kapoww dia akan sama lawak. Nyata telahan aku silap. Sebabnya, dia lebih lawak dari Zizan Raja Lawak. Zizan lawak jugak tapi Bell...hillarious. Go go Bell.

Lakonan Zizan, not bad. Dia memang ada nilai komersial dan sangat berbakat. Aku yakin dia boleh pergi jauh. Lisa Surihani...well....loghat Perak dia tak menjadi pun, dengar cam omputih cakap Kedah pulak. Tapi bolehlah...ada terselit muka comel satu kat dalam movie ni...sedaplah mata menengoknya.

Korang dah tengok filem omputih 'Kick Ass'? Filem budak remaja nak jadi superhero walaupun dia tak ada superpower. Lebih kurang aku tengok style dia ngan citer Kapoww ni. Memula tengok aku macam ' What is this....so lame;. Citer omputih pun ada lame ok, jangan bangga-banggakan sangat produk omputih. Tapi aku tetap tak berganjak menonton, sebab dia ada unsur hiburan.

Cuma masalahnya cerita 'Kick Ass' tu sangat mengeksploitasi budak bawah umur. Budak perempuan bawah umur buat scene ganas pastu cakap maki-maki. Cukup aku tak suka. Itu sebab bila cerita dah habis, aku cakap aku tak suka walaupun aku ada gelak-gelak tengok. (Ini cerita lari tajuk sikit lah yer).

Macam filem Hongkong, Murderer lakonan Aaron Kwok dengan cerita omputih The Orphan, gitu jugak. Eksploit bebudak. I hate that. Walau setakat dalam filem sekalipun, walau korang kata bebudak tu tak terjejas. Tapi diaorang masih budak-budak. Nak buat duit pun, jangan eksploit bebudak. Please lah...setiap kanak-kanak tu suci dan kalau dia membesar menjadi yang sebaliknya itu adalah salah orang dewasa disekelilingnya.

Heh...banyak pulak aku lari tajuk.

Well..............Go watch Kapoww. Kalau korang tengok tak gelak. Meh, bagitau aku...aku pulangkan duit seploh ringgit korang.