Wednesday, September 29, 2010

Hachiko

Director: Lasse Hallstrom

Starring: Richard Gere and an Akita dog


Plot: La Vera Storia di una grande amicizia.....paham tak ni? maknanya; A true story of faith,devotion and undying love....gagagaga....pandai2 jer aku. Cerita yang diadaptasi daripada cerita benar negara Jepun tentang seekor anjing Akita yang walaupun ownernya dah kiok dia dok gak tunggu nak dekat 10 tahun.

My comment: (yang atas tu dah mcm sebhgn komen gak ek)

I'm not a dog lover or even a cat lover. Pendek kata, aku bukanlah pencinta haiwan especially yang bergigi ni. Sekali dia ngap tangan (walaupun nak main2) aku dah menjerit. Tapi aku suka semua cerita yang ada melibatkan hubungan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Atau lebih tepat sebenarnya, AKU MEMANG SUKA TENGOK MOVIE tak kira lah apa jenis cerita pun, kalau jalan cerita best.....aku ON jer.

Sape suka Marley & Me..angkat tangan...sebab sape2 yang angkat tangan tu akan suka gak cerita Hachiko ni. Hachiko ni dalam Jepun bermakna No. 8 yer.

Ceritanya pasal seekor anjing Akita (anjing yang mmg perangai sebijik org Jepun, didn't like to play catch not like 'the Americans' and very devoted) yang secara misterinya dijumpai dek sorang Professor (lakonan Richard Gere). Walaupun mula2 tu dia cam hesitate nak bawak balik, dan hesitate untuk bela tapi akhirnya jadi milik dia jugak, lepas bini dia kasi green light ler (sayang,don't you ever think to trick me into cat adoption okey..still a big NO).

Pastu, dah besar anjing tu...jadi kebiasaan dia untuk pergi hantar tuan dia pergi kerja dan tunggu bila balik kerja kat depan stesen keretapi sampaikan semua org yg biasa lalu-lalang kat situ dah kenal.

Tak lama kemudian, tuan dia meninggal masa dia tgh bagi lecture kat Uni. Sampai sudahlah si Hachiko ni dok menunggu kat stesen tu tuan dia tak balik-balik. Time ni aku dah start meleleh airmata dah.

Masa hari pengkebumian pun si Hachi ni masih lagi dok tunggu kat stesen tu. Tak lama lepas tu anak perempuan Prof tu ambik Hachi bawak ke rumah dia. Tapi petang jer, Hachi lari pergi stesen tu balik..alih-alih anak perempuan Prof tu merelakan jer lah Hachi pergi.

For the next 9 years, Hachi tu dengan setianya menunggu Prof tu kat stesen tu sampailah dia mati. Hachi ni kira famouslah kat Shibuya station tu sampaikan ada tugu Hachiko dibina at the same spot tempat dia menunggu dengan penuh setianya.

Punyalah Hachi ni setia nak mampos, kalau dia nampak anjing betina lain lalu pun dia setakat tengok jer..tak heran. Mana nak cari binatang setia camtu korang. Manusia pun tak camtu...bini tak sampai setahun meninggal dah kawin lain.

Seriously, aku menangis sampai teresak-esak pastu dengan hidung tersumbat dengan kepala sakit. Walaupun husband aku dengan sungguh-sungguh dok menggelakkan aku, aku TETAP nak nangis gak. Mia cuba gak teran airmata dia tapi she cannot lie...I know her.

Walaupun lakonan manusia dalam cerita ni tak lah seberapa, kira macam lite-lite saja dan bila tengok cerita tu macam tengok Discovery Channel atau History Channel punya cerita jer tapi kehadiran watak-watak yang ada amat membantu filem tu menjadi lebih theatrical gitu.

Now I understood that even an expressionless act can also touch your heart. Cakap aku, apa expression yang ko leh dapat daripada anjing. Dia tak nangis, senyum jauh sekali. Tapi aku nanges gak tanpa henti selama lebih kurang 15-20minit.

Aku kasi 5 bintang...(asal citer pasal binatang jer dpt 5 bintang dari aku ek..tapi aku tak buyers no no no no).

Tuesday, September 28, 2010

The Owls of Ga'Hoole, Charlie St. Cloud, The Expendables

Director: Zack Snyder

Synopsis:

Soren, a young barn owl, is kidnapped by owls of St. Aggie's, ostensibly an orphanage, where owlets are brainwashed into becoming soldiers. He and his new friends escape to the island of Ga'Hoole, to assist its noble, wise owls who fight the army being created by the wicked rulers of St. Aggie's.

My comment:

I love it...but I think Mia love it more. Pada aku, kalau cerita yang Mia mampu tengok dan duduk sampai akhir memang cerita yang bagus lah. Bersempena dengan birthday aku jumaat lepas, aku bawak Mia tengok wayang. Berdua jer, sebab husband aku kerja ler..cam biasa.

Cerita ni basically cerita Good vs Evil. Kumpulan burung hantu yang jahat berusaha nak menjatuhkan sekumpulan burung hantu yang baik. Yang paling aku kagum dalam movie ni ialah penceritaannya yang dalam masa yang sama educate jugak penonton tentang spesies burung hantu. Contohnya Tyto, Otus. Pendek kata macam tengok Animal Planet plak dah. Banyak gak soalan Mia yang aku kena jawab berselang-seli masa tengok movie ni.

Aku mintak maaf awal2 lah yer pada sesapa yang tak suka bila dengar budak2 tak berhenti bercakap dalam wayang. Ada masa aku pun tak larat nak jawab pertanyaan anak sendiri tapi demi janji aku pada diri aku sebelum aku ada anak lagi, yang aku akan cuba jawab semua soalan yang anak aku tanya. Jadinya, aku tak sampai hati nak membiarkan segala soalan Mia tak berjawab. Tapi masa tengok movie ni bukan aku dan Mia saja yang macam tu. Ramai rupanya parents lain dok berbisik-bisik dengan anak2 mereka. Aku cukup suka dengan filem yang educate anak-anak kita dan tanpa ragu-ragu aku recommend kamu semua yang ada anak untuk pergi tonton filem ni di pawagam.

5 star from me.

Director: Burr Steers

Starring: Zac Efron, Charlie Tahan, Amanda Crew, Kim Basinger...

Synopsis:

Charlie St. Cloud is a young man overcome by grief at the death of his younger brother. So much so that he takes a job as caretaker of the cemetery in which his brother is buried. Charlie has a special lasting bond with his brother though, as he can see him. Charlie meets up with his brother (Sam) each night to play catch and talk. Then, a girl comes into Charlie's life and he must choose between keeping a promise he made to Sam, or going after the girl he loves

My comment:

Kejap...tunggu....pada sesiapa yang ada prejudice atau stereotype thinking towards Zac Efron..baik buang dulu jauh-jauh segala yang itu. Cerita ni takder sikit pun babak Zac Efron menari atau menyanyi. Tapi, part dia cuba buat muka seksi dan popular dia tu tak leh buang ler. Muka cari makan tu beb...

Aku baru tengok cerita ni semalam. Dapat free from Skuad Perodua Era. Penat husband aku buat macam2 aksi nak dapatkan tiket preview screening tu ok. Bravo my darling...I love you very strong lah my dear.

Aku nangis. Serius aku nangis...sedih ooo..aku tak leh tengok kematian dalam hubungan yang rapat ni. Tak kiralah, masa Capt. John Miller mati demi nak menyelamatkan Private Ryan ataupun masa anjing John Grogan, Marley mati. Meleleh sampai boleh teresak-esak lah aku (lepas tu keluar wayang, kepala aku sakit sbb byk nangis).

Ada review yang aku baca, kata lakonan Zac Efron kaku. Helo..kaku ker? ko yang tengok terkaku tak tau lah plak. OK jer aku tengok dia bawak watak Charlie St. Cloud yang hidup dalam rasa bersalah yang amat dan kesedihan melampau atas kematian adik kesayangan dia dalam accident yang nyaris-nyaris mengambil nyawa dia jugak.

Cuma satu jer lah pelik...hensem bebeno lah caretaker atau penjaga kubur tu. Macam aku tengok Rozita Che Wan berlakon jadi orang gaji dalam Tunjang Saadah lah. Kalau lah aku takder calon lain, sanggup rasanya aku dok teman dia cuci tanah kubur, halau angsa, tanam pokok bunga atas kubur.

Aku suka jugak budak cute yang berlakon watak Sam St. Cloud tu. Bakal pelapis tu...dan selepas tengok movie tu teringin plak aku nak belajar bawak kapal layar...(heh rose, yer ker ko nak bawak kapal layar..naik banana boat pun puas ko nak panjat balik atas banana tu, inikan plak kapal layar).

Aku nak kasi 4 star...(kurang satu star sebab ada masanya waktu pause yang di create dalam jalan cerita rasa macam terlalu dipanjangkan dan rasa tak perlu).

Director: Slyvester Stallone

Pelakon: Semua pelakon star for action movies such as Jet Li, Jason Statham, Bruce Willis, Steve Austin, Mickey Rourke pendek kata kebanyakan pelakon mesti korang kenal lah.

Plot: A team of mercenaries head to South America on a mission to overthrow a dictator.

My comment:

Best ler..apa lagik. Action action and more action. Takder banyak masa nak boring lah. Jalan cerita kalau nak ikutkan cliche sangatlah. Sly punya cerita, of course ler ala-ala Rambo ala-ala The Rocky.

Aku bagi 3 star (sebab cliche).

P/S: Next aku nak tengok Remember Me lakonan Robert Pattinson, The Runaways lakonan Kristen Stewart dengan Dakota Fanning pastu aku nak tengok Hachiko lakonan sekor anjing dengan Richard Gere (nanges lagi ler aku pasni).
Oh lupa, pastu nak tengok Resident Evil ...yeah yeah....

Friday, September 24, 2010

Happy Birthday to myself....

My life is blessed with happiness and love all around me

With good friends that love me no matter what

Thank you God...

Friday, September 3, 2010

Berbuka puasa dengan artis katanya

hehe....seronoklah puasa kali ni...banyaklah sebabnya yg meng'contribute' kepada keseronokan yang terjadi ni. Panjang sangat kalau nak cerita satu-satu....

Yang penting..........yeayyyy peod dah abes...setelah lebih sebulan melalui hari2 yang tak selesa sambil merisau sepanjang masa, akhirnya peod ku tamat jua. I can do watever I want..yeah yeah...

Semalam dapat jemputan berbuka puasa daripada Tayangan Unggul dan Astro Shaw kat Putrajaya Marriott. Sangat seronok....walaupun makan hanya ala-ala dan walaupun kesesatan yang terlampau-lampau.

Bayangkanlah, kengkononnya sure sampai awal ke Putrajaya, jadinya bawaklah 80-100km/jam jer. Bila dah nampak signboard Putrajaya Marriott aku dengan bijaknya ambik turning salah, ke Cyberjaya. Memusing satu Cyberjaya dan bersambung plak ke Putrajaya. Hampir putus asa, aku berhenti kat Balai Polis Putrajaya tanya direction.

Jawapan yang aku dapat ' Putrajaya Marriott tu kak memang susah sikit, bukan di Cyberjaya mahupun di Putrajaya. Boleh dikatakan di Serdang sana tu'. What???!!!!

Akhirnya beberapa minit sebelum berbuka sampai jugak aku ke situ. Kesian kat Kak Red and Sirman, tersalah dapat info..kehkehkeh..pergi ke Putrajaya Convention Centre..wooppsss...

Best sebab my best friend Atul pun ada sama. Jadinya bertambah ramai lah org yang boleh menyumbang kepada kesengalan aku.

Ramai artis weh...kalau korang nak tengok gambar diaorang dan gambar2 lain yang ada..pergi tengok kat blog Redmummy aaa....

Thanks to Ira Fazir and Tayangan Unggul for the invitation. Love uolls so much...mmuah..