Monday, October 25, 2010

SEJARAH yang terlalu dipolitikkan aku rasa

Sudahkah dibuat survey dan kajian yang menyeluruh sebelum menetapkan keputusan penting seperti ini? Mendidik warga bertanggungjawab, jati diri dan bersatu padu melalui sejarah aku rasakan sesuatu yang agak sukar. Ia nampak terlalu dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

Aku faham niat kerajaan yang mahu melihat rakyat Malaysia bersatu padu. Lebih-lebih lagi sejak ruang menzahirkan pendapat lebih terbuka seperti sekarang. Yang mana, menurut kajian banyak pihak, orang ramai lebih terpengaruh dengan komentar dari seorang blogger berbanding dengan ahli politik dan televisyen apatah lagi buku teks di sekolah.

Tapi, keputusan menjadikan SEJARAH sebagai matapelajaran teras pada 2014 dan seterusnya menjadikan SEJARAH sebagai tambahan subjek wajib lulus untuk SPM? Aku rasakan tidak wajar.

Jika dibuat survey keatas pelajar-pelajar dan 'bekas pelajar ' tentang matapelajaran yang paling anda suka. Rasa aku lah, sejarah mesti letaknya dibahagian bawah sekali. Hey...bukan aku tak suka sejarah. Aku sangattttt suka sejarah. Sehingga sekarang, aku melanggan Learning Channel ASTRO hanya kerana aku sangat suka dengan History Channel yang ada.

Tapi, let us face the truth. SEJARAH bukanlah matapelajaran yang paling kita sukai di sekolah, betul?! Fakta dan tarikh yang kita kena hafal berkajang-kajang. Esei yang kita kena karang berkajang-kajang...phewww...ngeri jugak aku bila teringatkan balik. Ditambah pulak dengan cikgu Sejarah yang samaada terlalu sambil lewa atau terlalu garang membuatkan ramai yang hilang minat.

Wahai 'siapa saja yang meluluskan hal-hal silibus disekolah'. Apakata, jika kamu kaji dulu kesan dan akibat yang bakal berlaku. Selidik dulu tahap kecekapan guru-guru sejarah.

Please don't mess around with our children education. Aku faham politik, faham sangat. Banyak perkara yang aku rela kamu politikkan. Tapi, cukup sampai disini. Jangan matapelajaran SEJARAH pun kamu nak politikkan (walaupun aku sedar buku teks itu pun sebenarnya sangat politik sifatnya).

Jika hendak membina jatidiri, mendidik warga bertanggungjawab dan bersatu padu. Aku rasa banyak lagi cara lain...dan salah satunya...berhenti terlalu memperkatakan tentang melayunya kamu. Masalahnya, melayu sangatkah kamu, kamu dan kamu itu.

Friday, October 22, 2010

Method To My Madness

Dalam keadaan susah atau stress, kitalah yang jadi pembakar semangat, kitalah juga pendengar yg paling setia. Tapi bila keadaan berubah kepada yang lebih baik. Jadi lupa pada semua budi dan perhatian yang kita curahkan dulu.

Aku tak dibesarkan untuk jadi pengejar material. Aku dibesarkan dengan nilai bahawasanya apa yang Allah turunkan selepas kerja keras kita, itulah rezeki kamu. Abah aku jenis orang yang, walaupun hak dia sepatutnya ada disitu, tapi jika keadaan mengatakan itu bukan miliknya...dia dengan rela beralah. Bukan jenis orang yang bertegang urat hanya untuk mendapatkan material semata.

Kekuatan aku bukan yang itu.

Kekuatan aku lebih kepada, membina hubungan kasih sayang. Menjadi jejantas kepada setiap yang rapat kepada aku dan mencari keadilan dan praktikal sesuatu perkara.

Kalau mahu yang lebih dari itu, maaf aku tak mampu memberi.

Secara jujurnya, aku selalu saja tidak mengambil serius jika ada insan yang terapat denganku mengambil kesempatan atau bersikap yang berlawanan dengan aku. Kerana padaku, setiap manusia jiwanya berlainan. Aku tak boleh menganggap yang kamu tak boleh faham aku kerana aku tak sama dengan kamu dan vice versa.

Setiap kali.....aku telah cuba memberi ruang.

Tapi jangan menolak aku ke sudut dinding yang akhirnya membuatkan aku susah untuk bernafas. Kerana jika sekali aku menolak dengan kuat. Agak sukar untuk menarik aku kembali.


Faham saja yang itu yer.

Tuesday, October 19, 2010

Ujian yang Allah turunkan

Bertimpa-timpa ujian yang Allah turunkan kat mak abah aku. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah sangat sebenarnya. Banyak kali aku cuba nak lepaskan rasa hati yang terbuku ni dekat laman sosial yang ada tapi aku padam semula. Risau jika dikata aku cuba menagih simpati. Bukan itu niat aku..aku cuma nak lepaskan apa yang terbuku saja.

Malam 9 October yang lepas, rumah mak abah aku di Pekan dihempap pokok dan menyebabkan bahagian dapur kami habis musnah akibat ribut petir. Agaknya boleh dikatakan itu ribut paling kuat pernah menimpa Pekan (pelik kan kenapa akhir-akhir ni ribut taufan yang datang membawa banyak kemusnahan).

Tapi, Alhamdulillah syukur sebab mak dengan abah aku selamat. Semasa kejadian, abah aku tengah solat dalam bilik dan mak aku tengah makan malam di dapur. Nasiblah dahan besar yang jatuh tak kena tepat di tengah dapur (cuma kena pada porch dapur, toilet dan wet kitchen). Kalau kena tepat, dah tentulah terkena pada mak aku. Nasib cuma ranting-ranting kecil yang terkena pada dia.
Aku kesal sebab aku tak mampu utk berada di sana berkongsi rasa duka. Cuma mampu menyokong dan berkongsi dari jauh. Time ni lah, Mia final exam dan time ni lah jugak rumah aku pun terlopong sebab under renovation.

Terkilan rasa sebab tak dapat banyak membantu.


Bertambah-tambah rasa sedih bila kelmarin aku dapat berita yang motobot abah aku rosak ditengah laut. Terpaksa ditunda kembali ke pengkalan. Cuma nasiblah masa tu memang dia dalam perjalanan balik, jadinya tak terjejas lah rezeki pemancing yang ikut pakej memancing dengan abah aku.

Abah cerita, lama jugak dia melambai-lambai pada bot lain yang lalu lalang tapi seorang pun tak berhenti membantu. Kering sungguh hati orang sekarang ni yer. Abah aku,pantang nampak orang susah kat tengah laut mesti dia berhenti menolong walaupun menjejaskan pencarian rezeki dia pada hari tu.

Nasiblah, ada akhirnya yang sudi membantu menunda bot abah aku ke pengkalan. Dengar cerita bot pulak kena overhaul...aduh...belum habis kisah rumah ditambah pulak dengan kisah bot.

Ya Allah, besar sungguh ujian yang kau turunkan pada kedua ibubapaku saat ini. Jika boleh, aku rela bertukar tempat dengan kedua ibubapaku. Sepatutnya ini ialah waktu untuk mereka menikmati hidup lebih mudah pabila kami anak mereka dah dewasa.

Sedih hati aku sebenarnya...cuba tahan airmata setiap kali bercakap dengan mak. Tapi semalam dah tak tertanggung rasanya. Jatuh juga airmata aku pabila mendengar suara sayu mak.

Mak, maafkanlah diriku ini kerana tak berada bersamamu disaat kau amat memerlukan sokongan. Maafkanlah juga kerana tidak banyak yang mampu kuberikan padamu untuk meringankan bebanmu. Walau aku cuba menjadi anak yang baik untuk kedua ibubapaku, tapi saat ini aku rasakan aku tersangat jauh dari sasaranku itu.
.
.
p/s: Sekarang, aku cuma mampu berdoa supaya keadaan akan lebih mudah untuk mereka berdua dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini cuma ujian kecil dari Allah untuk kami hambanya.

Wednesday, October 13, 2010

Sammy's Adventures: The Secret Passage and The Child's Eye

Dua movie yang aku baru tengok baru-baru ni. Satu cerita kartun..ringan dan menceriakan dan satu lagi genre seram yang sangat mengejutkan.


Title: Sammy's Adventure: The Secret Passage
Director: Ben Stassen

Synopsis: A sea turtle who was hatched in 1959 spends the next 50 years traveling the world while it is being changed by global warming.

My comment:
Such a cute movie..really. Its a perfect movie to watch with your kids and educate them about our ecology and stuffs. Mia sangat suka tapi tak lah seperti dia suka tengok The Legend of the Guardians: The Owls of Ga Hoole. Filem burung hantu tu memang dia request untuk aku cari dvd nya.
.
Aku suka dengan animasi dasar laut yang dizahirkan. Nampak sangat cantik dan membuatkan aku lebih menghargai laut. Walaupun ada masa aku rasa macam tengok documentary, sebab pengembangan watak tu tak berapa menarik. Kadang-kadang ada masa macam aku tengah tengok doku 'Save the Turtles'.
.
Tapi yang bagusnya ialah filem ni educate kita pasal illegal whaling, kesan tumpahan minyak ke dalam laut, kesan pembuangan sampah sarap ke dalam laut dan usaha sebilangan manusia baik yang berusaha untuk selamatkan binatang. Umpama kata Sammy masa dia dah tua...Manusia lah yang mendatangkan kerosakan dimuka bumi tapi dengan manusia juga lah yang mereka boleh bergantung harap.
.
Aku suka dengan muzik latar yang mewakili setiap waktu kehidupan yang dilalui Sammy. Zaman hippi, keluar lagu California Dreamin by The Mamas & Papas (yeah..my favvy) pastu ada jugak lagu The Beatles and so on.
.
Tak menyesal bawak Mia tengok. Tapi kalau bapak Mia tengok, mesti dia rasa menyesal..hehe

3/5


Title: The Child's Eye (Chinese)(Hong Kong)
Director: The Pang Brothers

Synopsis: In Bangkok, six young people on vacation find themselves stranded at an airport. A driver takes them to the Chung Tai Hotel, run by Chuen (Lam Ka-tung), where Rainie (Rainie Yang) sees a female ghost and Ling (Elanne Kwong) finds a disembodied hand. While at dinner the three men disappear. Rainie leads the girls with the aid of Man-man and her ghost-seeing dog Little Huang as they try and find them in the hotel's underground passages where they encounter the female ghost and a strange monster.
.
.
My comment:
.
Mula-mula ada sekumpulan budak muda Hong Kong terkandas kat Bangkok masa rusuhan Baju Merah hari tu. Pastu ada hantu keluar...tutup mata...pastu expression muka masing-masing ketakutan (tak boleh blah)...tutup mata...pastu kamera jarak dekat...bersedia untuk keluar hantu....tutup mata....pastu dengar orang jerit...masih lagi tutup mata...pastu nampak sipi-sipi hantu kat belakang...tutup mata....pastu hantu sergah...tutup mata...
.
Dah lah..malas lah nak taip tutup mata jer....
.
Basically cerita seram, menakutkan tapi twist plot dia kengkadang pelik sikit. Contohnya: raksaksa yang perempuan tu nampak, memang real..bukan hantu (spoiler) dah tu sepatutnya luka dia kena cakar mesti berkesan selama-lamanya..tapi...camner boleh hilang bila mak budak tu dah taubat?!..why..you tell me...
.
Bab shot camera jarak dekat tu..welll...confirm-confirm ada hantu nak keluar kan?!...husband aku dah siap tunggu...ha..gambar dah dekat screen..jaga-jaga hantu nak keluar.. sedia...sedia...sedia...itu dia (sambil semua orang menjerit dan ada yang gelak-gelak).......3D maaaaa....shot jarak dekat tu dah wajibul ghunnah.
.
3/5

Tuesday, October 12, 2010

Let yourself go with 'Eat Pray Love '

Movie Title: Eat Pray Love

Director: Ryan Murphy

Cast: Julia Robert, Javier Bardem, James Franco, Richard Jenkins

Synopsis:

Liz Gilbert had everything a modern woman is supposed to dream of having - a husband, a house, a successful career - yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali.

My comment:

Sebuah filem yang diadaptasi daripada memoir seorang penulis yang bernama Elizabeth Gilbert. Julia Roberts sebagai watak utama dalam filem ni memaparkan tentang pencarian diri seorang wanita yang mempunyai segalanya tapi jiwanya kosong. Selepas penceraian (atas permintaan dia sendiri) dia mula membuat 'soul searching' dengan bercuti ke Itali (food journey), India (spiritual) dan seterusnya Bali (balance and love).

Siapa yang cakap cerita ni membosankan, slow dan entah apa2...I'm sorry but I beg to differ. Seperti tagline filem ni, aku sarankan jika kamu menonton do 'Let Yourself Go'. Filem ini akan jadi bosan dan perlahan bagi sesiapa yang tak mampu melihat disebalik ceritanya. Tontonlah filem ini dengan beranggapan kamu sedang melihat kisah sebenar yang berlaku di depan mata. Baca dan selamlah keresahan dan kekosongan yang Liz Gilbert lalui.

Lakonan yang bersahaja daripada Julia Roberts dan disokong oleh kehebatan beberapa pelakon lain. Richard Jenkins yang ditemuinya di India sebagai seorang alcoholic yang kehilangan keluarganya. Betapa aku dapat rasai kekesalan yang Richard hadapi kerana hampir membunuh anak lelakinya dan seterusnya dipinggirkan keluarga. Javier Bardam sebagai Felipe yang ditemui Liz di Bali. Sebagai duda yang masih tidak dapat melupakan perkahwinannya walaupun setelah 10 tahun dan betapa indahnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Setiap bait perkataan atau skrip yang diucapkan dalam filem ni sebenarnya sangat membuka minda kita jika didalami. "To lose balance sometimes for love is part of living a balanced life" itu kata Ketut Liyer pawang dan tukang tilik yang sangat mempengaruhi hidup Liz Gilbert (famous dah pun Ketut ni, hari tu aku baca kisah dia dalam Readers Digest).

Apa yang mungkin tak berapa jelas dalam filem tu ialah..sebenarnya sebelum bercerai lagi Liz sudah ada affair dengan yoga instructor lakonan James Franco. Itu menjadikan dia semakin tersepit dalam rumahtangga dia bersama suaminya. Suaminya jenis lelaki yang tak tau apa yang dia nak dalam hidup dan bergantung pada isteri.

Jelas suaminya masih lagi sayangkan dia dan tak mau lepaskan dia dan akhirnya bila suami dia sudah redha (katanya) dia pergi membawa diri. Scene di atas ashram semasa di India juga jelas menunjukkan yang dia juga rasa bersalah pada bekas suaminya dan disitu adalah usaha dia cuba maafkan diri sendiri.

Pada pengakhiran cerita, watak-watak dalam EPL berjaya dalam misi pencarian maksud hidup masing-masing. Bekas suaminya berkahwin lain dan mempunyai anak. Liz juga berjaya menemui cintanya pada seorang businessman di Bali.

p/s: Richard from Texas (kawan baik Liz semasa di India dan paling bijak antara semua) sudah pun meninggal dunia disebabkan masalah hati.

4.5/5

Thursday, October 7, 2010

Dr. Rozmey declares war on media

Dr. Rozmey declares war on media

Director Datuk Dr. Rozmey Che Din has declared war on the media…for ignoring his phone calls. Apparently the 2 Alam director was spurned when reporters did not pick up his calls.
.
He was also frustrated with the media for calling his latest film 2 Alam, a mere 'gimmick.'
.
Dr. Rozmey told mStar online in a text message: “I will not pick up calls from the media next time. They will not be getting any sensational news from me.”
.
The director added: “Let them (the media) feel the sting instead.”
.
When mStar online tried calling the director on Wednesday to enquire about 2Alam, he did not pick up. Instead, he replied with the aforementioned text message.

Reporters, be afraid. Be very afraid...

Source: mStar and DailyChilli

My comment: Tis is hillarious...the first time ever and he's crazy...seriously..never heard tis type of craziness..and tis time baru lah kira dia betul-betul buat rekod...Bravo dR Bravo!...and good luck to you dR..break a leg...........

Wednesday, October 6, 2010

Resident Evil: The Afterlife

Title: Resident Evil

Director: Paul W.S. Anderson

Cast: Milla Jovovich, Ali Larter, Wentwoth Miller


Synopsis:
In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, Alice (Jovovich), continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead takes them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead - and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.

My comment:
Well....aku tak pernah tengok Resident Evil yang pertama...terus lompat yang ke-2 The Extinction dan ketiga ni The Afterlife. Tapi aku tetap suka Resident Evil punya franchise. Walaupun pada asalnya dulu aku tak suka cerita zombie dan sewaktu dengannya tapi lepas tengok Resident Evil yang ke-2 dulu terus aku suka. Maybe sebab heronya perempuan kot..(cannot help being feminist..sorry...)

Penerimaan atas movie ni bergantung atas setiap individu. Ada yang dah boring dengan kisah si Alice yang susah beno nak mati ni walaupun dah terhempas teruk dari kapal terbang dan bermacam-macam lagi lah cara kematian. Tapi aku, still boleh layan.

Tapi kalau hari tu aku makan popcorn, nescaya popcorn aku abes berterabur sebab terkejut. Aku tengok movie ni time dah ujung-ujung. Tak ramai dah yang tengok aritu kat 1-Utama. Adalah 10 couple termasuk me and husband. Jadinya bila menjerit, 9 kapel yang lain akan terlompat sekali dengar jeritan aku.

Aku suka dengan kewujudan watak Claire Redfield dalam filem ni. Ali Larter sangat sesuai dengan filem Resident Evil ni. Dia memberikan warna yang lebih soft dan kemanusiaan berbanding watak Milla Jovovich sebagai Alice. Alice dalam filem ni masih lagi umpama robot, cuma bezanya robot ni lebih heroic jer lah (padahal dia bukan robot kan?).

Aku tak kisah kalau Resident Evil franchise ni berterusan pada masa akan datang. Aku masih lagi akan pergi menontonnya. Aku kasi 4 star.


P/s: eh, MAGIKA tu pun aku rasa boleh lagi dibuat sambungannya. Mungkin boleh buat sambungan tentang dunia Magika yang semakin hancur dan Ayu dan Malik datang menyelamatkan ker. Orang kata, kalau sekali melawat ke dunia bunian ada kemungkinan untuk datang melawat lagi. Kekalkan atau buat penambahan watak cerita dongeng melayu. Sang Kelembai, Sultan Mahmud belum keluar.

Tuesday, October 5, 2010

Magika yang sangat menghiburkan

Tajuk filem: Magika

Director: Edry Abdul Halim

Terbitan: Kru Studios

Cast: Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,Fimie Don, M. Nasir, Mawi,Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,Sharifah Aleya, Sharifah Amani,Vanidah Imran, Ziana Zain



Sinopsis:

Ayu (DD) dan Malik (FD), dua adik beradik yang sedang sangat bersedih atas kematian ibu mereka. Malik rasa dirinya bersalah sebab ibunya mati selepas menderma buah pinggang kat si Malik ni. Malik yang memberontak, menyorok kat semak belakang rumah. Ayu pergi cari dan dua-dua jatuh ke perigi lama yang magik. Malik yang jatuh dulu, terus kena tangkap dengan Nenek Kebayan (Ziana Zain). Mengembaralah Ayu dalam Dunia Magika mencari adiknya. Dalam perjalanan tu terserempak lah dengan Pak Pandir (Aznil), Puteri Bunian (Maya Karin), Mak Andeh (Raja Azura), Mahsuri (Vanidah), Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Norman Hakim), Tuah bersaudara (Apek, Senario and the ex), Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura), Bendahara (Sabri Yunus)..eh ramai lagi lah...semua pelakon handalan lah.

Akhirnya dia jumpa ngan Badang (Mawi) yang tolong Ayu dalam quest mencari adiknya tu. Dalam pada tu, diaorang cam suka sama suka plak. So, dah jumpa adik dia, berusahalah pulak mereka untuk kembali ke alam nyata..kena lalu batu belah batu bertangkup okeh...kena lawan dengan Naga Tasik Chini (M. Nasir). Nak tau lebih lanjut, korang tengoklah sendiri.


My comment:

Filem yang sangat menghiburkan. Memang sikit pun rasa tak rugi beli tiket wayang. Berdua dengan Mia aku tengok filem ni (rajin sekarang aku tengok muvi berdua dgn Mia). Mia pun punyalah suka sampai suruh aku beli dvd nya. Tak cukup nak tengok sekali katanya.

Banyak unsur pengajaran dalam cerita tu. Yang paling penting, pasal hubungan adik beradik. Kena sama mengalah kata tiga pokok yang dilakonkan dek adik beradik KRU. Mia terus takut nak main maghrib sekarang ni..tau pun takut..Thanks KRU for making this movie.

Aku suka watak-watak cerita dongeng dalam filem ni. Watak paling lawak antaranya watak Bendahara lakonan Sabri Yunus....hahaha...selamba pedas jer dia sound Puteri Gunung Ledang sebab dulu masa bergetah tak nak kawin dengan Sultan Melaka, demand. Dah tua baru menyesal tak kawin-kawin. Watak Vanidah sebagai Mahsuri pun lawak. Tak pernah aku tengok sisi lawak Vanidah...hahaha...kalau teringat sure aku gelak. Norman Hakim pun rupa lawak gak (not that I like him). Watak Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain pun best.

Time Mak Malik lakonan Ogy Ahmad Daud datang dalam bentuk roh, sedih sangat. Apalagik..nangis ler aku. Ingatkan aku sorang, rupanya Mia pun sedih nangis gak. Peluk aku kuat-kuat, cium pipi....awwww....tengok...punya banyak unsur pengajaran kat situ. Serta merta Mia menghargai aku, bukanlah Mia dulu tak menghargai tapi bertambah-tambah menghargai lepas tengok Magika.

dan..........aku suka sangat lagu-lagu dalam tu. Sangat best dan inilah filem musical yang sebenar. Lirik nyanyian adalah dialog antara mereka.

Aku bagi 5 star...tak semua cerita melayu tu lemah dan tak bagus...dan banyak jugak cerita hollywood yang biasa-biasa aja dan kurang menghiburkan. Filem yang bagus, jika filem itu mampu menghiburkan khalayak bukan?


p/s: part Badang makan muntah tu memang grossssss giler...eeeuwwwww....