
Tajuk Filem: ..Dalam Botol
Skrip/Penerbit: Raja Azmi
Arahan: Khir Rahman
Pelakon: Wan Raja, Arja Lee, Normah Damanhuri, Ogy Ahmad Daud, Diana Danielle, Jalil Hamid
Jika ada yang boleh curi limelight Raja Azmi dalam filem Dalam Botol, Ogy Ahmad Daud lah orangnya.
Selesai aku baca ulasan 2-3 blogger terkenal mengenai filem ni, terus terasa kecik sekeciknya. Terkucil sekejap. Maklumlah, aku lah satu-satunya blogger paling picisan yang dijemput ke private screening untuk blogger filem Dalam Botol terbitan Raja Azmi dan arahan Khir Rahman tu.
Hajat dihati nak bertemu Arja Lee, watak utamanya nak menyampaikan salam kawan-kawanku yang jatuh minat dengan beliau semenjak Mahsuri. Malangnya, beliau tak dapat hadir. Maaf ya kalau terdapat spoiler dalam ulasanku ini.
Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan kepada
Ajami Hashim atas jemputan semalam dan dah tentu terima kasih juga pada Raja Azmi yang menjemput kami blogger. Awal-awal lagi dah dipesannya. Kritik lah apa saja, baik atau buruk, diterima semuanya.
OK, aku tak pandai guna bahasa filem. Apa yang aku tengok adalah pandangan aku dari sisi seorang peminat filem semata.
Pada minit-minit pertama tayangan, aku seperti sedang menonton satu filem eksperimentasi rasanya. Macam tengah tengok filem-filem pendek yang aku tonton semasa preview My Grandfather Road.
Pannnas (bak kata Fazura dalam Pisau Cukur). Babak-babak awal memang kita dipersembahkan dengan adegan yang agak pannas dan selayaknya diletakkan 18sx. Jika aku bawa diri aku sebagai seorang ibu semasa menonton filem ini. Anak aku yang berumur 18 pun belum tentu aku lepaskan menontonnya.
Aku tak faham apa sangat yang dikecohkan dengan adegan Arja mandi. Tak nampak apa pun...frust aku...ngeh...dahsyat lagi scene bila Wan Raja selesai bersenggama ataupun dia di depan cermin dengan hanya ber'boxer' ketat. Nyaris tak nampak barang yang tersembunyi. Tercari-cari gak aku...well....don't blame me..I'm just an ordinary girl...suka kepada keindahan..eh ingat lelaki jer ada hak cakap mcm tu..no no no.
Scene-scene lain yang dirasakan agak pannas, selalu digelapkan sahaja atau diselindungkan disebalik pokok hiasan. Aku faham yang itu. Tapi kan..pelik juga lah...sebabnya..ada scene yang selamba badak jer tunjuk tapi ada scene yang malu-malu nak tunjuk...why ek gitu?
Walaupun babak-babak awal lebih panas tapi masih tak dapat menarik perhatian aku. Aku rasakan setiap babak berjalan dengan perlahan dan tersekat-sekat. Hampir memusnahkan mood aku. Tapi disebabkan filem ini mengangkat satu topik yang lain dari kebiasaan aku paksakan diri aku menunggu sampai ke akhirnya.
Nyata penantian aku tak sia-sia. Babak Ruby kembali menjadi Bidin selepas kematian ayahnya aku rasakan lebih menarik. Ini kali kedua aku tengok filem yang menunjukkan babak memandikan mayat selepas The Departures. Kagum sekejap..serius.
Ruby yang kecewa selepas pasangan gay nya Ghaus menolak dia selepas dia berkorban dengan melakukan pembedahan ubah jantina cuba mendekatkan dirinya dengan Dina (lakonan Diana Danielle). Dia juga dengan paksa rela membiarkan ibunya mengatur perkahwinannya dengan Dina tanpa dia berterus terang tentang keadaan dirinya.
Akhirnya, pada hari yang sepatutnya dia bernikah, Bidin lari terjun tingkap kerana timbul rasa bersalah dan takut yang amat sangat dengan kemungkinan masa hadapan.
Babak dalam bilik, ibu Dina (Ogy) dan Dina (Diana Danielle) tidak berkata apa hanya tangis dan expression wajah yang sedih meremangkan bulu roma aku. Sebagai seorang perempuan, aku sangat faham aku dengan momen-momen itu.
Bak kata Ajami berkenaan hasil arahan Khir Rahman ini 'filem ini seumpama teksi yang membawa watak Rubidin di awal-akhir filem ini, dia hanya menyediakan kenderaan untuk bersiar-siar mengikut kehendak penonton tanpa bertanya?'
Nota hati (eh gatal): Arja Lee seorang lelaki yang sangat menarik...