Thursday, December 30, 2010

Barbie exercise

Aku tutup entry 2010 aku dengan aksi barbie tengah exercise. ENJOY!!! (keje sape? Mia ler..sape lagik)




Sebenarnya ada 6 keping gambar ni. Tapi gambar yang last sekali confirm tak lepas piawaian. Gambar barbie menonggeng tak pakai seluar dalam. Tak pasal-pasal kang, blog aku kena masuk kategori lucah plak kang.

Selamat 2011 semua!

Settle beli buku sekolah Mia. Nasib lah aku memang plan nak beli hari ni. Kalau tunggu esok, dah tentu kedai buku tu tutup.


Yeay...esok cuti...ingat nak bawak Mia tengok wayang esok. Maybe Narnia atau Gulliver's Travel. Lama tak spent masa berdua dengan Mia. Isnin dah nak masuk sekolah. Rasa macam sekejap jer cuti sekolah..tup tup...dah nak masuk sekolah semula.


Bulan depan boleh dikatakan aktiviti aku bakal terisi setiap minggu. Ada event baru yang aku perlu handle. Ada appointment dengan cosmetic surgery utk telinga Mia. Yup...we hv decided to stich Mia's left ear. Telinga yang pernah jadi bahan ejekan kawan dia tu. Sikit jer dekat cuping dan bulan depan akhirnya dapat appointment yang kami mahukan. Berdebar...


Ada azam tahun baru?..seperti biasa...NOTHING.


Aku bukan jenis boleh komited dengan azam. Yang pasti, tahun depan aku kena lebih berjimat. Banyak betul agenda tahun depan yang memerlukan perbelanjaan besar.


Untuk kesihatan, aku cuma harap..tahun depan kesihatan aku lebih baik dan tak lagi macam tahun ni. Aku mulakan tahun depan dengan lawatan ke sensei cina. Nak cuba cara rawatan tabib cina pulak untuk betulkan period aku ni. Kita ikhtiar jer lah selagi daya. Tapi setakat itu sajalah. Aku nak stop trying to get pregnant for a while. Sebab selagi period aku ni tak betul, tak payahlah cuba rawatan kesuburan. Dah sah sah aku tak berapa nak subur ni.


Selamat Tahun Baru buat semua dan semoga tahun 2011 memberikan kebahagiaan dan kemakmuran untuk semua.
Terima kasih 2010 untuk segalanya.
HAPPY NEW YEAR!

Baru terasa yang aku ni boring

Aku tau, aku bukanlah seorang yang seronok untuk dijadikan kawan. Serius, boring giler. Tak tipu.


Tak percaya, tanya kawan-kawan aku sekarang..errr...yang tak berapa ramai tu.


Kalau tanya kawan baik aku, mesti dia cakap, dulu..dia ni tak macam ni oooo. Dulu, dia ni adventurous giler. Minah rempit, panjat pagar, lepak mamak sampai pagi, makan aiskrim dalam hujan, mengorat lecturer (itu sbb aku tak suka matapelajaran tu, jadi demi untuk mensukakan hati aku ni, aku terpaksa lah mengorat lecturer fizik aku) dan banyak lagi perkara dahsyat-dahsyat yang tak boleh dibincangkan disini. Tapi sekarang, sejak dah kawin ni. Minah ni boring betul. Ada alumni, keje kat kompeni kecik yang tak berkembang, masuk kelab penyokong blogger. Bercakap pun pasal masa depan jer, pasal anak, pasal moral, pasal TV series kat ASTRO, paling dahsyat pun pasal movie.


Begitulah boringnya aku. Aku akui dengan sepenuhnya. Tak tipu.


Tapi, aku seorang pengkawan yang setia. I am a good listener. I can give good advice dan aku tak pernah judge sikap kawan aku. Jika itu perangai dia dari awal yang aku kenal, aku terima dia dengan hati yang terbuka, walaupun kami bertentangan sifatnya.


Walaupun aku boring dari segi kurang bercakap, tapi aku selalu ada info yang baru untuk kawan-kawan aku. Aku suka buat research tak kira lah gosip artis atau isu semasa (part isu semasa tu, kurang sikit yg minat mendengarnya).


Tapi, bilamana kawan aku memerlukan aku untuk sesuatu. Aku akan cuba sehabis baik untuk berada disitu. Cuma sekarang mungkin kawan-kawan aku yang dulu dah takut kot dengan aku sebab kadang2 aku meroyan bila kena PMS...ngeh.


Pendek kata (panjang dah kata yer di atas). Walaupun aku seorang kawan yang agak boring untuk dikawankan. Aku tak kisah. Aku akan cuba sehabis baik menjadi kawan yang terbaik dan aku sikit pun tak mengharapkan balasan apa-apa. Malah, aku sangat berterima kasih pada semua kawan aku kerana memberi ruang untuk menjadikan aku sebahagian dari kamu.
.
.
.
.
P/S: Saya berkawan dengan redmummy bukan sebab dia suka lanting free gift atau baju dia yer...baju dia nak masuk kepala pun tak muat. Hakikatnya, ramai yang tak kenal redmummy. Mungkin mulut dia lepas, tapi hati dia baik. Jangan mudah lempar fitnah dekat orang dan jangan mudah percaya dengan kata-kata orang yang kita pun tak kenal sangat. Kalau kita berkawan dengan orang tu cara baik dan melayan dia dengan cara selayaknya sebagai kawan, mana mungkin orang tu boleh buat giler nak mengamuk tak tentu pasal kan. Macam orang cakap, kalau kita tak di 'provoke' ko giler nak serang orang.
.
P/S II: Ada orang nak ajak aku bermuzakarah ker? Akak tak kisah dek, marilah. Akak takut kat mak bapak akak jer. Manusia lain, setakat ni takder lagi yang boleh mendatangkan rasa takut tu. Kalau entry akak setakat ni atau disebabkan akak ni berkawan dengan redmummy, kamu semua membenci, tak dapek lah akak nak nolong. Tapi akak harap sangatlah, kita berfikir secara rasional dulu sebelum nak bercakap apa pasal orang lain. Maaf yer kalau ada yang rasa saya sentuh pasal mak bapak diaorang. Sebab, mak bapak saya cermin besar hidup saya. Jadi saya fikir mungkin kalau sebut mak atau ayah, kita akan jadi lebih beringat. Tak bermaksud nak mengatakan perkara yang tak elok berkenaan mak bapak orang lain. Semua mak bapak dah ajar kita dengan sempurna, tapi kita sebagai anak yang mudah lupa.

Wednesday, December 29, 2010

Nak memaki jer kerjanya

Dahsyat gila aku tengok budak-budak perempuan sekarang. Memaki orang ni jadi mainan kat mulut. Macam tu lah benda yang mak bapak diaorang ajar suruh cakap dari kecik. Lepas tu bukan setakat memaki, siap doa pulak suruh orang yang dia 'benci' tu mati, benci yer, bukan dengki.


Adatlah kita ni ada suka, ada tak suka dekat orang. Tapi, sampai nak mintak org tu mati...fuhhh...hitam sungguh dalam hati yer.


Aku pernah jugak mintak orang mati ni. Pernah...mestilah pernah...takkanlah aku tak pernah benci kat orang kan. Aku ni pun, bukanlah baik sangat. Tapi sebab ada orang yang bertopeng binatang, perogol kanak-kanak, memang aku doa supaya orang tu mati cepat. Sebab selalunya orang macam ni, paling kuat penjara berapa tahun jer. Tak cukup. Patutnya tukar hukuman tu dengan pengedar dadah. Pengedar dadah ni opportunist. Dia mengedar dadah sebab duit dan sebab ada buyer. Soalannya disini ialah Siapa yang beli dadah? Jawapannya: Orang yang nak merosakkan diri sendiri. Jadinya, kalau tak dihukum gantung pun aku tak kisah. Sebab orang yang bodoh jer pergi beli dadah.


Eh, terbanyak cerita pasal pengedar dadah pulak. Back to the early story morry.


Macam tu lah. Macam Malaysia dengan Indonesia. Banyak betul yang rakyat Indonesia tak puas hati dengan Malaysia kan. Extreme sangat diaorang tu sampai nak bunuh, nak berperang dengan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia aku tengok, relax jer. Pernah gak kena laser dengan Indonesia last year tapi tak ada lah sampai Siti Nurhaliza nak pakai coli laser.


Adik aku kat Bandung, bila aku tanya malam ni tak tengok bola ker?. Jawapan dia, dia duduk tengok kat rumah jer, kunci pintu rapat-rapat. Sebab minggu lepas masa Malaysia menang, ada budak perempuan Malaysia balik dari kuliah kena lempar dengan mercun dan ada yang kena lempar dengan mancis hidup.


Jadinya, aku rasa macam tu lah sikap budak-budak perempuan yang aku cerita kat atas tadi. Diaorang macam Indonesia. Benci orang (bukan dengki yer) dengan SUNGGUH EXTREME. Malaysia relax jer...guna cara lebih professional. Nak lawan ikut cara dia pun apa guna? Lagi banyak yang merana nanti.


Pendek kata (panjang dah kata kat atas), kita bercakap gunalah akal. Sayang sungguh kalau akal kurniaan Tuhan tu kita gunakan dengan berkata benda yang kotor dan sia-sia. Kesian mak bapak kita hantar belajar bagus-bagus tapi dah besar, kerja nak memaki orang mati jer.


Ada orang jadi tenang lepas memaki yer? Pelik. Dah simpan rasa benci, rasa dendam dalam hati, macamana kita boleh jadi tenang yer? Seronok ker hidup dalam rasa membenci orang?


Tuesday, December 28, 2010

My Sungai Lui





On the way aku dan husband balik ke rumah selepas menonton ABBA, kami berborak pasal anak. Dah habis gelak-gelak pasal perangai Mia, tiba-tiba aku senyap dan termenung lama. Husband aku tanya kenapa. Lama 'pause' dan aku jawab Anak adalah Sungai Lui saya.


Pelik husband aku, apa tu Sungai Lui tanya dia. Terpaksa lah aku start explain dimana Sungai Lui, tentang Aizat dan kaitannya dengan Sungai Lui.


Sungai Lui, ialah lagu Aizat yang sedang popular kat ERA sekarang ni. Siapa yang nak tau lebih lanjut apa yang dimaksudkan Aizat dengan Sungai Lui, sila tonton video di atas sampai habis.


Tapi, bagi aku...Mia ialah Sungai Lui aku. Tempat dimana aku boleh pergi dan rasa dimiliki dan memiliki bilamana seluruh dunia kucar kacir. Tempat dimana aku selesa dan tenang walau dimana aku berada, walaupun di ketika dan kawasan yang aku tak familiar. Tempat dimana aku gembira dan bahagia sentiasa.


Husband aku tanya lagi, 'Saya bukan Sungai Lui awak ker?' dalam nada separuh kecewa. Aku jawab 'Macamana awk nak jadi Sungai Lui saya, sbb perasaan yg sy alami bila bersama awk terlalu bercampur aduk, adakalanya gembira tapi adakalanya sedih dan tertekan'


Husband aku tanya aku 'Awak tau apa Sungai Lui saya?' Aku jawab 'Saya harap saya dan anak, tapi sy kenal awk, Sungai Lui awk adalah rasa security awk dengan kerja' dan dia senyap, dalam nada yang sedikit cemburu, katanya 'Sungai Lui saya pun Anak tau'. Aku.....senyum jer.

Monday, December 27, 2010

ABBA rules!

SERONOK...ENJOY SANGAT...itu antara komen aku tentang konsert Music of ABBA by Arrival ni. Arrival doin a great job, great performance or maybe I'm biased because I just loveeee ABBA songs? Agaknya kalau Arrivot ker, Arrivet ker atau grup Leman and the gang yang nyanyi pun aku cakap best kot, asalkan dia nyanyi lagu ABBA. But maybe not, I do think Arrival did a great job..BRAVO Arrival.

They're just like the real ABBA. The singers, the costumes, the dancing. Never really saw the real ABBA only read about them and seen their pictures but I do think they look similar with the original team. Dengan rambutnya, dengan susuk tubuhnya.

Semua keempat-empat ahli dalam grup Arrival ni mampu berkomunikasi dengan baik. Lagu-lagu yang dipersembahkan pun mmg superb. Semua lagu popular ABBA, ada yang disampaikan penuh dan ada yang dimedleykan. Perfect. I'm enjoying myself to the max. Dapat seat hujung sekali, jadinya aku nak goyang sampai terangkat kerusi pun takder org nak marah.

Last sekali bila lagu Dancing Queen dinyanyikan, semua orang berdiri menari. Serius sporting giler semua. Yang ramai kat situ, semuanya baya2 mak nenek aku jer. Yang budak muda couple yang duduk depan aku, dengar cam boring jer, kesian. Lainkali kalau rasa tak minat betul2 lagu lama, tak payahlah datang.

Full house Arena of Stars malam semalam. Aku ingatkan mesti banyak kosong. Dah siap plan nak duduk atas bila pintu dah tutup. Rupa2nya nan hado tempat duduk lebih.
Suka gambar ni, nampak kurus atau sepatutnya dikira xnampak langsung?
hiasan krismas di Genting
Me and hubby
Dia jeles okay, sebab bininya enjoy sangat. Saja jer tgh enjoy2 dia suruh pegang air lah, pegang keledek lah...penjeles!
Tengokkkkk....ada snow kat Genting smalam....
very chrismassy


Tapi, yang sebenarnya cuma kabus tebal. Nyaris jer kami terpaksa tidur kat Genting berdua jer smalam...ececece..alasan. Husband aku kata, bilik kita pun dah macam hotel, lagi best sebab free. Lagipun esok mak keje uolls...boss cuti, mak kena kerja.

Kesimpulannya...love love love ABBA songs. Waterloo, Mamma Mia, Take a Chance on Me, Knowing Me Knowing You, Super Trouper, Money Money, Chiquitita, Voulez-Vous, Gimme Gimme, Thank you for the Music, Lay all your Love on Me and last but not least...Dancing Queen.

SERONOK! :)

Friday, December 24, 2010

Menang contest lagi yeah

HAHAHAHAHA...menang tiket free lagi...dulu aku menang tiket konsert KITARO. Ceritanya kat sini. Sekarang menang 2 tiket konsert The Music of ABBA by Arrival from Sweden. Menang dari contest Daily Chilli kalau tak silap, eh jap..ker The Sun ek....ermmm...The Sun kot.


Kalau ada concert lagu yang aku suka, rajin jer aku aku join. Definisi lagu yang aku suka ialah selalunya lagu oldies dan evergreen. Setakat ni, dua contest konsert aku join, dua-dua aku menang....YEAY...suka....


Selalu gak aku join contest yang dapat tiket movie free. Tapi yang itu..nan hado nak dapat. Berebut gamaknya. Tapi nasib aku selalu gak dapat jemputan gi preview movie ni...


So, weekend ni, berdating lah kami laki bini ke Genting Arena of Stars. Cuti krismas ni mesti ramai org atas puncak tu kan? bersesak lah nampak gayanya.


Nyaris gak kami tak boleh pergi, sebab kalau nak ikutkan, husband aku kerja ahad tu. Tapi mendengar aku dapat tiket free konsert, laju jer dia arrange supaya orang lain boleh ganti dia.


Can't wait...tapi satu jer yang kurang best...kena tinggal Mia kat rumah nenek dia. Kan best kalau boleh dapat 3 tiket?!





p/s: seharian dengar christmas classic songs....

Thursday, December 23, 2010

Bilik siapa malam ni?

Tahun depan sudah darjah 2, walaupun masih dan baru lagi 7 tahun umurnya tapi kerana mengikut kohort umur persekolahannya, anak aku dah nak masuk darjah 2 tahun 2011.


Tapi, dia masih lagi tidur dengan kami walaupun biliknya sudahpun dipersiapkan dengan lengkap dan cantiknya.


Cuba menolak dia tidur ke biliknya tapi lebih kurang pukul 3 pagi, secara sedar atau tidak dia akan berjalan masuk ke bilik aku dan tidur disebelah.


Jika tak disediakan tempat untuk dia, dia sanggup tidur di atas lantai. KRONIK.


2 hari lepas, tanpa ditanya, pandai pula dia membuat perkiraan.


'Malam ni tidur bilik Aqilah, esok malam bilik Umi dan Ayah, esoknya pulak bilik Aqilah, pastu bilik Umi dan Ayah.'


Salah aku kah kerana tak boleh berenggang dengan anak atau Mia masih lagi tak bersedia?


Bila ayah dia dan aku marah-marah pasal dia tak boleh tidur sendiri. Jawapan dia dalam tangis ialah, dia sunyi...dan kenapa aku dan ayahnya boleh tidur berteman dan dia tidak. Logik jugak tu yer......


Jadinya, bagaimana ni yer....


Kalau dia tak ada disebelah, aku hampir saja tak boleh melelapkan mata...tapi...sampai bila?


Seperti yang aku katakan tadi, dah darjah 2 pun tahun depan...hmmmmm...


Salah aku KAH?

Tuesday, December 21, 2010

'approach' dalam Bahasa Pekan

Mia sekarang tengah hebat belajar Bahasa Pekan. Pekan ada bahasa ker? Kalau nak ikutkan bukanlah betul-betul bahasa, tetapi lebih kepada loghat. Loghat Daerah yang sebenarnya.


Kagum betul dia, bila kengkadang aku 'ter'cakap Pekan. Contohnya ada ayat tertentu aku sengaja menyebut dengan loghat Pekan. Contohnya: Lapar tapi aku sebut Lapo, Menyampah tapi aku sebut Menyampoh, Entah apa-apa! tapi aku sebut Poh!


Jadinya, asal ada perkataan yang dia dengar dan rasa macam nak tukarkan ke Bahasa Pekan, dia akan tanya aku. Contohnya: Jalan dalam bahasa Pekan, apa Umi? aku jawab...'Jala..l' (okey, sesunguhnya aku tak reti nak mengeja dalam sebutan loghat Pekan, sebab memang susoh).


Hari tu bila Wan dengan Tok Abah dia datang dari Pekan pun, semangat bertanya pasal bahasa Pekan.


Tapi, semalam...klimaks kepada pertanyaan dia. Memang susoh giler perkataan tu dan buat aku sakit perut menggelakkan Mia.


Soalan Mia 'Umi, 'approach' dalam bahasa Pekan, apa Umi?'


Aku tanya dia semula 'apa Aqilah?'


Mia: 'APPROACH' macam dalam TV (sambil tangan dia menuding imej dalam TV cerita omputih)


Korang ingat apa aku jawab, selepas dah penat aku menggelakkan Mia?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

eppeghowch



Tapi............jangan risau...aku takkan membiarkan anak aku dengan jawapan macam tu...kihkihkih...dah tentu ler aku explain dengan dia apa beza Bahasa Pekan, English Language dan loghat Pekan sebenornya.


Cuma aku rasa jawapan 'eppeghowch' buat masa ni mungkin Bahasa Pekan yang terbaik yang aku cipta dan layak ditempatkan dalam Kamus Bahasa Pekan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Terhad 2010.

Monday, December 20, 2010

unstable very the

OMG, I'm a norcolut junkie now...ingatkan boleh stop makan lepas 3 hari ambik. Tetiba masuk hari ke-9 dia dah buat dah nak datang semula. Apa yang nak datang? Apa lagik...peod ler...memang dengki tau peod ni ngan aku. Kasilah aku chance bebas dari sebarang wikileaks...9 hari mana cukup...uwaaaa....

Thursday, December 16, 2010

Ambank Princess Party + Private Screening Rapunzel in 3D

eh eh..lama tak keluar gambar kami anak beranak kat sini kan...kasi can lah...tis is before keluar rumah menjemput dua orang budak kecik yang lain.

28 November yang lepas (yerrr...agak basi disini yer) kami dapat jemputan ke private screening citer Rapunzel: A Tangled Tale oleh Ambank. Jemputan yang benonya ialah untuk Mak Merah dan family. Nak dijadikan cerita, time event tu berlangsung, mak merah dengan pak merah nya pergi hooray hooray jimba jimba kat Chiang Mai/Rai tinggal anak-anak...ishishish...kehkehkeh...(kompeni sirman punya trip daaa).

Sebelum mak merah berlepas, dia cakap kat aku yang dia tak leh pergi bawak budak tu, so, kesian lah jugak kat diaorang. Pastu aku pun cakap ler, aku pun nak tengok kendian ngan Mia blablabla. Tetiba...dapat offer baekkk punya from mak merah. Kalau aku nak pergi, ganti dia. Apalagik, hooray hooray yeah yeah lah aku. So, beranak tiga lah aku pada hari kejadian....perghhhh...not easy I tell you...mana nak pegang bag aku, mana nak pegang barang bebudak ni lagik, mana nak entertain memasing lagik, mana nak tengok memasing cukup segala lagik. Tapi...seriously...memang pengalaman yang sangat besttttt...biasa beranak sorang, tetiba beranak tiga ni...seronok melayan. Rasa cam cikgu tadika pun ada.

Apa2pun, special thanks to Mak Merah yang tercinta (dan dan tercinta heh..pang sekalik) dan juga kepada nuffnang and Ambank of coz for the opportunity.

Sesampai jer kami ke registration counter di GSC Pavillion, terus seru nama mak merah. kang sebut nama aku kang..sah sah orang ' Rose who? sorry you're not in the list' confirm meraung aku kat situ, terpaksa bawak diaorang tengok guna ongkos sendiri. Tapi, seru jer nama mak merah...terus dpt layanan tip top.

Tiga orang budak yang sangat happy hari itu

Gambar banyak yang blur dan super blur pada hari kejadian, sebabnya...adalah cabaran terhebat utk mengambik gambar dengan tangan penuh barang.Masuk jer ke perkarangan GSC tu, penuh dah rupanya dengan manusia dan princess princess cantik. Abang jer satu2nya prince paling bergaya kat situ. Masa tu aku dah confirm yang abang boleh ada chance menang something...dengan syarat topi dia tak tanggal. Susah jugak nak kasi budak tu kekalkan topi atas kepala. Sebab biasalah, rimas kan..abang pun bukannya jenis budak lelaki yang suka tarik perhatian orang ni. Simple jer budaknya.Lepas photographer event dah ambik gambar one by one, memasing pun mula lah cari aktiviti nak buat. Pendek kata, semua aktiviti yang ada, diaorang buat. Temporary tattoo, caricature, nail art untuk budak perempuan.
Mia dengan abang buat gambar dragon dengan tangan masing-masing. gegirl pulak, pilih butterfly dan sebab tangan dia kecik sangat, diaorang cadangkan buat kat belakang badan. Serious, sangat cun...


Masa ni, gegirl tengah buat caricature. Walaupun beratur punyalah panjang nak buat caricature ni, tapi semua pun sanggup menunggu. Tapi, paling best..Ambank punya staff sangat rajin melayan dan main games dengan budak-budak yang sedang beratur. Nak bagi budak tak boring, macam2 aksi diaorang buat.



tadaaaa..dah siap..serupa tak? comel kan....Nak ambik caricature gambar abang, budak tu dah sorok siap-siap...malu katanya. Ini anak sape yang malu nih?..tak paham I okeh...hahaha...tapi dapat lah curik-curik tengok masa dia tengah dilukis.
Mia punya caricature pun sangat cantik, dah tampal pun dekat depan pintu bilik dia. Dah sudah buat caricature, the girls pindah pula untuk buat nail arts kat sebelah meja tu. Masa ni, aku dah bawak abang ke kawasan stage utama sebab diaorang nak announce pemenang best dress semua. Keyakinan dah tinggi time ni, tapi kalau tak menang time tu, sedih okeh.

First dia announce Best Dress Princess dan budak perempuan ni yang menang. Actually baju yang budak tu pakai jer, ada dua orang lagi pakai tapi dia lah paling kecik dan paling cute among all. Siap dengan crown/tiara lagik.
Then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu...dan pemenang untuk Best Dress Prince is Abang Bin Red Daddy....yeayyyyy...sape tepuk paling kuat??? haku ler....excited giler..dalam hati...mak merah mesti bangga, kalau dia ada...mesti melompat-lompat ni. Cepat-cepat sms dia dan bagitau...seronok betul mak merah.
Abang menang goody bag from Ambank dan RM500 savings di Ambank. ..phewittttt...tak sia-sia aku suruh dia pertahankan topi atas kepala dia tu...sob sob...(sapu airmata terharu). Anak sape yang menang???? Anak REDMUMMY....clap clap...Cerita pasal abang ni ada tersiar di Kosmo dan mstar.




Risau jugak kalau Gegirl menyentap sebab tak menang. Nasib dia tak berapa nak kisah sangat sebab Mia ada dok melayan dia, jadinya dia pun buat tak tau jer walaupun abang dok tease tease dia. Baju Gegirl satu-satunya baju yang ada gambar Rapunzel terbaru okeh. Kebanyakan budak dressing macam princess, tapi Gegirl dressing as rapunzel cuma mungkin kalau tambah wig rambut panjang, confirm boleh menang.

Mia pulak, tak payahlah..nak suruh dia pakai dress sekarang pun dah susah. Mia dah tak suka melawa sekarang, tak suka orang cakap dia cantik sebab dia cakap dia cuma nak jadi macam orang biasa jer. Sangatlah menyimple anak aku tu. Eh...betul ker anak aku tuh...lalalalala...

Dah habis party, tibalah masa kami semua gerak ke movie hall. Melayan anak tiga di dalam movie hall adalah cabaran okay. Baru 10 minit gitu, memasing dah tak nak duduk kat seat yang disediakan, semua pakat duduk kat tangga. Malas aku nak bising-bising dalam tu, aku biarkan jer lah. Pertengahan cerita, semua nak ke toilet...menderu aku bawak keluar.

Rapunzel: A Tangled Tale, memang bukan cerita princess biasa. Rapunzel yang digambarkan oleh Disney kali ni, lebih moden dan lebih maskulin sifatnya. Tahu apa yang dia mahu dan tak mahu, sangat berkeyakinan tinggi dan berani. Serious, aku sangat suka ia menjadi tontonan budak-budak perempuan dan lelaki. Supaya budak perempuan merasakan, tidak apa untuk jadi lebih berani dan lelaki, supaya memandang perempuan dengan lebih hormat.

A good movie indeed and a very good event. Congratulation to Ambank and most of all..congrats to Abang....and hey...congrats to me as well....for being able to be calm (eventho sometimes a bit kelam kabut) and handle 3 kids at one time.

Loveeeeee..to do this more often.... :)

Monday, December 13, 2010

My kecik, My Mia

Lama tak letak gambar kecik aku dalam blog ni. My kecik dah tak berapa nak kecik dah sekarang...dah tinggi bukan main dah. Cepat sungguh anak-anak ni membesar kan....rasa cam baru jer tumbuh gigi susu, tetiba hari ni gigi susu dah jatuh dah pun keluar gigi baru pulak. Sigh.

Inilah satu-satunya buah hati pengarang jantung aku. Walaupun dah besar, aku masih lagi berlari-lari balik rumah sebab nak tengok wajah dia. Hilang rasa stress bila tengok wajah kesayangan hamba ni. My Mia tahun depan dah darjah 2.

Pelajaran setakat ni, Alhamdulillah. Semakin hari semakin meningkat. Masa awal darjah satu asyik turun naik kelas sebab kena buat ujian Linus dan tak biasa dengan exam. Hujung tahun, dapat jugak dia naik ke kelas no. 1 dengan kedudukan dalam kelas yang aku rasa dah cukup bagus sangat. Nombor 9.

Masalahnya berapa nombor dia dlm darjah sampai sudah aku tak tau. Report kad tak dapat-dapat lagi. Masa nak akhir-akhir kelas, Mia kena food poisoning, tak dapat ke sekolah. Sudahnya report kad pun cikgu dia tak kasi. Terpaksalah aku tuntut report kad sepanjang cuti ni. Minggu depan baru cikgu dia masuk sekolah semula. Sementara tu, menanti lah aku dengan sabar.

Semoga tahun depan, anak Umi akan lebih cemerlang dalam pelajaran dan selalu jadi anak yang baik untuk Umi dan Ayah. Love you so much darling...

Friday, December 10, 2010

Norcolut my saviour

Yeay...dapat makan nasi kukus ayam dara from sg. besi smalam...

Peod pun dah berhenti (sbb makan Norcolut)...terpaksa gak makan ubat stop peod, wa dah tak tahan dah nanggung...esok patut kena jumpa doc...tapi.......tapi.......malas...boleh?!

Bosan lah selalu jumpa doc ni..walaupun bukan duit haku dan duit kompeni laki haku tapi tettap....bosannnnnnnn giler.....

Agak-agak, farmasi kat luar boleh jual Norculut without prescription tak? ermmmm....

Thursday, December 9, 2010

Damn

Damn...atas mata sebelah kiri ni asyik bergerak-gerak tak berhenti. Dah nak dekat seminggu macam ni...orang cakap nak menangis. Dah menangis dah semalam, banyak kali. Kawan aku bergurau kata teh tarik aku buat tak sedap - menangis. Husband aku suruh aku balik rumah dulu dan bagitau dia ambik anak dan tanya aku nak makan apa aku menangis - terharu. Bila tengah drive keluar lagu sedih aku menangis, meleret-leret fikir benda bukan-bukan kasi tokok tambah sebab untuk menangis dengan lebih hebat lagi. Bila tengah borak-borak dengan husband aku malam tadi, tiba2 keluar perkataan sensitif menangis.

Ha...dah tu..tak cukup lagi ker airmata yang aku keluarkan semalam. Dah berbakul-bakul rasanya. Naik perit tekak, naik kering lopak mata aku ni ha.

eeeeiiiiiiii...lempang kang!

Wednesday, December 8, 2010

Hari mengikut kata hati

Memang saja jer...benda kecik pun boleh buat hati aku terasa sekarang...

Tahun ni memang bukan tahun yang terbaik buat aku. Macam-macam perkara yang berlaku, especially yang menyentuh kesihatan aku.

Period aku tahun ni sangat menggila...tak betul...sewel...dan hampir membuatkan aku terikut sewel..

Sekali dia tak datang berbulan2, pastu bila dah datang, berbulan2 pulak tak nak berhenti.

Sekali datang sikit-sikit sampai berbulan...sekali lagi datang, heavy yang sampai kaki aku tak sanggup menanggung.

Aku cuba buat tak tau, cuba bertenang, cuba buat macam biasa tapi aku dah penat melawan.

Bilamasa aku dah tak tahan hari ni, dan cuba call gynae aku, dia pulak MC.

Pada siapa aku nak mengadu lagi...mak aku dah tak tau cara nak tolong, suami aku pun hanya mampu tengok dan kesiankan aku.

Tapi kali ni, aku sungguh tak tahan...risau memikirkan masalah aku. Penat hari-hari nak ke toilet berpuluh kali. Tiap-tiap minggu kena beli pad.

Hanya orang yang pernah mengalami masalah seperti aku, faham apa yang aku lalui kini.

Gila benci dengan stress macam ni. Buat aku jadi seorang perempuan yang sangat tipikal moody dengan pms.

Tak tau lagi, cara yang aku boleh lepaskan perasaan aku selain cara ini yang lebih sihat.

Hari ini aku deactivate account Facebook. Bodoh tapi aku betul-betul ikut hati aku hari ni. Apa saja yang kamu mahu buat hati...ini saja harinya. Lain hari, please be sane.

Friday, December 3, 2010

Jawapan untuk 'Soalan Mia, kenapa kita tak boleh pegang anjing'

Ini antara jawapan yang aku dapat dari Facebook bila aku letak cerita soalan bijak Mia dalam entry ni. So, lets share the info....

Norhayati Bt Abdullah
idea saya gini, "Anjing juga makhluk Allah yang ada fungsinya tersendiri.Antaranya anjing ada deria yg sangat bagus. Mcm yg kita tau, anjing mudah dilatih utk 'jaga' rumah, bantu cari org/benda dsbgnya. Dalam Islam telah diletakkan hukum ...memegang/ sentuh anjing (bkn dlm keadaan kedua2nya kering) adalah HARAM kerana dalam najis/air liur/ bendalir dr anjing & babi terdapat sejenis kuman (not sure bakteria ker virus ker aper) yg boleh mendatang penyakit kepada manusia. (ini adalah hasil kajian saintis- diberitahu oleh ustazah saya waktu kuliah agama masa saya kat matrik) . Kuman tersebut hanya boleh di'hilangkan' dengan air tanah. Sebab itu, kita guna air tanah utk samak. Wallahualam. -sekadar berkongsi setakat yg saya tau..sahih ker tak kena tanya pada yg pakar la kot!!
November 26 at 1:42pm · LikeUnlike

Norhayati Bt Abdullah eh, payah jugak nak dijawab ni kan!!
November 26 at 1:43pm · LikeUnlike

Rose Hazeline
wahhhh..bagus jawapan ni yati..tp nak terang utk budak umur 7 tahun tu tergeliat gak lah lidah..kang sepanjang menjawab 10 kali berhenti tanya perkataan yg dia tak paham...tp sy akan cuba terangkan gak camtu...ada jawapan2 lain yg boleh share?
November 26 at 1:46pm · LikeUnlike

Norhayati Bt Abdullah mmg susah nak di explain ni rose..tumpang pening jugak..hahanurin pernah tanya saya, "Mama, kenapa along pegi jalan mana2 along nampak matahari/bulan kat tempat sama?" adoyai..jenuh nak jawab..
November 26 at 1:50pm · LikeUnlike

Norhayati Bt Abdullah cuba tngk sinihttp://berita-harian-online.com/anjing-dan-bawaan-penyakit-dari-sudut-sains/http://www.mohdrizmanma.com/2010/05/kenapa-anjing-haram-disentuh.html
November 26 at 1:57pm · LikeUnlike

Rose Hazeline thanks Yati for the info...Mia pernah tanya jugak pasal bulan matahari ni...panjang gak nak kena explain dgn dia..siap keluar cerita pasang surut air ler...
November 26 at 2:26pm · LikeUnlike

Norhayati Bt Abdullah momantai.. :)
November 26 at 3:19pm · LikeUnlike

Ruzana Abd Razak
rose, ni cdgn saya: semua benda yg dicipta kat dunia ni ada sebabnya. mcm anjing dan babi..(mgkn leh amik idea yati utk terang kebaikan anjing tu)..ada kebaikan dua2 binatang ni..tapi lebih byk keburukan dari kebaikan..yg kita xtahu..Allah ...je yg tahu..sebab tu kita sebagai manusia, kena la kaji kenapa Allah xbagi pegang (utk manusia berfikir)..sbg contoh mgkn ada bahaya yg kita xnampak pada anjing ni..pernah xdgr kucing bunuh tuan die? mgkn xkan..tp rasanya kalau xsilap ada org mati sebab anjing..contohnyer kalau anjing tu gile ke..jap lagi sy letak dlm status ek..kot2 ada kwn2 sy yg ade idea pasal mcmane nak terang pada budak kenapa anjing kita xleh pegang...
November 26 at 3:36pm · LikeUnlike

Rose Hazeline Thanks Zana...appreciate sgt
November 26 at 3:49pm · LikeUnlike

Haikal Ambri Rosle
kenapa allah ciptakan arak sedangkan allah haramkan kita minumnya?kenapa allah ciptakan buah khuldi n larang adam dekatinya tetapi adam dekati jugak?soalan ni sama je dgn soklan aqilah..jawapannya senang.Allah maha penyayang dan kerana sifa...t penyangNya lah jugak DIA ciptakan taubat,sebab allah tau manusia ni fitrahnya ingin tahu n tak lepas dari dosa..setiap kali kita buat dosa,Allah bg method supaya kita kembali pada allah iaitu taubat..tapi jgn kita ambil ofr grantedje..berbalik pada anjing tadi,rasanya sebab apa allah tak bg kita pegang anjing?dan kenapa kalu dia tak bg kita pegang anjing kan,kenapa allah ajar kita cara untuk samak tgn bila pegang najis mughalazzah?..sebab nya Allah tau kdg2 kita buat dosa n akan ada manusia yg pegang anjing gak..Untuk jawab kat aqilah rasanya akak bg jawapn mcm ni je...Allah tak bg pegang anjing Sebab Allah sayangkan kita...sama mcm ummi tak bg aqilah panjat pokok sebab ummi sayangkan aqilah n takut aqilah jatuh nanti luka n berdarah..mcm tulah Allah,dia sayangkan manusia, sebab tu dia buat peraturan mcm ni..supaya manusia tak sakit atau mudarat..(rasanya kalau expalian dlm2 mcm saya cakap nanti dia lagi bnyak tanya atau dia pening)
November 26 at 10:16pm · LikeUnlike · 2 peopleLoading...

Lily Suzana Muhammad agree wth Haikal...mmg betul Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...anjing tu ada kegunaannya dan ada caranya orang Islam mengendalikannya...ikut jerlah contoh Haikal bagi pasala pokok tu tentu Aqilah faham serba sikit...pokok tetap wujud sebab kita tumpang berteduh, berbuah dsb...anjing pun berguna sbb dia bijak, boleh jaga rumah, bawak pergi memburu etc...
November 27 at 12:14am · LikeUnlike

Nurul Latifatullalliza Anuar saya pun rasa awk bg jawapan mcm haikal cakap tu. dengan budak, kena bercakap tentang emosi, baru dia paham. kalau bagi dia cerita yang sangat berfakta, budak 16 tahun pun tak tentu dengor ha. hehe
November 27 at 11:21am via Facebook Mobile · LikeUnlike

Ummi Amjad Dan Asyraf tul juga tu kata haikal...kengkadang xterfikir jawapan yg mudah..camtu..
November 27 at 12:13pm · LikeUnlike

Amiha Ayu my answer dah pun di jawab oleh semua yang dah comment diatas...:)
November 27 at 9:21pm · LikeUnlike

Rose Hazeline terima kasih semua utk segala cadangan...nampak mcm Mia dah makin faham dan Uminya bertambah2 faham...
November 29 at 3:51pm · LikeUnlike