Aku banyak berfikir tentang PILIHAN kebelakangan ni. Banyak perkara yang membuatkan aku sedar betapa pentingnya pilihan yang betul dalam hidup kita. Tapi, aku juga sedar pilihan yang kadang-kadang salah itu juga adalah perkara utama yang mematangkan kita pada masa depan.
Betulkah jalan yang aku pilih dalam membesarkan anak aku? Adakah manja aku merosakkan dia? Adakalanya Mia sangat baran dan beremosi, adakah itu salah aku? Pilihan yang mana sebenarnya silap?
Tentang pilihan kita mengenai pasangan hidup. Tak tahu lah apa perasaan sebenar yang bertandang dalam hati aku kala mak mertua aku menyebut 'adik beradik awak, dua-dua kawin dengan anak orang berada, kitaorang jer orang susah' Ada rasa sedih disitu sebab mak fikir macam tu tapi dalam masa yang sama rasa mak tak adil sebab fikir macam tu sebab aku sendiri yang memilih untuk berada dalam family ini dan aku tak pernah rasa kurang. Punya suami yang rajin dan bekerja keras. Punya keluarga mertua yang memahami. Apa lagi yang aku mahu?
Tentang pilihan yang salah semasa zaman muda. Ada orang yang pilih jalan hitam semasa muda, kerana ianya lebih seronok. Ada orang yang pilih untuk ego dan sombong pada zaman muda kerana dia merasakan dia lebih hebat. Tapi akhirnya apabila sudah tua, keluarga jugalah yang lebih penting. Jangan sekali-kali kamu mula menerbitkan peluang untuk hidup dengan rasa bersalah yang amat sangat dikala hidup kamu sudah senja. Aku belajar itu.
Aku juga risau dengan cara anak muda masa depan membuat pilihan. Banyak kisah yang aku dengar sekarang tentang orang muda yang membuta-tuli membuat pilihan. Pilihan untuk membuang bayi hasil dari keseronokan sementara yang merosakkan masa depan mereka. Pilihan untuk melarikan diri dari rumah atau lebih teruk membunuh diri kerana merasakan hidup terlalu sukar sedangkan perkara itu sebenarnya boleh diatasi dengan sedikit bantuan dari pihak luar.
Memilih untuk tidak membenarkan rasa kecil hati bertandang jika kamu benar sayang akan satu hubungan itu meskipun di sebelah pihak itu memandang kamu sebelah mata.
Memilih untuk hidup dalam bahagia atau derita? Semuanya ditangan kita sendiri. Jangan sekali-kali salahkan sesiapa.
Memilih untuk hidup dalam dendam yang memakan diri. Itu juga pilihan kita. Cuma satu yang aku masih kurang faham, tenangkah diri jika dalam hati penuh rasa benci?
Pilihan untuk berubah kerana diri sudah menginjak dewasa dan merasakan diri sudah lebih berkemampuan. Aku tak rasa itu salah. Janganlah salahkan kawan/pasangan/anak kita kerana dia sudah tidak lagi suka dengan apa yang dulu dia suka. Suka kepada perkara baru walaupun kadangkala kita sendiri tak faham. Jika kita sayang mereka, terima lah mereka seadanya. Itu revolusi sebenarnya. Cuma bezanya mungkin extreme dengan tidak saja.
Memilih untuk percaya bila orang lain tidak percaya dan memilih untuk tidak percaya bila orang lain lebih percaya. Semuanya adalah pilihan-pilihan yang mengajar kita.
Memilih untuk tidak mendengar orang lain dan memilih untuk meletakkan pendapat kita yang paling atas. Salah.
Setiap pilihan yang kita pilih, kajilah dulu baik dan buruknya. Setiap pilihan kita hari ini adalah cermin untuk masa depan kita. Aku berkata ini pada diri aku dan juga pada kamu jika ada yang sudi membaca.
2 comment(s):
walau apa pun pilihan kita,samada akan yg +ve mahupun -ve seharusnya kita amik pengajaran drpdnya..tak semestinya kita akan sentiasa berada di jalan yg lurus.yg penting kita sendiri jelas how to handle it & mcm mana nak perbetulkan keadaan jika perlu. it's a learning process..
Betul tu Yatie....kadang2 ada gak tersilap langkah tersilap pilihan tapi tak bermakna kita kena putus asa kan
Post a Comment