Monday, February 21, 2011

Teater Muzikal: Terima Kasih Cinta



Terima kasih kepada Ajami dan Sultan Muzaffar atas jemputan menonton preview Teater Muzikal Terima Kasih Cinta di Istana Budaya Sabtu yang lepas. Sebuah teater muzikal adaptasi daripada filem Cinta arahan Khabir Bhatia. Tapi kali ini nashkah teaternya adalah hasil tangan Pat Ibrahim.


Melihatkan teater ini tak mampu aku lari daripada membandingkan ia dengan filem Cinta yang berada di pawagam tak lama dulu. Filem Cinta pada aku sebuah nashkah yang amat menarik ditambah pula dengan shot-shot sinematography yang menarik.


Teater Muzikal Terima Kasih Cinta pula, pada aku...agak kurang kick rasanya. Ada babak-babak yang rasanya agak bosan tetapi ada juga babak-babak yang lebih segar dan menyuntik sedikit elemen komedi.


Apa saja yang muzikal memang menjadi minat aku. Tak dinafikan. Jika mungkin ada dialog yang bosan, minat aku masih belum hilang dengan adanya babak-babak tarian dan nyanyian. Lagi pula, lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu evergreen sepanjang zaman.


Jadi, jika kamu peminat teater muzikal dan betul-betul die hard fan filem Cinta. Pergilah menonton. Apa yang aku tengok sabtu lepas adalah preview pertama. Aku yakin, jika ada kelemahan dimana-mana, mereka akan cepat sedar dan perbaiki semuanya, bukan?


Antara pelakonnya ialah Deja Moss, Nadia, Vince, Tony Eusoff, Anding AF, Latif Ibrahim, Safura, Norish Karman dan ramai lagi.


Untuk pembelian tiket, boleh pergi ke website ini (klik) bermula dari Khamis, 19 February 2011 hingga Ahad, 6 March 2011. Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya. Harga tiket bermula dari RM 30 - RM 300. Untuk pembelian tiket boleh juga hubungi 03-4147 8600.


ENJOY!

6 comment(s):

MamaYatie said...

fuhh..bestnya dpt nengok teater..teringin juga tp kena tunggu anak besar gamaknya..

umimia, milidi dah dapat..surprise giler tiba2 jumpa kat pasar payang masa blk trg hari tu..akak saya gelak bila tngk saya memborong ber pek2..

UmiMia said...

Yatie,
saya ni senang sket sbb sikecik mmg siang mak mertua yg jaga, kalau nanny susah jugak...

ahahaha..dah jumpa mi lidi yer..alhamdulillah..melepaslah mengidam awak

Liza said...

tringin sgt, tapi nak buat camne, masa tak de

krauss said...

antara teater terbaik. rugi x tgk tau.... dialog yg bosan ditutupi dgn lagu2 yg menarik.

MiYOKO SuKi said...

recommended or not ye...

rasa cam nk tgk sabtu niii...

UmiMia said...

K.Liza,
curiklah sikit masa kat mana2

krauss,
ada dialog bosan, xleh letak dlm kategori teater terbaik lah patutnya...

Miyoko,
pergilah tengok...sokong industri teater kita...tp sy lebih rekomen utk pergi tengok Women 100 punya show