Setelah berminggu-minggu lamanya aku bersauna (adakalanya) dalam kereta. Akhirnya semalam kereta aku kembali ok.
Dah 2 pusat servis Honda yang kami pergi dan 2-3 kedai specialist aircond yang aku pergi. Diagnosis mereka selalunya untuk pembaikan yang berharga RM 800 - RM 2000. Dan selalunya diagnosis yang bajetnya RM2000 itulah yang diberikan. Sudahlah macam tu, diagnosisnya pulak macam-macam...buat kami jadi pening. Sungguh tak meyakinkan langsung.
Akhirnya, aku hantar kereta aku ke bengkel Reliance Sdn Bhd, Cheras. Kat belakang SKJC Nam Kheung, recommendation dek adik ipar aku. Sebaik sampai, aku letak kereta, cerita serba sedikit dan balik semula ke rumah mak mertua aku untuk pinjam kereta lain dan pergi kerja.
Aku agak, mesti lama ni sebab dia kata nak check guna machine. Sebab last time masa aku nak hantar ke Honda Service Centre, CS cakap kena tinggalkan kereta satu hari sebab nak buat tu lama dan kena bukak semua part aircond.
Tengah aku panaskan enjin (tak sampai setengah jam dari time aku hantar kereta). Tetiba dapat call dari bengkel tu mengatakan dah siap. Aku terpana sekejap, tak percaya. Berkali-kali aku tanya semula..dan jawapan masih sama. Ambil kereta, aircond dah OK.
Semangat aku berjalan kaki lebih kurang 3km dalam panas terik. Peluh turun macammmm hujan. Sesampainya, specialist tu kata aircond aku cuma terlebih gas. Bila gas terlebih, menjadikan compressor tak boleh jalan dan aircond pun tak keluar. Sesekali sejuk dan sesekali panas. Cuaca sejuk, aircond ada..cuaca panas, aircond hilang.
Bayaran: Free of Charge (Jump with JOY)
Macam-macam diagnosis yang kami pernah dengar pasal masalah aircond kami. Ada yang kata kena tukar button on/off aircond (bajet 2K), ada yang kata kena tukar compressor (bajet 800 - 1500) dan ada yang kata kena isi gas (itu paling bodoh sekali sbb semua ni terjadi selepas kami service aircond dan tambah gas aircond).
Masa service aircond tu, selain kipas dan ada lagi 2-3 spare part yang bertukar dan kami dah pun berhabis lebih kurang 2k. Selepas tu semua lah, aircond kereta jadi problem. Dah hantar semula pun diaorang tak jumpa punca.
Jadi, kepada pengguna kereta sekalian. Tak kiralah Honda atau bukan. Jika ada masalah aircond dan tayar. Cari saja bengkel luar yang lebih pakar sebabnya mereka pun outsource. Hantar kereta kita ke luar.
Honda Service Centre...huh..mengecewakan. Peringgit di Jln Klang Lama sepatutnya bengkel Honda terbesar dan ramai specialist. Tapi bajet yang mereka letak, bukan bajet tapi mencekik. Inilah Honda yang kami kena quotation sampai 7k hanya untuk cat semula scratch kat cover tayar belakang CRV kami. Katanya sebab sensor pun ada masalah...dan sehingga ke hari ni sensor kami TIADA masalah.
Honda Wegro Cheras - Juga agak mahal, terlalu ramai orang dan customer service biasa-biasa saja, tiada yang istimewa. Kepakaran juga kurang, efficiency juga tak ada. Setiap kali aku suruh basuh sekali bila dah servis. Tak pernahnya dibuat. Katanya kereta terlalu banyak..setiap kali.
Honda Global Amity, Serdang - Customer Service paling bagus antara semua, explaination bagus, harga tak mahal sangat..tapi kepakaran staff mekanik sgt teruk. Masalah aircond aku berpunca daripada mereka.
Jadinya meh lah aku rekomen tempat yang aku pergi ni. Reliance Sdn Bhd, Cheras..belakang Dewan Badminton Cheras, Dewan Belia, SKJC Nam Kheung. Berbaloi-baloi....
7 comment(s):
wow! akhirnya..jimat RM2K Umi Mia..boleh buat belanja balik pekan next week..ahaks
salam kenal..
Cute Mum pon ada masalah aircond dulu.. nasib baik adik ipar pomen.. taklah kene tipu..
Yatie,
ahaks...super menjimatkan...awal bulan 6 baru balik Pekan...
Cute Mum,
lagi besttttt...nantilah nak train adik ipar jd pomen lah...hahaha
wah,banyaknya tempat servis honda yg u dah servey.. :) salam perkenalan dari saya.. :)
Jom baca ni: Free one drop perfume..Sape nak?
Hi Hanani,
nice to meet you...
keta iswara kdai tu lh wt ker sbb sya tiap kli blik kg cian tgk ank is3 kepanasan dlm keta sya tu
Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)
klik sini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
Diulangi HANYA RM20
Post a Comment