Thursday, June 9, 2011

Yuna - Gelora Jiwa-reborn




Baru lepas tujukan lagu ni untuk my husband kat FB. Jiwa Gelora tak semestinya disampaikan dengan aksi seorang pelacur jer untuk suami. Pelacur tak dapat berikan romantik dan aksi mereka bukan kerana cinta. Jadi, perlukah disamakan lagi?


Apapun, lagu ni memang best sangat. Walaupun dulu masa aku dengar P. Ramlee & Lena Abdullah nyanyi lagu ni dalam filem Anjoran Nasib, aku mesti macam..apa ker teruk sangat lagu ni. Lirik meraban, tapi melody catchy. Kenapa aku cakap meraban..sebab dia nak semat cinta dalam 'dada'. Time tu aku kecik, jadi aku rasa, eh mana boleh semat benda dekat dada..sakitlah nanti. Macam time pin lencana sekolah tercucuk masa nak semat kat dada tu kan...sakit giler okeh!


Tapi dah besar ni, dan bila Yuna nyanyi semula lagu ni..aku rasa setiap bait lirik tu dah sempurna..I like...


Cinta apakah tandanya
jika engkau hanya
permudah kata saja


hati tak akan berguna
jika sang asmara
tidak meresap ke dalam jiwa


rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara


cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja


gelora di dalam jiwaku
bergetar merayukan sukma
menyanyi lagu cinta hati
tandaku nan membalas cintamu
yang tidak mudah hilang
dari kenanganku


rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara
cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja

No comments: