Thursday, July 14, 2011

To be or not to be that is the question

Probably one of the most favourite quote from Shakespeare (Hamlet to be exact). Which means life is bad, but death might be worse.


My true sentiment towards the Bersih 2.0.


A question we should asked ourselves. Adakah kita rela mengorbankan nyawa demi memperjuangkan fahaman politik yang berbeza?


Aku tau politik itu kotor dan ramai lagi yang tau. Tapi bersihkah ia jika dipegang oleh yang berlainan aliran? Sesuatu yang aku rasa sangat mustahil. Kerana, mereka juga bermain permainan kotor ini.


Kotor sangat kah pilihanraya yang lepas? Tapi bagaimana pula ada yang berjaya memperolehi beberapa negeri? Antara negeri yang kaya pulak tu. Jadinya, apa yang kamu gegarkan sangat ni, sehingga beria-ia merancang tunjuk perasaan?


Nasib cuma ada satu kematian yang tak disengajakan. Itupun belum cukup. Aku tau ada yang mengharapkan berlaku banyak kematian. Dangkalnya pemikiran.


Bersediakah kamu jika yang mati itu orang yang tersayang? Atau mungkin kamu sendiri, meninggalkan pula orang yang kamu sayang?


Kita, bukannya hidup dalam kepayahan. Mungkin tak sehebat Singapura atau Hong Kong. Tapi kita masih aman dan tenang. Masih mampu hidup senang walaupun sederhana.


Sesetengah orang bila bercakap....tak ada yang baiknya Malaysia ni. Buruk sesaja.


Tak pernah buruknya negara luar. Baik sesaja.


Iyerlah tu.....sedih ek dok dlm negara ni...kesian kita kan....

0 comment(s):