Wednesday, September 14, 2011

Dormant

Tutup bukak..tutup bukak....tak jugak tertulis apa-apa...dah masuk berhari-hari dan kali ni nak dekat sejam aku mengalami proses tutup bukak blog ni.


Macam-macam isu dalam kepala, tapi tak tau nak mulakan macamana. Jadi inilah apa yang tangan aku mampu type dan otak aku mampu berjalan untuk kamu.


Sibuk memang sampai bila pun tak habis, tapi itu sebenarnya bukan alasan.


Aku sebenarnya terlalu terkesan dengan privasi dan luahan aku yang dipersoalkan. Ya, itu sebenarnya.


Jadinya, aku jadi terlalu memilih untuk memberi info atas lembaran blog ni. Terlalu berhati-hati yang akhirnya menjadikan blog aku ni dormant untuk jangka masa yang lama.


Mula-mula blog dan kemudian FB. Twitter saja yang belum terkesan. Kerana aku terlalu memilih untuk berkata-kata dan biasanya mereka yang sunyi di twitter, tak ada siapa yang nak follow. Aku akur...malah selesa.


Kadang-kadang aku terlalu berhati-hati dalam berkata-kata biarpun hanya dalam fikiran aku. Terlalu berulang-ulang menyusun kata dan akhirnya membuatkan aku hilang suara.


Sayang sebenarnya, kerana aku tahu aku punya kemampuan yang lebih. Tapi itulah harga yang aku perlu bayar untuk semua yang aku hidangkan.

2 comment(s):

MamaYatie said...

masalh juga ni bila dah smp tahap nak ckp salah, tak ckp salah..isk3x..

apapun, smg terus ceria la hendaknya wahai sahabatku..

anisalya said...

kadang2 macam tu la kita kan. menyusun kata cuma dalam minda tapi tak terluah atas di screen bercahaya ni.