Monday, October 10, 2011

Ada hikmahnya

Tanggal 7 October 2011, sekali lagi Allah menguji abah aku, keluarga aku. Tahun lepas kisah pokok tumbang meranapkan dapur rumah keluarga aku di kampung. Tahun ni pulak motobot abah aku dipanah petir, rentung terbakar.
Syukur Alhamdulillah, abah aku selamat....dan mungkin dua dugaan ni terjadi dalam senggang waktu yang agak dekat, abah aku kelihatannya sangat tenang. Langsung tak goyah walaupun hakikatnya itulah bot yang menyara hidup kami sejak dulu.

Mungkin abah fikir, anak-anak pun dah besar..dah tak ada apa sangat yang perlu ditanggung..cuma dua butir mulut dia dan mak aku.

Mungkin jugak abah aku fikir, dah nak mula tengkujuh...jadinya memang 4-5 bulan selepas ni dia tak akan ke laut jadinya tak ada apa yang nak dikejar sangat.

Mungkin jugak dia fikir, ada lah hikmah..tak perlu lagi ada yang mengungkit pasal motobot abah sebagai harta pusaka. Aku tau dia agak terasa sebenarnya.

Kali ni memang abah lebih relax...tak ramai yang tau pasal apa yang berlaku ni. Adik beradik dia pun langsung tak dimaklumkan. Adik aku di Bandung pun hanya tau selepas aku maklumkan.

Katanya, tak ada apa yang nak dirisaukan...dah takdir dari Allah...adalah hikmahnya.

3 comment(s):

MamaYatie said...

semoga Allah berikan sesuatu yg lebih baik utk abah Rose..amin!

bot tu sngt bnyk sentimental value nya kan :(

MamaYatie said...

semoga Allah berikan sesuatu yg lebih baik utk abah Rose..amin!

bot tu sngt bnyk sentimental value nya kan :(

Wanita Mutalib said...

takpa. anak-anak dah boleh sara mak ayah kan.

tabah ya kak sekeluarga. :)