Phewww....lega rasa bila Mia dah habis exam...errr..not yet lah actually. But major paper dah sudah. Today cuma tinggal Pendidikan Kesihatan dengan Seni jer. I know she's good at both.
Risau okeh bila anak exam. Mia baru darjah 2 aku dah separuh mati dok kasi buat revision sama-sama. Kalau major exam nanti camno lah...silap-silap aku dok cuti kerja lah agaknya.
'Bukan senang nak kasi anak pandai'...itu kata mak aku...dan memang dah jadi mak baru aku benar-benar paham maksud dia.
Dulu, sombong dengan mak...bengang gila bila kena paksa belajar sebab aku rasa diri aku dah pandai dah sebenarnya. Sambil buat revision sambil menangis. Lawak-lawak...
Sekarang, Mia pulak yang kena. Cuma bezanya, setiap apa yang aku buat kalau Mia memberontak aku akan buat sampai dia faham. Mak-mak kita dulu kalau buat apa pun, mana cakap kat kita kan. Tengah main, tetiba 'PANG' kena lempang...mula-mula blur dulu..pastu uwaaaaaaaaa...nanges. Blur weh..terkejut..apa salah aku..aku cuma pinjam periuk mak main masak-masak daun kat luar jer. Salah ker.....
Tapi Mia aku tengok lepas seminggu aku buat intensive math revision dengan dia..Alhamdulillah dah improve sikit. Anak aku ni, memang kena jenis tumpu kat dia sorang-sorang...betul-betul. Walaupun adakalanya rasa nak serkup kepala dia dengan kuali tapi aku tetttap sabarrrrr.
Walaupun ada masanya aku rasa bengang ya amat-amat sebab walau sepuluh kali aku ulang benda yang sama dia still tak leh dapat (tak focus yang benar nya). Aku diam jer...masih tetap cakap lembut-lembut..walaupun dalam dada, jantung aku bukan main laju bergerak seperti genderang mahu perang dan kepala aku dah rasa berpinar-pinar nak lempang dia. Tapi....umi sabar....sabar yang maha teramat.
Alhamdulillah...berbaloi lah pengorbanan umi..cece..Umi redha lah lepas ni walau apapun keluarnya result awak nanti yer anak....
1 comment(s):
huhu....zaman skrg bila tiba waktu anak exam, mak-mak dah stress sama..
sama la si Nurin ni, kalo ngajar dia Math..perghhh...berasap-asap telinga tahan marah...repeat & repeat...
Post a Comment