Happy Birthday My Dear Mia.
Tepat pada waktu ini, 8 tahun lalu Umi bertarung nyawa melahirkanmu dan kamu juga sama bertarung untuk cuba bernafas. Semuanya umpama berlaku semalam. Masih terasa sebak dan sayu hati Umi cuba bertabah melihat kamu. Bersabar menunggu untuk memangku kamu di tangan Umi. 2 bulan berlalu baru Umi dibenarkan memangku kamu, laju darah mengalir ke muka rasanya. Rasa takut tersalah pegang, rasa risau takut kamu tercungap-cungap tanpa alat pernafasan. Kemudiannya, menunggu lagi Umi lebih daripada 1 bulan untuk membawa kamu kembali ke rumah.
Mia sayang, dah 8 tahun kamu. Semakin hari semakin cantik. Penyayang dan baik hati. Semoga kamu kekal menjadi anak yang baik dan mendengar kata.
Manja Umi dan Ayah, semoga hidup kamu bahagia selalu dan selalu menyenangkan hati Umi dan Ayah.
Mia dan Gegirl semasa Puss in Boots preview @ OneUtama.


1 comment(s):
happy birthday aqilah sayang...
semoga mmbesar mnjadi anak yg solehah untuk umi & ayah.. and been protect and blessed always and forever..
love u aqilah
*hugs*
Post a Comment