Wednesday, December 28, 2011

Mia first camp out

 Puas aku cari merata aktiviti cuti sekolah untuk Mia. Nak kasi dia pergi camp tapi nak cari yang cuma satu malam dan aku yakin selamat. Akhirnya jumpa Camp Out for Kids at IOI Resort Putrajaya. RM80 sahaja untuk 2hari 1malam. Siap aku dapatkan dulu itinerary program. Dah puas hati aku call lagi tanya detail. Bila aku tau memang kebanyakan budak sebaya dia baru aku register. Inform Redmummy yang memang tengah mencari aktiviti macam ni untuk anak-anak dia. Terus Mia dapat gang. Bertambah lega aku.
Sebelum briefing, main kapal terbang kertas dulu
Mia and her kamcing fren Gegirl

Seronok betul bebudak ni

Beratur

Bye-bye semua

Risau jugak aku kalau Mia buat cengeng menangis kalau dia tak dapat buat benda. Nasiblah dia boleh uruskan diri dia masa tu. Itulah sebenarnya yang aku harapkan pun. Kasi dia pendedahan sikit tentang dunia luar yang mencabar. Jangan manja sangat bawah ketiak Umi dan Ayah.

Dah balik tu, aku tanya nak pergi lagi tak? Dengan confidentnya jawab NAK. Lepas tu ulang-ulang tanya lambat lagi ker cuti sekolah tahun depan....errrr...cuti tahun ni belum habis lagi anak oi.

0 comment(s):